Showing posts with label sacro-think. Show all posts
Showing posts with label sacro-think. Show all posts

Monday, 27 August 2012

Perlu vs. Mahu

Allah yang Maha Tahu.
Sentiasa
Apa yang kita minta, tak sama dengan apa yang kita perlu

Ku minta dengan deraian air mata
Moga Allah ringankan jodohku
Moga Allah temukan aku dengan hambaNya juga mencintaiNya.
Biar cinta kami jadi cinta segi tiga
Berlumba-lumba mencari redhaNya
Kadang-kadang timbul rasa segan dan malu
Kerana terlalu meminta minta
Seperti tidak sabar
Malu sebab kita hamba
Layakkah terlalu meminta minta?

Ku pohon jika ini memang ujianku
Ku pohon dengan deraian air mata
Biar air mata ini digantidengan pohon-pohon indah di syurga
Jika ini ujianku
Moga Allah salurkan sedikit kekuatan, kesabaran dan kelapangan dada
Moga Allah angkat rasa sesak dan sebak di dada
Jika ini ujianku
Moga doaku diganti dengan keselamatan diri 
daripada keburukan yang akan menimpa
Moga senyumanku terus mekar seperti biasa
Untuk aku terus melangkah mencari RedhaNya

Aku cuma manusia biasa
Perkahwinan itu bukan kemuncak kehidupan
Cuma aku juga ingin tiket 
Tiket mudah ke syurga
Tiket keluasan pintu rezeki
Tiket pahala anak-anak soleh 
Tapi nampaknya tiket aku mahal harganya

Aku redha
Aku pasrah
Aku bersangka baik dengan Dia
Aku yakin Dialah sebaik-baik Wakil
Aku yakin sepenuh hati

17 Ramadhan 1433H
Dia hantar berita gembira
Bukan jodoh yang Dia hantar
Tapi
Tiket menjadi TetamuNya InsyaAllah
Menumpang tuah bonda 
Yang sentiasa manis mulutnya
Yang sentiasa masin doanya

Tanah Haram
Tunggu aku
Tak sabar untuk meletakkan dahiku di rumahMu
Tak sabar menanti Wukuf yang singkat itu
Berdoa
Dan terus berdoa..
Di sebaik-baik masa dan tempat berdoa

Tanah Haram
Tunggu aku
Aku kejar yang 'Perlu'
Moga Allah susuli dengan yang 'Mahu'

Amin!
Doakan kami!

Thursday, 19 July 2012

Tahlil

2 hari sebelum ramadhan.

Hari ini ada tahlil. Aku dah lama tidak menyertai majlis tahlil.
Hari ini aku bersama-sama rakan sepejabat ramai-ramai berzikir
LA ILAHA ILLA ALLAH
Berkali-kali...berulang-ulang.
TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
Berkali-kali...berulang-ulang..

Satu perkara mendatangi minda aku.

KALAU AKU BERTUHANKAN ALLAH...mengapa aku selalu sangat menjadikan dunia sebagai 'tuhan'. Oh sesal..sesal.. 
Allah boleh tunggu. TV tak boleh.
Allah boleh tunggu. Kerja tak boleh.
Allah boleh tunggu. Makan tak boleh.
Apa nak jadi..Maya??

Allah MEMANG boleh tunggu. Tapi banyak ke lagi masa yang kita ada??

Friday, 6 July 2012

Aku, buah dan hidup

Nama saya Maya. Saya seorang saintis. Kerja saya berkisar tentang buah-buahan.
Maha Suci Allah yang telah menciptakan segala macam buah-buahan untuk kita nikmati.
Semakin saya mengenali buah-buahan semakin saya kagum dengan kehebatan Maha Esa.

Saya perhati dan fikir. Maka inilah inferens saya. Moga bermanfaat.

Falsafah buah No.1: Buah yang cantik luaran, tak semesti cantik isinya. Yang buruk luaran,tak mesti buruk isinya.

Falsafah buah No.2: Kalau sabar, nantikan buah masak ranum di pokok, baru dipetik. Isinya manis, benihnya boleh disemai-untuk terus menikmati buah manis. Buah dipetik awal, harus diperam. Isinya manis, tapi benihnya mungkin tumbuh, mungkin tidak.

Falsafah buah No.3: Buah yang cantik kulitnya harus waspada.
Disembur racun dari putik sehingga matang.

Falsafah buah No. 4: Buah yang masak ranum lagi harum, walaupun disorok harumnya akan menyapa orang di sekelilingnya. Buah buruk juga begitu.

Falsafah buah No.5: Jika masa menjadi taruhan--ingat durian dan jagung. Durian itu panjang umurnya, tapi satu biji cuma beberapa ulas. Jagung itu pendek umurnya. Satu tongkol banyak bijinya. 
Sama penting. Yang mana lebih banyak manfaat berbalik pada masa yang Allah pinjam pada kita di dunia.

Wednesday, 15 February 2012

A bookworm~down the memory lane.. :)


Saya sepatutnya menulis 'review paper' tapi saya rasa sentimental saya sedang memuncak, jadi saya perlu meluahkannya di sini. Saya memang sentimental orangnya. Saya tidak mahu lupa daratan, saya tahu di sini saya mendapat pelbagai ilmu dan pengalaman.

Perpustakaan Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Sudah beberapa hari saya berulang alik ke Universiti Malaya untuk mencari rujukan untuk menyiapkan review paper saya. Selama beberapa hari ini jugalah tiap langkah saya ditemani kenangan..

'Tempat Gembira' saya ialah Perpustakaan Universiti Malaya. Sebagai warga UM, saya bangga kerana UM ada 12 perpustakaan. Banyak kan?? Saya regular di 6 perpustakaan tapi kesukaan saya pastinya Perpustakaan Utama.

Catatan Usman Awang di laluan masuk perpustakaan..

"Perpustakaan Tercinta Ini
Pelabuhan Kebudayaan Peradaban Zaman
Gedung Akal Laut Bicara Manusia
Mutiara Pendeta Tasik Pujangga
Kota Kebenaran Penaung Kebebasan Ucapsuara
Dari Ruang Ini Bersinar Keagungan Pemikiran
Menghayati Teluk-liku Zaman Demi Zaman
Tanpa Prasangka Apa Tanpa Batas Benua
Kekal Bersama Angin Yang Mengusapi
Abadi Bersama Langit Yang Memayungi
Dikeramatkan Untuk Anda Menghirup Segala
Di Perpustakaan Tercinta Ini”                              
                                      
Usman Awang                                                                            
Januari 1970 

Friday, 3 February 2012

i can read you

Hai, kawan-kawan..posting yang satu ini dah lama jadi draf jadi saya pun da ingat-ingat lupa. Tapi lupa nak update and post in blog. Tadi saya google dan jumpa link ini yang menceritakan dengan lebih lengkap apa yang saya mahu sampaikan.

SOURCE: 2knowmyself.com
Written by M.Farouk RadwanMSc.

Have you ever noticed eye movements?
Have you ever noticed that people's eyes move in different directions when being asked a question?
Research results showed that there is a connection between the thinking process of a person and the direction that his eyes moves to. The six possible directions that the eye could go to are upper right ,upper left, middle right , middle left , lower right and lower left .
Each direction represents a different function that takes place inside the mind.
The following is an explanation of the different eye movements and their respective meanings (Note that the following directions are describing the eye positions of someone who is facing you):

NLP, eye accessing cues

Friday, 20 January 2012

Kembara Solehah..


Anda pernah tak menonton reality show SOLEHAH di TV Al-Hijrah?? Sebenarnya saya prefer SOLEHAH berbanding dengan Ustazah pilihan. My personal preference la, sebab pendekatan dia takde penyingkiran peserta, semua diberi tempoh masa yang sama untuk belajar dan pemenang ditentukan pada penilaian minggu penentuan juara.

Semasa menonton malam itu, saya terdetik..ada tak sesiapa yang akan menggambarkan hakikat sebenar SOLEHAH. Saya tunggu dan tunggu..semua biasa-biasa sahaja, sehinggalah tiba giliran peserta  terakhir ini.. 

CIK WAN NOR MAZUANI BINTI WAN MOKHTAR. 

Beliau membawa kejutan dengan mengambil keputusan untuk mengubah topik tazkirah di saat akhir. Cik puan ini berjaya memberi erti yang saya cari. Panel hakim semua, penonton dan saya juga menangis teresak-esak, kerana apa yang beliau sebut itulah yang terdetik di hati setiap orang yang mempunyai niat untuk menjadi SOLEHAH.

Saya kongsikan VC yang diambil dari YouTube. Saksikan bingkisan ini dan ambillah pengajarannya. 

Menjadi SOLEHAH adalah cita-cita orang yang mempunyai keimanan yang tinggi. Kalau nak jadi SOLEHAH, tentera pun boleh jadi SOLEHAH. Saintis pun boleh, pensyarah pun boleh, suri rumah pun boleh..

Ayat-ayat berimpak besar Cik Wan Nor Mazuani binti Wan Mokhtar..

I have never been happier

"I have never been happier"  the last phrase of an essay written by an american jewish boy, who decided to live out of the ordinary. Beautiful, enough said. 


Dear friends, please read it and think, where are we? Are we living the live we want (not based on nafs) or the ones other people put us into? I've been there and I chose to live the live I want The challenge was indescribably hard but i pulled through it. Been there and i myself  I have never been happier.


Essay taken from: normanfinkelstein.com


2012 Martin Luther King, Jr. Writing Awards
Prose: High School

First Place
Fighting a Forbidden Battle: How I Stopped Covering Up for a Hidden Wrong
Jesse Lieberfeld
11th grade, Winchester Thurston
I once belonged to a wonderful religion. I belonged to a religion that allows those of us who believe in it to feel that we are the greatest people in the world—and feel sorry for ourselves at the same time. Once, I thought that I truly belonged in this world of security, self-pity, self-proclaimed intelligence, and perfect moral aesthetic. I thought myself to be somewhat privileged early on. It was soon revealed to me, however, that my fellow believers and I were not part of anything so flattering.
Although I was fortunate enough to have parents who did not try to force me into any one set of beliefs, being Jewish was in no way possible to escape growing up. It was constantly reinforced at every holiday, every service, and every encounter with the rest of my relatives. I was forever reminded how intelligent my family was, how important it was to remember where we had come from, and to be proud of all the suffering our people had overcome in order to finally achieve their dream in the perfect society of Israel.

Wednesday, 11 January 2012

Apa nak jadi dengan awak ni??

Apa nak jadi? Nak jadi apa?

Saya ada cita-cita baru? Saya nak jadi penulis buku yang bakal menggegar dunia, mengubah pelbagai jiwa. Ewah..saya nak jadi orang memberi suntikan perubahan, mungkin, pemangkin kejayaan insan lain. Mungkin perjalanannya masih jauh, saya akan usahakan.

Saya ingin jadikan buku-buku itu sebagai bukti hidup saya memberi manfaat pada orang lain kerana moto hidup saya: sebaik-baik manusia ialah orang yang memberi manfaat.

Buku pun belum ada kecuali buku lima. hehehe. heyy at least i have a BLOG ok.  insyaAllah akan di'materialize' apabila tiba masanya. AMIN.

Friday, 6 January 2012

11 sifat. Kau ada?

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Saya ingin menyambung entry sebelum ini Kitab ajaib. Kau ada? <-Recommended for you to read this previous entry. Hehe

Sebentar tadi saya baru selesai tadabbur surah A-Furqan ayat 63-77.
Pertama kali saya membaca maksudnya. Terkesima dengan betapa straight forward Allah memberi kita panduan untuk jadi orang beriman. Ringkasan ini saya sedut dari blog ini. Jadi jika ingin baca full text sila klik di sini.

 SIFAT SIFAT ORANG BERIMAN IALAH:

Kitab ajaib. Kau ada?

Perasan tak??

Bila hati kita sedih, kita kalut mencari kawan-kawan untuk luah perasaan, kalau yang jenis pendam tu, dok pendaaammmmm la perasaan.

Tahukah anda, Al-Quran itu berkomunikasi dengan kita??

Bila kita sedih (contoh), hanya kita yang tahu apa yang menyerabutkan perasaan kita, apa punca perasaan tu mengganggu kita..pada masa tu, cuba ambil Al-Quran Al-Karim, baca satu ayat dan baca maknanya-satu ayat-makna-ayat seterusnya-makna-dan seterusnya. Anda akan dapati tiba-tiba akan ada ayat yang kena dengan apa yang kita rasa. Samada ayat itu memberi peringatan kepada kita, ayat memujuk kesedihan kita, ayat janji manis Allah jika kita bersabar, ayat tentang indahnya syurga dan buruknya neraka dan macam2 lagi.

TETAPI BAGAIMANA KITA AKAN SEMUA ITU KALAU KITA HANYA 'BACA' TETAPI TIDAK MEMAHAMINYA?

Oleh yang demikian, saya ingin mengajak sahabat2 semua untuk membaca tafsir setiap kali kita baca Al-Quran. Saya cabar, cuba baca 10 ayat cukuplah. Pasti ada yang kena punya. Ia mukjizat jadi yakinlah.

Anda tahu kenapa ini berlaku?

Al-Quran itu adalah buku panduan hidup kita. Kita itu bermaksud saya, awak, mereka, kami,kita, dia dan semua manusia di dunia. Cuba kita tengok..kita sebagai makhluk ni, kalo tulis buku panduan, spesifik bukan? Contoh:


Agaknya Dummies Books ni tulis buku komprehensif untuk HIDUP?

Friday, 23 December 2011

Terdesak

Aku percaya ujian Allah adalah untuk meningkatkan iman kita. Bulan disember memberi ujian besar padaku..Apa ujiannya? Biarlah hanya Allah yang tahu.

Cuma aku nak kongsi ayat-ayat Ustaz Dr. Mahmud Al-Maghlani..yang memberi impak besar dalam mengharungi ujian Allah kali ini. Di saat aku merasa sesak dada, aku tahu, tiada seorang pun yang boleh mengeluarkan aku dari masalah dan beban perasaan ini melainkan Allah..sampai ke telingaku ayat ini...

Nil - Nothing: terima kasih tuhan.

Nicely said by my sister Murni here..
So no need for me to create a new one.

22 December 2011, 12:31am
Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur (and me in Bandar Baru Bangi)

Apa yang kami nak selama ini dimakbulkan tuhan. tapi, perit dan sedih terasa. walaupun ianya tak berpanjangan, inilah yang terbaik. itulah doa kami. menginginkan yang terbaik, dan inilah yang Allah bagi, maka inilah yang terbaik untuk semua. memang sedih. memang sangat menyedihkan, tapi memang ini yang kami minta. semoga tenang lah hati keduanya dan juga hati kami. mohon Allah mengampunkan dosa keduanya, dan juga dosa kami. tiada apa yang berubah antara kami dah mereka. semoga hidup lebih tenang dan kami kuat untuk semua ini. live life to the fullest! :')

april 1980 - december 2011

Sunday, 18 December 2011

Mahsyar Dunia

Assalamualaikum..fuuuuuuhhhhhhhhhhhhh!! tiup dulu, blog ni da berhabuk.
Hari ini hari Ahad. Sesuatu yang luar dari biasa sedang berlaku di rumah. Aku buat macam biasa..seperti tak mandi pagi, mencuci kandang kucing, meminyakkan kepala dengan Franch Oil. Sebenarnya aku menulis sekarang agar ada tempoh 20 minit sebelum aku bilas Franch Oil tersebut dan mandi...hehe..hari ni mandi lambat sebab mendung..(alasann..)

OK. Aku nak cerita pasal Padang Mahsyar..Seperti yang semua tahu, Padang Mahsyar adalah tempat berkumpul seluruh umat manusia selepas tiupan sang kekala yang kedua. Ya, kita semua akan dibangkitkan semula selepas mati..dan akan dinilai prestasi semasa di dunia. Bersedialah untuk menerima buku amalan masing-masing. Ya Allah, berilah ia pada tangan kananku Ya Allah..amin..

Minggu lepas aku menempuhi satu pengalaman yang memberi tamparan hebat kepada AKU. Ya, AKU. Aku namakan ia sebagai Mahsyar Dunia atau mungkin Mock Up Padang Mahsyar.



TEMUDUGA NAIK PANGKAT

Sebelum ini aku pernah ditemuduga. Naik pangkat juga. Tapi pengalaman dahulu cuma memberi aku gentar dan gementar..kerana tak pernah melaluinya. Seperti takut nak pergi perang. Aku ingat pengalaman kedua tiada masalah. Aku pasti boleh. Aku pernah masuk medan ini, aku pernah...

Thursday, 29 September 2011

Three in two years

Reminders from the Vice Chancellor of UPM during Oath Taking Ceremony this afternoon:

3 things all scholars should target upon graduation:
  1. Originality of your work, findings (new/novelty)
  2. How does your work/findings contributes to body of knowledge (filling the gaps, expanding new knowledge)
  3. It must be publishable.
Last but not least, HAVE FUN along the way...ok!

turn me ON


Aku selalu teruja bila berada bersama orang bijak pandai..
Bagai disuntik semangat baru tatkala memdengar bait-bait ilmu yang keluar dari mulut mereka..
Prof. Dr. Ajmal M. Razak Al-Aidrus

Aku mudah terkesima dengan bahasa-bahasa indah ahli pujangga
Terfikir dari mana datangnya ayat-ayat cinta yang indah belaka.

Dihujung fikiran aku...

Ingin jadi di kalangan mereka yang berilmu dan ghairah berkongsi ilmu mereka.. Ya Allah, berkatilah mereka, dan jadikanlah aku salah seorang dari mereka.. Al-'Aalim yang Tawadhu' InsyaAllah.

Amin.
Amin.
Amin.

p/s: teringin nak kembali ke zaman dahulu, di mana pencari ilmu tak perlu bekerja keras mencari rezeki, boleh tumpu pada ilmu, menghadap guru..tapi mencari rezeki itu juga jihad kerana sebaik-baik manusia adalah mereka tidak meminta-minta. Semoga Allah bantu aku yg dahaga ilmu ini mudah mencari rezeki dan ilmu serentak.

Wednesday, 28 September 2011

ohhoyyy there..

Saya ada satu tabiat.
Tabiat saya ialah apabila saya jengok blog, mesti mahu tengok siapa datang jenguk blog saya (walaupun tak ramai pun yang jenguk kan...hehehe)
tapi hari ni nampak ada orang rusia jenguk, sebelum tu orang australia, kadang2 amerika, tidak kurang juga indonesia..dan pastinya orang Malaysia terchenta.
Kepada anda yang sudi menjengah teratak hamba mencurah rasa ini, terima kasih saya ucapkan.



Tetiba saya terpikir, teringin jugak saya nak tahu..pembaca istimewa yang datang ziarah blog saya ni, buat apa untuk kehidupan. lagi pulak yang duduk jauh-jauh tu, di perantauan...ANDA SEDANG BUAT APA TU? so, consider yourself tagged.haha!

Jadi sudi ke memberitahu saya? Tak perlu tulis nama, misteri, hamba Allah seme saya terima. cuma tulis la lokasi terkini anda..dan apa yang sedang anda lakukan di tempat anda. semua ini boleh la anda tulis di bahagian komen...

Kenapa saya nak tahu?

Sebab saya ini seorang yang mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Soalan saya selalunya bodoh2 je, tapi saya tak kira, janji ia memenuhi tuntutan naluri ingin tahu saya..tambahan, saya juga pengembara juga, cuma bila saya mengembara, saya tiada peluang untuk bercerita pengalaman saya secara detail. Akhirnya, saya bermonolog sahaja di dalam hati, menceritakan pengalaman kepada diri sendiri. What to do..?? huhu...

Jadi sudi-sudilah berkongsi. Saya tidak mempunyai apa2 agenda tersembunyi. Cuma ingin tahu. Kerana mengetahui benda baru membuatkan saya rasa hidup dan teruja..

Mekacih..!

Saturday, 4 June 2011

CARI, easily said than done.

Sweet kan?? These are my sweethearts..



Guess what's missing is this photo? ME not having a junior..tak best kan? Gambar ni pasti lengkap kalau ME having that small cute sweet huggable creature too..haha! Nonetheless, love all of them..


Sekarang dah lagi kerap berfikir pasal jodoh. Mungkin makin risau kot..OH!! Actually I agree with this quote.. "Marriage is to have someone to share something with.." So damn true. Having to know that you have someone waiting to hear your good news (even the bad ones), having to know that someone is waiting for you after you yourself had a very loooooong day..etc etc.. That was my turning point, previously I don't have any issue. But when I was in Turkey, I read a book which made me realised (at last haha!) that I need to share~


But with whom should I share it with? Still with question mark.


Last week, my beloved one made a remark.. "Jodoh kena cari..." Ayat cliche lagi..one thing about remark made by your beloved one--it hurt the MOST! I felt like crying on the spot..but still have some self-control leftovers to keep me calm and collected.. but i bet my face was red though. I know my beloved one always pray the best for me, that thing you said really hurt me..badly. Ya, saya tahu memang kena cari..kena usaha, tapi mekanisma mencari tu bagaimana? Do I need to fill in forms? Do I need to menggeDIX.. I don't think so.. I wish it can be as easy as going for a shopping spree, or maybe as easy as GOOGLE-ing... How am I going to tell the whole world that I'm looking for my EXCLUSIVE SHARE HOLDER? Blogging maybe...hehehe..Tell me how?


I can blame the bad timing. I can blame my parents. I can blame myself, for being a such a nuisance before (dulu la..sekarang baik..), I can also blame myself for not being the GAGA girl..bukan cantik pun aku ni.. manis pun kadang-kadang je kot..mana tak nye..muka lebam asik main tengah panas..baru nk cerah dah berjemur lagi...huhuhu..takpe takpe..


Talking about being a nuisance..well it is hard being the big sister..u don't have anybody to look upon to except ur mom (thanks Allah for my mum)..it took me 28 years to be the person I am right now..still with some loose screws though (haha!) but more calm and collected, having perspective of life..I know it comes with the age..but my point is my lil sisters are better, catching up even faster bcoz they have me to look upon to. silap-silap depa kawen dulu...OH!


DikNon..KakNon tak kesah pun. Yang penting SYARIAT. If it is your time, then it is your time. Kite takde bendul-bendul nk langkah sebab kita sendiri bendul..hehehe..


Buat masa ini, cukuplah kekasihku yang satu ini-->Yang Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang. Mungkin diciptakan aku untuk khidmat selain khidmat yang ni..jadi anak solehah pun boleh masuk syurga kan..? Jadikanlah aku Ya Allah hamba yang kau cintai..kerana cukuplah kasih sayangMu untuk aku.. (tapi kalau dapat berkongsi kasih dengan hamba yang juga kau cintai itu BONUS..! hehehe tak salah bergurau dengan kekasih kan..? kan?)


BERUSAHALAH MAYA!!!!!! AND YOU..YES YOU..LET ME KNOW IF YOU WANT OR KNOW ANYBODY WHO CAN BE MY EXCLUSICVE SHARE HOLDER..(gile la..) eh lupe.. terms and conditions applied.


Sekian CURHAT kali ini. :)

Thursday, 26 May 2011

Tepi sikit!!! Raksasa nak laluuuuuu

Huargghhhh...!!! Pinggir pinggir...
Aku ke Pasaraya Warta hari ni bersama staf aku, telah didekati oleh seorang MAKCIK RAMPING bermekap tebal.. lantas menyerahkan dua keping kertas (dua ye bukan satu) seraya berkata.
Dik, nah..(sambil hulur kertas)..Jangan amek hati ye..."

Ya..sila teka apekah kertas yang diserahkan kepada aku oleh makcik ramping berbedak tebal itu????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Iklan pelangsingan badan..

Aku rasa nak jadi raksasa nak baham dia mase tu tapi kontrol..
Sebab-sebab mengapa aku terasa nak telan makcik ramping bermekap tebal ialah:


  1. Sungguh tidak sopan. Aku berdiri kat situ bersama staf aku. Kalau betul nak menyebar maklumat sila hulurkan kertas tersebut kepada orang sebelah aku yang ramping juga. Tidak perlu double standard..

  2. Tak perlu mengayat aku dengan ayat cliche berikut.. "Jangan amek hati ye..." Aku rase dah berapa ramai syarikat pelangsingan approach aku yg montel ini di Mall yang besar lagi mewah tapi mereka hanya menerangkan dengan sopan (dan aku ok je, chill dan tak jadi raksasa pun) kerana mereka tidak berkata "Jangan amek hati ye..." selepas memberi kertas itu

  3. Hei pompuan, kalau ye pun nak caik pelanggan, jangan lupa jadikan sopan sebagai modal, setakat ramping dan mekap tebal tak jalan OK.

    Sekian.

Saturday, 14 May 2011

terakhir yg tersendiri..

Aku nak post pada hari yang sama, tapi nampaknye blogger.com ada masalah.

Adalah penting untuk aku mencatatnya di sini kerana ia merupakan satu tanda usaha kerasku selama ini tidak sia-sia dan aku sememangnya sedang menuju ke arah penambahbaikan diri..alhamdulillah. FYI, jalan karier aku terumbang ambing pada mulanya, tapi aku telah berusaha sungguh-sungguh untuk perbaiki diri supaya bila aku lihat semula ke belakang aku boleh berkata.. "I have no regrets".

Hari ni hari terakhir aku berada bawah supervision boss aku. Beliau pencen minggu depan, tapi aku perlu bertugas di luar negara, maka hari inilah hari terakhir aku.

Semalam aku ambil masa untuk mencari hadiah sesuai buat beliau. tidaklah seberapa, kerana aku tidak tahu sangat minat beliau. Aku jumpa satu buku yang dirasakan sesuai, genre memoir untuk beliau yang merupakan anak terengganu.

Jadi, jam 2.45 petang, aku menjengah ke bilik dia untuk menyerahkan hadiah tersebut. ternyata dia teringat untuk beri gambar yang dia janji nak bagi kat aku. dia ambil masa yang lama untuk mencari gambar tersebut..lebih 15 minit, siap mengamuk sebab tak jumpa..aku tahan ajela.. sengih cam kerang busuk.rasa tak jadi nak bagi hadiah tu sbb hangen die da kacau bilau..hehehe.. maka gambar tetap tidak ditemui, dan aku pk dah sampai masa aku serahkan hadiah beliau..sebijik buku sebagai momento. Ayat pertama beliau,

"thank you maya, you are such a nice lady."


aku ambil peluang untuk menyampaikan rasa terima kasih aku pada beliau. aku nyatakan aku tak puas nak timba ilmu dan pengalaman, memang tak puas, aku pasti aku boleh belajar banyak benda lagi. tapi harus redha, setakat ini sahaja rezki aku untuk berguru dengannya. aku sampaikan rasa hormat aku dan penghargaan aku pada dia. maka air mata pun meleleh..ciss.. apadaa..nanges.. tapi takleh tahan la..ekeke..dia pun sebak gak..haha!

Well, nobody's perfect right. Even him. And me. But a few things I admire about him is his passion, his precision and the way he explain things in depth. I wish I can be that deep too.. (hopefully one day I could).

Then it was his turn to speak..and he made me felt so terharu..
It feels good when people enjoy being around you. He said that I'm a fun R.O. (research officer). It seems like the FUN R.O. ni tak banyak. huh! He said the day before, he has no problem doing part time job collecting data in kampungs for a month, if I'm on his team..it will be fun, he said.

Terharu..

Actually I was hoping he will give his last advice to me. And he did. Without me asking.

"Your intelligence, dedication and skills will definitely take you far..very far..so keep these values with you."


He also mentioned that I was nominated to be the next project leader (for this crazy and heavyload international project) aku dah terkejut masa tu, dok sebut "Ya Allah..biar betul.." dia jawab,

"Ya Allah, Ya Allah jugak but this is true, you are the next project leader, you are the right person because you have all the ingredients to be one."



Actually aku dah cuak kalo kena postpone study lagi..sedih, dah 6 tahun tunggu..i thought it was going to be a nightmare. But he continued,

" But I will not stop you. I told 'big boss' that it's ok to let you go for your study. I said to him, you will return and be even be a greater
researcher and by that time you'll be ready..." Amin..!


I was saved by the bell. Thank you boss for your understanding. He gets the point that I really really need to go for my study, knowing that I'll be a better and wiser person upon my return to face the challenges in the years to come. Terima kasih kepada insan yang berkorban untuk membolehkan aku pergi menuntut ilmu. I.O.U. and I'm sure Allah will reward you for that.

I always have this instinct that he understands me well. So I don't have problem to be frank with him, to speak myself out and clear. That's the price of being frank and honest. Alhamdulillah. As far as year 2005 to 2011 is concerns, I have no regrets!

May life be easy for him..Kolay gelsin bak kate orang turki.

I will miss him.

Thursday, 17 March 2011

sape ade gen ni angkat kaki!!

erm..sape ade gen ni??

GEN KELAKAR

Ade?
Ade?

Hari ni saya tepon bahagian urusan korporat...cakap belum sampai dua minit, orang di corong sana berkata..."Kelakar betul awak ni..."
aku rase aku blum buat lawak, baru bertanya soalan...hehehe...

Teringat kenangan lama di Universti..baru selesai orientasi (freshies gituh..). lepak kat tangga kolej dengan akak senior dan beberapa kawan2 lain. Ntah ape la yg aku cakap tetiba kawan sebelah aku cubit sambil berkata.. "Awak ni kelakar la...." errr...perlu ke cubit..?huhu... :P
tapi pastu pencubit tu jadi kawan saya sampai sekarang..

biarlah..janji happy..