Bismillahirrahmanirrahim...
Aku memerhati mereka di sana
Hidup penuh keseronokan
Siang malam asyik bersukaria
Tidak jemu mencari hiburan
Sedangkan aku terasing disini
Tidak banyak menghibur diri
Kerana aku lebih bimbang
Dibuai kelalaian dunia

Aku memerhati mereka di sana
Hidup penuh kegembiraan
Sentiasa mengejar impian
Menggapai cita-cita tertinggi
Sedangkan aku terasing di sini
Tidak punya keinginan tinggi
Kerana aku lebih takut
Matlamat akhirat tak tercapai

Aku memerhati mereka di sana
Hidup penuh kesenangan
Berlipat kemewahan
Berganda harta kekayaan
Sedangkan aku terasing di sini
Tidak punya apa-apa
Kerana aku lebih risau
Amal ibadat tak mencukupi

Aku memerhati mereka di sana
Hidup penuh kebanggaan
Mengena pelbagai perhiasan diri
Menarik perhatian ramai
Sedangkan aku terasing di sini
Tiada yang sudi memandang
Kerana aku lebih rela
Membungkus diri melindungi maruah

Aku memerhati mereka di sana
Hidup penuh kebahagiaan
Menikmati indahnya hidup berteman
Saling rindu dan mencintai
Sedangkan aku terasing di sini
Hanya duduk bersendirian
Kerana aku lebih kuatir
Diri melanggar batas menjejak zina

“ sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan, sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama”

Buatmu generasi MMPG, ingin admin petik di sini kalam mutiara As-Syahid Imam Hassan Al-Banna:
Ayuh generasi MMPG, bangunlah daripada kealpaanmu dan tidur lenamu dari tipu daya duniawi, tetapkan matlamatmu hanya Allah dan Rasul-Nya di hatimu,
Letakkan dunia di tanganmu, bukan dihatimu
Antum adalah generasi yang ditarbiyah dengan didikan islam, jangan pula antum menjadi virus dan bakteria yang mencemarkan islam,.
Mulianya antum bukan hebatnya antum, tapi mulianya antum kerna islam yang antum bawa,.
Jadilah antum seperti KOMPAS,
sentiasa menghala ke arah utara tidak kira di mana berada,
Samada di gunung-ganang, bukit-bukau, hutan belantara,
Tetap saja jarum kompasnya menghala ke arah utara..
Begitu juga antum,
Tidak kira di mana antum berada,
Carilah hidayah petunjuk Allah agar antum tak tersasar dari jalan yang lurus...
Akhir kata, semoga antum semua menjadi penerus keseinambungan generasi pembangun islam yang semakin asing,
Dan,
Semoga kita semua menjadi bangsa yang terasing ketika itu....
Wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment