Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, October 14, 2009

Menyatuni mangsa gempa di Padang Indonesia.


Hampir satu minggu ana tak updatekan blog ini kerana berada di Padang Indonesia bersama Yayasan Amal Malaysia memberi bantuan kepada mangsa gempa bumi yang berlaku diakhir September lalu. Bersama dengan beberapa orang doktor lagi serta pertugas hospital dan lain-lain aktivis sosial maka kami bertolak pada hari Khamis 8 Oktober ke Padang dengan air asia dan terus ke Pariaman untuk memberi bantuan perubatan kepada mangsa.
Melihat suasana yang berlaku, ana membuat keputusan bahawa kesan gempa ini tidak seteruk saperti apa yang berlaku di Aceh lima tahun lepas kerana pada kali ini nyawa yang terkorban tidak ramai sebagaimana di Acheh dan bentuk kerosakan walaupun dalam kawasan yang agak luas dan menyeluruh tetapi masih ada tapak untuk dibina semula penempatan mereka kerana tanah tak hilang tidak saperti Acheh yang mana tanah mereka bertukar menjadi laut dan tidak dapat dibangunkan semula penempatan kecuali jika ditambak semula.

Kalau ditinjau dari segi kesan gempa ini, rata-rata kita dapati kebanyakan rumah yang dibina dan mengalami kesan runtuhan yang teruk adalah kerana mereka tidak memasukkan besi kedalam semen konkrit buatan rumah tersebut sehinggakan apabila berlaku sedikit gegaran , maka akan habis tergelongsor bahan binaan tersebut yang menyababkan rumah tersebut menyembah bumi.


Satu pesanan yang perlu diberikan kepada masyarat di Padang ini adalah mengenai pegangan agama mereka yang rata-rata dilihat agak longgar , ini jelas tergambar pada wanita yang datang mendapatkan rawatan dari kumpulan kami , ramai yang tidak menghiraukan aurat dan suasana pegangan keagamaan memang nampak tidak dititik beratkan secara amnya.
Dalam hal ibadat khusus saperti sembahyang misalnya, syiarnya pun tidak diperlihatkan apakah lagi syariaat nya , mungkin agak sukar dan jauh untuk dilaksanakan.


Harapan kami agar masjid kembali dipenuhi dan musholla akan mendapat keunjungan semula dan syair Islam kembali cerah semula.
Sedih juga kita apabila melihat suasana yang terjadi dan ini juga mungkin menjadi satu amaran Allah kepada negara yang berpendudukan Islam terbesar di dunia ini agar menjadikan Islam sebagai Addin, bukan sekadar ada pada nama sahaja.
Moga kedatangan gempa ini akan menjadikan kita lebih insaf dan berwaspada atas segala ujian Allah ini dan kembalilah kita kepangkuan Alllah dengan melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah.


Kalau di Acheh didapati banyak masjid yang tak terjejas dengan tsunami tetapi di Padang ada masjid yang roboh dan kebanyakankan mengalami keretakan dan kemusnahan akibat gempa ini, persoalan yang perlu dicari jawapan, dan jika anda berada di Padang , kesimpulan dapat dibuat sendiri dengan melihat suasana disana pada masa kini.
Phobia dan trauma terhadap kejadian gempa masih lagi kuat dalam ingatan masyarakat disini kerana hingga saat ini mereka tidak lagi berani untuk tidur didalam rumah diwaktu malam dan khemah menjadi tempat penginapan mereka sepanjang malam . Kerosakan dianggarkan meliputi hampir 90 % kediaman dan boleh dikatakan memang merata kesannya sehinggakan perjalanan kami mengambil masa satu jam memanjang masih kelihatan ada rumah yang musnah digegarkan oleh gempa.
Di Tandikat misalnya, dimana 3 buah kampung musnah kerana ditimbusi tanah runtuhan kesan gempa dan ramai yang terkorban didalam runtuhan tersebut sehinggakan diisytiharkan kawasan tersebut sebagai kubur besar.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.