Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Kreatif. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kreatif. Papar semua catatan

Rabu, 12 Disember 2018

Kesusasteraan Kanak-kanak Tidak Dihargai?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Sejauh manakah kita menghargai buku kanak-kanak? 

Benarkah penulisan genre kanak-kanak diletakkan pada tempat yang sepatutnya dalam kesusasteraan tanah air? 

Apakah dalam penilaian anugerah sastera, kesusasteraan kanak-kanak diberikan merit sama rata dengan kesusasteraan dewasa/umum? 

Berapa banyakkah buku panduan penulisan kanak-kanak yang telah diterbitkan?

Adakah penulis yang menulis karya kanak-kanak dipandang sebelah mata sahaja?

Adakah tugas mencungkil bakat dan peluang kanak-kanak menulis cukup pada kertas peperiksaan dan sewaktu mereka bersekolah rendah sahaja?

Tepuk dada, tanyalah diri sendiri.

...



Saya terbaca perkongsian rakan penulis tentang buku belajar menulis cerita anak terbitan Indonesia.

Wah, barangkali penerbitan buku panduan menulis cerita kanak-kanak di sana, serancak buku panduan menulis karya dewasa?

Lantas, saya mendekati rak buku saya lalu membelek-belek koleksi buku yang ada.

Saya tarik buku Siri Asas Penulisan Kecil ITNM yang diterjemahkan daripada karya Nancy Loewen. Ada 10 judul yang diterbitkan berserta ilustrasi yang sangat memikat.

Buku tersebut merangkumi panduan menulis buku cerita bergambar, penulisan cerita lucu, cerita seram, cerita dongeng, puisi, laporan penyelidikan, surat, jurnal, drama dan novel. Langkah demi langkah diajarkan dan disertakan dengan contoh. Buku-buku ini sangat sesuai untuk dijadikan panduan oleh kanak-kanak yang minat untuk menulis.

...


Saya tidak pasti sama ada kita mempunyai senarai yang panjang atau tidak untuk dirujuk tentang buku panduan menulis karya kanak-kanak.

Dalam simpanan saya hanya ada dua buku sahaja, iaitu Tip Mengarang Buku Cerita Berilustrasi, ITBM (2013) oleh Umi E.Na dan Seronoknya Menulis Cerita, DBP (2018) oleh Marsli N.O.

Barangkali ada lagi buku yang diterbitkan, namun saya terlepas pandang. Jika ada, bolehlah kongsikan dengan saya. Manalah tahu, masih ada stok bolehlah saya beli dan baca.

Menulis karya kanak-kanak mencetuskan kepuasan yang tersendiri.

#KoleksiBukuMHA #MalaysiaMembaca #PanduanMenulisKaryaKanakkanak

Ahad, 23 September 2018

Beli Buku dengan Harga Jimat

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Kerja penulisan memerlukan perancangan yang berkesan. Bukan hari ini tulis, esok siap. Lusa dah terbit buku. Oleh itu, setiap buku yang terbit merupakan hasil titik peluh yang harus dihargai. 

Dari tahun 2009 hingga 2018, inilah hasil kerja saya yang didokumentasikan dalam bentuk buku perseorangan dan antologi bersama (Tetamu Istimewa sudah kehabisan stok). 

Kepada rakan-rakan yang belum pernah membaca karya saya dan berhasrat untuk membaca dan memiliki kesemua buku saya, saya berbesar hati untuk menawarkan pembelian pakej buku saya dengan harga istimewa. 

1. Madu di Tangan - RM15
2. Bila Ayah Berkaca Mata Hitam - RM25
3. Gadis dan Cermin Masa Depan - RM25
4. Kartunis Muda - RM9
5. Rimbun Kehidupan - RM25
6. Rencah Kehidupan - RM25

HARGA PAKEJ: RM90/RM100 (S&S) TERMASUK KOS PENGHANTARAN.

Tanpa pembaca, siapalah penulis. Sokongan pembaca amatlah saya hargai. Terima kasih.

Ahad, 16 September 2018

Harga Istimewa Set Lengkap Siri Anekdot dan Cerita Kehidupan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

 
Anda rasa tak ada masa nak membaca novel? Anda rasa tak ada masa nak membaca cerpen? Panjang dan tebal? Jangan musnahkan impian anda untuk terus membaca. Ada bahan bacaan lain yang boleh dibaca dalam relatif masa yang pendek dan sibuk, iaitu anekdot.

Melalui Siri Anekdot dan Cerita Kehidupan: Rimbun Kehidupan, Langit Kehidupan, Rencah Kehidupan, Lautan Kehidupan dan Pelangi Kehidupan, pembaca dapat menikmati aneka cerita yang mampu menjentik rasa dan membuai perasaan. Silap hari bulan, boleh ketawa seorang diri.

Saya turut menyumbang anekdot dan cerita kehidupan dalam buku "Rimbun Kehidupan" dan "Rencah Kehidupan".



Dalam buku Rimbun Kehidupan, saya ada menulis lima tajuk berkaitan buku dan dunia pembacaan.
1. Yang Pertama, Yang Diingati
- Cerita tentang buku pertama yang saya beli sewaktu di sekolah rendah. Buku apa yang saya beli?

2. Kedai Buku Bergerak
- Cerita tentang kedai buku bergerak yang datang ke sekolah saya. Ada kisah ibu bapa yang nak pulangkan semula buku yang dibeli oleh anaknya sebab dia hanya bekalkan duit belanja sahaja tetapi bagaimana anak dia dapat beli buku?

3. Sepucuk Surat Sekeping Harapan
- Cerita tentang hadiah buku yang saya berikan kepada murid saya dibalas dengan sepucuk surat. Apa isi surat?

4. Bibliofil Bukan Orang Gila!
- Cerita tersilap bagi alamat penghantaran buku sehinggakan posmen telefon.

5. Dalam Puisi Ada Jiwa
- Cerita tentang seorang remaja yang mahu membeli buku puisi tetapi "dihalang" oleh ibunya.


Dalam buku Rencah Kehidupan pula saya menyentuh tentang pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dan kerenah murid sekolah rendah. 

1. Ikan Menjala Pak Ali
- Kata orang, senang mengajarkan Bahasa Melayu? Betulkah senang? Habis, macam mana ikan boleh menjala Pak Ali?

2. Cikgu Sebut, Salah!
- Apa respons guru jika ditegur oleh murid? Betulkah apa yang ditegur itu salah?

3. Cikgu Ambil Rasuah?
- Tersentap sekejap gara-gara murid menuduh guru ambil rasuah. Rasuah apa? Betulkah?

4. Duta Susu Sekolah
- Yang dok berebutkan kotak susu tu kenapa? Sedap sangatkah susu yang punggungnya berbelang warna-warni?

5. Fungel vs Fungsi
- Alahai, kerana salah membaca satu dua perkataan, terpesong maksudnya. Sebelum terpesong, boleh bayangkan macam mana gelabahnya cikgu tu nak berikan jawapan?

Ada banyak lagi kisah menarik dalam kelima-lima siri penerbitan ini. Setiap buku menghimpunkan 20 orang penulis yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kerjaya.

Buku-buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan pembaca. Saya amat menyarankan buku-buku ini dibeli oleh guru di sekolah untuk bacaan pelajar dan guru.

Majlis Pelancaran Siri Anekdot dan Cerita Kehidupan ini telah dirasmikan oleh Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan di Red Card Cafe, Bandar Baru Bangi pada 9 September 2018. Beliau turut menyumbang anekdot dan cerita kehidupan dalam buku Rencah Kehidupan.

Buku-buku ini boleh dibeli terus daripada saya pada pakej berikut:
1. Senaskhah - RM25
2. Set Lengkap: 5 Judul - RM100
*Tidak termasuk kos penghantaran.

Sokonglah industri penerbitan buku dengan membeli dan membaca buku tanpa jemu.

Khamis, 16 Ogos 2018

Siri Anekdot dan Cerita Kehidupan

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.



Saya tidak pernah menyertai mana-mana projek antologi bersama sebelum ini. Karya saya hanya diterbitkan dalam buku perseorangan dan hanya satu antologi cerpen kanak-kanak. Selebihnya, saya lebih selesa menulis secara eceran. 

Saya pernah menulis hantaran pertanyaan di FB sekiranya ada mana-mana pihak yang menerbitkan projek buku yang membicarakan tentang buku dan dunia pembacaan. Daripada situ, saya mendapat beberapa respons daripada rakan-rakan. 

Tidak berhenti di situ sahaja, Cikgu Mohamad Musip mempelawa saya untuk menyertai projek antologi Siri Anekdot & Cerita Kehidupan yang sedang diselenggaranya. Katanya, saya boleh berkongsi cerita dan pengalaman saya sebagai seorang penulis. 

Berkali-kali juga saya mempertimbangkan pelawaan itu kerana saya perlu menulis dalam genre anekdot dan cerita kehidupan. Bukan genre yang saya tekuni sebelum ini.

Sebagai menyahut cabaran dan memperkembang bakat yang ada, saya bersetuju menyertainya. Akhirnya, saya memilih untuk menulis tentang buku dan dunia pembacaan dalam bentuk anekdot dan cerita kehidupan. Ada empat tajuk yang saya nukilkan untuk EDISI 1: RIMBUN KEHIDUPAN. 

Apabila sudah menulis, timbul pula satu semangat untuk terus menulis dan berkongsi tentang perihal lain pula iaitu tentang cabaran pengajaran bahasa Melayu di sekolah, selain kerenah anak-anak murid sekolah rendah. Semua cerita yang rencam ini disampaikan secara anekdot dan cerita kehidupan menepati konsep buku. Cerita-cerita ini dapat dibaca dalam buku EDISI 3: RENCAH KEHIDUPAN. 

Saya yakin dengan kemampuan dan ilmu bahasa Melayu yang dimiliki oleh Cikgu Mohamad Musip (Munsyi Bahasa) sebagai penyelenggara untuk memastikan buku ini bahasanya terjaga.

Usaha penerbitan siri buku ini juga bukan sekadar suka-suka, sebaliknya dapat mencungkil bakat penulis, mengetengahkan cerita yang tersimpan yang manfaatnya sangat besar, bahkan diharapkan mampu menjadi khazanah persuratan negara yang bernilai tinggi.

Menerusi lima siri buku ini, kurang lebih 70 orang penulis yang terlibat. Setiap buku menghimpunkan 20 orang penulis yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, pendidikan dan kerjaya.

Siri Anekdot & Cerita Kehidupan ini turut mendapat sokongan dan dorongan daripada Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan yang menulis Kata Pengantarnya dan menyumbang bahan penulisan dalam buku keempat: Lautan Kehidupan.

Sekiranya ada rakan-rakan yang berminat untuk memiliki kesemua Siri Anekdot & Cerita Kehidupan ini, boleh hubungi penerbit. Sekiranya berhasrat memiliki RIMBUN KEHIDUPAN dan RENCAH KEHIDUPAN, boleh buat prapesanan melalui saya sendiri.

Buku ini dijangka terbit awal bulan September 2018.

#PromosiBukuMHA #AnekdotdanCeritaKehidupan #RimbunKehidupan  #RencahKehidupan

Ahad, 27 Mei 2018

Promosi Jualan Buku Mohd Helmi Ahmad

 Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.



Tak dapat saya gambarkan dan ungkapkan dengan kata-kata tatkala dapat memegang dan menatap buku terbaharu saya, "Kumpulan Cerpen Remaja: Gadis dan Cermin Masa Depan" terbitan ITBM, 2018 ini. Alhamdulillah, daripada menulis cerpen eceran dapat pula diterbitkan dalam bentuk buku. 

Sebagai mengucapkan terima kasih dan menghargai kepercayaan yang diberikan oleh ITBM dengan menerbitkan buku keempat perseorangan saya ini, saya membeli pula stok buku ini sebanyak 100 buah. 

Memandangkan saya mempunyai 2249 orang rakan dan 1030 orang pengikut, setidak-tidaknya dapatlah menyokong saya dengan membeli dan membaca buku terbaharu saya ini. 



Sebagai promosi pembukaan jualan ini saya tawarkan dengan harga istimewa dan mampu milik. Pembelian akan lebih jimat apabila membeli secara pakej buku ini dan buku-buku saya yang lain.
Rakan-rakan yang berminat sila pilih pakej seperti berikut: 

1. GDCMD = RM25/RM27 (S&S)

2. MDT + GDCMD = RM33/RM37 (S&S)

3. BABMH + GDCMD = RM37/RM40 (S&S)

4. MDT + BABMH + GDCMD = RM47/RM50 (S&S)

5. MDT + BABMH + KM+ GDCMD = RM55/RM58 (S&S)

* Semua pakej termasuk pos laju
* MDT - pemenang HSPM 2015/2016
* Harga asal - MDT (RM15), BABMH (RM25), KM (RM9) dan GDCMD (RM25) - anda mampu JIMAT berkali ganda.
* Tetamu Istimewa cetakan pertama telah habis.
* Boleh WhatsApp saya di talian 017 4241356



Rakan-rakan yang berminat untuk membuat pesanan boleh tinggalkan komen di bawah. Saya akan PM, kemudian. Sebarang pertanyaan, boleh diajukan pada ruangan komen.

Sokongan rakan-rakan amatlah saya hargai. Terima kasih.

Mohd Helmi Ahmad
Penulis Buku ITBM dan DBP

Isnin, 1 Januari 2018

Buku Terbaik Sepanjang Tahun 2017

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Sepanjang Tahun 2017 inilah buku yang telah diberikan pengiktirafan dalam hadiah sastera di negara kita.

HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN (HSKU)

NOVEL REMAJA
UTAMA
Pertama: Khilaf - Salina Ibrahim
Kedua: Manifestasi Ketam Biru - Md.Nizar Parman
Ketiga: Rindu Syonam To - Husna Nazri


PENGHARGAAN
1] Penebus Kalbu - Abang Median Abang Said
2] Genetik Kamilah - Aminah Mokhtar
3] Metamorfosis -Azida Ishak


***
HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA (HSPM)

NOVEL
Bukan Orang-orang - Hafizah Iszahanid

KUMPULAN CERPEN
Cerita Monyet, Anjing dan Pohon Ginkgo - Jasni Matlani

KUMPULAN PUISI
77 Tuju (Siri "Ingatan kepada Kawan") - Zaen Kasturi

KUMPULAN DRAMA
Saya dari Tanjung Penaga - Marzuki Ali

NOVEL KANAK-KANAK
Iqbal Membina Jaya - Radzemah Bolhassan

KUMPULAN PUISI KANAK-KANAK
Tekukur di Ranting - Khadijah Hashim

KUMPULAN CERPEN KANAK-KANAK
Anak Wawasan - Muhammad Irfan Nyia Abdullah

KUMPULAN DRAMA KANAK-KANAK
Bangau Oh Bangau - Azmizi Zakaria

BUKU BERGAMBAR KANAK-KANAK
Tapir dengan Kotak Ajaib - Mohd Norazmi Mohd Mokhtar

NOVEL REMAJA
Empunya Kalbu - Sri Rahayu Mohd Yusop

KUMPULAN PUISI REMAJA
Madu di Tangan - Mohd Helmi Ahmad

KUMPULAN CERPEN REMAJA
Obsesi Cintamu, Zulaikha - Nazri Hussein


***
HADIAH SASTERA DARUL IMAN (HASDI)

KUMPULAN PUISI KANAK-KANAK
Tinggi Bangau Terbang - Nawawee Mohammad

KUMPULAN PUISI REMAJA
Utama: Umpama Harum Bunga - Nawawee Mohammad
Penghargaan: Cinta Allah - Hilmi Rindu

KUMPULAN PUISI UMUM
Utama: Malam Hujan & Oksimoron - Marsli NO
Penghargaan: Kuleburkan Aksara Menjadi Semisal Cahaya - A Muziru Idham

KUMPULAN CERPEN KANAK-KANAK
Anak Wawasan - Muhammad Irfan Nyia Abdullah

KUMPULAN CERPEN REMAJA
Utama: Obsesi Cintamu, Zulaikha - Husna Nazri
Penghargaan: Cinta Menyala di Constantinople - Fahd Razy

KUMPULAN CERPEN UMUM
Utama: Pascasejarah- Fahd Razy
Penghargaan: Kaca di Lantai - Alias Ismail

NOVEL REMAJA
Utama: Nadhirah - Sharif Putera
Penghargaan: Sejernih Embun - Azman Abdullah

NOVEL UMUM
Utama: SPIDER - Husna Nazri
Penghargaan : Pentas Rodat - Omar Mamat

Syabas dan tahniah kepada semua penulis dan penerbit. Semoga tahun 2018 industri penerbitan buku sastera di negara kita lebih mekar berkembang.

Selamat Tahun Baharu 2018

Mohd Helmi Ahmad
Senarai Buku Sastera Terbaik

Jumaat, 29 Disember 2017

21 Buku Terbaik ITBM Menang HSPM

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Sekadar Perkongsian Buku Terbaik ITBM
Semenjak penjenamaan ITNM kepada ITBM, buku-buku terbitan ITBM telah berjaya menggondol hadiah utama penulisan di negara kita. Buku-buku tersebut terdiri daripada pelbagai genre antaranya novel - dewasa, remaja dan kanak-kanak, kumpulan puisi - dewasa, remaja dan kanak-kanak, kumpulan cerpen - dewasa dan remaja, kumpulan drama - kanak-kanak, memoir dan buku kajian sastera.

 

21 Judul Buku Seperti Berikut:

HSPM 2012
1. Bijak Si Katak Bijak - Siti Zainon Ismail
2. Ke Pulau Sebatik 1 - Nur Mustika
3. Inspirasi Cinta - Rozninah Abd Azib
4. Selamat Datang ke Malaywood - Roslan Jomel
5. Alien Menchari Chinta - Ramzah Dambul

HSPM 2013
6. Tercipta dari Tanya - Anwar Ridhwan
7. Hujan Hujung Januari - Rebecca Ilham
8. Suteki Da Ne Aleena - Massruhaiza Ali
9. Pesanan Pendeta - Mahaya Mohd Yassin
10. Memoir Hasrat Menyala - Amir Haji Hassan
11. Mimpi Laila - Amelia Hashim
12. Qalam Kalbu - Sri Rahayu Mohd Yusop

HSPM 2014
13. Nenek - Razali Endut
14. Oksidentalisme: Dalam Sastera Melayu - Dr Saleeh Rahamad
15. Tetamu Istimewa - Mohd Helmi Ahmad
16. Mimpi Kotaku - Hilmi Rindu @ Mohd Abdullah 

HSPM 2015/2016
17. Bukan Orang-orang - Hafizah Iszahanid
18. Cerita Monyet, Anjing dan Pohon Ginkgo - Jasni Matlani
19. 77 Tuju (siri ingatan kepada kawan) - Zaen Kasturi
20. Obsesi Cintamu, Zulaikha - Nazri Hussein
21. Madu di Tangan - Mohd Helmi Ahmad

Oleh itu, rugi sekiranya buku-buku yang telah diiktiraf tahap kualitinya dalam HSPM misalnya, hanya terperuk di kedai buku dan stor sahaja. Selain itu, elok kiranya juga buku-buku ini dijadikan bahan kajian utama di universiti. Tahniah kepada penerbit dan penulis. Terima kasih kepada pembaca.

Isnin, 1 Mei 2017

Diskaun Istimewa Buku Mohd Helmi Ahmad

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


PROMOSI BUKU 2017 - KARYA MOHD HELMI AHMAD
KENAPA ANDA PERLU BELI?

Biarpun pada awalnya saya sekadar mencuba sahaja memasuki bidang penulisan dengan bermula menulis karya eceran, kini sedar tak sedar saya telah memiliki tiga buah buku. 

Sepanjang tahun 2009 hingga 2016, banyak pengalaman dan ilmu yang saya kutip dan tidak kurang juga cabaran yang dihadapi mematangkan saya untuk terus berada dalam bidang ini. 

Pencapaian yang tidak terduga itu lebih banyak manisnya daripada pahit untuk dikongsikan. Biarpun belum cukup matang, tetapi proses kedewasaan itu akan terus didaki. 

1. Pernah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) tiga tahun berturut-turut pada tahun 2010, 2011 dan 2012. Ketiga-tiga cerpen remaja tersebut saya muatkan dalam buku Tetamu Istimewa.

2. Cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin yang pernah memenangi HSKU, terpilih untuk dijadikan teks Komsas Tingkatan 1 mulai 2015 - 2019. Cerpen tersebut turut saya muatkan dalam buku Tetamu Istimewa.

3. Paling membanggakan saya apabila Tetamu Istimewa diiktiraf sebagai Kumpulan Cerpen Remaja terbaik dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2014.

4. Madu di Tangan menghimpunkan 50 buah puisi awal saya dalam bidang penulisan. Kebanyakannya pernah disiarkan dalam pelbagai media cetak seperti akhbar dan majalah. 

5. Madu di Tangan, bersifat sederhana tetapi jika didalami daripada satu puisi demi satu puisi, anda akan melihat rakaman kehidupan saya.

6. Bila Ayah Berkaca Mata Hitam pula menghimpunkan 18 buah cerpen dewasa/umum dari tahun 2010 hingga 2013. Penulisan daripada jiwa kepada jiwa dilihat lebih jujur dan ikhlas. 

7. Bila Ayah Berkaca Mata Hitam turut memuatkan dua buah cerpen saya yang pernah memenangi Sayembara Cerpen ASASI dan Sayembara Cerpen ANIS. 

* Stok Tetamu Istimewa cetakan pertama yang ada pada saya, terhad.
* Jika ada yang berminat untuk membeli berasingan ataupun pakej dua buku, boleh maklumkan kepada saya.
* Jika ada yang berminat untuk bertukar-tukar buku (bergantung kepada buku yang belum saya miliki) juga boleh maklumkan kepada saya.

Mohd Helmi Ahmad
Penulis Karya Eceran Akhbar dan Majalah
Penulis Buku ITBM

Ahad, 5 Mac 2017

Buku dan Majalah Terbaik Bulan Mac 2017

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Koleksi bacaan untuk bulan Mac 2017.

1. Dewan Sastera, Bil. 3/2017

2. Tunas Cipta, Bil. 3/2017

3. Pelita Bahasa, Bil. 3/2017

4. Koleksi Teks Pengacaraan Majlis Rasmi Sekolah - Absha Atiah Abu Bakar, 2016

5. Kumpulan Cerpen Remaja: Kemelut Jiwa Merdeka, ITBM 2017 - Siti Nur Hidayah @ Princess Pueh 

6. Stetoskop: Aku Budak Medik 3.0, Kata-Pilar, 2017

7. Kumpulan Cerpen Remaja: Cinta Menyala di Constantinople, Kata-Pilar 2016 - Fahd Razy
 
Syabas dan tahniah kepada rakan-rakan penulis. Teruslah menyumbang karya dalam majalah yang bermutu seperti DBP.

Rakan-rakan yang telah berjaya menerbitkan buku, teruslah mempromosikan buku kalian moga sampai kepada pembaca.

Saya akan sentiasa menyokong dan meraikan hasil karya kalian yang diterbitkan secara eceran mahupun buku.

#Majalah #BukuSastera #DBP #ITBM #KataPilar
 
Mohd Helmi Ahmad
Koleksi Bacaan Peribadi

Jumaat, 24 Februari 2017

Bagaimana Penulis Bermula dengan Karya Pertama?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Karya pertama yang disiarkan ataupun diterbitkan selalunya menjadi nostalgia yang membugarkan semangat dan inspirasi buat penulis.

Masih ingatkah lagi karya pertama kalian yang disiarkan dalam pelbagai media itu?

Sebagai penulis yang masih baharu, ayuh mulakan dengan kerja-kerja penulisan kita dengan sistematik dengan merekodkan setiap karya yang tersiar. 

Sejak awal menulis lagi saya telah merekod setiap karya saya yang disiarkan sebagai dokumentasi dan rujukan.

Puisi pertama saya disiarkan dalam akhbar tabloid - Bacaria pada tahun 2009 dengan judul "Berdiri di Atas Kaki Sendiri".


Puisi pertama saya yang disiarkan dalam majalah ialah "KL Masih Berlumpur" yang disiarkan dalam majalah Tunas Cipta, Februari 2009.

Cerpen pertama saya pula disiarkan dalam majalah Harmoni pada 1-15 Mac 2008 dengan judul "Nyanyuk Si Mentua".

Cerpen pertama saya yang disiarkan dalam akhbar ialah "Orang Surat Khabar" yang disiarkan dalam Berita Minggu, 30 Mei 2010.

Hasil daripada menulis secara eceran sejak dari tahun 2009, akhirnya buku pertama saya yang mengumpulkan cerpen remaja terbit pada tahun 2014 dengan judul "Tetamu Istimewa", ITBM.

Selepas itu, pada tahun 2015 terbit pula buku yang menghimpunkan puisi remaja saya yang berjudul "Madu di Tangan", ITBM.

Tidak lengkap sebagai penulis yang turut menulis karya dewasa ataupun umum, jika saya tidak membukukan cerpen tersebut. Justeru, pada tahun 2016 terbit pula "Bila Ayah Berkaca Mata Hitam", ITBM.

Menulis perlukan disiplin dan kesungguhan yang tinggi. Ayuh penulis, sekali kita mengangkat pena, teruskan melakar kata dengan menghasilkan karya yang menggugahkan minda dan membajakan jiwa.

Mohd Helmi Ahmad
Mengingat Sesuatu yang Bermula daripada...Kita akan Menghargai dan Menghormati Sesuatu yang Kita Miliki Kini.

Jumaat, 17 Februari 2017

Cerpen Kelip-kelip di Hatiku dalam Majalah ASUH

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Cerpen "Kelip-kelip di Hatiku" yang disiarkan dalam Majalah ASUH, Mac 2017 merupakan karya kedua saya yang disiarkan pada tahun 2017.

Alhamdulillah, terima kasih Pak Cu Hamidi Md Yudin yang menjadi pembaca pertama cerpen ini dan telah mencantikkan cerpen ini terlebih dahulu sebelum dihantar kepada editor.

Terima kasih juga diucapkan kepada editor Majalah ASUH yang menyiarkan cerpen kanak-kanak saya ini.

Wah, nampaknya saya lebih bersemangat untuk mengumpulkan dan menyiapkan manuskrip kumpulan cerpen kanak-kanak pula!

Ayuh, dapatkan Majalah ASUH bulan Mac 2017 untuk membaca cerpen ini.

*Kredit gambar daripada Pak Cu Hamidi. 
 

Isnin, 26 Disember 2016

Senarai Karya Mohd Helmi Ahmad yang Disiarkan Pada Tahun 2016

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Tahun 2016 hampir ke penghujungnya. Sepanjang tahun ini ada beberapa karya saya yang disiarkan dalam akhbar dan majalah tempatan. Bahkan, sebuah buku saya telah diterbitkan. Saya perlu akui, tahun ini saya tidak aktif menulis dan tidak prolifik mengirimkan karya kepada editor.

Buku
1. Kumpulan Cerpen: Bila Ayah Berkaca Mata Hitam, ITBM.

Rencana
Polemik
1. Penulis Sastera Remaja Tiada Pilihan Kecuali Terbitkan Buku - BH, 16 April 2016.

Bicara Tunas
1. Dimensi Penulis Eceran kepada Penulis Buku - Tunas Cipta, Julai 2016.

Ikon Seni & Budaya
1. Mencari Kepuasan Diri - Sinar Harian, 14 Ogos 2016.

Cerpen
1. Kalendar Merah dan Si Penenun Cinta - Dewan Siswa, Februari 2016.
2. Projek Baulu Nenek - Dewan Pelajar, Jun 2016.
3. Tabik Hormat Inspektor Izzudin - Asuh, November 2016.

Puisi
1. Ruang dan Waktu - Mingguan Malaysia, 19 Jun 2016.
2. Rumah Patriotisme - Sinar Harian, September 2016
3. Dengar Pesan Kami - Dewan Siswa, Oktober 2016.
4. Hitam Putih - Sinar Harian, 1 Oktober 2016

Doakan tahun 2017 saya dikurniakan kekuatan untuk terus menghasilkan karya yang lebih baik.

Mohd Helmi Ahmad
Penulis Eceran Akhbar dan Majalah
Penulis Buku ITBM

Khamis, 8 September 2016

Perempuan Rebel

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Kumpulan Cerpen: Perempuan Rebel memuatkan 14 cerpen penulis muda berbakat kelahiran Kelantan.
Cerpen tersebut teradun daripada cerpen eceran yang pernah disiarkan dan belum pernah disiarkan.
Buku yang diterbitkan oleh FuFu Terbit ini turut memuatkan cerpen pertama penulis yang disiarkan dalam media cetak - Tunas Cipta iaitu Padi Berbuah, Pagar Mereput.
Saya kira, cerpen Deritanya Bukan Kepalang tampil lebih istimewa dalam buku yang berharga RM20.00 ini kerana pernah memenangi hadiah penghargaan HSKU 2012.

Bagi saya kumpulan cerpen ini layak dijudulkan dengan Kumpulan Cerpen Remaja. Apabila digolongkan sebagai kumpulan cerpen remaja buku ini dilihat ada kekuatannya untuk bersaing dalam HSPM, sebaliknya hanya dijudulkan sebagai kumpulan cerpen umum.

Walau apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Syuhada Salleh yang berjaya melangkah setapak lagi dalam dunia penulisan negara daripada penulis eceran kepada penulis buku.

*Rakan-rakan yang berminat untuk mendapatkan buku ini boleh berurusan dengan penulisnya.

Ahad, 22 Mei 2016

Borong Buku di PBAKL 2016 - MAEPS Serdang

Assalamualaikum.

Apabila mendapat tahu yang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 bakal diadakan di MAEPS Serdang membuatkan saya mengeluh. Pertamanya bagi saya sukar untuk saya ke sana kerana masalah pengangkutan. Dek cintakan buku saya berusaha juga ke sana dengan menggunakan perkhidmatan awam yang ada - Komuter. 

Perjalanan yang meletihkan ini tidaklah merugikan saya sebaliknya memperoleh kepuasan yang berganda apabila buku yang diingini dapat dibeli. Inilah buku-buku yang berjaya dibeli sempena PBAKL 2016.

 Keseluruhan buku yang dibawa, digendong, dijinjing untuk dibawa pulang. 


Saya tertarik membaca buku penulis Indonesia ini Eka Kurniawan. Pernah saya membaca Seperti Dendam Rindu Harus Dibayar Tuntas. Dek keterujaan itu saya menyambar Cantik itu Luka dan Lelaki Harimau.


Di reruai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) saya mendapatkan beberapa buku yang sukar diperoleh sebelum ini. Noktah Sebuah Perjalanan karya Ahmad J Hussein ini baru sahaja terbit 2016. Kumpulan cerpen ini merupakan kumpulan cerpen keenam beliau jika tidak silap. 

Novel Bedar Sukma Bisu karya Faisal Tehrani ini sudah lama saya bertagak untuk memilikinya. Akhirnya, di PBAKL saya melangsaikan impian itu sebelum kecewa sendiri jika tidak dapat memiliki novel ini selama saya bertagak.

Hatimu Aisyah dan Meneruskan Perjalanan merupakan buku yang dicetak ulang oleh DBP sempena penganugerahan Sasterawan Negara kepada Dato Dr Zurinah Hassan. Ada cerita saya dengan reruai DBP sewaktu PBAKL. Biarlah cerita itu menjadi cerita saya sahaja.


Reruai ITBM merupakan reruai yang wajib saya kunjungi. Institut Terjemahan & Buku Malaysia ini juga merupapan penerbit bagi ketiga-tiga buku saya. Paling istimewanya PBAKL 2016 kali ini, penerbitan siri kumpulan puisi terpilih oleh Sasterawan Negara Usman Awang yang disusun oleh Wan Nor Azriq.


KataPilar penerbit baru bertapak dalam bidang penerbitan. Walaupun masih baru, namun karya yang diterbitkan tidaklah mengecewakan. Masih ada suntikan kualiti dari beberapa aspek. Dengan RM50 saya memperoleh tiga judul buku ini. 


Hajat saya di PBAKL saya ingin mendapatkan buku kanak-kanak Mahaya Mohd Yassin ini. Akhirnya tercapai jua. 


Dubook merupakan penerbitan inde yang semakin popular kini. Untuk PBAKL 2016 Dubook telah menerbitkan semula karya Faisal Tehrani. Antaranya Nama Beta Sultan Alauddin, Perempuan Politikus Melayu dan Surat-surat Perempuan Johor. 


Tiga buku RM10 merupakan satu tawaran yang sangat istimewa. Oleh itu, saya sambar 6 buah buku. Antologi Cerpen Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ini wajar dibaca untuk sesiapa yang ingin menulis cerpen remaja dengan baik. Selain itu, novel HSKU ini boleh dijadikan koleksi yang berharga.

Kumpulan puisi Khadijah Hashim  dan novel Adibah Amin.

Sebahagian buku lagi yang dibeli selepas PBAKL 2016.

Jumaat, 20 Mei 2016

Promosi Istimewa Buku Mohd Helmi Ahmad Sempena PBAKL 2016




Kepada pengunjung yang mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2016 yang dilangsungkan di MAEPS, Serdang, sudi-sudikanlah singgah di reruai Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) untuk mendapatkan buku-buku saya ini. Nikmati lebih potongan harga 40% dengan pembelian 5 buah buku ke atas. 

1. Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa 
2. Kumpulan Puisi Remaja: Madu di Tangan
3. Kumpulan Cerpen: Bila Ayah Berkaca Mata Hitam


Sokongan anda semua amat saya hargai. Sekian, terima kasih. 


Sabtu, 30 April 2016

Buku Terbaharu Saya Kumpulan Cerpen: Bila Ayah Berkaca Mata Hitam

Assalamualaikum.



Judul: Bila Ayah Berkaca ata Hitam
Penulis: Mohd Helmi Ahmad
Terbitan: Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Genre: Kumpulan Cerpen
Harga: RM25 

Apabila ayah berkaca mata hitam, satu kampung kecoh dan mengatakan ayah buang tabiat.
Apabila ayah berkaca mata hitam, ada ura-ura mengatakan ayah ingin berkahwin lagi.
Apabila ayah berkaca mata hitam, ayah memakainya sehingga malam.

Mana tidak kecohnya, hati anak-anak menjadi runsing. Lama-lama menimbulkan rasa benci. Mengapa ayah ingin berkaca mata hitam 24 jam pula sekarang? Ayah berkaca mata hitam tetapi butang baju pun tidak dikancing teratur. Adakah ayah bercita-cita untuk kembali muda? Ah, perangai ayah boleh bikin ribut dan menimbulkan kemarahan anak-anak sahaja!


Kumpulan Cerpen: Bila Ayah Berkaca Mata Hitam merupakan buku ketiga saya yang diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).

Kali ini saya mempertaruhkan lapan belas cerpen dewasa atau umum dengan variasi cerita yang menarik.

Alhamdulillah, sekali lagi dapat bekerjasama dengan Cik Ainunl Muaiyanah, editor yang begitu gigih dan penuh komitmen dalam menangani naskhah ini. 

Buku ini sudah siap dicetak dan mula dijual di PBAKL 2016. Oleh itu, saya mengharapkan sokongan rakan-rakan yang berkesempatan ke PBAKL, dapatkanlah buku ini di reruai ITBM. Dapatkan diskaun 40% sempena PBAKL, MAEPS-Serdang.



Ahad, 3 April 2016

100 Novel Malaysia Wajib Baca

Assalamualaikum.



Lanjutan daripada senarai "100 Novel (dan Koleksi/Antologi Cerpen) Melayu Yang Mesti Dibaca" yang dikeluarkan oleh saudara Mizan Hashri akhir tahun lepas, Kutub Khanah Dusun Buku telah memilih 100 novel Melayu yang wajib dibaca. Buku disenaraikan hampir setiap hari bermula 21 Januari 2016 sehingga 19 Mac 2016.

Bagi senarai ini:
(a) maksimum adalah 3 buah novel utk seorg penulis.
(b) hanya novel-novel yg ada di Kutub Khanah Dusun Buku (ketika senarai dibuat) yg tersenarai. 

Novel yang bertanda *** adalah novel yang juga tersenarai di dalam senarai saudara Mizan Hashri. Saya merasakan bahawa kriteria sesebuah novel yang terpilih adalah sesuatu yang subjektif dan senarai seperti ini perlu diraikan, lebih-lebih lagi (melihat kepada novel-novel yg dipilih) hasil daripada pengalaman bacaan dan pemerhatian puluhan tahun.

NOVEL WAJIB BACA KHUTUB KHANAH Dusun Buku
1. Seroja Masih di Kolam (Adibah Amin)
2. Jalan Pulang (Anas K. Hadimaja)
3. Hati dan Hasrat (Kala Dewata)
4. Faridah Hanom (Al-Syed Syeikh Ahmad Al-Hadi) ***
5. Badai Semalam (Khadijah Hashim)
6. Iakah Salmah? (Ahmad Rashid Talu)
7. Patah Sayap Terbang Jua (A. Samad Ismail)
8. Tembok Tidak Tinggi (A. Samad Ismail) ***
9. Kail Panjang Sejengkal (A. Samad Ismail) ***
10. Subuh (Atan Long)
11. Puntong Hanyut (Nora)
12. Biru Warna (Awang Had Salleh)
13. Tulang-tulang Berserakan (Usman Awang) ***
14. Anak Titiwangsa (Keris Mas) ***
15. Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur (Keris Mas)
16. Sesudah Fajar Sebelum Senja (Baharudin C.D.)
17. Isteri (Rosmini Shaari)
18. Janji (Rosmini Shaari)
19. Letusan (Alis Murni)
20. Sorong Makan Tarik Makan (Ruhi Hayat)
21. Api Itu Masih Membara (Ruhi Hayat)
22. Saga (Abd. Talib Mohd Hassan) ***
23. Khailee (Abd. Talib Mohd Hassan)
24. Anjang Aki (Abd. Talib Mohd Hassan)
25. Cincin Permata Biru (Mior Shariman Hassan)
26. Hujan Pagi (A. Samad Said) ***
27. Salina (A. Samad Said) ***
28. Sungai Mengalir Lesu (A. Samad Said) ***
29. Krisis (Alias Ali)
30. Selasihku Sayang (Alias Ali)
31. Adat Muda Menanggung Rindu (Alias Ali)
32. Lambak (Zaid Ahmad)
33. Awang Toksan (Noorjaya)
34. Musafir (Hasan Ali)
35. Tugu (Hasan Ali)
36. Fajar di Hujung Malam (Hasan Ali)
37. Bukan Puteri Lindungan Bulan (Liana Afiera Malik)
38. Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (Anwar Ridhwan) ***
39. Penyeberang Sempadan (Anwar Ridhwan) ***
40. Putera Gunung Tahan (Ishak Haji Muhammad) ***
41. Budak Beca (Ishak Haji Muhammad) ***
42. Pengantin Baru (Ishak Haji Muhammad)
43. Desa Pingitan (Ibrahim Omar) ***
44. Patah Galah Haluan Perahu (Ibrahim Omar)
45. Tok Bilal (Ibrahim Omar)
46. Interlok (Abdullah Hussain) ***
47. Imam (Abdullah Hussain) ***
48. Terjebak (Abdullah Hussain)
49. Tebaran Malam (S.M. Noor)
50. Infitar (S.M. Noor)
51. Pasir Lintang (S.M. Noor)
52. Juragan (Dharmala N.S.)
53. Lembah Tercinta (Dharmala N.S.)
54. Angin Timur Laut (S. Othman Kelantan)
55. Perjudian (S. Othman Kelantan)
56. Wajah Seorang Wanita (S. Othman Kelantan)
57. Lepaskan Kembali Aku ke Laut, Jilid 1 (Shaari Isa)
58. Lepaskan Kembali Aku ke Laut, Jilid 2 (Shaari Isa)
59. Pulanglah Perantau (Aziz Jahpin) ***
60. Citra Pujangga (Mohd. Affandi Hassan) *** Pujangga Melayu
61. Tampang Sasterawan (Mohd. Affandi Hassan) *** Pujangga Melayu
62. Gerhana di Hati (Adam Kadir)
63. Keranamu Ain... (Noor Suraya)
64. Tanah Andriyana (Noor Suraya)
65. Nyanyian Tanjung Sepi (Noor Suraya)
66. Gelora (Arena Wati)
67. Sandera (Arena Wati)
68. Bunga Dari Kuburan (Arena Wati)
69. Di Bawah Alunan Ombak (A. Rashid Ngah)
70. Angin Hitam (A. Wahab Ali)
71. Panglima Awang (Harun Aminurrashid) ***
72. Darah Kedayan (Harun Aminurrashid)
73. Bukit Tembaga (Mohamed Zahir Ismail)
74. Ranjau Sepanjang Jalan (Shahnon Ahmad) ***
75. Tunggul-tunggul Gerigis (Shahnon Ahmad)
76. Tok Guru (Shahnon Ahmad) ***
77. Belahan Mimpi (Ali Jusoh)
78. Bidong (Ali Jusoh)
79. Bumi Harapan (Ali Jusoh)
80. Chinta Orang Tua (Wijaya Mala)
81. Sisa Laut (Wijaya Mala)
82. Mata di Jendela (Abu Yazid Abidin a.k.a. Wijaya Mala)
83. Langkah Kiri (Yahaya Ismail)
84. Beruk Tua (Yahaya Ismail)
85. Badan Bertuah (Ismail Salleh a.k.a Ismail Al-falah)
86. Seorang Tua di Kaki Gunung (Azizi Haji Abdullah) ***
87. Kawin-kawin (Azizi Haji Abdullah)
88. Senja Belum Berakhir (Azizi Haji Abdullah)
89. Nur'ain: Isteri Buruh Paksa (Adly Azamin)
90. Bukit Kepong (Ismail Johari)
91. Merentas Gerhana (Norhisham Mustaffa) ***
92. Bangsal (Wan Ahmad Ismail)
93. Baldatun Thoiyyibatun (Pelita Di Dalam Kaca)
94. Menanti Kibaran Bendera Agung (Pelita Di Dalam Kaca)
95. Bulan Merah di Tiga Kuala (Zahari Affandi)
96. Hartini (Aziz Afkar)
97. Naga-naga (Zakry Abadi)
98. Cinta Hilang Kata (Lily Haslina Nasir)
99. Gelora Semusim (Arifin Ngah)
100. Surat-surat Perempuan Johor (Faisal Tehrani)

Sabtu, 26 Mac 2016

Koleksi Novel Remaja Terbitan DBP - Tahun 1991

Assalamualaikum.



Pada tahun 1990, DBP telah menganjurkan Peraduan Menulis Novel Remaja. Pada ketika itu Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip telah mendapat tempat pertama, kedua Seteguh Karang oleh Tuan Faridah Syed Abdullah dan ketiga Tekad oleh Nazel Hashim Mohamad.


Hadiah penghargaan pula dimenangi oleh Darma Mohamad dengan karyanya berjudul Menjaras Ribut, Sisa-sisa Planet oleh Zailiani Taslim, Tragedi Bujang Senang oleh H.M. Tuah Iskandar, Jalinan Kasih karya Mohd Ismail Sarbini dan Di Sinilah Akhirnya nukilan Zahari Affandi. Kesemua novel ini diterbitkan pada tahun 1991. 

Sejumlah novel remaja juga terbit pada tahun 1991. Saya tertanya-tanya adakah novel remaja ini hasil penyertaan peraduan ini? Jika ya, saya kira DBP telah berjaya mencungkil bakat dan mengundang senjumlah penulis untuk menghantar karya dan sekali gus layak diterbitkan walaupun tidak menang.

Antara novel remaja tersebut yang saya miliki ialah Pelayaran ke Timur - Hablum Ta'at, Diari Dua Dunia - Mohd Ghazali Tocheh, Janji - Azmah Nordin, Senang-senang Air di Kuala - Lokman Dollah, Sketsa Semalam - Zahari Affandi, Di Hujung Perjalanan - Siti Aminah Hj Yusuf, Takdir dan Harapan - Wahba, Bunga-bunga Pergunungan - Azman Abdullah, Di Bawah Lembayung - S.M. Zakir dan Selendang Anum - Lim Swee Tin.


Sabtu, 19 Mac 2016

Koleksi Kumpulan Cerpen Remaja ITBM 2012 hingga 2016

Assalamualaikum.



Lengkap 15 kumpulan cerpen remaja yang diterbitkan oleh ITBM daripada tahun 2012 hingga 2016 (hingga Mac 2016) yang saya miliki.
ITBM memulakan penerbitan kumpulan cerpen remaja menerusi Inspirasi Cinta - Rozninah Abd Azib (2012) hingga judul terkini Senyum Ayah - Hasni Jamali (2016).
Daripada 15 judul kumpulan cerpen remaja yang diterbitkan oleh ITBM, dua daripadanya pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) iaitu menerusi Inspirasi Cinta (2012) dan Tetamu Istimewa (2014).
Setakat ini 10 judul kumpulan cerpen remaja yang diterbitkan itu ditulis oleh penulis perempuan, selebihnya lelaki.
Seorang penulis bukan Melayu berjaya memecah dominasi penerbitan kumpulan cerpen remaja daripada penulis Melayu.
Farahana Hussain menjadi penulis satu-satunya setakat ini yang menerbitkan dua kumpulan cerpen remaja bersama ITBM.
Senarai lengkap kumpulan cerpen remaja terbitan ITBM:
1. Inspirasi Cinta - Rozninah Abd Azib (2012)
2. Tetamu Istimewa - Mohd Helmi Ahmad (2014)
3. Janji Delila - Rusila Husain (2014)
4. Dunia Papionini - Sarah Samsudin (2014)
5. Pari-pari Syurga - Farahana Hussain (2014)
6. Sarang Tempua di Taman Ayah - Abdul Razak Husin (2014)
7. Ralat - Alias Ismail (2014)
8. Teratak Berjasa - Wan Hanif Wan Hamid (2015)
9. Tasbih Cinta Si Tua - Nurul Najwa Ahmad (2015)
10. Insan Mulia - Yong Chwan Fwu (2015)
11. Kek Keju Bersira Nasi - Ayudez Fia (2015)
12. Makhluk Kecil Tuhan - Farahana Hussain (2015)
13. Saya Ingin Terbang Bersama Hudhud - Nur Suhada (2016)
14. Sfera Bersegi Lima - Fathul Khair Mohd Dahlan (2016)
15. Senyum Ayah - Hasni Jamali (2016)


Ahad, 13 Mac 2016

Kumpulan Cerpen Remaja: Sfera Bersegi Lima Terbitan ITBM

Assalamualaikum.


Sfera Bersegi Lima, menjadi pertaruhan pertama penulis muda berbakat besar ini. Kumpulan cerpen remaja ini menghimpunkan 13 cerpen awal pembabitan beliau dalam bidang penulisan.
Entah, saya begitu tertarik setiap kali kumpulan cerpen remaja diterbitkan langsung teruja untuk memilikinya. Setakat ini saya telah memiliki kesemua kumpulan cerpen remaja yang diterbitkan oleh ITBM.
Barangkali keterlibatan saya dalam penulisan remaja membuatkan saya ingin meninjau apa yang penulis lain tulis, adakah buku tersebut sesuai dengan konsep sastera remaja ataupun sebaliknya.
Saya mengenali penulis melalui cerpen Ranah Marga Rusuhan yang juga telah memenangi HSKU 2012. Ketika itu kami duduk semeja pada majlis penyampaian hadiah, tetapi Fathul menang hadiah utama saya hanya hadiah penghargaan.
Bagi saya dengan penerbitan buku ini setidak-tidaknya dapat menambah bahan bacaan untuk remaja khasnya. Tahniah dan syabas kepada Fathul Khair Mohd Dahlan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78