Pages

Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts

Wednesday, May 8, 2013

PRU 13 Nasi Tomato dan Ayam Merah!

Assalaamualaikum,
KNJ masih di sini.....belum prgi ke kursus pun...haha...ngelat...selagi boleh di delay..kita delay lah...
U aols apa khabar..KNJ harap berada dlam keadaan yang memuaskan lah yek!

Amacam pilihanraya umum 13 hari tu...memuaskan??? sudah menjadi adat bertanding..ada pemenang mesti nak ada yang kalah...bila dah kalah MESTI akan ada berpeluang untuk MENANG...In Sha Allah! perjuangan itu memang tiada noktah...so don't give up...keep believing ! Allah bersama-sama dengan orang2 yang benar!

Nanti Kita sama-sama tengok apa outcome yang di perolehi dari PRU hari tu yek...pada yang menang ,Tahniah..,silalah kotakan janji2 manis or manifesto yang telah anda gembar gemburkan.....benda2 tu adalah amanah rakyat yek...jangan last2 minit baru nak kelam kabut!


ok!  enough talk about politics....kalau sapa2 rase nak bertengang urat pasal politik boleh meroyan dekat blog2 politik yng lain...Semanis Madu ni blog makan2, blog suka2, blog kongsi resepi dan blog yang akan menjana positivity...Harap Maklum!


Hari ni masak awal-seawalnye, KNJ..sebab banyak benda harus akak settle kan...lama dah nak masak nasik tomato...sampai beli jugak KNJ dekat pasar malam Ahad baru2 ni...hemm rasanya boleh tahan , tapi ayam nya kiut miut......so itulah KNJ usaha jugak buat hari ni...masak ayam merah sekor...puaslah anak2 n pokwo makan...kalau tak habis derang boleh lah hangatkan esok...senang keje my dear pokwo!

resepi dari Raihan Shaari empunya blog Periuk Tanah..tq!

NASI TOMATO

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

2 cawan beras basmathi- cuci dan toskan
1 labu bawang besar didadu kecil
2 ulas bawang putih diketuk
1/2 inci halia dihiris halus
sekuntum bunga lawang, 2 kuntum bunga cengkih, 5 biji buah pelaga, 1 inci kulit kayu manis
1/2 cawan tomato puri
1/2 cawan susu cair
2 1/2 cawan air- K.An suka nasi yang lembut, kalau suka yang agak kering kurangkan 1/2 cawan air
sedikit garam
1/2 biji tomato didadu kecil
2 sudu besar minyak sapi ( KNJ guna minyak kelapa Dara )

Cara memasaknya:

1. Gunakan periuk nasi biasa. Letakkan di atas dapur gas dahulu. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumis, bawang besar, bawang putih, halia dan rempah ratus hingga wangi.

2. Masukkan beras dan goreng seketika- (anggaran 1 minit). Masukkan tomato puri, susu cair, air, buah tomato dan garam. Kacau sebati. Matikan api dan alihkan periuk ke punca elektrik.

3. Masak nasi seperti biasa. Apabila nasi masak, kacau dengan senduk atau garpu agar nasi peroi. Tambah kismis, gajus dan daun sup/ bawang jika suka. (arwah ayah K.An dulu-dulu suka tambah kacang 'peas' hijau kat dalam tin tu.... (toskan dalam 2 sudu besar, lepas tu campurkan dalam nasi...) sedap juga...

**** nasi tomato ni macam-macam versi orang membuatnya. Yang ini resepi K.An masa berniaga kat gerai 'dolu-dolu' (zaman lapang takde anak kecik tuuu...)
 KNJ gandingkan dengan Jelatah dan Ayam Masak Merah yg simple2



AYAM MASAK MERAH resepi choppy dari My Resipi

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam kunyit
  • ## Bahan-bahan kisar ##
  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato-potong dadu ( KNJ ganti dengan tomato pes)
  • 1/2 cawan sos tomato
  • ## Bahan Hias ##
  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • kacang hijau secukupnya

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

Wednesday, May 2, 2012

Makan Nasi Kabsa

Assalamualaikum....
ini cerita semalam.....hari buruh..buruh ajer yang cuti..kaum ibu tak da makna nya nak cuti kan.......sebelum menghantar Along Hadi ke asrama...mokwo masakan Nasi Kabsa nih...sedap sungguh Nasi ala2 middle east nih...keistimewaan nya datang dari bau rempah di kombinasikan dengan beras yang panjang...aduh, duh...sedapnya fizikal dan mental...:))

Masa tengah masak nasi nih , amny melompat2 seronok...katanya "yeah, yeah..Ummi masak nasik HARIRAYA"...:))

nak tergelak mokwo mendengarnya...nampak sangat mokwo jarang masak nasi2 special gini....mokwo bukan apa...mokwo nih cukup alergik dengan nasi sebegini..coz nanti mokwo jugak yang akan makan  dengan tak hingat dunia...bahaya deh!!

rempah kabsa nih mokwo beli yang dah siap punya...tq to kak erna,  jelajah juga mokwo satu giant nak cari rempah nih...Alhamdulillah jumpa jugak gerai kecil molek yang turut menjual pelbagai barangan middle east yang lain...(nanti nak beli  olive oil di situ...mcm2 adaaa!)
di sebab kan ayam mokwo terpotong kecil2..(memang kuat berangan tokeh ayam tuh)...mokwo terpaksa buat rebus dulu ayam tuh dan kemudian air rebusan itu mokwo gunakan untuk masak nasi...ayam yang 3/4 masak tuh mokwo goreng berasingan...rasa dia masih menten sedap......dan  rasanya lebih sedap dari nasi Bukhara yang mokwo makan kat Syed Bistro restoran tempohari
cili hijau tak ade..kenalah guna cili merah

Resepinya mokwo terbekenan dekat blog kak Erna..Kak Erna pula ceduk kat dapur Kak Nor...Kak nor pula skodeng dari Zaliedana...resepi asal dari Raidah...Raidah juga ada menyertakan resepi untuk rempah kabsa from scratch....so do check it out yeah!

Tq very2 much ladies for sharing , lepas tuh susah payah letak dalam blog untuk tatapan semua..kalau tak, dah bongkok pun mokwo tak tau apa itu NASI KABSA!!
mokwo tak dak saffron, so mokwo tumbuk kunyit skit bagi dia kaler kuning!

NASI KABSA
resipi : ResipiRaidah
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 mionit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsa
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya ~ k.nor tak letak
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)
***Klik pada rempah kabsa untuk resepi

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.
4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

**
utk lemon kering tu K.Nor gantikan dgn sedikit perahan lemon.
utk sukatan air, setelah ayam masak, terdapat air dari ayam bercampur dgn rempah ratus tu jadi K.Nor kurangkan sukatan air sebanyak 3/4 cawan. Alhamdulillah elok jer nasi masak dan tak lembik tak juga keras. tapi kena ingat ya, sukatan air ni bergantung pada jenis beras yg digunakan.



Sos:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.



Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.


Monday, December 26, 2011

nasi lemak halba....apasal lah sedap sangat???

Assalamualaikum.....salam santai dan coti2 semalaysia....harap nya hari cuti kalian semua sudah ada plan yang indah2 dan manis2 yek!!

Fuhhhh....mokwo boleh menarik nafas lega..coz tetamu2 mokwo sudah pun pulang.......tinggalkan mokwo dengan seribu kenangan...seribu rasa...

so apakah makanan yang paling baik utk menambah energy lemak yang dah drained out....jawaban nya tak lain dan tak bukan ialah nasi lemak.....alasan yg bagus nak berlemak

kali ni mokwo buat yang letak halba punya....memang sedap dan wangi bagai di kata Ros JMC.....satu pinggan bagaikan tak mencukupi....rasa lemak dan aroma wangi pandan dan halba begitu menambat selera

jemput makan..!!! maaflah mokwo makan pun ni sambil kaki angkat ke kerusi...tak senonoh ekkk...tapi apakan daya...lutut ambo nih bagai nak tercabut kepenatan...huhu!!! jemput!...kopi cap badak, dah pun pokwo sediakan....alahai, dah tak dek tetamu baru boleh mokwo boleh bermanja2 dgn asben.... kalau tak, semua berlagak macho...:))

halba tu dah menyorok kat dalam timbunan nasi...memang tak nampak batang iddung lerr

mokwo kopi pes kat sini yek Ros...tq  gazillions much ! memang sedap!

Nasi lemak Halba:

Bahan-bahanya
2 cawan beras
1 cawan santan+1 cawan air
1 sudu kecil halba
sedikit hirisan halia,
3 ulas bawang merah- hiris
1 ulas bwanag putih -hiris
1 ikat daun pandan
sedikit garam

* untuk sambal ikan bilis*
1 genggam ikan bilis
sedikit belacan ( kalau tak nak letak pun takpe)
3 biji bawang merah
1/4 biji bawang besar
1 biji bawang putih
2 sudu besar cili kisar
garam
gula
sedikit air asam jawa

*Pelengkap nasi lemak*
telur rebus, timun dan ikan bilis goreng

Cara-caranya
1. Basuh beras dan masak nasi seperti biasa,  masukkan semua bahan-bahan untuk nasi lemak dan  sukatan santan untuk masak nasi ni boleh ikut sukatan air pada periuk nasi masing-masing ya.

2.  Masak sambal ikan bilis, goreng ikan bilis hingga garing, ketepikan, kemudian bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus atau diblender halus,  panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar bersama bahan yang diblender tadi, tumis hingga betul garing, baru masukkan air asam jawa dan belacan. Kacau selalu.

3. Selepas itu masukkan bawang besar yang telah dihiris kasar dan ikan bilis goreng tadi, sesuaikan rasa, masukkan garam dan gula, jika terlalu kering masukkan sedikit air, masak hingga sambal agak pekat dan naik minyak, tutup api. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi lemak, Selamat Mencuba.

Untuk sambal dia , mokwo guna resepi sendiri...tapi mokwo sertakan jugak resepi dari Ros...nanti mokwo kongsikan resepi sambal tumis mokwo yang ada sedikit kelainannya...anak2 mokwo kata..sambal tuh is the best sambal in the whole wide world....ecececehh...saja jek nak bodek mak dia kan!!! alahai anak2 ku!

Sunday, January 30, 2011

nasi goreng cencaluk

dah tengah hari...tetapi di luar masih hujan..hari nih mokwo ada 2 kenduri yang harus mokwo hadiri......melihatkan hujan masih tak de tanda nak berhenti, nampak gaya nye tak jadi pergi lah gamak nye..pokwo pun tak benarkan..sebb dia tahu aje tabiat isteri dia, asal kena hujan datanglah semput2, dia jugak yg susah nanti....mokwo pun tak berani jugak nak ambil risiko....hemmm

sementara menunggu, perut masing2 dah berbunyi mintak di isi...waduh, ikan masih kejong dlm esbox....kita buat nasi goreng ajerlah......ingat nak makan jamah2, tapi terlebih sudahhhh!!!!...ni sebb nasi ni sedap ke, or terlalu lapar ?? pep pong berselera kita orang anak beranak..kenyang boleh tunggu setakat petang nanti !!!

bahan2:
3 cawan nasi
3 sudu besar cencaluk
segenggam ikan bilis--basuh bersih
200gm daging hiris kecil
1 labu besar bawang besar--cincang
4 ulas bawang putih--cincang
10 biji cili api--cincang
sayur kailan- potng kecil
2 biji telur
2 sudu kecil cuka --boleh kurangkan
kicap manis secukupnye
garam kalau perlu--rasa dulu baru letak sebb cencaluk dah memang masin
minyak utk menumis
daun ketumbar-- hiasan

cara2:
  1. panaskan minyak, goreng ikan bilis till garing..ketepikan
  2. dgn minyak yg sama tumis bawang2, cili padi hingga naik bau
  3. masukkan daging, cencaluk dan cuka
  4. kuis bahan goreng tadi ketepi kuali skit. then pecahkan telur..kacau til masak dan sebatikan dgn bahan tumis tadi
  5. masukkan nasi dan sayur , ikan bilis goreng dan perisakn dgn kicap manis secukupnye
  6. hidangkan dan hias dgn daun ketumbar

Saturday, December 25, 2010

aku CINTA nasi!!!

cinta ku pada nasi adalah cinta luar biasa...setiap hari kalau tak makan nasi..terasa umpama hidup tak lengkap....kalau tak makan nasi yg berbiji2 tu pun, akan ku cari jugak makanan yg berasaskan nasi seperti mee hoon, tosai, nasi himpit dsb

semasa mengandung kan amny dulu...doktor menyarankan aku utk tidak makan nasi...di sebabkan masaalah gula yg tinggi dlm darah, juga utk menstabilkn berat badan ku...tapi aku ngak bisa, berpisah dgn nasi...mulut melayu ini pasti meronta2 jika tidak mengunyah nasi



nasi...kenapa kau begitu meng'ketagih'kan...sebb kau diet ku selalu kantoi...orang kata kalau nak kurus, jangan makan nasi...it makes sense jugaK...kawan ku sudah berjaya menjadi kurus kering dek kerna menahan nafsu terhadap nasi....tapi sayang jugak...walau badan kurus...dia tetap masuk sepital kerap kali...kerna sakit gastrik yg semakin parah......mungkin terlalu rindu dgn nasi..badan nye bertindak meng'hukum' diri nye sendiri

kekadang aku naik takut gak..bukan apa...melihatkan saudara mara ku...ramai telah terkena kencing manis dek kerna terlampau makan nasi...makan 5 kali sehari nasi....tapi rasa nye tak adil jika di salah seratus peratus pada nasi...kesian si putih nasi...sebelum salahkan benda lain sebaiknye salahkan diri kita sendiri...ye tak!! sapa soh pegi tido lepas makan nasik??? seeloknye..lepas makan nasi mau pegi berlari sejauh satu kilometer...barulah padan....tapi siapa sanggup buat begitu????

sayangnya nasi..selepas ini kau akan ku masak sekali sekala sahaja...di usia yg hampir setngah abad, aku harus banyak bersabar terhadap kau nasi...biarpun begitu...kalau aku tension2...kau akan tetap ku cari jua!!! pengubat hati yang lara...alahai nasi...i lap u forever!!



buurrrrppppp....Alhamdulillah.....hehehe...yu oals dah makan lum????

ini tak lain dan tak bukan..hanya sessi warm-up, utk dapatkan mood memasak yg dah lama 'cuti2 semalaya' kembali...

Saturday, September 25, 2010

kuah kacang

rupa mungkin tak cantik tapi rasanye sodapppp!

resepi yg mokwo dapat dari sebuah majalah..klau tak silap majalah wanita..resepi nye mokwo tengok tak jauh beza dgn kuah kacang yg di buat oleh org lain..so resepi nih adalah salah satu variasi yek!......selalu pun mokwo dok guna resepi ni jugak dan malas nak cuba resepi lain...sedap sgt dan begitu wangi sekali!! .

Bahan-bahan :

500 gm kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dikisar)

4 biji bawang besar *

3 ulas bawang putih *

2 batang serai-ambil putih aje*

1/2 inci halia *

1/2"  lengkuas*

1 sudu besar udang kering--rendam jap*

15 tangkai cili kering--rebus dan kisar (boleh tambah/kurang ikut suka)

3-4 sudu besar gula pasir

1 sudu besar pes asam jawa

3 helai daun pandan--siat2 dan simpul

skit kicap manis--mokwo tambah utk bg kuah lebih gelap

garam  (mengikut citarasa)

air secukupnya

Cara-cara

Kisar bahan2 bertanda *.

Panaskan minyak secukupnya di dlm periuk. Tumis bahan2 kisar, cili kering dan serai dan daun pandan hingga wangi.

 masukkan air  dan biarkan ia mengelegak dlm 5 min..kemudian barulah di masukkan kacang kisar tadi
perisakan dgn asam jawa,kicap manis,garam dan gula pasir secukupnya.

masaklah hingga kepekatan yg di kehendaki mengikut selera masing2. biasa nye mokwo masak dgn api sederhana till kuah skit pekat..tidak terlalu runny!

boleh dihidangkan bersama2 ayam bakar,nasi himpit, ketupat nasi or ketupat palas .

Monday, March 15, 2010

back to basic

kebelakang ini kenduri kendare begitulah byk sekali...nasik minyak, ayam masak merah, dalca, kurma,acar mentah..semestinye udah menjadi sinonim dgn lauk kenduri...so far tak de lagik yg buat masakan ala2 kampung..klau buat mau dok kat kenduri lame skit sebab kena tambah nasilah! hehehehe


so, disebabkan bebudak dah surrender ngan lauk2 fancy mcm tuh, this was what mokwo cooked for dinner last night...mulanye2 ingat nak makan kat luar jeh,..tapi di sebabkan ujan yg begitu lebat..rancangan dinner tu terpaksa dibatalkan...mokwo alah betul dgn ujan..takut semput!


masak ape yg boleh dicapai di saat semua lauk2 basah dah lena didalam freezer...jadik inilah hasilnye


nasi goreng ikan masin utk budak2 n pokwo, ikan masin pun tak nampak sebab ade pun ciput sangat...


buduku
ini pulak menu mokwo,,, sekali sekali i need to go back to basic...kawan mokwo kate, this is the poor man's food..but for mokwo..its heaven on earth dapat makan makanan sebegini..bertambah nasikku!Alhamdulillah....

Saturday, February 27, 2010

nasi lemak bunga lawang


gulp, gulp, gulp...mokwo memnag cukup pantang klau masak nasik lemak..ape ke tak nye..sekali makan bukan boleh sepinggan..2 atau 3 pinggan baru cukup syarat..huhuhu...tu yg memang jarng2 buat sendirik..hikhik..tapi ari nih memng mokwo tak peduli..kepingin sangat mau mkn nasik lemak...masak lebih kurang 4 cawan beras..dlm tengahari dah tinggal tak sampai separuh..tu belum lagi ade anak sulong mokwo..klau dia ade masak 6 cawan pun belum tentu cukup..nyamm..
cukup simple tau nasik lemak nih...mokwo pernah makan sekali ade kat satu restoran kat seremban 2..memang terase kelainanye..ala2 nasik ayam pun ye jugak..tapi bau wanginye mak oiiiii...cannot tahan weiii...
mokwo makan ngan sambal kacang sotong kembang, ikan mambong goreng n telur rebus di bungkus ngan daun pisang..tapi sambal sotong mokwo terlebih pedas...sampai menangis makan..huhu sedih den!..lain kali memng nak kena hati2 memilih cili..
bahan2:
4 cawan beras
4 cawan santan dr 1 bijik kelapa
air secukupnye- bergantung pd jenis beras masing2, mcm masak nasi biasalah\
2 kelopak bunga lawang (dr sekuntum--tak moh byk2 sebab2 nanti tak de plak bau daun pandan)
4 helai daun pandan siat2 n simpul
1 sk garam
1 sk gula
cara:
--basuh beras, masukkan semua bahan2 dan masaklah dlm rice cooker seperti biasa.
sambal kacang sotong kembang
bahan2:
1 kilo sotong kembang- bersihkan dan hiris kecil, rendam dgn 3 sb air abu for 20 minit
3 labu bwang holland*
1/4 cawan kacang tanah tanpa kulit- basuh n blend dgn 1/2 cwn air
2cm belacan*
2 cawan cili kering yg dah dipotong pendek- rendam air panas*
3 sd besar sos tiram
1 sk paste asam jawa adabi
garam gula secukupnye
cara2:
- toskan sotong. ketepikan
-kisar bahan2 *. tumis till garing skit
-masukkan kacang tanah masak till kacang empuk
- buhlah sos tiram, air asam jawa, garam n gula
-akhir sekali buh sotong n masak till kuah pekat.

Tuesday, January 12, 2010

nasi dagang




ari nih daku buat nasik dagang...yelah nih mesti kes nak perabih gulai ikan aku semalam...tapi bukan ape gulai tuh klau perangat lagi ari nih..jadik lagi sedapp tau..sebb kuah nye akan menjadi lebih pekat dan isi ikan akan terasa lebih aroma berperisa...dan yg paling penting kerja aku lebih sonannng...yelah skali skala nak jugak gantung kaki aku nih..sian dia kan! nakkan resepinye bolehlah klik disini. resepi yang aku teropong dr blog Mat Gebussss......macam2 ada ! rase nye sedap tau...ini adalah percubaan pertama ku..buat pun secara ringkas2 aje..tapi menjadik gak..puas mkn nasi dagang kau!..klau nak beli rm2 hinggit seciput aje..lauk pun mcm batang mancis besarnye...so kpd pengemar2 nasi dagang buat sendirilah!! mokwo paling suka mkn ngan telur rebus tau! aduh very heavy..but the most delicious food is gonna be the most sinful one..sape2 yg kolesterol tinggi tuh siap sedialah zocor ke, simvastatin ke kat sebelah deh! jemput makaee (makan) wehh!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...