Fragmen daripada ms 323 Kabus Rindu. Baca aje, percuma. |
..yang bernama sahabat
Showing posts with label Kabus Rindu. Show all posts

Wednesday, 15 October 2014
Tuesday, 14 October 2014
Getaran
Wednesday, 5 March 2014
Monday, 3 February 2014
Komen : Siti Nurain - Ulasan Kabus Rindu
Review Kabus Rindu dari ku..kononnya...bahasa paso ek..heh..
Firstly aku nak ucapkan congrats kt ko coz dpt menghasilkan sebuah novel yg berjaya menarik perhatian aku yg cerewet ni tuk baca smpi abes...tu tandanya novel ko bes..double tumbs uppp...
Moon..I wonder tul ke suara aku cam naga sakti hidayati tu..emm..ganas gak ek..hahahh...aku suka ngan aura kekeluargaan yg akrab antara yaya dan famili dia..bes dpt famili yg sporting camtu..
Yg paling bes semangat setia kwn antara mama yaya dan mummy wafi...so cool..bdk2 brtiga tu mmg 'geng bas skolah' so no doubt they are very close to each other..
And I wonder again wat happen to dang yg kene tikam tu..klu dia sequel to cite yaya..so maknanya dia selamat ler..and again cmne si kwn yg jatuh moto tu leh nmpk kedua2 bangsawan tu plak ek..cer cite sket..off book ler..
Lastly..malas nk pjg2 lg..heh..novel ko ni wat aku nak tgk blk cite2 zaman nujum pk belalang dlu..ie dayang senandung & a few movies dlu2..tah lupa tajuk..klu ada nordin ahmad or mustafa maarof lg bes..hensem woo..
Ok sahabat..hope u will succeed in yr next novel..in sya Allah...semoga Allah permudahkan segala urusanmu sahabatku..jazakallah.
Saturday, 25 January 2014
Komen 4 oleh Yang Lain daripada grup Buku Tiga Lima
Tajuk : Kabus Rindu
penulis : Monalita Mansor
ketika novel ini sampai ke tanganku, aku sangat tertarik dengan kaver dan tulisan tajuknya, emm, pada aku sangat cantik dan sesuai utk sebuah novel cinta. Oops! Ok, aku bukan peminat novel cinta, hehehee Cuma aku tertarik utk membaca novel ini kerana sinopsisnya yg kurasakan agak berbeza dgn cerita cinta biasa, kira macam cinta yg melangkaui sempadan masa laa sbb ada watak indera laksamana dan kembang dahlia dan berlatar belakangkan zaman silam.
selain kaver dan tulisan tajuknya, aku memuji gaya penulisannya yg santai dan lancar, aku merasakan penulis menggunakan sepenuh pengalamannya semasa zaman kecilnya serta mengabungkan dengan pengalaman / keletah anak2 zaman sekarang yg sinonim dgn K-pop, facebook, twiter dan handset canggih, kiranya novel ini menepati selera remaja sekarang, dan aku harap semoga novel ini diterima baik oleh golongan remaja masakini..
Pada aku novel ini tidak berat dari sudut konflik dan kekeluargaan, ia lbh menjurus kepada bagaimana cara remaja masakini menghadapi delima percintaan dan mengajak kita (pembaca) melihat permasalahan keluarga dari kacamata remaja. Apa yg setiap remaja akan rasa dan alamai jika berlaku konflik antara ibu bapa dan pilihan keluarga.
secara jujurnya aku tak dapat apa yg aku harapkan dalam novel ini, aku mengharapkan penglibatan watak indera laksamana atau setidak2nya diawal sangkaanku aku, aku mengharapkan cinta yg melangkaui sempadan masa ini pasti penuh dgn rintangan dan cabaran, jika tidak dapat sehebat cinta haryani kepada saifudin jails, sekurang2nya aku memerlukan sesuatu yg dapat membuat aku rasa teruja utk terus mengikuti bab demi bab dalam novel ini namun..
mengakhiri bacaan novel ini, aku sedikit kecewa, aku tak Nampak apa kaitan watak indera laksamana atau kembang dahlia dan raja helang olak lapan, kepada zaweeya atau wafi ??? atau kepada norman, budik, ain dan hairul ??? mgkn penulis memasukkan watak itu sebagai penyedap cerita sedang kami (para peminat novel mistik dan thriller) lebih mengharapkan watak itu sebagai penguat cerita.
7 bintang utk novel ini, sesuai utk bacaan remaja dan gaya penulisannya mmg boleh memikat pembaca.

Thursday, 16 January 2014
Mari Beli Novel Saya
Kabus Rindu, novel terbaru aku terbitan Elee Mardiana Publication. Harganya RM18.00. Boleh terus dapatkan di kedai-kedai buku di seluruh negara, insya-Allah. Juga boleh dapatkan terus daripada aku.
Depositkan harga buku beserta caj pos laju RM6.00 atau caj pos tak berapa laju RM2.00 lepas tu isi borang di sini.
Nanti aku poskan kepada sahabat-sahabt sekalian.
Apa yang menariknya Kabus Rindu.
Ada cerita kahwin paksa? Tak ada. Cerita mak yang memaksa kahwin tapi anak-anak tak nak ada. Tapi mak-mak yang vogue dua orang ni, Yatt dan Izzie, tak adalah memaksa macam Nyonya Mansor tu. Siap tabur-tabur, campak-campak duit lagi kan. Tak adalah macam tu.
Ni cerita persahabatan. Persahabatan Yatt dan Izzie, walaupun dah nak masuk '4series' masih berkelakuan macam budak-budak. Mereka sahabat yang lama terpisah. Macam mana boleh berjumpa semula. Hah, anak-anak merekalah. Wafi dan Zaweeya punya angkara.
Kabus Rindu boleh letak kat librari, aku nak beritahu. Aku suntik elemen bahasa klasik, aku suntik elemen syair. Tak percaya baca komen Annur Puteri kat sini InsyaAllah, cikgu sastera (kalau ada boleh syorkan pada sekolah suruh beli) hihi. Sesuai untuk bacaan semua peringkat umur. Insya-Allah.

Wednesday, 8 January 2014
Tuesday, 7 January 2014
Latar Kabus Rindu
foto : carian google |
Nagari aman, kampueng santoso,
Padi
masak, jagueng manjadi,
Taranak bakambang biak,
Bapak
kayo, mande batueh,
Mamak
dihurmati urang pulo,” ¹
Wafi ketawa mendengar kata-kata
Zakeeya. Sepatah harampun tidak difahami
tetapi menarik di dengar di telinga. Mereka tiba di pekan Kuala Klawang untuk
mengisi minyak. Arca dastar Dendam Tak
Sudah yang menjadi destar rasmi Yang Dipertuan Agung berdiri angkuh di depan
Muzium Adat yang terletak bertentangan dengan padang majlis perbandaran.
Thursday, 2 January 2014
Komen 2 : Annur Puteri
Teks : Annur Puteri
Kredit : http://www.annurputeri.blogspot.com
REVIEW: KABUS RINDU KARYA MONALITA MANSOR
TAJUK: KABUS RINDU
KARYA: MONALITA MANSOR
TERBITAN : EMP
Sebuah novel bertemakan percintaan yang diadun dalam karya sastera dan bukan buku cerita semata-mata. Itu yang AP boleh rumuskan tentang KABUS RINDU (KR).
Tema KR agak konvensional iaitu percintaan. Namun demikian ciri konvensional ini bijak diselimuti keindahan sastera oleh penulisnya memandangkan tema ini cuba diberi kelainan dengan mengadunkan kisah cinta Zaweeya dan Wafi dengan elemen cerita-cerita hikayat melalui teknik intertekstualiti yang digunakan penulis. Inilah kelainan paling besar boleh AP kesan dalam karya ini lantas menjadikan ini menarik untuk ditelaah bukan daripada segi konfliknya namun dari segi teknik dan ilmu bantu yang sarat.
Menekuni karya ini, dapat AP buat kesimpulan bahawa penulisnya bukan sekadar mahu bercerita tentang sepasang remaja yang awalnya tidak sebulu, tapi lebih kepada untuk mengangkat martabat genre novel itu sendiri. Penulis tidak mahu menghidangkan cerita klise yang tidak mempunyai sebarang pengisian, sebaliknya mahu mengajak kita berfikir bahawa kita masih boleh menulis kisah cinta yang tidak terlalu komplikated dalam sesebuah novel namun dalam masa yang sama mengangkat martabat sastera dan bahasa itu sendiri. Di samping itu juga, karya ini hanyalah wacana untuk menyampaikan banyak perkara. Menyampaikan kecintaan penulis tentang satu-satu isu. Significant watak-watak yang berlegar dalam novel ini yang gemar menggunakan tulisan jawi menunjukkan kepada kita bahawa sebagai bangsa melayu yang mempunyai bentuk tulisan sendiri, sepatutnya kita berganding bahu mengangkat kembali martabat tulisan jawi dalam masyarakat kita.
Penulis juga bijak mengisi semua aspek perhubungan dalam novel ini, hubungan cinta dua remaja walaupun tidak cinta murahan, hubungan suami isteri, hubungan persahabatan dan kekeluargaan, semua cukup rempahnya. Malahan, 'kemeriahan' watak Zaweeya yang dikelilingi sahabat-sahabat baik seperti Ain, Budik,Norman,Amirul dan keeratan hubungan adik-beradik antara Zaweeya, Zameera dan Zakeeya tentu sahaja mencetuskan suasana lucu dan mencuit hati. Golongan remaja tentu sukakan penerapan kisah-kisah mereka ini. Ada dialog lucu dan bersahaja membuatkan kita mampu tersenyum sendiri. Pendek kata, dalam usianya, penulis mampu menghidupkan suasana remaja yang relevan dengan zaman baik dari segi cara bergaul, cara cakap, gajet-gajet dan juga bentuk komunikasi terkini. (Kalau AP sendiri sudah tentu tidak mampu :) )
AP juga gemarkan gaya bahasa dalam KR. Bahasanya cantik dan kena dengan jiwa AP. Daripada gaya bahasa ini kita tahu penulisnya bukan calang-calang orang dalam bidang ini. Penulis tentu seorang yang cintakan bahasa dalam masa yang sama cintakan juga ilmu dan kesusasteraan!
Bagaimanapun, AP agak kurang berpuas hati apabila perkaitan antara gangguan yang dialami Zaweeya akibat dari pembacaan dalam majalah Makar, iaitu tentang kemunculan Indera Laksamana dalam bentuk halusinasi tidak diperincikan dan tinggal tergantung begitu sahaja. Ap menyangkakan pada akhiran karya akan dijelaskan mengapa perkara ini berlaku sehinggakan Norman si watak sampingan dan Wafi juga mengalami masalah halusinasi ini namun tidak dijelaskan mengapa mereka turut mengalami gangguan tersebut. Mungkinkah secara kebetulan semata-mata atau memang berlaku unsur mistik di situ.
Dalam masa yang sama, AP berpendapat, watak Siti Solehah tidak perlu muncul kembali kerana konflik sebegini mudah ditebak. Karya ini nampak lebih cantik bagi AP sekiranya Siti Solehah tidak muncul kembali.
Jujurnya, sebagai peminat karya bermutu tinggi AP mengharapkan lebih daripada nama besar dalam arena penulisan, Monalita Mansor. Mengharapkan beliau lari daripada elemen konvensional iaitu tidak meletakkan imej serba-serbinya sempurna bagi protagonis dan antagonis sebagaimana karya-karya yang berlambak di pasaran. Pun begitu AP akur dengan keadaan pasaran sekarang iaitu penggemar karya kreatif yang sebilangan besarnya terdiri daripada remaja suka jika dihidangkan dengan watak cantik, untuk wanita, segak, kaya dan tampan untuk lelaki.
Pun secara keseluruhan, AP terhibur membaca naskah ini kerana AP seorang yang tidak hanya memandang kepada jalan cerita, sebaliknya AP akan perhatikan semua aspek termasuk unsur sastera yang ada dalam sesebuah karya.
Syabas untuk penulis kerana tidak ramai mampu bercerita, mengangkat martabat bahasa dan mengekalkan ciri kesusasteraan dalam sesebuah karya. Syabas juga kerana kisah dalam novel ini merangkumi semua perkara. Relevan dengan realiti kehidupan. Ringkasnya, ia memang karya menarik dan wajar dibaca oleh semua penggemar karya sastera yang cuba lagi dari kebiasaan.
Tahniah sekali lagi

Wednesday, 1 January 2014
Tuesday, 31 December 2013
Melakukan Kabus Rindu, kerja baru
Assalamualaikum,
Masihi 2013 bakal berlabuh sebentar lagi.
Keseluruhannya untuk berada pada takat ini, aku rasakan semuanya bagaikan mimpi. Kabus Rindu menjengah pasaran di pertengahan bulan Disember. Karya terkini di alaf baru. Rasanya sudah banyak entri yang aku naikkan mengenainya kan.
Mempromosi dan mencari jalan 'melakukan' Kabus Rindu adalah perkara baru yang aku lakukan. Alhamdulillah, kalau bukan kerana Akademi Bekerja Di Rumah, tentu saya menghadapi masalah juga.
Tahun 2014, banyak yang aku rencanakan. Semoga rezeki dapat aku jemput dengan ceria dan cemerlang. InsyaAllah.

Saturday, 28 December 2013
Budiwati - tak pernah ada lagi
Assalamualaikum.
Budiwati ni sahabat aku. Aku abadikan nama dia dan wataknya sendiri sebab bagi aku nama dia sangat unik. Aku pernah jumpa Budiyati Mulia, pernah jumpa Budiman Perwira Negara tetapi belum pernah bertemu dengan pemilik Budiwati.
Budiwati, aku lukiskan wataknya sebagai sahabat yang gila-gila sama seperti Ain. Bagaimanapun dalam gila-gilanya ada sentapnya juga. Salah faham di antara Budiwati dengan Zaweeya kerana Norman memungkinkan hubungan persahabatan mereka dingin seketika. Tinggallah Zaweeya terkontang-kanting kerana Ain juga menjauhi Zaweeya ketika itu.
Padahal Zaweeya memang tidak pernah meletakkan hati pada Norman, biarpun Norman sebenarnya memang ada sikit hati pada Zaweeya. Aduh kalut betullah mereka ni.

Norman tersenyum-senyum di muka
pintu. Hidayati juga berada di luar rumah
meladeni taman mininya. Dua beg plastik
hitam berisi anak pokok bunga yang dibawa Norman berada di tangannya.
“Mana Budik?”
“Manalah aku tahu. Aku bukannya satu rumah dengan dia,” Norman bertenggek di pinggir longkang di
depan rumah.
“Yalah. Biasanya kau datang dengan dia. Hari ni kau datang seorang pula.,” sela Zaweeya
sambil menghulurkan gelas yang sudah berisi air sirap kepada Norman.
“Entah. Aku tak tahu.
Tadi aku panggil dia, dia tak mahu turun. Nak pergi perpustakaan tak?” Tanpa kata, Zaweeya masuk ke dalam
rumah. Tidak lama kemudian Zakeeya
muncul. Setelah meminta izin mamanya,
mereka berjalan kaki beriring-iringan menuju ke perpustakaan itu.
Friday, 27 December 2013
Indera Laksamana, tuan hamba di mana
DENGAN firasat Dato Nakhoda Tajam Batu, Putera Indera Laksamana segera
menitahkan bahawa diturunkan perahu menyusur tebing kerana baginda mahu
bertukar sarung menyamar diri menjadi jelata.
Ditukar juga gelarnya kepada Awang Deli dan Awang Gagah tetaplah dengan
gelar asalnya. Awang Gagah yang sesekala
tersasul menyeru nama baginda, dimurkainya tetapi cuma seketika. Tatkala dilihatnya ada desa berorang,
merekapun menyinggah melepas lelah.
Maka jelata yang ada
tiadalah terperasan akan mereka. Manakan
tidak, ke istana tidak dijejak. Manalah
tahu rupa sebenar anak raja itu. Hanya
mendengar cerita disampai orang tentang
muluk paras rupa dan elok laku sehingga menjadi igauan dara desa.
Arakian, setelah lama
berdayung haripun petang. Maka
berkatalah Awang Deli kepada Awang Gagah supaya sekali lagi merapatkan perahu
ke tebing. Maka dirapatkan perahu ke
tebingan dan Awang Gagah terjun ke dalam sungai. Air sungai separas pinggang orang tua itu
diharungnya dan menarik perahu ke tebing.
Dicarinya kayu buat mengikat tali perahu.
Indera Laksamana, satu lagi watak 'keras' dalam Kabus Rindu. Keras macam mana? satu memang dia berhantu sebab dia memang hantu, dia wujud di dalam minda Zaweeya aje. Kedua, saya gunakan era Indera Laksamana untuk menyerap elemen syair dan bahasa klasik. Walaupun Indera Laksamana nampak sempurna saya garapkan sikap manusia pada dirinya.
Indera Laksamana dalam era kini adalah Wafi Ikhmal dan Kembang Dahlia, perawan desa yang diburunya yang suka mengidung serta malas ke dapur adalah Zaweeya. Kembang Dahlia dan Zaweeya, di mana-mana zamanpun memang memeningkan kepala bondanya. Aduhai...
Thursday, 26 December 2013
Nur Ain Syafira - pewaris saka pontianak
Assalamuaikum.
Di dalam dunia realiti, Nur Ain Syafira ini betul-betul memberikan kejutan. Dia satu-satunya pelajar Melayu di Sek. Men Kebangsaan Puchong Jaya A yang mendapat 8A. Anak aku dan rakan sekelas berada di belakangnya dengan 7A IB, padahal masa dia di tahun enam, keputusan PMR-nya mencatatkan satu B mengikuti 4A yang lain.
Di dalam Kabus Rindu, Ain Syafira kawan baik Zaweeya, sama gila-gilanya dengan Budik atau Budiwati. Selalu bikin hangat mama Yatt dengan telatah mereka bertiga. Tapi, ada ketikanya persabahatan mereka digoda badai jugak. Budik la. Tak nak bertanya dengan Yaya dulu. Kan dah rugi masa-masa gemilang zaman remaja bersama-sama.
Tapi babak kegemaran penulis ialah masa mereka meneka-neka siapa hantu yang selalu mengSMS Wafi sampaikan waktu makan kenduri pun masih sibuk lagi. Siapa agaknya ya?

Wafi tergesit-gesit menahan
kepedasan sambal dilengkapi aneka daun-daunan seperti pucuk ubi, daun kaduk,
daun kunyit dicampur tempoyak dan petai beserta cili api dan kunyit hidup. Ditambah pula dengan hidangan daging lembu
salai dimasak lemak cili api.
“Sakit
apa?” tanya Wafi, terus tersenyum.
“Sakit hati. Dalam hati ada nurseri bunga!” jerit Budiwati.
“Mana ada, ” tukas Wafi.
“Sudahlah. Janganlah cuba-cuba nak menipu kami ni,
Wafi. Bukan sehari dua kami kenal
kau. Dulu kau tak macam nipun,” jerkah
Ain pula. Bagaikan Wafi pesalah yang
akan menerima hukuman gantung sebentar lagi.
“Biarkanlah dia. Kenapa nak marah-marah pula?” tanya Amirul.
Sekadar membela. Wafi
mengangguk-angguk sambil melayangkan tapak tangannya kirinya. Bertemu dengan tapak tangan Amirul.
“Sebab dia tak bagi tahu siapa yang
sebabkan dia angau tu!” tambah Ain lagi.
“Jangan-jangan dengan kau kot?” telunjuk Budiwati mengarah kepada Zaweeya
yang baru meletakkan sebekas plastik berisi dadih yang masih dingin.
Wednesday, 25 December 2013
Izzie Memang Berlagak
Assalamualaikum.
Izzie atau Ungku Izzaidah, sesuai la pulak dengan dirinya. Keturunan bangsawan dan seleranya tidak terarah kepada lelaki Melayu tapi aku tak ceritakan kenapa. Tak perlulah cerita kalau setakat nak memburukkan lelaki-lelaki Melayu di luar sana. Lelaki, tak kira apa bangsa, kalau dah jahat, jahat juga. Perempuan pun begitu.
Sebab tu lah dalam ayat Quran ada disebutkan tentang puak-puak yang sengaja Allah jadikan supaya hidup aman damai tapi lain pulak jadinya disebabkan campur tangan syaitan.
Izzie terpisah dengan Hidayati selepas habis belajar walaupun sebenarnya mereka kawan baik. Zaman pop yeh-yeh dulu mana ada kemudahan facebook atau laman sosial nak uruskan alumni. Aku nipun anak yang buatkan akaun masa dalam pantang dulu. Kalau tak, sampai ke sudahlah tak berjumpa kawan-kawan lama. (eh ini cerita aku ke cerita Izzie)
Mereka berjumpa semula semasa di sekolah sebab Izzie nak menyaman keluarga Hidayati disebabkan oleh Zaweeya. Apa yang dibuat dek Yaya ni lagi? Ya Allah. Memang pening mama Yatt dibuatnya. Tapi aku gambarkan Izzie memang kerek. Masa mula-mula bertemu dengan Pengetua, haram tak ada sepatah bahasa Melayu pun digunakannya. Teramatlah kereknya yek.

“SAYA tak kira. Saya tak mahu terima apapun alasan
cikgu.” Wanita anggun yang baru sahaja
menanggalkan kaca mata hitam dengan perkataan CK di bingkainya itu bersuara.
Dalam bahasa Inggeris dan dalam
loghat England Utara yang sangat pekat.
Puan Pengetua sedaya upaya bersangka baik. Membuang rasa meluatnya. Dia melabuhkan punggungnya ke kerusi tidak
berapa empuk di dalam bilik Puan Salbiah itu.
Kipas dari sutera China yang dibelinya juga di negara paksi komunis itu
dikeluarkan. Biarpun kedinginan udara
dari pendingin hawa di atas kepala Puan Salbiah itu baru sahaja menyapanya.
Watak Izzie ini aku gubah daripada watak seorang wanita yang aku temui di sekolah anak-anak satu ketika dahulu. Tak aku nafikan, memang aku meluat tahap gaban, tapi aku salurkan rasa meluat aku tu dengan cara yang betul. Taraaaa...
Tuesday, 24 December 2013
Mama Gila-Gila
Assalamualaikum.
Kawan aku, Ain menggambarkan Hidayati Jamil, mama Zareema, Zaweeya dan Zakeeya sebagai sebahagian daripada dirinya. Memanglah. Emak mana yang tak poning kalau dapat anak dara macam Zaweeya tu. Aduhai.
Hidayati, adalah sebahagian daripada diri aku, diri mama-mama di luar sana dan diri ibu idaman tiap anak-anak. Ibu Transformer. Ada masanya menjadi Naga Tasik Cini bercantum dengan Ular Saktimuna. Ada ketikanya, dia ibu yang blur yang dibuli oleh Yaya dan rakan-rakannya. Ada ketikanya dialah penyejuk hati di kala anak-anak berduka.

“Biarkan
dia, Budik,” kata Hidayati
pula. Mendengar suara mamanya yang
berbaur ancaman, Yaya bingkas bangun.
Mengemaskan tudung di kepala dan menjadi orang pertama yang berlegar di
sekitar kereta papanya. Menunggu kunci
kereta dibuka.
“Mama jangan lupa telefon pengetua. Yaya tak nak menipu dengan dia. Berdosa.
Tak mahu! Tak mahu.” Zaweeya
menggoyangkan telunjuknya.
Hidayati ketawa kecil. Dalam pada itu, sedikit kerisauan menapak jua
di hati. Amatlah tidak berpatutan apa
yang dilakukan pada hari ini. Tetapi, dikeraskan
hati, dia memang tidak sanggup melihat majalah-majalah kesayangannya itu
menjadi kertas kitar semula walaupun niatnya suci untuk menyelamatkan alam
semesta.
“Tak sempatlah. Mama aku tak benarkan kami usik komputerpun
semalam. Telefonpun dia ambil,” Zaweeya menerangkan dengan suara separuh
sedih.
Bagaikan kehilangan dunia kerana
tidak dibenarkan menyentuh gajet-gajet itu.
Kesemuanya dikuarantin. Oleh siapa
lagi kalau bukan mamanya! Komputer, kad Astro, telefon bimbit. Dikunci Hidayati di dalam peti besi berkod
yang hanya boleh dibuka James Bond.
Monday, 23 December 2013
Ganteng Sangat ke Wafi Ikhmal tu?
Assalamualaikum
Wafi Ikhmal pada mulanya tak adalah kuat benar peranannya. Sebab aku tak berniatpun nak 'menjatuhcintakan' dia dengan Zaweeya. Tapi entah macam mana pulak, bila Indera Laksamana yang tampan gunawan tu masuk campur, aku rasa aku perlu selamatkan Zaweeya daripada mimpi dia tu.
Sebab, Zaweeya kalau dapat berangankan Indera Laksamana, dia dah tak pedulikan sesiapa lagi. Sampaikan Wafi pun diserunya Indera Laksamana. Mana tak perasan kawan tu!
Wafi Ikhmal aku gambarkan budak macho sebab dia anak kacukan. Papanya Edward Arie Glas lelaki Belanda berketurunan Indonesia-Belanda yang berkahwin dengan Ungku Izzaidah.
Maklumat tentang Belanda dan sedikit latar ini aku peroleh daripada ipar aku yang berkahwin dengan warga Belanda yang baru dijemput Allah sebulan yang lepas. Almarhum ada beritahu nak hadiahkan aku kamus Belanda-English dan antara penyokong kuat kerjaya aku selain suami dan anak-anak. Tapi itulah, tak sempat nak tunjuk novel ni kat dia.
Dulu, kalaulah ada rezeki, boleh aku minta tolong dia terjemahkan ke dalam Bahasa Belanda sebab profesion terakhirnya ialah penterjemah. Tapi Allah lebih mengetahui kan.

Zaweeya mengangkat muka apabila
merasakan ada pandangan yang sedang menghala padanya. Seorang lelaki berbusana amat berbeza
berbalam-balam bayangannya di belakang Wafi.
Berseluar panjut dengan kilau
kemilau bagai cermin kecil pecah berderai terlekat di setiap sudut seluar. Memancar sinar memanah wajah bertambah
indah. Bajunya daripada sutera baldu
bergelar ainul-banat, indahnya dicabik sikit dijerumat. Berkain tenun dondon
dari tanah besar China. Tengkoloknya bagai pelangi zaman dahulu, tiap sudut
terlipat menyimpan hikmat. Bagai
tersusun hajat tak sampai.
Di pinggangnya tersisip keris sempana gajah
rias. Dikata orang retak diturut dek
panjut putih, besi dititik besi lalu ditinting dari keratan tongkat Nabi Adam
berasal daripada serpihan khersani.²
“Putera,” terpacul sepatah ayat dari
mulutnya. Dia semakin mendekati Wafi.
“Putera Indera Laksamana,” panggil Zaweeya. Berada betul-betul di depan Wafi
sekarang. Wafi menoleh ke kiri dan ke
kanan.
“Yaya,” dipanggilnya nama Zaweeya. Berkali-kali.
Haikal juga mendekat dan memanggil-manggil nama Zaweeya. Jerit-pekit Zakeeya bermain air mati
tiba-tiba setelah diarah diam oleh mamanya.
Wajah sempurna milik Putera Indera
Laksamana itu terus memukau pandangan Zaweeya.
Bagaikan mahu diusap kulit mulus bagaikan telur baru berkupas itu.
Pipinya bagai pauh terlayang dengan hidung kuntum bunga serayu. Telinga bagai telepuk layu dengan dahi cantik
bagai sehari bulan.
Semuanya serba sempurna dengan
kening lengkuk taji dan lehernya jinjang bagaikan buyung Petani. Segala-galanya serba sempurna dan
mengasyikkan. Putera Indera Laksamana menghulurkan jemarinya. Mereka masih bertatapan. Bagaikan dialah Kembang Dahlia yang melagukan
‘Syair Teladan Yusuf Nan Tampan’.
“Yaya,” jerit Hidayati melihat Zaweeya
terkulai di dalam dakapan Wafi yang menyambutnya sebaik sahaja dia mulai
kehilangan tenaga dan hampir terkulai di pangkal pokok getah tua itu.
Sunday, 22 December 2013
Bertuahnya Yaya (Kabus Rindu)
Assalamualaikum.
Watak Yaya (Zaweeya) dalam Kabus Rindu sebenarnya adalah imbasan watak salah seorang puteri aku. Dia memang sangat rajin tahap tukul The Thor, ketuk di Malaysia boleh terasa sampai ke bulan! Tapi tak bolehlah aku nak sebut selalu ayat negatif tu sebab pakar keibubapaan kata tak baik. Lalu bila kemalasan dia melanda, aku selalu gelar dia menantu sultan Johor.
Nak ambil berkat macam Duli Yang Mulia Raja Permaisuri Agung sekarang. Dalam satu temuramah majalah, baginda pernah bertitah yang bonda baginda menggelarnya permaisuri sebab baginda selalu bangun lambat.
Jadi, apa salah aku gelar anak aku menantu sultan pulak kan?
Ini antara babak aku menggambarkan betapa bertuahnya Si Yaya ni...

Perut yang kelaparan sudah menadah
minta diisi. Dibukanya kabinet dapur
sebelah atas. Manalah tahu, kalau-kalau
ada simpanan mee segera. Nil. Aduh!
Terasa mahu dibalingnya tin susu bergambar teko yang beratur di depan
matanya. Hendak menggoreng ayam, perlu
menunggu ayam umpama batu itu lembut dahulu.
Hendak menggoreng ikan, tidak pula arif dia melihat keadaan ikan yang
sudah masak itu bagaimana. Sebanyak mana
minyaknya.
Hendak menggoreng sayur, menyiang
kangkungpun Zaweeya tidak pandai! Bayam
apatah lagi. Ikutkan dia, dimasukkan
semua tanpa bersiang. Apa yang
disusahkan benar hendak disiang kalau semuanya masuk ke dalam perut?
“KEEYA, kalau Keeya nak tahu, itu
alasan orang terlebih rajin. Ada-ada
saja alasan dia.” Teringat kata-kata mamanya
apabila dia memberi alasan apabila disuakan sebekas bayam untuk
dikerjakan. Sayur paling ringkas
dimasak. Sup bayam bercampur ayam. Berkhasiat dan menjimatkan.
Hidayati menitikberatkan kesihatan
anak-anak dengan menjaga aspek pemakanan.
Setiap hidangan perlu ada sayuran atau buah-buahan. Buah-buahan harus dimakan sebelum makan
nasi. Selain dari salah satu sunnah
Rasulullah S.A.W., ia dapat mengurangkan kadar pengambilan kabohidrat dan
protein di dalam nasi dan lauk-pauk kerana perut sudah beralas. Satu kemestiannya yang cuma diikuti Zakeeya
sahaja.
“Tapi, bila waktu makan, tak payah
dipersila, tak payah dijemput, dialah orang pertama yang menyorong pinggan,” ulas Hidayati lagi. Zakeeya ketawa mendengar kata-kata mamanya
itu.
Zaweeya memang suka memberi alasan apabila disuruh ke dapur. Ataupun disuruh membuat apa-apapun. Jawapan yang paling popular ‘nanti
sekejap’. Membawa makna, ‘saya tak mahu
buat’. Ataupun jawapan biasa, ‘Yaya
penat’, ‘Yaya mengantuk’, ‘suruhlah orang lain, asyik suruh Yaya aja’. Semuanya membawa maksud sinonim dengan yang
pertama tadi iaitu ‘saya tak mahu buat.’
“Tak baik mama menjatuhkan air muka
anak di depan anaknya yang lain tau, ma.
Yayapun anak mama. Keeyapun anak mama. Pilih kasih namanya tu…” Zaweeya membuat andaian.
Mempamer wajah terluka yang
dibuat-buat. Biarpun dia tahu, mamanya
tidak akan terkesanpun dengan teknik psikologi amaturnya itu. Memutar topik
agar tiada hentaman kata menujah kepadanya lagi.
“Yaya tu tak pilih kasihkah? Bila mama suruh tolong masak, tolong kemas, Yaya
bagi seribu alasan. Bila tiba waktu
makan, waktu makan angin, kenapa Yaya tak bagi alasan. Kalau mama pilih kasih, mama tak bagi Yaya
makan, tahu?” Zaweeya
terkebil-kebil. Nawaitunya untuk
mengelak, Menamatkan perang kata,
tiba-tiba lain pula jadinya.
Akhirnya, Zaweeya mencapai dua biji
telur. Dihidupkan api dan telur
dipecahkan di dalam kuali tanpa minyak dan dikacau dengan sudip sehingga
hancur. Direnjis sedikit kicap masin dan
kicap manis. Tangannya mencapai majalah
Mekar yang berwarna jingga pada tulisan jawinya.
Saturday, 21 December 2013
Majlis Doa Selamat EMP
Assalamualaikum dan Bismillah.
Esok berlangsung majlis doa selamat di Persatuan Kebajikan Darul Fikrah di Sungai Sekamat, Kajang Selangor, insyaAllah. Alhamdulillah, terima kasih sangat kepada EMP dan pasukannya yang sudi menganjurkan majlis doa selamat tersebut di rumah kebajikan bagi golongan warga tua terdampar dan diharapkan majlis ini memberi manfaat buat mereka.
Untuk mengelakkan kesemakan lalu lintas dan kesemakan kepala, aku awal-awal lagi menghantar mesej pada sahabat FB yang bermukim di Kajang, Saniah. Selain daripada bertanyakan arah, aku jemput dia sekali. Tak mahu sesat barat dan nantinya bertekak-tekak di dalam kereta. Penatlah.
Nampak macam ok. Macam tak sesat, macam tak sesat...hihi... mohon dipermudahkan semuanya.
Wednesday, 9 October 2013
Kabus Rindu
ehsan google |
“Kanda!!!!”
Tetapi pandangan tetap gelita.
Putera Indera Laksamana? Tuan hamba di
mana? Kabus memutih mengendur umpama tirai menampakkan susuk gunawan menjadi
igauan dara dan janda.. Rakyat biasa dan
anak raja.
Subscribe to:
Posts (Atom)