Menjelang peperiksaan SPM 2009 Unit Kurikulum MMPG di bawah kendalian PK Akademik Ustaz Mohd Sabaruddin Bin Jahya telah mengadakan program yang dinamakan Bengkel Skor ‘ A’ di Pendang Lake Resort. Bengkel ini diadakan setiap tahun khusus untuk tingkatan 5 selama 3 hari 2 malam. Pelajar-pelajar yang terlibat seramai 44 orang.
Diantara subjek yang diberi keutamaan di dalam bengkel tersebut ialah BM, BI, BA, MATE,SAINS & EKONOMI.
Bengkel ini telah dirasmikan dengan sempurnanya oleh Ketua Sektor Akademik Lembaga Maktab Mahmud iaitu Puan Rokiah Binti Mat Desa.
Tahniah kepada Pengarah Program Cikgu Mat Noh Hamzah dan guru-guru yang bersungguh-sungguh menjayakan Bengkel Skor ’A’ ini.
Terima kasih kepada penceramah-penceramah yang dijemput ke Bengkel ini. Moga Allah membalas jasa kalian.
Harapan kami warga pendidik MMPG semua peserta yang terlibat dapat mempraktikkan maklumat-maklumat yang diperolehi semasa bengkel yang diadakan selama 3 hari tersebut.
Para peserta sedang mendengar ceramah.
Terima kasih cikgu... Kami akan buktikan..
17'A' banyak sangat kot?
Pulang dengan seribu harapan & kejayaan..