Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, June 20, 2009

Pendakwah terkini baru muncul.


Bagaimanapun, bekas pembantunya mengingatkan penasihat PKR bahawa beliau mungkin boleh lepas di mahkamah dunia, tetapi "di Mahsyar (mahkamah Allah) pasti akan dibicarakan juga".

Mohd Saiful menegaskan demikian dalam blognya sebagai mengulas permohonan Anwar untuk mengetepikan tuduhan tersebut.

Anwar dituduh meliwat Mohd Saiful di sebuah kondominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun lepas.

Itu ulasan dari sebuah laman blog yang ana paste disini. Bukan apa hanya untuk menyebarkan dakwah dari sipenutur tersebut. Baguslah kalau boleh ingat macam tu. Memang itulah yang selalu kita baca dalam doa iftitah setiap kali sembahyang, segala apa yang kita buat adalah kerana Allah dan Allah akan mengira di akhirat kelak walau sebesar zarrah pun amalan baik atau jahat akan kita lihat nanti.

Kemushkilan rakyat bermula bila liwat dilakukan pukul 3.01 petang hingga 4.00 petang dibangunan yang orang bekerja dan siap dirakam mengikut kata beliau yang akan menunnjukkan rakaman tersebut didalam perbicaraan dalam mahkamah.

Siang hari ditempat kerja dan dirakam dalam video, itu antara perkara menarik yang rakyat nak tahu selanjutnya.

Juga ada didedahkan didalam laman web pasal perjumpaan beliau dengan TPM ketika itu dipejabat di Mindef bahkan ada laporan menyatakan ada perhubungan telefon pula tu.
Pendedahan beliau pergi kerumah TPM masa tu untuk berbincang tentang khidmat nasihat yang perlu dilakukan memberitahu dunia bahawa TPM kita ketika itu adalah seorang Pakar Motivasi yang baik sehingga boleh memotivasikan orang yang menjadi pembantu ketua pembangkang, tahniah la.

Apa yang rasa agak kurang enak untuk didengari adalah bila laporan dari pemeriksaan kesihatan di Pusrawi dan HKL menunjukkan 'anus ' beliau tidak ada tanda-tanda 'penetrasi'( tujahan) .

Ekoran dari kata-kata beliau, memang boleh menjadi pengajaran kepada semua, tetapi ana teringat juga ayat Allah yang bermaksud ' fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh'. Kalu kena bunuh mati dan tidak menanggung aib dan malu, tetapi kalau kena fitnah akan menanggung malu hingga mati bahkan hingga keanak cucu.

Jadi kita semua kena insafilah amaran Allah ini agar segala bentuk fitnah hendaklah dijauhkan dari amalan kita , banyak lagi benda lain yang nak buat demi bangsa agama dan tanahair.

Friday, June 19, 2009

Dengar sini semua, mari berpadu !!

Terima kasihlah kepada NP UMNO DS Hishamuddin sepupu PM kita ni yang mendoakan semoga PAS tidak berpecah dan akan terus berpadu dan dapat pula bentuk UG dengan UMNO . Itu lah kut anggapan ana pasal apa dia harap PAS tak berpecah, kerana ada hasrat dibelakang perpaduan PAS tersebut.
Begitu juga dengan TS Muhyiddin TPM kita berharap agar perbincangan dengan UMNO dapat dilakukan tanpa apa-apa syarat, lupakan yang sudah-sudah persengketaan antara PAS dengan UMNO ni.
Pun begitu PM sendiri juga menyampaikan hasrat bahawa PAS memang ikhlas untuk mengadakan UG dengan UMNO, tapi ada pemimpin lain yang kata kita unity antara UMNO-PAS dulu bukan dengan parti lain lagi.


Bahkan apa yang ana tertarik lagi adalah seorang sahabat yang Menjadi Timbalan Menteri dari negeri ana , kalah ketua tapi boleh jadi Menteri, tapi yang menang tak jadi Menteri pula macam ketua yang lain tuh. Apa yang menariknya setelah menghadiri kuliah dari Jerlun mungkin, beliau telah mengajar dan mengajak seluruh umat bahawa perpaduan itu adalah ajaran Islam dan hendaklah dilaksanakan atas alasan untuk perpaduan umat Islam di negara kita ini.
Ana tak bantah dakwah dan nasihat beliau, cuma harapan agar beliau semak baliklah apa yang sedang dan mungkin akan berlaku dalam kerajaan yang dia sendiri ada didalamnya sekarang ni dimana keputusan untuk agihan kepada rakyat dibuat atas alasan politik, rumah KEDA, mini tar jalan kampong,lampu jalan kampong, kemudahan pinjaman TEKUN, rumah PPRT, rumah mesra rakyat dan yang terbaru projek PKS yang dikendalikan oleh Kementerian Pertanian yang kami ahli Parlimen sudah tandatangan banyak pun tak dapat bantuan dan dikehendaki JKKP atau wakil rakyat UMNO sain. Walaupun tak termaktub, tetapi bila serah dan tunggu memang tak dapat pun, tapi terbaru ni ada arahan untuk dapatkan tandatangan dari wakil BN atau UMNO.
Begitu juga dengan pinjaman KEDA dan rumah KEDA, mulanya penghulu kena tandatangan, lepas tu pegawai daerah, wakil rakyat tapi kini hanya boleh ditandatangani oleh JKKP atau wakil rakyat UMNO/ BN. Arahan yang bertukar saperti putaran roda yang sudah tentu menyusahkan rakyat.
Begitulah mungkin perpaduan yang hendak didakwahkan oleh anak kepada bekas PM dimana masa beliau berlaku perpecahan UMNO jadi Semangat 46, UMNO jadi Keadilandan usaha beliaulah yang saban hari menenyeh PM Pak Lah hingga merajuk meletak jawatan dan menduduki kerusi parlimen saperti mana kami semua sekarang ini.

Kalah Mufti lepas ni!!


Undi PAS dan UMNO sama-sama masuk Syurga.
Itu fatwa Mufti yang tak dilantik oleh mana-mana Sultan dalam Negara kita. Mungkin atas kapasiti sebagai anak bekas Mufti atau kadi kot.
Cukup baik untuk dibuat ulasan oleh semua, kerana yang bagi fatwa pun bukan sembarangan orang, maka ana rasa kita perlu beri perhatian kepada fatwa tersebut.
Ana Cuma nak Tanya sahabat-sahabat sekelian, bila berlaku kes rasuah , runtuh sana runtuh sini yang tak tahu apa puncanya sampai le ni, kes pembunuhan memali dan Altantunya, serta berbagai jenis manusia lain lagi, kes penindasan melalui akta ISA, OSA, Polis serta penyiksaan batin isteri dan anak mangsa ISA, kes menanaktirikan rakyat yang membayar cukai tetapi tak mendapat kemudahan asas kerana tak menjadi dan menyokong UMNO /BN saperti yang ana pernah jumpa di Kpg Mahawangsa dan Sawa baru-baru ni, kes rampasan kuasa di Perak yang zalim dengan cara hilangkan wakil rakyat sampai anak isteri menangis tak tahu nak cari dimana , lepas tu jumpa di Putra Jaya bersama PM ( TPM masa tu), dan berbagai lagi kes-kes pusat maksiat dan mungkar yang sengaja dibuat untuk melampiaskan naluri semulajadi nafsu serakah manusia saperti cendawan lepas hujan dan macam-macam lagi kalau nak disenaraikan dan menjadi sukar pula untuk PR benteras dinegeri yang mereka perintah sekarang ini .
Kalau dah rakyat difatwakan bahawa undi PAS atau BN dapat masuk syurga oleh TPM, dan rakyat sudah tahu juga dimana sebuah Hadis nabi menyebut bermaksud sesiapa yang menunjukkan kearah kebaikan maka ia akan mendapat ganjaran pahala saperti orang itu buat kebaikan dan begitulah sebaliknya, maka bandingkanlah dengan apa yang PAS buat di Kelantan dengan apa yang rakyat Kelantan dapat lihat apa yang UMNO / BN buat di Kelantan.
Minyak dibawa ke Songkla bukan Kelantan, perkapita dilambatkan, baja tidak disempurnakan sebagai sepatutnya, tubuh JPP untuk ganggu pentadbiran kerajaan negeri sehingga wujud 2 agensi, 2 Do, 2 penghulu, 2 jenis JKKK, dan akhirnya rakyat yang didiskriminasi. Bukankah ini merupakan satu kezaliman, sebab doa orang yang dizalimi tiada hijab dengan Allah taala.Sekolah agama yang mengajar rakyat kenal agama ditindas dan tekan dengan hapuskan bantuan melainkan daftar ikut telunjuk mereka, biasiswa untuk rakyat ditukar jadi pinjaman yang tak ikut apa yang ada dalam perlembagaan, anak dikampong disusahkan dengan PPSMI, lepas ni kena wajib lullus BI pula. Royalti minyak untuk Kelantan sejak 2004 tidak diberi saperti negeri pengeluar minyak lain padahal dalam senarai jabatan perangkaan mengenai hasil minyak negara meletakkan 4 negeri pengeluar minyak Terengganu, Sarawak, Sabah dan Kelantan dimana negeri lain dapat tetapi negeri Kelantan tak di beri, tak zalim kah namanya ini.
Jangan kamu bersekongkol dengan orang yang zalim, nescaya kamu akan disambar api negara. Kalau zalim macam mana nak masuk syurga, tuhan berfirman akan disambar api neraka, itu baru bersekongkol saja.
Perkara yang sama sekarang ini sudah berlaku di Kedah yang ditadbir oleh PR.
Apa yang kita kesal, rumah PPRT , TEKUN, KEDA , projek luar Bandar , Lampu jalan kampong semuanya sekarang ini menjadi ayam daging untuk hanya JKKKP dan wakil rakyat BN senaraikan dan luluskan , bukannya pegawai Daerah ( DO). Ana cukup kesal kerana duit yang dibentang dalam bajet setiap tahun kami Ahli Parlimen yang bahas dan tolong kerajaan beri pandangan dan lepas tu luluskan sama-sama , dan duit tu pula adalah duit Negara hasil dipungut dari rakyat dan hasil komoditi Negara tetapi bila nak diagihkan kena melalui dan persetujuan wakil rakyat BN/ UMNO bukannya pegawai kerajaan.

Wednesday, June 17, 2009

Tahniah Menteri .


Sekali air bah, sekali pantai berubah.
Itulah pepatah Melayu yang sesuai Kementerian Penerangan yang diterajui Menteri yang tak sudi untuk berdebat dengan Dato' Zaid Ibrahim setelah dia sendiri yang memberi cabaran.
Kalau rakyat lihat siaran langsung RTM pasal ulasan parlimen sekarang ini, maka segala yang dibuat oleh bekas Menteri Penerangan lalu sudah tidak ujud lagi . Apa yang ada hanya siaran studio dari mini studio di parlimen sahaja. Ia sudah dirincik rincik dan dipotong potong melebihi skrip yang diarahkan oleh pengarah drama pula.
Ana ada mendapat berita dari sahabat diluar pasal ketiadaan 'siaran langsung ' dari dewan parlimen ini, tetapi tidak berapa tahu mula nya kerana lihat ada beberapa kamera mengambil gambar, rupanya hanya untuk wakil rakyat BN sahaja, bila tiba wakil rakyat Pakatan, terus masuk studio. Sekali lagi nak sebut inilah one Malaysia yang dikehendaki oleh DS Najib.
Kita tak tahu apakah sikap dan takut berdebat dari menteri tadi terus diluahkan kedalam rancangan siaran langsung ini kerana bagi dia sekiranya rakyat tahu apa yang diperjuangkan oleh wakil rakyat pakatan, maka akan lebih menjunamlah sokongan rakyat kepada mereka dalam PRK atau PRU nanti.
Ana mengucapkan tahniah kepada Menteri Penerangan baru ni kerana sikap beginilah yang akan memberi kemenangan lagi kepada pakatan yang telah di tunjukkan oleh RTM sebelum PRU 12 lalu.
Tahniah Menteri Penerangan , Komunikasi dan Kebudayaan.

Tuesday, June 16, 2009

Sahutan sudah diterima, awas berhati-hatilah semua.



DS Najib kata PAS ikhlas dalam menutarakan hasrat untuk berbincang dengan UMNO.
Hairan bin ajaib, sejak bila nada PM kita ni sudah bertukar tune, sebelum ini tidak pernah timbul kata PAS ini pernah ikhlas dalam perjuangan melaksanakan perlembagaan yang termaktub dalam buku perlembagaan PAS terutama didalam melaksana cara hidup berlandaskan syariat Islam.
Perli, hina dan kutuk, itu saja yang sering kita lihat dan dengar. Bahkan bila sesuatu yang nak dibuat di negeri yang diterajui PAS pun, bukan sedikit tohmahan yang sampai ketelinga Tuan Guru NAA, apa yang tidak disebut kepada beliau, bahkan dalam melancarkan bulan sembahyang pun beliau terus diperli dan dilabelkan berbagai gelaran. Beri cuti lebih kepada ibu yang baru bersalin pun, kena perli padahal sekarang ini semua orang nak ikut. Begitu juga bila laksanakan cuti 2 hari seminggu pun, mereka label sebagai rakyat Kelantan malas bekerja, tetapi akhirnya pusat ikut pula apa yang telah pemimpin PAS laksanakan.
Tadi sewaktu membahaskan pindaan undang-undang berhubung dengan LHDN, wakil Kelantan dari Machang mendedahkan pasal penafian Menteri yang pernah memberikan jawapan tentang hak Kelantan mendapat royalti minyak yang jelas termaktub dalam buku hasil petrolium negara yang mencatatkan 4 negeri yang mengeluarkan hasil petrolium, iaitu Sarawak, Sabah, Kelantan dan Terengganu. Tetapi bila ditanya kenapa royalti tak dibayar kepada Kelantan, maka dalam jawapan Menteri dulu kata tidak ada minyak dikeluarkan dari Kelantan.
Begitu juga dengan pendaratan gas , terpaksa dibawa ke Thailand ( Songkla) yang jaraknya lebih jauh berbanding dengan pantai Kelantan hanya 100 km sahaja, padahal terpaksa dikongsi dengan Thailand sebanyak 50 %( bahagi dua dengan Thailang serta kena bayar harga tanah ), padahal kalau di Kelantan hanya 5 % sahaja kena bayar royalti.
Tetapi apabila Kelantan tidak dapat membangun macam negeri lain, maka terus telunjuk dihalakan kepada kerajaan pimpinan PAS menyatakan tak tau cari duit, tak pandai cari pelabur , tak kreatif dan inovatif dan berbagai macam tuduhan lagi .
Tetapi bila wujud satu perkataan pada ketika ini pasal 'perpaduan', maka perkataan ikhlas terpacul keluar dari mulut PM dan nanti akan dilihat pula seluruh anggota kabinet akan mengikut rentak dan nada yang sama. Mungkin akan disambut dengan permaidani merah pula .
Apa yang kita perlu waspada adalah dikala mana PRK Manik Urai sedang menanti, dikala mana kekalahan demi kekalahan mereka tempuhi, dikala mana talian hayat mereka hampir putus, maka dikala itulah sambutan hangat diberikan atas dasar perpaduan. Maka sudah jelas lagi bersuluh bahawa racun berbisa ini perlu dikendalikan dengan berhemah dan baik serta penawar perlulah segera dicari agar ianya tidak terus merosak dan memusnahkan kita dan jemaah.

Tu dia aih mentaliti Menteri yang ada dizaman DS Najib.

Beginilah bentuk dan mentaliti Pak Menteri dizaman DS Najib sekarang ini dalam melampiaskan slogan 1 Malaysia rakyat didahului menerusi jawapan beliau didalam Parlimen pagi tadi apabila menjawab soalan daripada MP dari Tanah Merah Kelantan.



Apa yang amat dikesali adalah apabila sampai kepada hendak kutip cukai , tiada rakyat yang dikecualikan bahkan nak minum teh tarik di R and R di lebuhraya PLUS pun semua rakyat kena bayar , tetapi bila sampai kepada nak melaksanakan perbelanjaan wang hasil terkumpul dalam tabung wang negara tersebut , kuasa rakyat yang dipilih dalam PRU ke 12 lalu langsung tidak diambil kira , sehinggakan apa yang termaktub didalam perlembangan yang kami nak pertahan masa angkat sumpah dulu tu langsung tak dihiraukan oleh mereka sehinggakan apa juga yang nak dibelanjakan mesti mendapat restu dari puak mereka, macamlah kerajaan pakatan rakyat tak wujud tetapi bila nak kutip duit mereka tak pula nak berkira hampa sokong siapa dalam PRU dulu.
Itulah bongkak mereka ini, dan apa yang kita kata 1 Malaysia hanya slogan retorik yang tak akan terjadi selagi puak ini yang memegang tampuk pemerintahan negara Malaysia yang kita cintai ini sudahpun dapat dilihat oleh semua rakyat.

Monday, June 15, 2009

Speaker oh speaker !!

Parlimen bermula hari ni. Kali ini ada seorang Ahli YB baru akan angkat sumpah, iaitu YB Bukit Gantang YB DS Nizar, MB Perak pilihan rakyat melalui pilihanraya dan bukan pilihan mahkamah.
Apa yang agak sedihnya bila selesai angkat sumpah terus kena keluar dewan selepas diarahkan speaker bersama rakan dari bekas EXCO Perak YB Ngeh dan NGOR serta YB Gobala, Yb Dr Hatta, Yb Mahfuz dan Yb Dr Zul. Puncanya selepas angkat sumpah DS Nizar melangkan hidup rakyat dan bubar DUN Perak. Memang rakyat Perak sudah jemu dengan mainan politik pihak BN yang jelas telah merampas kuasa pada melalui apa yang rakyat semua sudah ketahui iaitu kehilangan wakil rakyat kemudian tidak diketahui kemana mereka pergi hatta isteri pun tak dapat nak kontak lepas tu senyum simpul dengan DS Najib depan kaca tv, sokong BN.
Kemudian berlaku pula apa yang telah dilihat rampasan kuasa speaker dalam DUN Perak sampai polis masuk campur dan mengusung speaker yang sah keluar lalu melantik speaker tak sah dan tak ikut peraturan menurut telahan ramai dan pengamal undang-undang.
Pada masa speaker yang sah mengarahkan 7 orang yang digantung daripada menghadiri sidang dewan Perak hari tu, bentara diarah oleh speaker mngeluarkan mereka, tetapi polis tak mahu pun tolong, memang tak sepatutnya polis tolong, tetapi bila speaker tak sah yang dilantik tak ikut peraturan dewan, maka dengan cepat dan tegas serta betul polis masuk dan mengusung speaker yang sah keluar dan dikurung . Bahkan bila wakil Tangga Batu tanya pasal polis bawa masuk pistol dalam dewan, Menteri yang juga sepupu Najib langsung tak jawab, nafi tidak mengaku pun tidak. Kalau ikut pepatah Arab, Assukut alamatur Ridho, senyap tanda setuju lah tu.

Baru nak start balik.

Assalamualaikum wm wb.
Agak lama ana tak update blog ini, bukan kerana apa tetapi rasa kurang semangat dengan suasana yang berlaku disebabkan permainan media perdana terhadap apa yang dihebohkan dengan UG yang kononnya nak dibawa oleh PAS itu. Kepada berbagai pihak yang menyanyakan ana tentang perkara tersebut, ana hanya nak beritahu bahawa daripada kenyataan kepimpinan PAS sendiri, tidak ada pun perbincangan atau muktamar khas yang dibuat untuk mengesahkan perkara tersebut saperti muktamar khas semasa PAS nak masuk sertai kerjasama dengan BN dulu.
Kita harus sedar bahawa perkara ini telahpun diberhentikan oleh Tuan Guru Presiden dan beliau menjelaskan kembali bahawa tidak ada hasrat buat masa ini dalam membentuk UG ini, dari segi rundingan maka sebagai sebuah Parti yang berpegang kepada ajaran Islam, maka rundingan tidak dapat dielakkan mesti berlaku macam kami didalam parlimen juga, bila sesuatu yang tak betul kita lawan tetapi dalam hal untuk kebaikan rakyat memang kita sama-sama sokong, cuma kita menasihatkan supaya dilakukan pembetulan dan dihapuskan peyelewengan jika ada berlaku. Ini termasuklah memorandum dan laporan polis serta laporan kepada SPRM ( dulu BPR).
Kini keadaan sudah agak reda , cuma yang terhegeh-hegeh menyambung adalah UMNO /BN yang sudah nampak jelas talian hayat mereka nak terputus hasil daripada kekalahan demi kekalahan didalm PRK yang berlaku selepas PRU 12 yang lalu. Kita boleh lihat dan telah siapa sebenarnya yang beria-ia benar hendakkan ianya berlaku kalau bukan pihak yang sudah nampak nak hilang kuasa , macam orang lemas, dia akan capai apa saja yang dilemparkan kepada dia ditengah lautan kot-kot itu akan menyambung nyawa dia untuk terus bernafas dan berkuasa. Dari PM sampai ke Menteri-menteri dan ketua segala puak dari pemuda, puteri dan wanita dalam masa nilah nak memuji Tuan Guru Presiden dengan berbagai pujian walaupun beliau sebelum ini tidak pernah mendapat pujian sebegitu daripada UMNO/BN, melainkan kejian sahaja.

Pelari sudah hampir sampai kegarisan penamat, musuh hampir kalah, tetapi tiba-tiba ada orang yang menembak kaki pelari tersebut sehingga hampir tersungkur , sudah tentu hasrat musuh agar mereka dapat mencapai kemenangan dengan tersungkurnya pelari tersebut, cuma siapakah penembak kaki pelari tersebut???

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.