Pengikut

Ahad, 22 Mei 2016

Borong Buku di PBAKL 2016 - MAEPS Serdang

Assalamualaikum.

Apabila mendapat tahu yang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 bakal diadakan di MAEPS Serdang membuatkan saya mengeluh. Pertamanya bagi saya sukar untuk saya ke sana kerana masalah pengangkutan. Dek cintakan buku saya berusaha juga ke sana dengan menggunakan perkhidmatan awam yang ada - Komuter. 

Perjalanan yang meletihkan ini tidaklah merugikan saya sebaliknya memperoleh kepuasan yang berganda apabila buku yang diingini dapat dibeli. Inilah buku-buku yang berjaya dibeli sempena PBAKL 2016.

 Keseluruhan buku yang dibawa, digendong, dijinjing untuk dibawa pulang. 


Saya tertarik membaca buku penulis Indonesia ini Eka Kurniawan. Pernah saya membaca Seperti Dendam Rindu Harus Dibayar Tuntas. Dek keterujaan itu saya menyambar Cantik itu Luka dan Lelaki Harimau.


Di reruai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) saya mendapatkan beberapa buku yang sukar diperoleh sebelum ini. Noktah Sebuah Perjalanan karya Ahmad J Hussein ini baru sahaja terbit 2016. Kumpulan cerpen ini merupakan kumpulan cerpen keenam beliau jika tidak silap. 

Novel Bedar Sukma Bisu karya Faisal Tehrani ini sudah lama saya bertagak untuk memilikinya. Akhirnya, di PBAKL saya melangsaikan impian itu sebelum kecewa sendiri jika tidak dapat memiliki novel ini selama saya bertagak.

Hatimu Aisyah dan Meneruskan Perjalanan merupakan buku yang dicetak ulang oleh DBP sempena penganugerahan Sasterawan Negara kepada Dato Dr Zurinah Hassan. Ada cerita saya dengan reruai DBP sewaktu PBAKL. Biarlah cerita itu menjadi cerita saya sahaja.


Reruai ITBM merupakan reruai yang wajib saya kunjungi. Institut Terjemahan & Buku Malaysia ini juga merupapan penerbit bagi ketiga-tiga buku saya. Paling istimewanya PBAKL 2016 kali ini, penerbitan siri kumpulan puisi terpilih oleh Sasterawan Negara Usman Awang yang disusun oleh Wan Nor Azriq.


KataPilar penerbit baru bertapak dalam bidang penerbitan. Walaupun masih baru, namun karya yang diterbitkan tidaklah mengecewakan. Masih ada suntikan kualiti dari beberapa aspek. Dengan RM50 saya memperoleh tiga judul buku ini. 


Hajat saya di PBAKL saya ingin mendapatkan buku kanak-kanak Mahaya Mohd Yassin ini. Akhirnya tercapai jua. 


Dubook merupakan penerbitan inde yang semakin popular kini. Untuk PBAKL 2016 Dubook telah menerbitkan semula karya Faisal Tehrani. Antaranya Nama Beta Sultan Alauddin, Perempuan Politikus Melayu dan Surat-surat Perempuan Johor. 


Tiga buku RM10 merupakan satu tawaran yang sangat istimewa. Oleh itu, saya sambar 6 buah buku. Antologi Cerpen Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ini wajar dibaca untuk sesiapa yang ingin menulis cerpen remaja dengan baik. Selain itu, novel HSKU ini boleh dijadikan koleksi yang berharga.

Kumpulan puisi Khadijah Hashim  dan novel Adibah Amin.

Sebahagian buku lagi yang dibeli selepas PBAKL 2016.

Jumaat, 20 Mei 2016

Promosi Istimewa Buku Mohd Helmi Ahmad Sempena PBAKL 2016




Kepada pengunjung yang mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2016 yang dilangsungkan di MAEPS, Serdang, sudi-sudikanlah singgah di reruai Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) untuk mendapatkan buku-buku saya ini. Nikmati lebih potongan harga 40% dengan pembelian 5 buah buku ke atas. 

1. Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa 
2. Kumpulan Puisi Remaja: Madu di Tangan
3. Kumpulan Cerpen: Bila Ayah Berkaca Mata Hitam


Sokongan anda semua amat saya hargai. Sekian, terima kasih. 


Ahad, 8 Mei 2016

Cerpen dan Puisi dalam BH, MM dan SH Mac 2016

Assalamualaikum.



MINGGU KEEMPAT
BERITA HARIAN (BH) - 27 MAC 2016

Cerpen
Anas dan Tetamu yang Datang Kepadanya - Karisma Kejora


Puisi
Debu yang Tak Kumasuki - Syed Mohd Zakir
Biografi Sang Belang - Solihin Osman
Kandil Kerdil - Nazim Mohd Subari
Rumah Buruk dan Nenek Tua - Wadi Sofi
Tatkala Aku Kehujanan, Engkau Kepanasan, Di Padang Kehidupan - Ridzuan Kamis


MINGGUAN MALAYSIA (MM)  
Cerpen
Blastosista - Saza S


Puisi
Pahlawan yang Dipotong Lidahnya - Rozais Al-Anamy
Arafah - Rezeki Othman
Usah Berbicara dan Berbicaralah - Nordin Saad
Kalah Biar Bermaruah - Zaibiee
Mina Mudzalifah Dia yang Tewas - Wikunila MS
Kepada Generasi - Ezani Haji Daud 


Rencana
Karya Indie Umpama Grafiti - Azman Hussin 


SINAR HARIAN (SH)
Ikon - Roslee Mansor

Cerpen
Selembut Padi Menguning - Samiron Rahmat 


MINGGU KETIGA 
BERITA HARIAN (BH) - 20 MAC 2016

Cerpen
Midah Kebaya Ungu - Saadah Jaffar


Puisi
Eveline Meraung Di Pelabuhan(Eveline Sebuah Cerpen Karya James Joyce) - Roslan Jomel
(Aku) Siapa - Jais B Sahok
Remang - Rahilah Abdullah
Catatan Guru Matematik Seusai Menanda Kertas Peperiksaan Anak Murid - Muhamad Fitri Abu Bakar


MINGGUAN MALAYSIA (MM)  
Cerpen
Kunang-kunang Di Langit Kenangan - Abang Median Abang Said Yieans Said


Puisi
Pantai Malam - Rahilah Abdullah
Pisau Risau - Nazim Mohd Subari
Hari Lahir - Marsli No
Si Pemanjat Kelapa - Hilmi Rindu @ Mohd Abdullah
Setelah Semusim Engkau Di Perbukitan Itu - Abd. Rahim Omar
Biarlah Lampu Itu Berkedipan - Ismail Hashim


SINAR HARIAN (SH)
Bicara Sastera Norazimah Abu Bakar


Cerpen
Surat Seorang Atuk Kepada Cucu-cucunya - Asrul Effendi


MINGGU KEDUA
BERITA MINGGU (BH) - 13 MAC 2016

Cerpen
Diari - Syed Mohd Zakir


Puisi
Tembang yang Jauh - Ridzuan Harun
Seekor Siput Tua - Wadi Leta SA
Rumah Putih - Mustanir Yusuf
Wira di Antara Wira - Abd Rahim Omar
Secawan Kopi - Nudra Shafini Halis Azhan


MINGGUAN MALAYSIA (MM)  
Cerpen
Deus Ex Machina - Ratna Laila Shahidin


Puisi
Loteng Bukit Lereng Tinggi - Rezeki Othman
Comici Subsidio - Raihani Mohd Saaid
Seekor Kakaktua dan Seorang Penyair - Usman Gumanti Ibrahim
Neraca Kehidupan - Wanrazuhar
Menyaring Madi di Taman Kearifan - Khairil Idham Ismail

 
Rencana
Manifestasi Sisiobudaya di Kelantan - Abd Aziz Itar
Hilmi Rindu mahu terus berkarya - Wan Zulkifli Wan Yaacob Mohd Abdullah

 
SINAR HARIAN (SH)  
Ikon - Teratai Abadi
Jangan Pandang Enteng Sastera Siber 


Cerpen
Aku Bukan Pengemis - Fadli Zainal Abidin 


Terbaru (Buku)
Dalam Bilik Darjah - Sofuan Saadon


MINGGU PERTAMA
BERITA HARIAN - 6 MAC 2016
 
Cerpen
Cerpen yang Paling Sukar Ditulis - Roslan Jomel


Puisi
Pernahkah Diarifi Hujan yang Mendefinisikan Ratus Ribu Tujuan Gugurnya? - Hani Salwah Yaakup
Suara Wahana Kemanusiaan - Lara MN
Mencari Tahu - Norziati Mohd Rosman
Tukang Kasut di kaki Lima - Azmi Yusoff


MINGGUAN MALAYSIA  
Cerpen
Air - Malim Ghozali PK 


Puisi
Sebutir Bintang Apabila Ia Berbicara - Hilmi Rindu Mohd Abdullah
Angin Senja - Firdhaus Hassan
Begitu Kata Pantai - Saleeh Rahamad
Engkau Tidak Mendengarku Lagi, Sahabat - Ratna Laila Shahidin
Pandai Keris - Ezani Haji Daud 


Rencana
Salam Sinema Dr Norman Yusoff - 'Masa sebenar' dalam sinema
Dibelenggu Akta Hak Cipta - Zurinah Hassan
Penubuhan Gaska tepat pada masanya - Lim Swee Tin


SINAR HARIAN (SH)  
Ikon - Wacana Minda 

Cerpen
Aku Bukan Pengemis (Episod 2) - Fadli Zainal Abidin 


Puisi
Karya Sepanjang Zaman - A Samad Said
Tetamu Senja
Peludah Bahasa

Hanya Kata - Budak Pantai
Sebuah Madrasah Tua - Azaika SR


Tahniah dan syabas kepada semua penulis. Teruskan berkarya.

Ahad, 1 Mei 2016

Tetamu Istimewa Menang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2014

Assalamualaikum.

Kredit Poster oleh Wan Haniff Wan Hamid

Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM 2014) 
~ Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa, ITBM

Subhanallah, kemenangan ini amat besar untuk saya, penulis yang kerdil ini. Tidak terduga buku pertama saya ini mampu meletakkan "dirinya" pada tahap tertinggi ini.

Jika hendak dicatatkan "pengorbanan" dalam penerbitan buku ini tidaklah tercatat oleh jemari saya ini. Insya-Allah, pada lain masa akan saya kongsikannya. Terima kasih kepada semua pihak yang menyokong dalam usaha penerbitan buku ini.

Saya amat berharap rakan-rakan dapat menyokong saya dengan mendapatkan buku ini. Bagi saya walau sebaik mana pun sesebuah buku itu, jika hanya terperuk dalam stor dan di rak buku sahaja, tiadalah gunanya juga. Jadi, kepada rakan-rakan yang berhasrat ingin memiliki buku ini terus daripada saya. 

*Majlis penyampaian hadiah pada 25 November 2015 di Hotel Palace Of Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pendidikan Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78