Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Showing posts with label Cuai. Show all posts
Showing posts with label Cuai. Show all posts

Friday, December 1, 2017

Ingat weh....roda berpusing beb!

BN jangan guna RCI untuk tutup skandal 1MDB, kata Bersih
TMI · Diterbitkan pada 30 Nov 2017 5:44PM ·
Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah berkata jangan jadikan RCI mengenai kerugian forex Bank Negara Malaysia sebagai alat politik. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 November, 2017

JANGAN jadikan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) sebagai alat politik untuk mendiamkan pengkritik 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata badan pemantau pilihan raya Bersih dalam reaksinya terhadap laporan RCI mengenai kerugian mata wang asing Bank Negara, hari ini.

“Bersih 2.0 mendapati kerugian forex dialami Bank Negara pada 1990-an di bawah kepimpinan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dijadikan tabir untuk menutup isu pengubahan wang haram dan 1MDB.

“Apa yang penting ialah RCI tidak digunakan sebagai pendakwaan politik untuk mendiamkan pengkritik 1MDB,” kata Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah dalam satu kenyataan hari ini.

Antara syor RCI ialah siasatan polis terhadap Dr Mahathir, bekas menteri kewangan Anwar Ibrahim, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Audit Negara berhubung kerugian forex itu.

Dr Mahathir dan Anwar antara pengkritik tegar 1MDB, syarikat pelaburan negara yang mencetuskan kontroversi sejak beberapa tahun lalu.

BNM sebelum ini mendenda 1MDB kerana melanggar peraturan kewangan tetapi jumlahnya tidak didedahkan tahun lalu.

Jabatan Audit Negara menjalankan audit terhadap 1MDB pada 2015. Laporan itu, yang siap pada 2016 diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Maria berkata kerajaan tidak adil dalam melakukan siasatan terhadap kerugian forex BNM itu dan 1MDB.

“Kami terkejut begitu cepat RCI menjalankan siasatan; sedangkan semua siasatan mengenai 1MDB ditutup walaupun ia masih disiasat di tujuh negara, di mana kes DoJ (Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat) salah satu contohnya,” kata Maria.

Beliau berkata siasatan Switzerland terhadap kes pengubahan wang haram di bawah 1MDB menyebabkan penutupan tiga bank negara itu dan menyita kira-kira RM433 juta.

“Siasatan terpilih dalam kerugian berbilion ringgi dari 20 tahun lalu nampak seperti langkah kerajaan pemerintah, Barisan Nasional untuk cuba mengalih perhatian daripada isu rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dengan 1MDB,” katanya.

Maria berkata panel RIC patut membentangkan dapatannya di seluruh negara untuk diteliti oleh masyarakat awam.

“Kalau tidak, integriti dan keyakinan awam akan terus menjadi tanya tanya.” – 30 November, 2017.

Tuesday, November 28, 2017

Gila: Pemandu teksi khayal

Tiga pemandu teksi khayal, miliki ganja ditahan
Diterbitkan pada November 27, 2017 23:06 MYT
Nazli (tengah) menunjukkan dadah yang berjaya dirampas daripada tiga pemandu teksi yang ditahan dalam Operasi Bersepadu Lapangan Terbang di kawasan Long Term Car Park di KLIA pagi ini, 27 Nov 2017. --fotoBERNAMA

SEPANG: Tiga pemandu teksi ditahan kerana memiliki dan positif dadah dalam operasi bersepadu lapangan terbang di kawasan Long Term Car Park di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor Nazli Md Taib berkata dua lelaki ditahan memiliki bahan terlarang iaitu ketulan ganja mampat manakala seorang lagi positif dadah jenis ganja dan syabu dalam operasi membabitkan 35 pegawai dan anggota.

Operasi bersepadu melibatkan JPJ, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu bermula kira-kira 9.30 pagi hingga 2 petang.

"Dua lelaki dalam lingkungan umur 27 dan 46 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 12 (2) atau Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 manakala seorang lagi yang berumur 44 tahun disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1983," katanya kepada pemberita selepas operasi itu di sini.

Beliau berkata berkata dua pemandu teksi yang berada dalam keadaan khayal kerana baru sahaja selesai menghisap dadah ganja dan syabu ditahan di pintu masuk ketika hendak memasuki kawasan tempat letak kereta itu manakala seorang lagi mengaku menghisap dadah ditahan ketika ingin meninggalkan kawasan itu bagi mengambil penumpang kira-kira 10.30 pagi.

Hasil siasatan JPJ mendapati dua pemandu teksi terbabit menyorok ketulan mampat ganja di dalam kotak rokok dan diletakkan di bahagian bawah tempat duduk pemandu dan karpet kereta serta merampas peralatan dapur ganja moden yang terdiri daripada satu botol minuman ringan dan sebatang paip ganja.

"Peralatan dapur moden untuk menghisap dadah yang ditemui bersama suspek dipercayai boleh didapati secara dalam talian dan dilengkapi dengan satu set peralatan menghisap ganja yang diperlukan," katanya.

Beliau berkata ini merupakan operasi kali pertama dilakukan di kawasan yang merupakan tempat teksi-teksi akan berkumpul kerana JPJ memandang serius kes penemuan pengambilan dadah dalam kalangan pemandu teksi.

"Operasi bersepadu ini akan diteruskan di tempat-tempat lain bagi memastikan pemandu teksi tidak memandu dalam keadaan khayal yang boleh membahayakan penumpang," katanya.

Sementara itu, dalam operasi yang sama, JPJ juga telah menyita sebuah lori dan menahan seorang warganegara Indonesia berumur 20-an kerana memandu lori berkenaan tanpa lesen memandu yang sah selain memiliki pasport tamat tempoh. Pemandu itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Kita juga telah memeriksa 150 teksi pelbagai jenis, dan daripada jumlah itu, 20 kenderaan diambil tindakan melibatkan pelbagai kesalahan termasuk Lesen Pengangkutan Kenderaan Awam (PSV) tamat tempoh dan cermin gelap," katanya.  - sumber

Friday, November 10, 2017

KWSP: Ini pun satu cerita pelik juga......

Suami bingung akaun KWSP isteri dikongsi pencarum tak dikenali
TMI · Diterbitkan pada 9 Nov 2017 5:40PM
Malah, lelaki itu mendakwa penama waris dalam akaun KWSP isterinya itu juga tertera nama lelaki berkenaan sedangkan sebelum ini isterinya meletakkan nama beliau dan anak lelakinya sebagai waris. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 November, 2017.

SEORANG lelaki berusia 70-an bingung berikutan nombor akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) milik isterinya dikongsi seorang pencarum lelaki.

Yong Kim Leong,  Ketua Kampung Broga berkata kejadian itu disedari isterinya, Tan Swee Gek, 55, semasa mengemas kini akaunnya di KWSP Kajang, Selangor pada 1 November lepas.

Malah, lelaki itu mendakwa penama waris dalam akaun KWSP isterinya itu juga tertera nama lelaki berkenaan sedangkan sebelum ini isterinya meletakkan nama beliau dan anak lelakinya sebagai waris.

“Pihak KWSP telah meminta isteri saya untuk mengisi borang pindaan maklumat ahli. Jadi saya telah berbincang dengan isteri saya untuk keluarkan semua simpanan memandangkan isteri telahpun mencapai umur 55 tahun.

“Namun ia tidak dibenarkan pegawai KWSP memandangkan terdapat satu lagi nama lain. Buntu dengan keadaan ini saya berjumpa dengan Siow Koi Voon, Ketua MCA Bahagian Seremban untuk meminta bantuan. Ini sepatutnya tidak berlaku,” katanya dalam sidang media di Wisma MCA Negeri Sembilan di Seremban, hari ini yang turut dihadiri Siow.

Sementara itu, Siow berkata perkara itu telahpun dimaklumkan kepada Timbalan Menteri Kewangan Lee Chee Leong yang juga Naib Presiden MCA pada 5 November lepas bagi membantu pasangan itu.

“Pada Selasa lepas pembantu khas timbalan menteri kewangan memaklumkan perkara itu terjadi disyaki terdapat kesilapan ketika proses pengisian data peribadi pelanggan di dalam komputer. Mungkin kakitangan terbabit tidak sengaja memasukkan data yang salah. Bagaimanapun kami akan bantu selesaikan perkara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Siow menasihatkan pencarum KWSP khususnya yang telah lama tidak mengemas kini data peribadi agar berbuat demikian bagi memastikan tiada masalah timbul ketika proses tuntutan kelak. – Bernama, 9 November, 2017.

Tuesday, October 31, 2017

Polis gali semula kubur Nur Aliya Syifa Murad

Polis gali semula kubur kanak-kanak maut terkena serpihan batu pengasah
Oktober 30, 2017 16:35 MYT
Polis gali semula kubur kanak-kanak maut terkena serpihan batu pengasah
Sabda Abdul Rahim, 41, yang pitam terpaksa dipapah oleh anggota keluarga selepas melihat kubur anaknya Nur Aliya Syifa Murad, 5, digali semula di Tanah Perkuburan Islam Masjid Nurul Ehsan, Kampung Masjid di Kubang Rotan hari ini. - Foto Bernama
ALOR SETAR: Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menggali semula kubur jenazah Nur Aliya Syifa Murad, 5, yang meninggal dunia akibat terkena serpihan batu pengasah mesin rumput ayahnya di Kampung Tanjung Besar dekat sini, Jumaat lepas.

Perintah bagi kebenaran menggali kubur dan mengeluarkan jenazah kanak-kanak itu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Masjid, Kubang Rotan di sini dikeluarkan oleh mahkamah, semalam.

Proses mengeluarkan jenazah kanak-kanak itu mengambil masa kira-kira satu jam setengah yang bermula pukul 9.25 pagi dan terus dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, Nur Aliya Syifa cedera di bahagian dada kiri selepas batu pengasah yang sedang diasah ayahnya pecah dan serpihannya terpelanting terkena dadanya sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana kecuaian hingga menyebabkan kematian yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

"Saya minta masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini dan biarkan pihak polis menjalankan siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Fadzil Abdul Rahim, 50, berkata keluarganya dimaklumkan tentang proses berkenaan kira-kira pukul 5 petang semalam oleh pihak polis.

"Proses ini dibuat berikutan proses bedah siasat tidak dijalankan oleh pihak hospital pada awalnya. Ini kehendak undang-undang, jadi kita ikut sahaja tetapi saya minta urusan pengebumian semula dapat diuruskan dengan baik," katanya.

Fadzil juga meminta masyarakat supaya menghentikan sebarang spekulasi di laman sosial berhubung perkara ini bagi menjaga perasaan ibu dan ayah mangsa yang masih dalam keadaan sedih dan trauma.

Dalam pada itu, ibu mangsa Sabda Abdul Rahim, 41, dilihat beberapa kali pitam di perkarangan kubur sebelum dibawa keluar oleh anggota keluarga manakala ayah mangsa, Murad Othman@Aziz, 40, hanya tertunduk sambil ditenangkan saudara-mara.- sumber

Tuesday, October 3, 2017

Cemar nama negara lagi, kelakuan biadap di negara orang!

Tindakan konvoi bikers Malaysia halang lalu lintas di Thailand dikecam
Kohilah Sekaran, Astro Awani |  Diterbitkan pada Oktober 02, 2017 22:05 MYT
Sebuah video yang memaparkan tindakan konvoi penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Malaysia yang menyekat pergerakan lalu lintas di Thailand mengundang kecaman netizen.

KUALA LUMPUR: Sebuah video viral yang memaparkan tindakan konvoi penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Malaysia yang menyekat pergerakan lalu lintas di persimpangan jalan yang sibuk di selatan Thailand baru-baru ini mengundang kecaman netizen.

Video berdurasi dua minit itu menunjukkan empat penunggang motosikal berkuasa tinggi bertindak seperti 'marsyal’ yang menahan kenderaan dari laluan kiri dan kanan di persimpangan lampu isyarat bagi memberi ruang kepada konvoi motosikal besar kumpulan berkenaan berlalu terlebih dahulu.

Insiden yang dilapor berlaku pada 22 September lalu itu mengundang reaksi tidak puas hati kalangan rakyat di negara itu.

Mereka menyifatkan tindakan bikers itu sebagai ‘angkuh’ kerana tidak menghormati undang-undang jalan raya di negara lain.

Sementara itu, Kelab Chopper Garage Kelantan (CGK) hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Gabenor Narathiwat dan seluruh rakyat Thailand di atas kecuaian dalam mengawal pergerakan konvoi motosikal berkuasa tinggi di wilayah tersebut.

Memetik laporan portal Bernama, presidennya Diami Yusoff berkata surat permohonan maaf itu sudah dihantar kepada pemangku Konsul Jeneral Thailand di Kota Bharu, Jantarat Ngamchana di Pejabat Konsul Jeneral, Royal Thai Consulate kira-kira 10 pagi tadi.

"Kejadian itu berlaku di persimpangan lampu isyarat jalan raya di Wilayah Narathiwat, Selatan Thailand ketika kami dalam pergerakan konvoi sempena Program Mahabbah Keenam pada 22 Sept lepas," katanya
.

Friday, September 15, 2017

“bodoh” dan “tidak bertanggungjawab”

Kanak-kanak mangsa kebakaran paling menderita, kata Zaid kepada Noh Omar

  | September 15, 2017
Sikap "tidak apa" pihak berkuasa nampaknya hanya terpakai kepada sekolah agama, kata bekas menteri undang-undang.
PETALING JAYA: Pihak yang paling menderita dalam peristiwa kebakaran sekolah tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah ialah kanak-kanak yang terperangkap dalam bangunan terbakar itu, kata Datuk Zaid Ibrahim kepada Menteri Tan Sri Noh Omar yang semalam mengumumkan tindakan mungkin tidak akan dkenakan terhadap pihak sekolah kerana penderitaan mereka ketika ini.
Zaid menyifatkan kenyataan menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu sebagai “bodoh” dan “tidak bertanggungjawab”, Zaid berkata sikap “tidak apa” pihak berkuasa itulah yang membolehkan kejadian seperti itu berlaku.
Sikap itu nampaknya hanya terpakai kepada sekolah agama, kata Zaid.
“Ingat lagi tak budak di Johor yang mati selepas dipukul di sebuah sekolah tahfiz?
“Dalam kes itu pun tidak ada inkuiri yang sebetulnya diadakan untuk menyiasat apa yang terjadi. Sebaliknya kematian dipersalahkan ke atas keadaan kesihatan yang didakwa dideritai anak itu,” kata Zaid kepada FMT.
Bekas menteri undang-undang itu merujuk kepada kes seorang pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, yang mati April lalu selepas dibawa ke hospital dengan kecederaan pada tubuh.
Seorang pembantu warden sekolah itu ditahan dan disiasat kerana membunuh, tetapi dibebaskan tidak lama kemudian.
Kematian kanak-kanak itu kemudian dilaporkan bukan akibat trauma atau kecederaan kerana dipukul, tetapi leptospirosis (kencing tikus), dirumitkan dengan nekrosis kulit dan pembekuan darah mikro atau microthrombi, yang menjejaskan saluran darahnya.
Zaid berkata orang ramai keberatan untuk mengambil tindakan setiap kali sesuatu kejadian itu membabitkan kumpulan Islam.
“Peraturan yang sama mesti dikenakan ke atas semua sekolah, sama ada aliran agama atau bukan.
“Kamu mesti sangat tegas dalam hal ini, kerana melibatkan keselamatan kanak-kanak di bawah jagaan sekolah.
“Berapa ramai lagi kanak-kanak yang mesti mati sebelum kita sedar ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem itu?”
Noh Omar berkata sekolah tahfiz itu tidak mempunyai permit sah dari bomba untuk menduduki bangunan itu.
Akibatnya, sekolah itu hanya mempunyai 1 pintu keluar dan bukannya 2 pintu, yang menyebabkan mangsa yang terperangkap dalam kebakaran sukar melepaskan diri.
“Mudahnya untuk Noh Omar kata sekolah itu sudah cukup menderita, kerana anaknya tidak berada di situ. Adakah beliau akan berkata demikian kalau anaknya bersekolah di situ?” kata Zaid.
“Kanak-kanak itu yang paling menderita. Kamu harus berlaku kepada mereka dan pastikan kanak-kanak lain tidak menderita nasib yang serupa.
“Pihak berkuasa harus ambil tindakan terhadap sekolah. Mereka harus didakwa kerana kecuaian.”
Kebakaran yang meragut 21 pelajar dan 2 guru Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung berlaku awal pagi semalam.
Pihak berkuasa pada awalnya mengesyaki kebakaran berpunca daripada litar pintas.
Bagaimanapun, bomba sedang menyiasat kemungkinan kejadian itu berpunca daripada perbuatan khianat, berdasarkan kepada bukti dan keterangan saksi.
Unit anjing pengesan bomba turut menghidu kesan kimia di kawasan terbakar, dan sampel dihantar ke makmal untuk dikaji.
Mereka yang terselamat dilaporkan memberitahu pihak berkuasa mereka tidak dapat melepaskan diri dari bilik asrama melalui pintu kerana dia silider gas berada di kawasan itu.

"Mereka ini, insya-Allah mati syahid": Kenyataan ini dikecam, kerana mereka maut disebabkan kecuaian pengurusan

'Mereka mati kerana mentaliti yang tak hiraukan piawaian keselamatan' - Naz kecam kenyataan Pengetua Tahfiz
10:35 AM
Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 22 pelajar dan 2 gurunya membuatkan ramai yang sedih dan terkilan. Namun, banyak persoalan yang timbul bagaimana kejadian itu boleh berlaku?

Sementara pelbagai pihak tertanya-tanya punca kejadian, pengetua tahfiz berkenaan pula mengatakan para pelajar yang terkorban mati syahid.

"Budak-budak yang masih kecil ini, kita anggap mereka mati syahid. Mereka sanggup tinggalkan ibu bapa, tinggalkan masakan air tangan bonda, adik beradik dan masa bermain tinggal di sini semata-mata untuk belajar agama.

"Mereka ini, insya-Allah mati syahid," kata pengetuanya, Muhammad Zahid Mahmod, memetik dari portal Malaysia Gazette semalam.
Malangnya, kenyataan pengetua pusat tahfiz itu tidak menyenangkan ramai netizen, yang juga turut mendapat perhatian hos rancangan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) iaitu, Nazrudin Rahman.

"Mati syahid? What a bangsat cop out answer. Tell me something I don't know. Tell me if you've done enough due diligence. Mereka datang untuk belajar, mereka mati kerana cuai.

"Mereka mati kerana mentaliti yang tak hiraukan piawaian. Janji ada tanah wakaf, nak buat baik, bukalah tahfiz. Tak ada ciri-ciri keselamatan?

"Tak selamat, tak apa. Semuanya kehendak Allah swt, semuanya qada' dan qadar.
"Kalau pengetuanya terlepas dari tindakan, Malaysia is truly the backward country you hope it's not.

"The next idiot who tweets 'benda dah nak jadi', I swear needs a serious slap to refocus their brain.

"Ini bukan isu syahid, ini isu kecuaian yang membawa maut. Kena benda kena jadi, baru kita nak menggagau mencari penyelesaian? #shameonus.

"Ibarat cuci bangunan, tapi boss tak kasi pakai safety harness. Bila jatuh, Allah, benda dah nak jadi. Mentaliti bangsat.

"Kali ini kita takkan diam. Berapa kali lagi nak jadi? Berapa banyak lagi budak yang harus dikorbankan kerana kebodohan? Berapa banyak lagi yang perlu mati sebelum kita sedar yang kita bangang tak makan saman?" tweetnya.

Apa yang disuarakan oleh Nazrudin adalah benar. Fokus utama pada kes ini adalah isu kecuaian, ini bukan masanya untuk menentukan mangsa mati syahid atau sebaliknya. Semoga pihak berkuasa dapat menyiasat punca sebenar kebakaran dan mengambil tindakan terhadap individu yang bertanggungjawab. - sumber

Wednesday, March 22, 2017

Ada juga orang gila diambil jadi pemandu Bas Persiaran?

Wanita kongsi insiden ngeri dikejar bas persiaran

  | March 22, 2017
Pemandu bas memandu betul-betul di hadapan mangsa, kerap menekan brek dan tidak membenarkan kereta mangsa memotongnya.
VIDEO INSIDE
PETALING JAYA: Insiden pemandu bas pembuli jalan raya Sabtu lalu kini mula tersebar di media sosial apabila mangsa memuat naik video insiden itu di akaun Facebook pada hari berikutnya.
Pengguna FB, Tunku Khalsom Ibrahim memperincikan kejadian itu berlaku di lebuh raya Karak ketika dalam perjalanan dari Genting Highlands pulang ke Kuala Lumpur (KL).
Katanya, dia bersama bayinya berusia setahun dan ibunya memandu kereta.

“Dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan berhampiran Genting Highlands, kami memandu menuju ke terowong Karak.
“Apabila kami memasuki terowong, sebuah bas persiaran dengan tulisan Darul Naim 09 di belakangnya dan nombor plat WWU5909 meluncur dengan laju ke dalam terowong di lorong kanan.
“Ia datang terlalu pantas dan mengejutkan kami semua,” tulis Tunku Khalsom sambil menambah ibunya membunyikan hon dan berfikir pemandu bas tersebut akan memperlahankan kenderaannya.
“Bagaimanapun, pemandu bas itu membalas balik hon mereka dan lebih teruk lagi, pemandu itu memasuki lorong kami dan memandu di depan kami.
Selepas ibunya berjaya memintas bas tersebut, dalam cubaan untuk “lari daripada orang gila yang berbahaya itu”, Tunku Khalsom berkata pemandu bas terus mengejar mereka, mencelah masuk dan keluar di antara kereta di belakang mereka seperti yang dapat dilihat dalam video.

Klip video itu juga menunjukkan pemandu bas itu menukar lorong berkali-kali tanpa memberi isyarat.
“Dia datang tepat ke belakang kami beberapa kali. Beliau cuba memintas kami, seperti saya tegaskan ibu saya perlahankan kereta dengan bayi saya di dalamnya tetapi pemandu bas itu berusaha untuk melintas kami.
“Kemudiannya dia memandu betul-betul di hadapan kami, sekejap-sekejap menekan brek dan tidak membenarkan kami memotongnya.
“Kami cuba beberapa kali untuk memintasnya, tetapi dia menghimpit kami hingga ke pembahagi lebuh raya,” kata Tunku Khalsom.
Video itu juga menunjukkan pemandu bas itu membuli keluarga Tunku Khalsom.
Tunku Khalsom berkata mereka berjaya mengelak daripada pemandu itu apabila tiba di plaza tol.
“Ini benar-benar jijik dan berbahaya, bagaimana orang sebegini dibenarkan memandu bas.
“Dia membahayakan nyawa penumpang dan semua orang di sekelilingnya, dan untuk apa? Hanya sedikit bunyi hon? Dia terang-terangan memandu dengan cara tidak selamat dan mengabaikan keselamatan orang di sekelilingnya,” katanya.
Mangsa juga sambil menggesa rakan dan orang ramai berkongsi video itu untuk memberi kesedaran mengenai sikap pemandu tidak bermoral itu.
Tunku Khalsom berkata dia dan ibunya memfailkan aduan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan sedang menunggu jawapan.

Monday, December 5, 2016

Kesian Orang Tua ni, kerja sape ni?

Wang simpanan KWSP lesap
WARTAWAN SINAR HARIAN - 5 DISEMBER 2016
Wang simpanan KWSP lesap Zakaria menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya tentang kehilangan wang caruman KWSP miliknya di Jertih semalam.

JERTIH - Seorang warga emas mendakwa caruman wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah kira-kira RM8,000 lesap walaupun dia tidak pernah keluarkan.

Pesara terbabit, Zakaria Sadina, 78, berkata, dia menyedari perkara terbabit setelah melakukan pemeriksaan potongan caruman di Pejabat KWSP Cawangan Jertih di sini pada jam 10 pagi Khamis lepas.

Menurut bekas kakitangan Pejabat Ukur dan Pemetaan Kelantan itu , sekarang dia dapati baki di dalam akaun KWSP kosong setelah wang miliknya dikeluarkan sebanyak dua kali pada tahun 1990 dan 1993.

“Pada 1990 sebanyak RM2,500 dikeluarkan. Tiga tahun kemudian RM5,500 pula dikeluarkan oleh pihak tertentu.

“Sejak berkhidmat sebagai kakitangan awam selama 20 tahun sehingga pencen pada tahun 1985, saya tidak pernah melakukan sebarang pengeluaran wang KWSP.

“Memandangkan saya menerima pencen bulanan menyebabkan sebelum ini saya tidak mempedulikan sangat tentang caruman itu kerana saya menyangka mungkin tidak ada caruman sehinggalah diberitahu oleh seorang waris saya bahawa saya mempunyai caruman,” katanya yang tinggal di Kampung Padang Bual, Hulu Besut.

Zakaria berkata, sekiranya wang tersebut masih ada dan dicampur dividen untuk tempoh 26 tahun sudah tentu caruman sudah mencecah puluhan ribu.

Sehubungan itu dia meminta pihak KWSP menyemak dan menyiasat perkara tersebut dan dia menuntut pihak terbabit bertanggungjawab di atas kehilangan wangnya.

“Semua pengeluaran tersebut bukan dilakukan oleh saya dan kini saya meminta pihak berkenaan menyemak semula bagaimana pengeluaran wang KWSP boleh dikeluarkan orang lain dan tidak dikenali,” katanya.

Beliau yang ditemani menantunya, Mohd Khairul Mustafa Amin, 43, membuat laporan tentang kejadian tersebut di Balai Polis Pasir Akar semalam.

Thursday, June 2, 2016

Siasat klinik kerana berlaku kematian: Ditaqdirkan mangsanya menantu TPM, kalau orang biasa?

Siasatan kematian menantu TPM sedang dijalankan
2 JUN 2016
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis (dua,kanan) melihat anak mereka Datuk Nurulhidayah menjirus air mawar ke pusara suaminya Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Luar hari ini. Syed Alman Zain, 44, meninggal dunia susulan rawatan di sebuah klinik pergigian di Bangsar semalam. Turut kelihatan dua anaknya Zaheed Alwi (tiga, kiri) dan Khadeeja Sofea (empat, kiri). - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Siasatan terhadap kes menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi yang meninggal dunia susulan rawatan di sebuah klinik pergigian di Bangsar semalam, sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata masih terlalu awal untuk mengenal pasti punca kematian dan beliau berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.

"Siasatan sudah bermula semalam, buat masa ini masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan," katanya selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Penjagaan Kesihatan Antarabangsa Malaysia 2016 di sini, hari ini.

Syed Alman Zain, 44, suami kepada anak sulung Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah, meninggal dunia susulan rawatan gigi di Bangsar semalam.

Allahyarham dilaporkan pergi ke klinik pada kira-kira pukul 6 petang semalam untuk mendapatkan rawatan gigi bersama seorang rakannya sebelum tidak sedarkan diri.

Menurut seorang anggota keluarga, Allahyarham kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, Dr Subramaniam berkata kementeriannya sedang mencari formula ke arah memperbaiki perkhidmatan kesihatan di hospital swasta di seluruh negara, termasuk dalam soal memantau dan mengawal kadar caj kepada pesakit.

Beliau berkata kementerian sedang mengkaji pelaksanaan sistem audit yang sama seperti dilakukan di hospital kerajaan.

Katanya ini penting supaya hanya kadar caj yang munasabah yang bersesuaian dengan penyakit sahaja yang dikenakan kepada pesakit.

"Ada sesetengah hospital swasta yang menggunakan imbasan MRI kepada pesakit sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan hanya menggunakan CT Scan yang lebih murah," katanya. –Bernama

Friday, April 22, 2016

Kisah balak Kelantan lagi!

JKOAK rayu hentikan pembalakan hutan di Kelantan

 | April 22, 2016
Dendi berkata, pekerja syarikat pembalakan mengugut akan membawa polis dan tentera, jika pihaknya terus cuba menghalang mereka daripada menebang pokok-pokok
pembalakan_kelantan_60
PETALING JAYA: Kaum Temiar merayu pihak berkuasa dan orang ramai berganding bahu menghentikan pemusnahan hutan di Kelantan.
Pengerusi Belia Jaringan Kampung Orang Asal Kelantan (JKOAK), Dendi Johari berkata, sebuah syarikat pembalakan mendakwa mendapat kelulusan Menteri Besar Kelantan untuk menjalankan aktiviti pembalakan di kawasan hutan seluas 400 ekar di Kampung Berig, dekat Gua Musang.
Manakala sebuah lagi syarikat pembalakan mendakwa memperoleh konsesi pembalakan di tanah seluas 100 ekar di Kampung Jader, dekat Gua Musang.
“Kami telah cuba menghalang pencerobohan pembalak-pembalak itu, tetapi gagal. Pekerja syarikat pembalakan mengugut akan membawa polis dan tentera, jika kami terus cuba halang mereka daripada menebang pokok-pokok.
“Setiap hari, kita menangis melihat beratus-ratus pokok berdiameter setinggi seorang lelaki dibawa traktor dan lori. Banyak tumbuhan dan pokok telah hilang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Menurutnya, aktiviti pembalakan itu adalah punca banjir besar melanda Kelantan, dua tahun lalu, manakala tahun ini, negara berdepan cuaca panas melampau dan musim kering.
“Sungai kami telah dicemari mendapan daripada penarahan bukit dan ladang kelapa sawit. Ramai kanak-kanak dan orang tua jatuh sakit, selepas meminum air sungai yang tercemar,” katanya.
Sehubungan itu, beliau merayu orang ramai turut serta dalam usaha melindungi khazanah sumber asli yang menjadi milik rakyat Malaysia, demi manfaat bersama.

Saturday, April 9, 2016

Weila....wei......apa benda pulak ni?

Saturday, 9 April 2016
LEMBAGA PALING PELIK DALAM DUNIA
Jika tidak pernah bertemu, bagaimana lembaga itu membuat keputusannya?

Untuk apa pula ia ditubuhkan atau apakah selama ini Lembaga Penasihat 1MDB hanya "patung" semata-mata?

Dalam beberapa perkara penting berkaitan pelaburan dan komitmen kewangan misalnya, siapa yang sebenarnya membuat keputusan penting berkaitan 1MDB?

Bukankah Artikel 117 M & A 1MDB memerlukan kebenaran bertulis daripada Perdana Menteri yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat syarikat pelaburan itu?

Apakah ini bererti hanya seorang individu saja yang membuat keputusan bagi pihak lembaga itu?

Atau agaknya mereka main SMS atau Whatsapp saja untuk mencapai persetujuan?

Pelik? Pelik?
Yang ini juga tidak kurang juga peliknya. Kementerian Kewangan rupa-rupanya hanya mengetahui tentang operasi dan hal ehwal korporat 1MDB semata-mata melalui akhbar saja.

Kesian...pelaburan bilion-bilion, hutang juga bilion, tapi Kementerian Kewangan tidak tahu apa-apa sedangkan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB adalah orang yang sama.

Adakah 1MDB ini hanya Menteri Kewangan seorang saja yang berhak tahu mengenainya, bukan pihak-pihak lain dalam kementerian tersebut, meskipun syarikat pelaburan itu adalah anak syarikatnya?

Dah jadi dua kali peliklah pulak!! (SH 09/04/2016). - sumber

Saturday, January 30, 2016

Inikah dia rupanya auta TH?

Aset Bank Islam diguna Tabung Haji untuk tampung rizab, dedah Rafizi 
 | ARIF ATAN
 Rafizi RamliRafizi RamliAlasan Tabung Haji (TH) kononnya mempunyai aset anak syarikat yang banyak untuk menampung rizab yang negatif sebenarnya adalah aset-aset Bank Islam berjumlah RM41.683 bilion yang digabungkan dalam kumpulan TH.
Sehubungan itu, Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berharap kepimpinan TH berhenti daripada mengelirukan rakyat dengan berselindung di sebalik terma-terma kewangan yang cuba menyembunyikan situasi sebenar.
“Penyata kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 menunjukkan Tabung Haji telah mempunyai rizab negatif yang bermakna ia tidak cukup dana dan aset untuk menampung pembayaran balik simpanan rakyat sekiranya dikeluarkan serentak, apatah lagi untuk membayar dividen/bonus.
“Jangan gali lubang tutup lubang - bergantung kepada Bank Islam (yang jaga simpanan rakyat) untuk tampung rizab Tabung Haji yang negatif,” katanya.
Merumuskan butiran penyata kewangan TH yang telah diaudit, beliau berkata, aset-aset anak syarikat TH adalah tidak cair dan tidak boleh ditunaikan segera kerana berbentuk pinjaman yang diberikan oleh Bank Islam kepada pelanggan dan Kerajaan Persekutuan.
“Malah, aset-aset ini tidak boleh digunakan bagi tujuan lain kerana ia perlu menanggung hutang Bank Islam berjumlah RM44.692 bilion iaitu jumlah simpanan rakyat yang didepositkan dan tanggungan polisi takaful.
“Untuk memenuhi tanggung jawabnya membayar kembali simpanan rakyat yang menabung dengannya dan membayar dividen atau bonus, Tabung Haji tidak ada pilihan lain kecuali menggunakan dana dan asetnya sendiri,” jelasnya.
Rafizi turut mengulas reaksi Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebelum ini yang menafikan TH mengalami masalah kewangan bahkan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang mengedarkan surat daripada Bank Negara Malaysia (BNM) bertarikh 23 Disember 2015.
“Saya kesal kerana Datuk Seri Azeez Rahim bersembunyi di sebalik kenyataan rasmi Tabung Haji bahawa kononnya walaupun rizab Tabung Haji adalah negatif, itu tidak menjejaskan kedudukan kewangannya kerana nilai keseluruhan aset anak-anak syarikatnya adalah lebih besar dan mampu menampung keperluan kewangan Tabung Haji.
“Kenyataan ini seolah-olah cuba mengelirukan rakyat terbanyak yang kurang arif dengan laporan kewangan,” tambahnya lagi.
Untuk rekod, BNM melalui surat kepada Azeez yang kemudiannya viral di media sosial antara lain memaklumkan bahawa kedudukan paras rizab TH yang negatif.
Pada tarikh sama juga, surat daripada Gabenor BNM, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula memberi amaran bahawa status kewangan TH boleh memberi kesan kewangan kepada kerajaan memandangkan simpanan deposit di TH dijamin sepenuhnya oleh kerajaan.
“Suasana pasaran ekonomi dan operasi yang lebih mencabar serta perkembangan saiz dan kompleksiti operasi LTH (Lembaga Tabung Haji) memerlukan Lembaga Pengarah memainkan peranan pengawasan yang lebih berkesan.
"Dalam hal ini, pengetahuan teknikal dan pengalaman dalam bidang kewangan adalah amat penting,” kandungan surat tiga halaman itu dipetik.
Bimbang dengan kedudukan kewangan Tabung Haji (TH), Rafizi menyarankan Abdul Azeez mengadakan sesi taklimat terbuka kepada para pendeposit.
Menurut beliau, Abdul Azeez perlu bersedia untuk menjawab pelbagai kemusykilan rakyat sekiranya benar kedudukan kewangan TH kukuh seperti didakwa.
“Saya akan hadir sebagai salah seorang pendeposit kerana separuh dari simpanan hari tua saya adalah di dalam Tabung Haji,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Thursday, January 7, 2016

Macam-macam cuai tapi bukannya tidak pernah berlaku

Ibu bapa terkilan, dakwa bayi tertukar di pusat rawatan Jitra
Ibu bapa terkilan, dakwa bayi tertukar di pusat rawatan Jitra
Berikutan insiden berkenaan, Mahani Zakaria (gambar) terpaksa dimasukkan semula ke pusat rawatan terbabit bagi tujuan pengambilan sampel darah untuk ujian DNA. - Gambar Astro AWANI
JITRA: Sepasang suami isteri mendakwa kakitangan sebuah pusat rawatan di sini melakukan kecuaian sehingga bayi mereka tertukar dengan bayi pasangan lain selepas bersalin di pusat rawatan itu.

Menurut bapa bayi berkenaan, Nik Ahmad Sabri Mohamad Yusoff, 37, isterinya, Mahani Zakaria, 36, telah  dimasukkan ke pusat rawatan terbabit bagi melahirkan anak kelima mereka pada jam 4 petang, Selasa.

Nik Ahmad mendakwa yang beliau kesal dan terkilan dengan kejadian berkenaan, apatah lagi dia mengetahui insiden terbabit sehari selepas isterinya bersalin, sebaik menerima panggilan daripada pihak pusat rawatan terbabit pada lewat petang semalam.

"Kami mendapat panggilan daripada pusat rawatan ketika waktu Maghrib iaitu kira-kira 7.30 malam. Saya pun agak terkejut apabila tengok tanda tag di kaki bayi memang nama orang lain.

"Kalau nak dikira logiknya, sepanjang satu hari masa di hospital dalam wad berkenaan isteri saya memegang bayi berkenaan dan menyusukannya sehingga pulang ke rumah. Bagi menyusu sehingga kenyang, bayi itu sudah boleh menjadi anak susuan.

"Namun kami tidak sedar dan hospital pun tidak sedar sehinggalah pasangan satu lagi itu memberitahu bayi berkenaan bukan anaknya dan memberitahu hospital. Mereka kemudiannya ke hospital untuk tunjuk bukti bahawa bayi kami sudah tertukar," tambah beliau.

Berikutan insiden berkenaan, Mahani, terpaksa dimasukkan semula ke pusat rawatan terbabit bagi tujuan pengambilan sampel darah untuk ujian DNA.

Ekoran kecuaian pihak pusat rawatan berkenaan, Mahani kini mengakui merasa trauma perkara seumpama itu akan menimpa pasangan lain.

"Kesilapan berkenaan tidak boleh berlaku dalam bidang ni. Kalau bidang lain itu tidak apa namun kalau bidang memang tidak boleh ada kesilapan.

"Kalau ada kesilapan bermakna awak tidak perlu duduk kerja di sini dan perlu diambil tindakan. Kalau minta maaf macam itu sahaja, bagi saya semua orang boleh minta maaf. Jadi pengajaran itu kena ada,  kalau tidak, bayangkan kalau saya tidak perasan dan dia pun tidak perasan, apa akan jadi?" tambah Mahani.
Susulan insiden itu, Nik Ahmad Sabri turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu kira-kira jam 12 tengah malam tadi dengan mendakwa kejadian itu berpunca daripada kecuaian pihak pusat rawatan terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superitenden Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Bagaimanapun, kes dianggap selesai setelah pengadu menukar kembali bayi masing-masing.

Friday, November 27, 2015

Saturday, November 14, 2015

RM 14.6 juta YIK: Ke mana perginya?

Asalnya masalah guru-guru YIK tidak dalam senarai saya untuk dibangkitkan.

Selepas serombongan guru YIK datang mengadu hal kepada saya, saya terpaksa mengubah fikiran.

Saya terkejut melihat jumlah tunggakan potongan pelbagai jenis pinjaman guru-guru sudah meningkat kepada RM 14.6 juta hingga September 2015!

Gaji guru dipotong oleh YIK untuk caruman guru-guru berkenaan tetapi YIK tidak menjelaskan caruman itu kepada agensi berkenaan. Ia menjadi tertunggak.

Bayaran caruman kepada Koperasi Maik umpamanya, telah terhenti sejak Jun 2014!
Sehingga September 2015, jumlah tunggakan caruman guru-guru kepada Koperasi Maik sahaja sudah berjumlah RM 5,188,381!

Ia menimbulkan banyak kerumitan kepada guru-guru pencarum dan koperasi juga. Tidak perlu untuk saya menyenaraikan semuanya di sini. (Saya bersangka baik MB dan TMB sudah pun membaca masalah dan kerumitan yang ditanggung oleh guru dan koperasi hasil berlakunya tunggakan)

Tunggakan juga berlaku kepada Biro Angkasa, Bank Islam, Tabung Haji, KWSP - semua sekali 21 jenis potongan caruman yang tertunggak. Senarainya terlalu panjang.

Ia nampak serius. Ia menyusahkan guru-guru terbabit dalam banyak segi.
Ia menggambarkan kedudukan kewangan negeri yang tenat.

Jika benar kewangan kerajaan negeri tenat, apa patut dibuat oleh pimpinannya?

Terus boros? Membazir? Bersuka hilai ke luar negara? Menjual aset negeri di bawah nilai pasaran?

Seminggu dua yang lalu, mudir YIK di bawa melawat Indonesia. Saya tidak berhasrat mengkritik para mudir atas lawatan ini kerana mereka mengeluarkan wang sendiri bagi menampung perbelanjaan.

Saya tertanya apa perlunya Exco dari portfolio lain dan Speaker turut sama? Bukankah itu memakan belanja?

Jika belanja itu dijimatkan, sedikit sebanyak ia boleh menampung caruman yang tertunggak itu.

KE (Ketua Eksekutif) sebuah agensi baru pulang dari lawatan ke Moscow, selepas seminggu dua sebelumnya melawat Afrika Selatan.

Mudah-mudahan ada pelaburan dari Rusia dan untungnya boleh menampung tunggakan itu?

Cuba lihat negara mana lagi yang tidak dilawatinya?

Di tengah tukaran wang menjunam, 14 orang anggota kerajaan baru-baru ini melawat Jepun.

Kalau Tok Guru masih hidup, saya yakin seratus peratus lawatan itu tidak akan diluluskan.

Mana lebih mustahak, antara lawatan ke Jepun atau menjelaskan tunggakan caruman?

Pemuda parti kerajaan baru-baru ini mengadakan himpunan 10k di Pasir Puteh. Katanya tiga exco masing-masing menyumbangkan RM 100 ribu. Maknanya RM 300 ribu paling tidak, wang kerajaan hangus.

Jika RM 300 ribu itu didahulukan kepada YIK?

Saya tidak tahu berapa pula wang yang dibelanjakan untuk pelbagai himpunan yang lain sehari dua ini.

Adakah anda tidak terasa malu dan segan dengan diri sendiri?

Friday, October 16, 2015

Seruan yang tidak bermakna di Malaysia

Menteri pendidikan perlu berundur kerana kehilangan pelajar Orang Asli 
09:30PM Okt 15 2015
oleh Mariam Mokhtar

SEKILAS PANDANG:   Kekecohan kehilangan anak-anak Orang Asli, dan misi menyelamat dan mencari yang kelam kabut, membuktikan Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid tidak layak memegang jawatan dan perlu meletakan jawatan.
Kanak-kanak Orang Asli bukan sekadar melarikan diri, dari sebuah neraka yang mengurung. Mereka benar-benar ketakutan. Jawapan kepada kehilangan mereka terletak dalam empat dinding asrama sekolah.
Kisah layanan buruk kanak-kanak Orang Asli, serta pengabaian dan peminggiran pelbagai komuniti Orang Asli, telah dibongkarkan sebelum ini.
Mahdzir sekali lagi cuba untuk mengalihkan perhatian. Dia membazir masa. Kita perlu menumpukan perhatian kepada apakah yang sebenarnya berlaku di SK Pos Tohoi, yang menyebabkan tujuh kanak-kanak muda melarikan diri.
Kebanyakan kanak-kanak akan takut untuk bermalam dalam hutan, tanpa kehadiran orang dewasa, kewujudan khemah yang selesa, dan kemudahan lain. Walaupun tidak selesa dan bahaya yang menanti, kanak-kanak ini enggan kembali ke sekolah.
Apakah yang berlaku dalam asrama sekolah itu, sehingga mencetuskan keputusan tragik mereka untuk lari? Adakah para guru, cikgu besar, rakan sekolah lain, atau kakitangan bukan akademik?
Saya mengenali seorang remaja, yang memasuki sekolah asrama Mara, dan menjadi sasaran seorang guru, yang akan menantinya, di tangga dan menumbuk perutnya. Guru itu sangat berhati-hati tidak meninggalkan lebam dan cedera.
Budak lelaki itu mengadu kepada ibubapanya, yang melaporkan guru tersebut kepada pengetua. Ibubapa itu cuba memindahkan anak lelaki mereka, tetapi diberitahu yang “prosedur” mengambil masa berbulan.
Nasib yang lebih buruk menanti remaja itu, ketika dia kembali, ke sekolah, untuk penggal seterusnya. Kali ini, guru pembuli dan rakan-rakannya mengancam pelajar itu.
Budak lelaki dan kawan-kawannya diberikan amaran sekiranya berita ancaman itu tersebar, semua mereka akan dibelasah.
Ibubapa budak lelaki itu ingat yang anak lelaki mereka sudah okay kerana dia tidak mengadu lagi. Hari ini, budak lelaki itu hanyalah bayangan bekas dirinya sebelum ini, dan dia hilang minat dalam pengajiannya. Sekiranya ini boleh berlaku kepada seorang budak lelaki Kuala Lumpur, berasal dari keluarga Melayu kelas menengah, mempunyai ibubapa yang berpendidikan, fikirkan pula apakah masalah yang dihadapi oleh keluarga Orang Asli itu, cuba mendapatkan keadilan untuk anak-anak mereka, jauh daripada bandar.
Pengumuman oleh Mahdzir, untuk menubuhkan jawatankuasa khas, sudah terlalu lewat. Tambahan pula, dua kementerian lain turut bertanggungjawab.
Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Azizah Mohd Dun,  daripada Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, mendakwa yang “pihak berkuasa tidak pernah berhenti mencari tujuk kanak-kanak itu”.
Jadi, mengapa mereka mencari kanak-kanak itu di kampung Orang Asli, terletak jauhnya 41 km? Kanak-kanak itu dijumpai kurang satu kilometer daripada sekolah.
Tujuh minggu selepas kehilangan, pada 9 Okt, Azizah berkata yang kementeriannya akan menawarkan kaunseling dan bantuan kewangan, kepada keluarga, hanya “sekiranya semua itu diperlukan”. Sangat kejam untuk meletakan syarat.
Pada 12 Okt pula, Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Rohani Abdul Karim mendakwa yang keluarga terlibat sudah diberikan bantuan. Jadi sekarang, siapa yang betul?
Akhirnya, mengapa Menteri Luar Bandar dan Pembangunan Kawasan Ismail Sabri Yakob berdiam diri. Dia terkenal kerana menyalahkan perniagaan milik Cina kerana kegagalan usahawan Melayu. Jadi, siapa pula yang akan dipersalahkan kali ini?
Ketiga-tiga menteri ini, Mahdzir, Ismail Sabri dan Rohani, perlu meletakan jawatan, kerana gagal menjalankan tugas mereka.
Mahdzir menghalang kita daripada mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku di sekolah ini. Selaku menteri, dia perlu bertanggungjawab kepada apa yang berlaku di kawasan jauh dalam hutan pendalaman Kelantan ini.
Dua daripada tujuh pelajar yang hilang sudah ditemui selamat sementara dua lagi disahkan sudah meninggal dunia. Rangka dua kanak-kanak lagi belum disahkan, dan seorang masih hilang.
Seseorang perlu dihukum kerana kematian kanak-kanak ini.