Bukit Majau atau lebih dikenali sebagai Bukit Bagindo merupakan salah satu dari beberpa bukit atau gunung yang popular di kalangan pendaki-pendaki. Di antaranya ialah Gunung Angsi ( Kuala Pilah ), Gunung Dato' ( Rembau ), Gunung Berembun ( Kg. Pantai Seremban ) dan Gunung Hantu ( Jelebu ).
 |
PEMANDANGAN BUKIT BAGINDO DARI KAMPONG KATO, PADANG LEBAR. |
Ini adalah kerana di puncak bukit yang ketinggiannya 450 meter terdapat lunggukan batu-batu besar yang unik dari segi strukturnya. Di antaranya ialah sejenis batu besar yang mempunya lekuk yang sangat dalam dan hampir-hampir sama di antara satu sama yang lain yang dinamakan batu kikir ( wave rock ) oleh penduduk tempatan.
 |
BATU KIKIR YANG TERDAPAT DI PUNCAK BUKIT BAGINDO |
Kampung Majau terletak sekitar 8 km dari Pekan Padang Lebar. Pastikan anda sampai ke Pekan Batu Kikir dahulu sebelum memulakan perjalanan ke Pekan Padang Lebar. Jikalau anda mengalami kesukaran ke destinasi, sila gunakan wave atau goggle map pasti anda akan sampai ke sana. Untuk menyertai pendakian, anda kena bayar wang pakir sebanyak 5.00 untuk sebuah kereta di kaki bukit, permit hutan 5.00 ringgit dan 6.00 ringgit lagi untuk upah jurupandu pendakian.
 |
PERJALANAN MELALUI KEBUN-KEBUN GETAH PENDUDUK TEMPATAN. |
Dari kaki bukit anda kenalah berjalan kaki melalui kebun-kebun getah orang tempatan sejauh 1 kilo meter sebelum menemui sebongkah batu besar yang kita namakan " Check-Point 1 ". Anda boleh bergambar di atas batu besar ini dengan memanjat menggunakan tali yang disediakan.
 |
KAIN RENTANG UNTUK PARA PENDAKI MERAKAM KEHADIRAN MEREKA DI SINI. |
 |
PEMANDANGAN DARI ATAS KEDUDUKAN BATU BESAR DI CHECK- POINT 1 |
 |
BATU BESAR DI KAKI BUKIT SEBELUM MEMULAKAN PENDAKIAN.
|
Selepas itu teruskan pendakian sehingga sampai ke satu lagi kawasan berbatu besar yang kita namakan " Check-Point 2 ". Di sini juga anda boleh bergambar untuk kenangan.
 |
BONGKAH-BONGKAH BATU DI CHECK-POINT 2 |
 |
DI CHECK-POINT 2 YANG BOLEH DIJADIKAN LOKASI BERGAMBAR |
Sepanjang pendakian, anda akan menemui beberapa jenis tumbuhan liar seperti pokok manau, pokok rotan, pokok taji donak dan bunga-bunga liar yang tumbuh merata di atas bukit.
 |
POKOK MANAU YANG MEMPUNYAI NILAI KOMESIAL |
 |
POKOK ROTAN YANG BOLEH DIANYAM UNTUK DIBUAT BAKUL DAN LAIN-LAIN |
 |
POKOK TAJI DONAK SEJENIS HERBA HUTAN YANG BOLEH DIBUAT UBAT |
 |
SEJENIS BUNGA HUTAN YANG TUMBUH DI ATAS TANAH TANPA DIKETAHUI POKOKNYA |
Selepas batu besar di Check-Point ke 2, pendakian menjadi lebih curam dan dengan bantuan tali-tali yang disediakan, akhirnya anda akan sampai juga ke puncak bukit. Perjalanan keseluruhan mengambil masa lebih kurang 1 setengah jam untuk sampai ke puncak dari kaki bukit. Dari atas puncak, anda kena turun sedikit ke bawah di sebelah hujung untuk menemui batu kikir yang boleh memberikan seribu kenangan kerana anda telah sampai ke lokasi yang disebut-sebut oleh pendaki dan menjadi misteri selama ini.
 |
BATU KIKIR DARI PANDANGAN SEBELAH ATAS |
 |
SEORANG RANJER BERDIRI DI TEPI BATU KIKIR |
 |
SAYA DAN PENDAKI-PENDAKI LAIN DENGAN POSING YANG ISTIMEWA |
 |
PENDAKI-PENDAKI DARI KUMPULAN LAIN |
 |
PENDAKI-PENDAKI DARI KUMPULAN SEBELUM PENDAKIAN KAMI |
 |
KENANGAN DARI PENDAKI-PENDAKI SEBELUMNYA. |
Menurut penduduk tempatan, nama Pekan Batu Kikir diambil sempena nama batu besar ini. Batu kikir yang sinonim dengan Kampong Majau ini telah lama diketahui orang, akan tetapi oleh kerana kurangnya publisiti ianya tidaklah dikenali sehinggalah pada 6th. Oktober 2018 apabila berita tentang kewujudannya mula tersebar dan viral dan dibuka kepada umum, maka ramailah pendaki dari dalam dan luar negara mulai datang ke sini untuk menyaksikan sendiri dan mendapatkan pengalaman baru.
 |
KAIN RENTANG DI PUNCAK BUKIT UNTUK PESERTA BERGAMBAR |
 |
BERGAMBAR BERSAMA 13 ORANG PESERTA DARI KL, PORT DICKSON, SEREMBAN DAN REMBAU. |
SEJARAH BUKIT BAGINDO
Bukit di Majau ini mendapat nama sebagai Bukit Bagindo kerana suatu ketika dahulu di kawasan ini terdapat seorang lelaki Melayu yang bernama Yaakob Bagindo yang mahir tentang selok belok hutan di sekitar bukit dan arif tentang jenis-jenis kayu rimba di dalamnya.
Menurut cerita, seorang berbangsa Inggeris telah datang ke sana kerana hendak menemui Yaakob untuk mendapatkan kayu kayan yang baik bagi tujuan yang tidak dapat dipastikan di sini. Orang Inggeris inilah yang dikatakan telah menamakan bukit ini sebagai Bukit Bagindo kerana Yaakob Bagindolah yang telah banyak membantunya.
Ada suatu teori yang sibuk diperkatakan orang iaitu tentang kedudukan kawasan Majau dan sekitarnya pada zaman dahulu. Oleh kerana ianya terletak di tengah-tengah kawasan segi 3 yang berkuala iaitu 1. Kuala Pilah, 2. Kuala Kelawang dan 3. Kuala Jempul - maka timbullah suatu persoalan. Apakah pada suatu ketika dahulu kawasan ini merupakan suatu lautan atau hampir-hampir sama dengannya. Ini ditambah pula dengan kemunculan beberapa tempat di dalam lingkungan segi 3 ini seperti Pekan Tanjong Ipoh dan Kampong Pantai. Sukar bagi orang kebanyakan dapat menjawab persoalan seperti ini dengan tepat kalaulah tidak melalui dapatan-dapatan yang diperolehi melalui kajian-kajian terperinci yang hanya boleh dilakukan oleh pakar-pakar archaeology dan geology sahaja dan bukan melalui tekaan rambang semata-mata.
SEKIAN - TERIMA KASIH.
BUKIT BAGINDO
SUATU MISTERI NAMA DIBERI JAUH DI SEBERANG SANA,
TEMPAT YANG NYAMAN PENDUDUK TEMPATAN MULA MENGUKIR
NAMA, BERSIAP SEDIA UNTUK MENDAKINYA , LAGENDA
DI PUNCAK SANA, KENANGAN MANIS MENGUSIK JIWA DI ATAS
BUKIT BAGINDO.
UNGGAS BERTERBANGAN BERKICAU-KICAUAN SUASANA DINGIN DAN
AMAN, DI HUJUNG MINGGU BUKIT YANG MENGHIJAU MENUJU KE
KAMPONG MAJAU, PIHAK PERHUTANAN NEGERI SEMBILAN,
MESTILAH MENGGAZETKAN, MARILAH KITA MENDAKI BERSAMA
DI BUKIT BAGINDO.
KORUS
TERUSKAN PENDAKIAN, ADIK DAN JUGA ABANG, JANGANLAH RESAH
DAN BIMBANG, HUJUNG MINGGU RAMAI YANG DATANG. MELANCONG
DAN BEREKRIASI BATU KIKIR NAMA DIBERI, TERSERGAM INDAH
BATU BERALUN, ASALNYA PEKAN BATU KIKIR.
YAAKOB BAGINDO TOKOH TEMPATAN HIDUPLAH SI ANAK WATAN,
NAMA DIJULANG RIWAYAT TERBILANG, LIPATAN SEJARAH
CEMERLANG, MERATA TEMPAT SUDAH MENGENALI, DI TIMUR DAN
JUGA DI BARAT, ( MAJU LEGASI BUKIT BAGINDO, WARISAN KITA
SEMUA. 2X )
LAGU DAN LIRIK : MAIZAN ISMAIL