Boleh klik sini untuk baca Journey to Kayseri #2 dan #1
Jadi mari sambung..
15 April 2009
Kisahnya pagi esoknya kami bersarapan pagi dengan sejenis sayuran..Makcik Seval tumis dengan bawang..sedap juga..makan dengan roti..nama sayur tu Chirish..ia akan menjengah apabila musim bunga menjengah..
selepas sarapan, kami bertolak ke BANDAR BESAR..Ya, Kayseri mempunyai bandar yang agak besar tetapi tidak sebesar Kuala Lumpur..agak unik bandar ini kerana ia adalah bandar moden yang masih mengekalkan mercu tanda bersejarah yang ada di dalamnya..setelah berada selama dua bulan di Erzurum (bandar kecil) sakan gak la nak pusing bandar Kayseri nih..menarik..sekali tengok macam Kuala Lumpur, macam2 kedai ada. FYI, Kayseri adalah bandar perindustrian terpenting di Turki. Ia terkenal dengan gelaran 'bandar orang kaya'. Sambung balik, jadi kami pun pusing2 pusing2 pusing2 sampai letih la kaki ni..tapi Hatice dan Zelish tak habis lagi pusing..masih belum bertemu apa yang berkenan di hati..aku ikut je..nak beli ape pun..bajunye semua KECIK-kecik..aku besar..hahaha!!
pastu yang best kat sini aku jumpa banyak tulip..i'm a big fan of tulip..ingat dah tak dapat merasa nak tengok tulip..alhamdulillah masih dapat peluang..macam2 warna..
tapi dalam kata tak shopping nih, macam2 kau beli..poskad,tali pinggang
Balik umah dah maghrib..kena marah dengan Makcik Seval..terasa seperti di rumah..kena marah dengan ummi bile balik lambat..hehehe
16 April 2009..
Ia adalah hari melawat saudara mara..
Makcik Seval bawa kami ke Kayseri Park..ala ala The Mall..so jalan2 cuci mata..
Kemudian kami ke rumah pakcik sulong Hatice..an old couple..kayo..tapi takde anak..huhu..Pakcik tu die keje kat German, pakai Lexus Harrrier baru..kesimpulannya kaya lah..as i said before Kayseri ni bandar orang kaya..hehe..
Kemudian kami singgah pula ke rumah pakcik bongsu Hatice..untuk makan malam..kata Hatice..
"pakcik saya yang ini tak kaya harta tapi kaya hati.."Memang benar, lebih seronok berada di sana kerana keramahan ahli keluarganya..Pakcik Mustafa, Makcik Nejla, Opah Aisyah dan anaknya yang boleh tahan segaknya..Cikgu Jan..kami sebaya hehe..setelah berseronok..berkongsi cerita Malaysia dan Turki..kami pun pulang dengan perut yang kenyang dan hati yang seronok..
No comments:
Post a Comment