Assalamualaikum.
Mentol semalam belum malap, Mentol baru dah menyala. Ini musim rezeki penulis namanya, musim ilham menyerbu. Ada penulis yang simpan dalam bank idea. Bank idea aku, di sinilah. Mentol seterusnya.
'Mentol Gudik' - aku namakan. Gudik tu, nama khas. Maknanya ada kisah 'dia' yang bakal aku simpan sama ada dalam bentuk cerpen, novel atau novelet.
Apabila kita mengubah gambaran dalam fikiran kita maka emosi kita akan berubah dan tindakan kita akan berubah. Oleh itu, bina gambaran positif dan sentiasa elakkan keganasan atau kekasaran. Gambaran positif akan menghasilkan hormon positif dan akan memberikan kekuatan semangat dan kesihatan yang baik kepada kita.
Prof. Dr. Muhaya Mohamad
..yang bernama sahabat
Showing posts with label Mencari Diri. Show all posts

Sunday, 19 October 2014
Tuesday, 5 February 2013
Mbak, kamu novelis ya?
Teruja?
Bodohlah kalau saya katakan saya tidak teruja.

http://kavyan.blogspot.com/2013/02/baca-cerpen-kavyan-2012.html
maklumat-maklumat ini penting buat perkembangan kerjaya saya sebagai penulis.
Penuliskah saya? saya pernah ditanya seorang penulis tersohor 'akak ni
penulis novel ke?' atau dalam bahasa Indonesianya, "mbak, kamu
novelis ya?' apa perasaan anda (yang menulis) kalau ditanya begitu?
biarpun hati sedikit tersentap, pertanyaannya itu merupakan
panggilan hormat @ courtesy call untuk saya berlari dengan lebih pantas lagi.
bukan masa untuk menangisi waktu-waktu yang tercicir 17 tahun lepas.
Inilah antara tongkat-tongkat tempat saya menahan semangat yang
kadang-kadang rimpuh.
bukan Monalita Mansor, namanya kalau masih duduk menongkat lutut
di muka pintu membicarakan sejarah yang langsung tidak dihargai. saya
akan terus bangkit bersama semangat teman-teman lain. Semoga kekuatan ini
tidak berderai di tengah jalan.
hari ini, saya mengisytiharkan saya Monalita Mansor bukan novelis,
cerpenis, tetapi PENULIS. Saya mahu
menulis mengenai apa sahaja. Apa sahaja.
Tuesday, 29 January 2013
Tip Menulis Ala Koboi 4
INI SERIUS…
Kita semak sedikit aspek dan istilah sastera. Ini bukanlah panduan rigid untuk penulis
tetapi harus ada kerana menulis tetap mempunyai undang-undangnya. Sebagaimana kita manusia, tertakluk kepada
undang-undang yang digariskan di dalam Al Quran dan Hadis.
Saturday, 26 January 2013
Tip Menulis Ala Koboi - 2
Mengapa Menulis
Sepasang jemari dah letak atas papan kekunci. Jari telunjuk kanan dengan kiri pun dah
bersedia nak mencatuk. Tapi masih
bingung nak menetapkan genre penulisan.
Umum, remaja, dakwah, professional, misteri, kanak-kanak.
Itu antara kekangan dalaman.
Che’ Mon sebut sekali lagi.
Kekangan dalaman.
Serupa macam kita sesat jalan. hari dah malam.
Friday, 25 January 2013
Tips Menulis Ala Koboi
assalamualaikum w.b.t. dengan nama Allah yang Maha Memberi Rezeki. Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Hari ni, Che' Mon nak menulis sesuatu yang baru. Yang Che namakan tips menulis ala koboi, santai dan damai. Nak kongsi dengan kawan-kawan yang bersemangat nak menulis tapi tak tahu nak tulis apa...
Pertama dan seumpamanya, apa matlamat kita menulis. tak kiralah sama ada penulisan kreatif atau non kreatif.
kreatif - cerpen, novel, sajak, gurindam, syair dll
non - kreatif - esei, rencana, kritikan dll
apa matlamat kalian jadi penulis?
hobi?
tolong jangan cakap hobi. Hobi hanya untuk masa lapang. kalau kalian kata hobi, karya kalian tak akan sebegitu serius sampai jadi novel, antologi ataupun menang peraduan. Reset minda dengan katakan saya menulis kerana kecintaan. kecintaan untuk berkongsi bakat dengan orang lain. berkongsi cerita dengan orang lain. berkongsi pengetahuan saya dengan orang lain.
nak jadi popular?
nama terpampang di muka depan buku. dikenali ramai orang? kalau guna nama samaran macamana orang nak kenal? kenal. bila orang dah suka dengan karya kita. Kawan-kawan kita yang pandang rendah kita kat sekolah dulu di ruangan komen, 'aku tak sangka hang ada bakat menulis' atau 'aku tak sangka aku ada kawan seorang penulis' - tak seronok ke? seronok. kepuasan peribadi. membuktikan kredibiliti diri.
nak kaya?
ehem. Kalau karya kalian sendiri, edit sendiri, prof reading sendiri dan terbit sendiri, mungkin boleh kaya. TAPI kalau kalian memang gila-gila buat marketing sendiri di samping marketing yang dibuat oleh penerbit, insyaAllah. boleh kaya. caranya, kena menuntutlah....
nak berkongsi ilmu?
bagus untuk para profesional kalau mereka berniat begitu. begitu juga bagus untuk para agamawan. bagaimana kalau orang biasa-biasa macam kita ni? sekolah takat cukup makan. kerja makan gaji dengan Encik Suami. masih boleh berkongsi ilmu. sebab sebelum menulis kita membaca. melalui pembacaan kita mendapat ilmu. kita olah semula jadi karya kreatif. berkongsi namanya tu...
kalau KEDEKUT, HASAD DENGKI JANGAN jadi penulis!!!
nak mencurah rasa?
ini adalah sebab terbaik daripada semua sebab. kebiasaannya penulis adalah orang yang pendiam (ehem) atau pernah menjadi pendiam. pernah melalui perkara-perkara yang membuatkan rasa rendah dirinya menjunam-junam maka tak ada tempat nak mengadu, pensil dan kertaslah tempatnya.
JADI,
ambil pen/laptop dan MENULIS sekarang. Tulis apa yang ada dalam hati kalian. tentang hidup. tentang jiran sebelah pintu/ tentang anak yang terlupa bersalam sewaktu nak pergi sekolah pagi tadi/tentang ikan puyu mati. tulis sahaja. dah habis tulis. SIMPAN. jangan baca lagi. baca semula SEBULAN selepas itu.
ingat !! nak jadi penulis kena tetapkan matlamat. Kalau setakat nak balas dendam kat orang sinun/sanen fasal dia pernah menghina karya kita. lupakan sahaja. anda tak akan ke mana. Reset minda AKU MENULIS UNTUK.....(set perkara yang baik dan positif sahaja)
sekian. kalau rajin dan ada sambutan, Che Mon sambung.
Hari ni, Che' Mon nak menulis sesuatu yang baru. Yang Che namakan tips menulis ala koboi, santai dan damai. Nak kongsi dengan kawan-kawan yang bersemangat nak menulis tapi tak tahu nak tulis apa...
![]() |
ini gambar dari theinspirational apa tah, something like that la.. |
kreatif - cerpen, novel, sajak, gurindam, syair dll
non - kreatif - esei, rencana, kritikan dll
apa matlamat kalian jadi penulis?
hobi?
tolong jangan cakap hobi. Hobi hanya untuk masa lapang. kalau kalian kata hobi, karya kalian tak akan sebegitu serius sampai jadi novel, antologi ataupun menang peraduan. Reset minda dengan katakan saya menulis kerana kecintaan. kecintaan untuk berkongsi bakat dengan orang lain. berkongsi cerita dengan orang lain. berkongsi pengetahuan saya dengan orang lain.
nak jadi popular?
nama terpampang di muka depan buku. dikenali ramai orang? kalau guna nama samaran macamana orang nak kenal? kenal. bila orang dah suka dengan karya kita. Kawan-kawan kita yang pandang rendah kita kat sekolah dulu di ruangan komen, 'aku tak sangka hang ada bakat menulis' atau 'aku tak sangka aku ada kawan seorang penulis' - tak seronok ke? seronok. kepuasan peribadi. membuktikan kredibiliti diri.
nak kaya?
ehem. Kalau karya kalian sendiri, edit sendiri, prof reading sendiri dan terbit sendiri, mungkin boleh kaya. TAPI kalau kalian memang gila-gila buat marketing sendiri di samping marketing yang dibuat oleh penerbit, insyaAllah. boleh kaya. caranya, kena menuntutlah....
nak berkongsi ilmu?
bagus untuk para profesional kalau mereka berniat begitu. begitu juga bagus untuk para agamawan. bagaimana kalau orang biasa-biasa macam kita ni? sekolah takat cukup makan. kerja makan gaji dengan Encik Suami. masih boleh berkongsi ilmu. sebab sebelum menulis kita membaca. melalui pembacaan kita mendapat ilmu. kita olah semula jadi karya kreatif. berkongsi namanya tu...
kalau KEDEKUT, HASAD DENGKI JANGAN jadi penulis!!!
nak mencurah rasa?
ini adalah sebab terbaik daripada semua sebab. kebiasaannya penulis adalah orang yang pendiam (ehem) atau pernah menjadi pendiam. pernah melalui perkara-perkara yang membuatkan rasa rendah dirinya menjunam-junam maka tak ada tempat nak mengadu, pensil dan kertaslah tempatnya.
JADI,
ambil pen/laptop dan MENULIS sekarang. Tulis apa yang ada dalam hati kalian. tentang hidup. tentang jiran sebelah pintu/ tentang anak yang terlupa bersalam sewaktu nak pergi sekolah pagi tadi/tentang ikan puyu mati. tulis sahaja. dah habis tulis. SIMPAN. jangan baca lagi. baca semula SEBULAN selepas itu.
ingat !! nak jadi penulis kena tetapkan matlamat. Kalau setakat nak balas dendam kat orang sinun/sanen fasal dia pernah menghina karya kita. lupakan sahaja. anda tak akan ke mana. Reset minda AKU MENULIS UNTUK.....(set perkara yang baik dan positif sahaja)
sekian. kalau rajin dan ada sambutan, Che Mon sambung.
Thursday, 20 December 2012
Mencari Diri 4
Catatan 6/2/34
Assalamualaikum,
Perjalanan mencari diri, saya teruskan. Selepas melahirkan saya kira cuti bersalin 2 minggu tidak mencukupi. Memang saya keguguran, tetapi prosesnya ialah proses kelahiran. Maka apa yang dilalui oleh para ibu yang bersalin normal atau ceaserian, saya rasai.

Friday, 14 December 2012
Mencari Diri 3
Catatan 1/2/34 Hijrah.
Assalamualaikum.
(Ya Allah, saya mohon pembersihan hati daripada rasa ujub, aaamin)
Catatan ini lebih kepada pelepas lara atau laluan alternatif buat sahabat dan kerabat yang kusut rusuh mencari jalan keluar. Saya mula cuba bangun malam, bersolat sunat. tetapi solat wajib masih rongak. Ibarat memberi sedekah menggunakan 'cash advance' kad kredit.
dugaan datang lagi.

Thursday, 13 December 2012
Mencari Diri 2
Catatan 29 Muharram 1434
Langkah pertama penjejakan ke Tanah Suci bermula di sini.
Saya bertugas di sebuah bank 'anchor' di Malaysia. Dengan jawatan biasa-biasa juga gaji biasa-biasa tetapi berdepan dengan orang yang luar biasa. Setiap hari. Dari pengurus, kakitangan, apa lagi pelanggan-pelanggannya.
Hari penjejakan (saya tak mahu namakan hari malang)
Langkah pertama penjejakan ke Tanah Suci bermula di sini.
Saya bertugas di sebuah bank 'anchor' di Malaysia. Dengan jawatan biasa-biasa juga gaji biasa-biasa tetapi berdepan dengan orang yang luar biasa. Setiap hari. Dari pengurus, kakitangan, apa lagi pelanggan-pelanggannya.
![]() |
kredit utk dreamtime.com |
Wednesday, 12 December 2012
Mencari Diri
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
28 Muharram 1434
Catatan ini sepatutnya menjadi terlalu peribadi untuk tercoret di ruangan ini. Tetapi berdiri di atas dasar hidayah itu milik Allah tetapi berdakwah hak manusia, maka saya gagahkan tangan menaip. Setidak-tidaknya inilah lakaran pemori paling agung dalam kehidupan saya sebagai individu. Saya enapkan juga sebagai renungan untuk anak-anak dan sahabat-sahabat.
Saya namakan ia Mencari Diri kerana

Subscribe to:
Posts (Atom)