Manusia ini boleh dibahagikan kepada dua kategori:a. Orang yang melakukan apa yang dia katakan, kata apa yang dia lakukan.b. Orang yang hanya bercakap tetapi tidak melakukan apa-apa.Berapakah kalikah kita mendengar kata-kata seperti:"Saya akan call semula" tapi mereka tidak."Saya akan bertambah fit" tapi makin hari makin bulat."Saya akan tolong jika mampu" tapi tak pernah datang tolong.Apabila kita sendiri tidak mengambil serius kata-kata kita:1. Orang akan hilang kepercayaan pada kita2. Kita akan menjadi tidak jujur terhadap diri sendiri dan orang lain3. Kita selalu terperangkap dalam situasi yang tidak diingini4. Kita semakin benci diri sendiri5. Kita membuat komitmen yang menyusahkan diri tanpa berfikir panjang...Jika kita tidak memberi perhatian terhadap kata-kata kita, tiada orang yang memberi perhatian kepada kita.Jika kita tidak boleh mempercayai diri kita, tiada orang yang akan mempercayai kita.Contohnya, kita berjanji tidak akan lambat hadir ke mesyuarat, tapi setiap kali kita tetap lambat - selepas itu, dalam mesyuarat apa yang diutarakan kita pun tidak diendahkan orang, kerana kita tidak pernah mematuhi kata-kata kita.Jika kita selalu boleh mengesan kekurangan komitmen daripada orang lain, sebenarnya kita juga mengalami kekurangan komitmen pada diri sendiri.Maksudnya, manusia akan nampak bayang-bayang sendiri dengan lebih mudah.Jadi, bagaimana untuk menjadi seorang manusia yang berpegang pada kata-katanya.BUAT PILIHAN, MENGAKU PADA PILIHAN TERSEBUT, DAN TERUS BERPEGANG PADA PILIHAN TERSEBUT.Jika kita tidak pasti akan sesuatu, jangan janji sewenang-wenangnya, dan tolaklah dengan berhemah.Sebagai contoh, jiran kita mengajak pergi ke suatu tempat makan yang agak mahal - dan kita tidak berminat - jangan kata "Bagus idea itu. Saya rasa boleh ke sana." kerana mahu menjaga air muka, malu menolak walhal diri sendiri sememangnya tidak ingin pergi, dan akhirnya mungkir janji.Lebih baik berterus-terang, katalah dengan baik, "Terima kasih menjemput, tapi saya tak dapat hadir petang ini."Jika masa kita tidak menentu atau kita tidak pasti di manakah kita akan berada pada satu-satu tarikh, jangan sewenang-wenangnya tabur janji yang kita akan muncul.Jika ada kawan yang bertanyakan samada kita boleh membantu beliau dalam sesuatu hal, dan kita tidak tahu samada kita boleh membantu atau tidak, jangan tabur janji.Lebih baik kita berkata, "Tak tahu lagi, kalau saya dapat datang, saya akan telefon." Kalau kita jadi datang, ia menjadi situasi positif apabila kita memberitahu kita dapat hadir.Ini lebih baik daripada berjanji "Ya, saya akan datang," tapi akhirnya kita tidak muncul dan terpaksa menelefon untuk memberitahu khabar buruk.Sekadar perkongsian. SENYUM.Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)
Ada tiga batang pokok di Gunung Tahan. Mereka sedang berbicara mengenai harapan dan impian mereka.
Pokok pertama berkata, “Ana harap sendiri menjadi peti emas. Ana akan
diisi dengan emas, perak dan berlian yang berharga dipunyai oleh seorang
yang pandai menabung sejak kecil. Ana akan dihiaskan dengan design yang
cantik di luar sehingga tuan ana boleh berbangga dan menunjukkan kecantikan ana.”
Pokok kedua pula berkata, “Ana ingin menjadi satu kapal yang kuat. Ana
akan membawa raja dan permaisuri merentasi laut dan berlayar ke seluruh
dunia. Semua akan berasa selamat kerana kekuatan batang ana.”
Pokok ketiga pula berkata, “Ana ingin menjadi pokok yang disanjungi
sentiasa – yang paling cantik, tinggi dan lurus di alam dunia ini. Orang
ramai akan melihat ana dengan cermat, berhati-hati, terpegun dan
terhormat.”
Setelah beberapa tahun berdoa, tetiba satu hari ada pembalak datang ke kawasan mereka untuk menebang balak.
Melihat pokok pertama, pembalak yang tiada telinga sebelah berkata,
“Pokok ini kuat – bagus untuk tukang kayu buat perabut.”Pokok pertama
cukup gembira merasakan hasratnya untuk menjadi peti emas akan
kesampaian.
Pada pokok kedua, pembalak itu berlaku, “Pokok ini
lagi kuat, sesuai untuk dijual kepada pelabuhan.” Pokok kedua juga
gembira kerana cita-citanya sudah hampir menjadi kenyataan.
Pada pokok ketiga, pokok tersebut berkata, “Habislah impian ana untuk
menjadi pokok paling cantik, tinggi dan lurus dan disanjungi sentiasa
kalau mereka tebang ana.”
“Pokok ini cantik batangnya sesuai untuk ana,”kata pembalak tersebut.
Ketiga-tiga pokok ditebang.
Pokok pertama tiba di tangan tukang kayu, tapi pokok pertama dijadikan
menjadi bekas makanan untuk haiwan peliharaan dan diletakkan di kandang
dan diletakkan rumput.
“Ini bukan apa yang ana minta,” katanya dengan sebak.
Setibanya pokok kedua di pelabuhan, pokok kedua bukan dijadikan kapal mewah, tapi bot nelayan yang kecil.
“Impian ana untuk menjadi kapal besar untuk membawa raja dan permaisuri belajar dah hangus,”katanya dengan sebak.
Pokok ketiga pula dipotong batangnya dengan menghiris dan diletakkan di dalam stor gelap.
“Ini bukan yang ana doakan,” katanya dengan sebak.
Setelah beberapa tahun, ketiga-tiga pokok lupa akan impian dan cita-cita mereka.
Satu hari, sepasang suami isteri datang ke kadang waktu malam hujan
lebat. Isteri mengandung itu melahirkan bayi di dalam bekas makanan yang
dibuat oleh pokok pertama. Suaminya merasa dia boleh mendapatkan bekas
yang lebih baik, tapi bekas makanan ini dah cukup bagus. Pokok pertama
merasakan ia amat penting semasa kejadian tersebut dan merasakan itulah
benda yang paling bernilai.
Bot nelayan pokok kedua pula dibawa
ke laut oleh sekumpulan nelayan. Salah satu daripada nelayan keletihan
dan tertidur. Tiba-tiba ada satu ribut besar datang melanda, pokok kedua
merasakan ia tidak mampu menjaga nelayan-nelayan di atasnya. Nelayan
lain mengejut bangun nelayan yang tidur. Nelayan yang juga ustaz terus
berdoa agar mushibah tidak melanda mereka – bagaikan ajaib ribut itu
terus terhenti. Pada masa itu, pokok kedua merasakan ia sedang membawa
seorang yang sangat istimewa di atas botnya.
Satu hari yang
mendung, ada seorang pembuat buku datang ke stor gelap dan mengambil
pokok ketiga yang batangnya sudah dihiris. Beliau menggunakan pokok
ketiga untuk dijadikan buku. Buku itu dibuat ke Kitab Al-Quran yang
cantik yang akhirnya dibeli oleh Mahathir. Pokok ketiga merasakannya
sangat berguna, penting dan disanjungi oleh orang ramai dan lebih utama
ayat-ayat yang dicatat di atasnya telah menginsafkan Mahathir.
Apabila apa yang berlaku di luar apa yang kita jangkakan, ingatlah
bahawa Allah sudah mengatur segalanya untuk kita. Kuatkan iman kita
kepada Allah, dan percayalah Allah akan menunjukkan jalan keluar setelah
selesai ujian untuk hambanya. Jangan putus asa dan jangan melatah,
percayalah Allah di sisi kita.
Kesemua pokok akhirnya dapat apa yang mereka kehendaki walaupun tidak sebagaimana yang diimaginasikan oleh mereka.
Harap berita ini dapat memberikan senyuman kepada mereka yang hilang senyuman dua tiga hari ini.
Senyum (Sumber: Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man)
AHLAN WASALAN SANAH JADIDAH