Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Saya bukanlah jenis yang banyak mengikuti bengkel penulisan. Oleh hal
yang demikian, untuk mempelajari sesuatu dan meningkatkan mutu
penulisan, saya gunakan pendekatan MEMBACA.
Buku apakah yang saya baca?
Adakala saya membaca buku panduan menulis. Namun begitu, lebih banyak
yang saya baca ialah karya eceran dalam majalah dan akhbar dan buku;
kumpulan cerpen, puisi dan novel.
Mengapakah penulis perlu membaca?
Dengan membaca saya dapat:
1. Memperkaya perbendaharaan kata dan istilah.
2. Mempelbagaikan teknik memulakan karya dan mengakhiri karya.
3. Meningkatkan mutu garapan karya agar lebih efektif.
4. Memerhati cara penulis "mengupas" dan "mempersembahkan" subjek cerita.
5. Menganalisis subjek cerita atau aspek lain yang belum disentuh oleh penulis.
6. Mempelajari gaya dan cara penulis menggayakan perkataan dan istilah.
7. Mempelajari teknik penulis mengembangkan plot dan konflik.
8. Meningkatkan teknik membina watak dan memperagakan perwatakan dengan tepat mengikut situasi.
9. Mempelajari cara penulis menyulam emosi, tindakan dan "menjelmakan" latar tempat dan masa dengan berkesan.
10. Memperoleh idea baharu untuk menghasilkan karya baharu.
11. Memperoleh dan menambahkan ilmu tentang subjek yang ditulis.
Lain-lain.
Setahu saya, tidak ada penulis yang tidak suka membaca. Hal ini
demikian kerana membaca juga boleh dianggapkan proses "perbengkelan"
kepada seorang penulis untuk memperbaiki yang kurang dan meningkatkan
yang lebih.
Pembaca kepada Penulis
Penulis kepada Pembaca