Moh Kite Follow Sesame...

Showing posts with label salji. Show all posts
Showing posts with label salji. Show all posts

Saturday, December 12, 2015

CORAT-CORET MUSIM DINGIN DI TURKI 2014.

Assalamaualaikum dan Salam sejahtera,...pe kabor mengkome? Baru ada masa nak hapdet. Last trip teman gi musim dingin. Biasa le... nak elak dari koje di ladang kalau gi musim panas!
Seperti biasa takde banyak koje di luor kita boleh lakukan melainkan berlonggok kat mutfag/dapor, berdiang, makan, minum, bergosip dan baring-baring. Ater...apa nak buat lagi kan?
Amca Selim/Uncle Selim pada Mr T tak sihat masa tu. Bini dia pun tak sihat. Jadi teman gi ziarah ler. Rumoh deme dekat jer, depan rumoh mertua teman. Ni amca bergambor dengan 2 org anak dia yg jugak dok berdekatan. Namun, amca dah meninggal dunia 2 bulan lepas sebab...dah ajal dia. Dia ada sakit lelah jugak. Innalillahiiwainnailaihirojiuun.
Dalam trip 2014/15 tu sempat teman gi ke daerah Kirkale, sempadan Turki-Greece dengan kawan org Melayu Ganu. Dia ada urusan imigresen. Nyongket ler keme nengok kampong orang kejap on the way tu. 
Kami nyinggah sebuah restoren kampong yg ada jual makanan biasa seperti roti dan kofte dan cay panas. Sementara tu kami sembang dengan orang kampong. Suami kawan yg sembang ler. Peramah orang kampong sini!
Dah 2 tahun tak jumpa Yusof. Tengok-tengok dah panjang. Dia tak berapa friendly dengan teman sebab dia tak berapa ingat. Dah ada adik baru perempuan. Kita nak tengok adik dia pun tak kasi...hmmmm. 
Winter lepas kami kena ribut salji yg agak teruk sebab tempias dari Siberia. Masa tu mak mertua teman datang ke Istanbul utk jumpa doktor pakar. Mujur kali ni apa yg teman masak (bukan menu Melayulah), dia makan. Dia duduk rumoh seminggu, teman suruh tengok TV. Apa nak buat lagi. Bila Mr T balik dari koje baru dia puas nyembang dalam Bahasa Turki sbb teman tak fasih bahasa deme. Kalau fasih pun teman pura-pura tak faham, heheheheh....
Lepas seminggu kami antor mertua balik Kg Deredebi. Jumpa Mursel lagi (jumpa Mursel kerap sebab dia rajin balik rumoh nenek dia). Mursel tetap ingat teman sebab tiap kali trip mesti jumpa dia. Yusof yg duduk bandar jauh lagi di Eregli kekadang tak bertembung dengan teman, jadi boleh miss! Mursel sekarang dah masuk kindie dan baru dapat adik perempuan!
Ni pemandangan kejiranan dekat apartment kami di Basaksehir. Sakan bebudak dan remaja main gelungsur salji masa tu. Tak payah ler deme gi ke kawasan resort di pergunungan nak main ski.  
Orang Kristian tak ramai di Turki, mungkin 1% jer kot. Dekat Mall dan shopping complex tak meriah buat ikon-ikon Krismas ni. Kalau ada pun deme anggap itu tanda nak masuk tahun baru. Banner Ucapan Krismas takde, yang ada ucapan Tahun Baru jer. 
Untuk jamu mata, pizza yg teman buat. Ni bukan menu Turki, ni teman buat sesuka hati yg Mr T suka makan. Mak mertua tak berapa nak makan sebab gigi tak kuat tapi dia seronok teman boleh masak bagi anak dia kenyang hahahah! Selama ni dia ingat anak dia kelaparan sebab teman tak tau masak menu Turki! Apa daaa mertuaku nih!

Sunday, March 31, 2013

SALAM DARI LAUT HITAM, TURKI!

Assalamualaikum dan Salam Ceria, jumpa lagi yaa, lepas sekian lama. Teman sibuk nyongket balik kampong Mr T!
Masa sampai tu cuaca di Kg Deredebi tebal dgn kabus - muram dan kelam...ala-ala dlm citer Drakula! Ni rumah uncle Mr T.
Teman rakam rumoh Mr T dari rumoh mak dia seberang jalan. Masa ni teman tido rumoh mertua sebab dengor dia tak sihat. Rumoh Mr T sedang dibuat renovation, tambah batu marmar kat tangga!
Malam tu memang sejuk dan dijangka salji turun. Bila bangun pagi...ohhh betoi...salji turun tapi sikit jer!
Kat tingkap bilik tido tetamu...kebun hazelnut si Nevin!
Dari tingkap dapur mertua, barn tempat simpan jagung dan kayu api. Teman ingat tak merasa tengok salji kat kampong tahun ni sebab salji kurang turun kali ni di Istanbul.
Selain teman, ada sedara mertua datang lepak, sepupu dia dari kampong lain. Seperti lazimnya org pempuan Turki, sambe duduk sambe mengait sambe pot-pet, pot-pet, pot-pet!
Lagi memeriahkan rumoh mertua, ada 2 org cicit pun dok lepak 2-3 ari, si Mursel dgn adik dia si Omer. Sebab kat luor sejuk, deme berlegor kat ruang dapur sama orang dewasa. Suka ati deme nak buat apa!
Pagi tu utk kahvalti, Nevin masak borek (seakan roti canai); kentang bakor selain roti, keju, madu dan segala hasil kampong seperti jem buah dan sirap buah.
Selain Mursel, sepupu pun datang - meriah ler lagi rumoh mertua. Si Zeynep kira adik-beradik semoyang dgn Mursel.
Bila dah ramai, deme buat sarkas dalam bilik tido! Zeynep pasang radio siaran lagu Laut Hitam. Katil dilanyak sesuka ati deme. Bior deme lanyak katei, asei jangan buat kaco kat dapor!
Sehari jer salji turun, lusanya salji cayor, cuaca cerah! Salji tingge yg di ataih bukit dan lereng bukit jer. Suasana jadi ceria!
Sebab aktiviti luor rumoh terhad sebab sejuk, dalam rumoh terutama di dapur tetap meriah. Nevin buat 2 buku roti masa teman dok lepak situ, ni yang kecik, yg besor udoh kena makan dik kami masa masih panas-panas! 

Saturday, February 9, 2013

BERKABUS-KABUSAN DI ISTANBUL!

Assalamualaikum dan Salam Ceria, lama bebenor teman tak layan blog, sebab asyik layan FB. Ater teman meniaga, adalah sesikit, cari duit poket! Nak blogwalk dan balas komen kome pun tak sempat! Maaf ye... Terima kasih Yong Kamisah Yusoff memberitau teman blog teman kena virus sebelum ni. Cok tesekkurlar...Allah membalas jasa baikmu!
Satu pagi yg berkabus, teman naik bas kul 6.45, sampai Eminonu 7.45 (tempat terminal). Kat dataran bas org sibuk turun bas, naik bas; turun tram, naik tram; turun feri, naik feri ! Teman tercangak-cangak. Sambe tu beli jus delima atau oren (RM3.50 utk delima segelas, dan RM1.75 utk oren).
Dari jambatan kecik tempat org memancing, snap gambor terminal dan dataran bas; gambor berbalam-balam, tak syiok langsung! Yang belakang tu bukan Masjid Biru taw!
Teman nak ke pejabat pos nak pos barang org order. Kena lalu dataran Yeni Camii atau Masjid Baru. Yg lalu-lalang ni para pekerja dan burung merpati jaa...dan pakcik jual roti simit! Filem James Bond 'Skyfall' shooting kat sini!
Hari tu jemaat, teman nunggu deme ni abis solat. Banyak masjid dan surau di dalam dan sekitar Grand Bazaar, tp selalu crowded bila jemaat! Tak boleh nak bayangkan bila ujan atau salji turun...kat mane deme berhimpit!?
Kat belakang tu...jemaah lain yg ikut imam dari surau lain, dekat-dekat surau/masjid deme kat Grand Bazar ni. Bukan kes dua imam atau mazhab lain yaa...he he he! Teman selalu solat zohor kat masjid ni sbb ada tempat wudhu yg selesa utk wanita dan ruang solat yg besar, Alhamdulillah!
Antara dagangan teman beli utk pembeli kat FB teman ialah dompet bermotif Uthmaniah. Yang itam ni design terbaru, ada Coat-of-Arms Kesultanan Uthmaniah dan lagi satu ada mohor Uthmaniah! Perrgghhh dasat!
Brooch pun orang pesan. Teman tak dpt selalu berblog sbb layan order di FB. Nak bercerita kat sini pun pendek-pendek jer kome. Kalau nak nengok atau baca status terkini, kena gi FB ler. Kalau mintak add, mesej ler teman jugak, nanti teman tak kenal pulak! 
Balik shopping dari Grand Bazar tadi, siap ujan dgn angin kuat, laporlah pulak. Singgah satu restoren tak berapa jauh dari rumah, order hok bawoh tu satu portion (satu portion 5 cucuk, tak boleh korang)! Deme pun bakor,...bakor!
Btw, pada minggu pertama teman dan kawan teman sampai, pada hari keenam, salji turun tetiba. Merasa kawan teman salji Turki. Seronok dia! Masa ni teman baru balik dari Olimpa Mall beli ayor minum. Masa pegi haluih jer salji, bila keluar Mall, merebas pulak! Esoknya cayor!

Friday, January 27, 2012

SALJİ DAH TURUN!

Laporan cuaca kul 7:30am
Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Check thermometer, aktiviti harian teman bila kat Turki, -4 Celcius.
Salji masih turun sejak malam tadi dan angin...amat kuat!

Semalam balik nyongket dari Mall Deposite, cuaca cantik jer, jerah dan nyaman. Anak-anak jiran sonok main soccer kat parking depan blok.

Masa nak ke apartment, lalu kat satu kumpulan anak-anak jiran ni berebut bola. Yang kecik sekali ni tengah heret anak patung Pink Panther. Nak join kecik bebenor!

Masa lalu kat taman, cantik dan nyaman. Tapi masih agak sejuk bagi orang nak lepak-lepak.

Pagi ni kat balkon.
Tulah teman rajin bersihkan balkon 2 ari lepas sebab dah jangka salji nak turun. Ada sebelah jer slipper teman.

Dari spot bebudak main semalam. Keta Mr T yg tengah tu. Kira tak tebal ni. Harap-harap tak tebal sebab kami nak kuar ke Bakirköy ada meeting. Kalau salji tebal tak buleh guna keta, kena naik bas.

Saljı ari ni lebih halus dan keras, bukan flaky dan lembut.
Tak best buat Snowman!

Dinner semalam.

Si-Sumeiyah yg buat ni. Bijiran bulgur campur bawang, tomato dan salad maydonaz.
Err...ada sesapa call dia semalam? Hiiiikssss!

Wednesday, June 15, 2011

Erdogan - The Day After...Panas, Panas Weh!

Encik Tayyip Erdogan dalam bilik pejabat sehari lepas PRU baru-baru ni.
Gambor Reuters


Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Meriah sungguh PRU Turki - kerana ia BERSIH dan aman dan tak de penipuan. Yang kita tau parti pimpinan Encik Erdogan telah menang bergaya, meningkat dan menghampiri 50%!
Bagi negara yg bermain dengan 'level playing field', kira baguih tu. Kat Malaysia bukan jer padang tak rata, goal post asyik kena tarik ke hulu ke hilir! Deme main foul pun referee buat deeeeerrrk jer!

Sehari lepas pilihanraya, Erdogan bertemu wartawan. Ni gambor 2 ari lepas. Ada jer gambor Pokcik Kemal tu. Nak buang kang masuk lokap!

Erdogan dan parti AK banyak koje kena hadapi dan antara yg genting ialah kemasukan beratus 'tetamu' dari Syria. Setakat ni Turki membuka pintu sempadan dan 'tetamu' ni ditempatkan dalam khemah yg dah tersiap sedia. Lebih rama lagi akan membanjiri Turki selagi Presiden Assad sayang dan masih nak bergayut kat takhta yg ayahanda dia tinggalkan.

Memulihkan kembali hubungan diplomatik dengan regim Yahudi. Pada Ankara, terpulang pd Yahudi utk mengembalikan hubungan ni sebab deme yg memula cari pasa. Kalau deme minta maaf sebab serang kapal Mavi Marmara dan ganti rugi pada kuarga mangsa misalnya, mungkin Ankara buleh sejuk ati. Dan Ankara pun kata dia tak upaya menahan kapal kepunyaan iHH ikut flotilla ke 2 ke Gaza kalau deme nak ikut belayor.

Kemasukan Turki dalam EU. Erdogan mungkin menubuhkan sebuah kementerian utk menangani isu ini. Tapi sokongan di kalangan rakyat Turki dalam isu ini semakin menurun. Wat pe nak join satu pertubuhan yg sedang dilanda hutang dan perkembangan ekonomi yg lembap?

Pindaan Perlembagaan. Parti AK gagal dapat majoriti 2/3, jadi payah sikit nak dpt sokongan besor kalau nak pinda perlembagaan kuno ciptaan tentera. Namun dengornya parti pembangkang yg terbesor CHP sedia berkojesama dalam isu ini kalau kena gaya!

Masalah kaum Kurdish. Orang Kurdish ni ada bahasa, budaya dan mazhab yg berbeza dari rakyat Turk. Deme ketegaq nakkan bahasa deme diajor di sekolah-sekolah. Pantang pada rakyat Turk. Problem nih!

Apa-apa pun, selamat maju jaya pada Encik Erdogan dan parti AK dan Tahniah!

Sumber dan gambor dari Today'sZaman.com




Err...kat Lembah Klang panas hangat pijo tak 3-4 ari ni?
Adeiii...kat Bandar Muadzam ni merecor-recor peluh teman kuar bila kat rumoh sewa kawan ni. Kalau dok dalam bilik guru OK gak, tapi kat rumoh asyik mandi jer teman...

Layan ler Kara Bayan teman yg teman bina 2 musim dingin dulu. Tersengih dia 3-4 ari kat balkon apartment di Basaksehir, Istanbul.



Bila balik Kampong Deredebi, Laut Hitam (Karadeniz), teman main salji lagi. Bina satu lagi Kara Bayan yg pakai skirt daun.

"Cok Guzel! (Sangat Cantik!)" kata jiran-jiran.
Kalau deme pikior teman ni cam bebudak, apa teman pedulik! Mr T pun tak kisah, lagi dia galak teman main ada...

Kat kampong, salji turun lebih lebat berbanding di Basaksehir. Buleh berguling-guling dan main perang-perang.



Rumoh kuarga Mr T.
Hmm....bilalah cuaca panas kat Malaysia ni nak 'normal'?



Meh pekena kentang bakor dengan ayam dan salad Turki.
Bagi Cikgu Humairi, nilah ropanya salad yg cikgu buleh tabur oregano tu. Jom makan kome...

Friday, April 29, 2011

Pemain Ragbi Pakai Tarbus...Ertugrul Yang Gentleman.


Assalamaualaikum dan Salam Ceria,

Hah baru dapat nulis ari ni. Balik dari kampong semalam bekejor sana-sinun fotostat satnika dokumen dan amik gambor. Kawan minta semua tu sebab teman nanti nak menyongket, tapi lambat lagi, InsyaAllah kalau diizinkanNya.

Baca satu laporan pasa sebuah kelab ragbi di Istanbul namanya Istanbul Ottomans. Sebenornya sukan ragbi di Turki idok ler femes dan popular...deme baru nak berjinak-jinak dgn sukan ni. Orang jantan Turki lebih gemor bolasepak.

Kelab Istanbul Ottomans ni baru ditubuhkan dalam tahun 1999 dan kebanyakan pemainnya ialah orang Turki yang penah dok luor negeri. Deme yang mempelopori sukan ni. Adalah beberapa kelab tempatan kat sana tapi satu jer yg main kat peringkat antarabangsa iaitu Istanbul Ottomans.

Bila deme ke luor negara, para pemain kelab ni akan pakai fez atau tarbus sebagai sebagian dari uniform deme. Masa main, idok ler deme paka mende ni. Tak tau pulak deme ni terer ke main ragbi. Tapi yang pasti tarbus deme ni menarik. Kalau ada dari kome minat nak beli atau pakai tarbus, buleh cari di Grand Bazar, Istanbul.

Sumber berita dan gambor dari Today's Zaman




Kali ni nak citer pasa cucu sulung Mr T, nama dia Ertugrul Hamza, anak Tahsin. Sekarang umo dia 11 tahun. Ni gambor teman amik masa musim dingin bulan Januari 2010. Masa tu Ertugrul cuti sekolah 2 minggu dan datang ke Basaksehir lepak dengan nenek Turki dan nenek Malaya dia dan Mr T.
Beberapa ari pas dia sampai salji turun agak lebat - 3 ari 3 malam non-stop. Apa lagi, dia dan Helime Baba Anne main salji ler. Tapi teman main memalam, segan jiran tengok. Tapi ropanya ada gak orang dewasa yang menggelonsor atas salji, cuma deme main dengan anak-anak, konon. Cover, cover...



Awal tahun lepas Ertugrul masih banyak ragam anak-anak dia. Bila dia moody, siap bertempik dan merampus. Teman memang fedup dengan dia kalau dia merampus. Kekadang dia OK.
Tapi bila teman ziarah akhir tahun lepas ke Eregli, dia dah nampak kurus sikit dan tinggi. Memola dia cakap kat teman bila sampai kat apartment deme:" Helime Baba Anne nak minum kahve?" (dia speaking Turkilah)

Bior betoi budok ni!
Tahun lepas perangai cam badak tak dapat mengawan, tapi ujung tahun dah panda buat kopi! Tahsin senyum bila teman nampak keran. Memang dia buleh buat kahve, ikut proses yang betul dan lazim (style Turki ler) dan siap hidangkan kat teman.

Bila rasa kopi Turki dia, 'cayor'. Tak per ler, dia dah buleh buat koje dapur.



Dia kekadang mau meneman mak sedara gi ke pazar beli-belah, kalau dia ada mende nak beli. Yang tak best jalan dengan Ertugrul ni, dia jaga teman, tak kasi ngelewor, takut hilang dia kata. Sejak umo 8 tahun lagi, bila kami kuor ke pazar/bandar, dia akan pimpin tangan teman dan jaga keselamatan Baba Anne dia ni.
Tak tau ke Helime Baba Anne dia dah pusing satu Malaya sorang-sorang!



Sekarang mudah ajak dia teman ke mana-mana, kalau dia tak der urusan. Teman ajak gi tengok Sungai Deredebi, dia mau ikut dan bergambor. Ni masa musim dingin tahun ni. Masa ni dia kabor kat teman, "Sekarang ikan tak banyak, tapi musim panas ikan banyak dan besar-besar!"
OK, noted!



Gambor ni dirakam bulan Februari tahun ni. Teman buleh ramal kalau jumpa Ertugrul ujung tahun ni (kalau teman gi sebelum akhir tahun ni, InsyaAllah) atau awal tahun depan (tengok arahan dari Mr T), mesti dia dah sama tinggi dengan teman!



Sekali tu teman menginap buat kali kedua di rumoh Tahsin, malamnya Ertugrul menyiapkan tempat tido. Dia amik cadar dan bantal dari lemari bilik.



Ni sebenornya sofa di salon (sitting room). Kebiasaannya sofa di salon di rumoh orang Turki buleh dibuka jadi katil bila diperlukan. Jadi salon buleh jadi extra bedroom kome, normal ni di Turki, baik rumoh kampong mau pun rumoh di bandar.



Elok jer si Ertugrul menyusun bantal dan menghias katil segera ni. Cermat dan kemas. Ada gaya koje housekeeping kat otel!



Kendian sekali dia bentang yorgan atau selimut. Ni sebenornya katil untuk Helime Baba Anne dia. Panda cucu teman ni buat koje rumoh tangga.
Sebenornya, kekanak Turki biasa nengok mak-mak deme buat koje yang sama saban ari, deme tau cam ner koje tu dijalankan. Deme tiru exactly cam ner koje tu mak deme buat!



Ertugrul bersama-sama Baba dia Tahsin, anak tiri teman yg sulung. Tahsin banyak mengajor Ertugrul bagaimana berinteraksi dengan ahli kuarga lain dan perkara-perkara fundenmental. Contohnya satu malam Ertugrul dan teman gi satu supermarket . Teman nak beli coklat tapi Ertugrul kata jangan.
"Baba kata jangan beli kat sini sebab tempat ni ada jual arak!" citer dik Ertugrul.
Sebenornya teman dah dengor mende ni dari Mr T yg penah bagitau teman dia tak suka gi supermarket ni sebab ada jual alkohol. Dia ajor anak-anak dia mende yang sama, dan anak-anak dia ajor kat cucu-cucu dia pulak. Alhamdulillah!

InsyaAllah pada musim panas tahun ni Ertugrul akan dapat adik lelaki. Teman rasa dia dan Sule akan jadi abang dan kakak yang baik sebab deme cam tak sabor tunggu mak deme melahirkan. Bertambah lagi cucu teman weh...