Pengikut

Selasa, 31 Disember 2013

Hasil Karya Mohd Helmi Ahmad Sepanjang 2013

Alhamdulillah, sepanjang 2013 saya masih diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk meneruskan momentum penulisan. Tahun 2013 juga pelbagai sejarah telah terlakar dalam bidang penulisan yang saya geluti. 

Pencapaian dalam bidang penulisan


Antara pencapaian yang sangat membanggakan saya adalah terbitnya buku pertama saya iaitu Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa, terbitan ITBM. Inilah impian setiap penulis, ingin memiliki buku sendiri. Insya-Allah, buku kedua saya bakal menyusul tahun 2014 nanti. 

Selain itu, buat tahun ketiga berturut-turut sama naik ke pentas untuk menerima Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ExxonMobil (HSKU) Kategori Cerpen Remaja (Penghargaan). Ketiga-tiga cerpen ini telah ditakdirkan berada dalam Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa ini. Pada tahun ini juga, saya telah memenangi Tempat Ketiga, Sayembara Cerpen Anis

Buat pertama kalinya 2013, saya cuba menulis resensi ataupun ulasan buku yang disiarkan di Mingguan Malaysia. Begitu juga, dengan tulisan berbentuk berita bahasa yang disiarkan di Pelita Bahasa. Ruang dan peluang yang diberikan oleh editor, amat saya hargai. 

Impian saya pada tahun 2014, saya berharap lebih banyak karya yang berkualiti dapat saya hasilkan. Kini sudah tiba masanya untuk saya terus berusaha untuk membukukan karya eceran saya ini melalui rumah penerbitan di Malaysia. Moga tulisan saya ini dapat memperkayakan khazanah persuratan Melayu.  

Di sini, saya perturunkan hasil karya yang pernah disiarkan di media cetak.

Hasil Karya Mohd Helmi Ahmad Sepanjang 2013

Buku

Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa, ITBM 2013

Berita Bahasa:
Semarakkan Karnival Bahasa Malaysia
Mac 2013
Pelita Bahasa

i-THINK Membudayakan Kemahiran Berfikir
April 2013
Pelita Bahasa

Pertandingan Teater Cungkil Bakat Murid
Jun 2013
Pelita Bahasa

Forum:
ITBM Beri Nafas Baru Sastera Melayu
23 Mei 2013
Berita Harian

Perluas Penulisan Sastera Kanak-kanak
24 September 2013
Berita Harian

Orasi:
Menghayati Budaya Menghargai Buku
Jun 2013
Dewan Sastera

Surat Kepada Editor:
Melanggan Cara Terbaik
Januari 2013
Dewan Sastera

Tahniah, Sasterawan Negera ke 12!
Mei 2013
Dewan Sastera

Puisi Kontot Mencerna Minda
September 2013
Dewan Sastera

Monolog Kecil Tahun-tahun Gelora
November 2013
Dewan Sastera


Ulasan Buku:
Rakaman Kepengarangan S.M. Zakir
27 Januari 2013
Mingguan Malaysia

Gelora Jiwa Seorang Penyair
3 Mac 2013
Mingguan Malaysia

Menghayati Sengsara dan Kemanusiaan
28 April 2013
Mingguan Malaysia

Pertembungan Budaya dan Adat Resam
9 Jun 2013
Mingguan Malaysia


Artikel:
Citra Dialek Kedah dalam Kawin-Kawin
Januari 2013
Pelita Bahasa

"Mencipta" Kerjaya melalui Bahasa Melayu
Januari 2013
Dewan Bahasa

Eufemia dan Disfemia Membentuk Kesantunan Bahasa
Mac 2013
Pelita Bahasa

Transformasi dalam Pendokumentasian Hasil Penulisan
Mei 2013
Dewan Bahasa

Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
Mei 2013
Pelita Bahasa

Tiada Lagi Skor A
November 2013
Dewan Masyarakat


Cerpen:
Pinang Nan Sebatang
1-15 Januari 2013
Harmoni

Budi Beruk
Januari 2013
Dewan Siswa

Pulut Warisan Ikatan Hati
11-17 Januari 2013
Mingguan Wanita

Dunia Pilih Kasih
Februari 2013
Anis

Nyonya Ba dan Sebakul Kenangan
Februari 2013
Jelita

Gadis Facebook
17 Februari 2013
Mingguan Warta Perdana

Pusara di Jalan Raya
25 Februari 2013
Utusan Melayu Mingguan

Dalam Lingkungan Hantu
3 Mac 2013
Dewan Budaya

Bonus Bulan Madu
15-30 Mac 2013
Harmoni

Ujian Kejujuran
April 2013
Dewan Pelajar

Bendul di Rumah Nenek
12-18 April 2013
Mingguan Wanita

Menghapus Cemburu
28 April 2013
Mingguan Warta Perdana

Lafaz Niat Seorang Ustazah
28 April 2013
Berita Minggu

Sejujur Jubah Abang Pin
Mei 2013
Jelita

Pulang Tanggang Memuliakan Cinta
3, 10 Jun 2013
Utusan Melayu Mingguan

Bila Ayah Berkaca Mata Hitam
Jun 2013
Tunas Cipta

Kuseru Nama-Mu ke Langit Ramadan
Julai 2013
Jelita

Kasihnya Diragut
14 Julai 2013
Mingguan Warta Perdana

Makbul di Pagi Lebaran
Ogos 2013
Jelita

Tepung Pelita Aidilfitri
15-30 Ogos 2013
Harmoni

Anugerah Syawal Nan Mulia
Ogos 2013
Dewan Pelajar

Lelaki di Atas Kuburan
September 2013
Dewan Budaya

Di Penjuru Mata Isteri
1-15 Oktober 2013
Harmoni

Jiwa Nurani
Oktober 2013
Jelita

Rajuk Patriot Cinta
25-31 Oktober 2013
Mingguan Wanita

Sepotong Fikiran daripada Sebiji Bola
November 2013
Fokus SPM

Sayur Keladi di Atas Bukit
3 November 2013
BH Ahad

Lingkaran Iman
November 2013
Jelita

Melakar Cinta di Dada Watan
November 2013
Pelita Bahasa


Puisi:
Menyerah Putih Cinta
Januari 2013
Jelita

Saat Bicara Memberikan Pilihan
Januari 2013
Tunas Cipta

Tarian Hujan
15-30 Januari 2013
Harmoni

Membuka Jendela Hari
5 Mac 2013
Harian Metro

Pelita Aidilfitri
Ogos 2013
Tunas Cipta

Kembali Bersujud
1 September 2013
Media Terkini

Seorang Tua Menuntun Senja
September 2013
Jelita

Memilih Bahasa Ibunda
September 2013
Pelita Bahasa

Perasaan dalam Musim
Oktober 2013
Wanita

Ke Debar Resah
Disember 2013
Jelita

Hujan Merah di Gaza
Disember 2013
Dewan Siswa

Top 10 Paling Popular 2013 di Tetamu Istimewa

Assalamualaikum semua. 

Esok, menjelang 1 Januari 2014. Tahun baharu dengan azam dan semangat baharu. Bercerita mengenai blog Tetamu Istimewa, saya tidak menjangka sama sekali yang Tetamu Istimewa boleh bertahan sampai ke entri ini Top 10 Paling Popular 2013 di Tetamu Istimewa.

Ya, saya mula menulis di Tetamu Istimewa pada tahun 2011. Namun, sekadar suka-suka sahaja dengan jumlah entri (37). Masuk tahun 2012 juga begitu (181). Titik permulaan saya aktif, adalah pada tahun 2013 bulan Julai dengan (43 entri). Sebelumnya, jarang entri yang saya terbitkan mencecah 40. 

Sejarah Tetamu Istimewa

Kepada yang pernah mengikuti blog ini dari awal pasti mengetahui sejarah nama Tetamu Istimewa diberi iaitu sempena judul sebuah cerpen saya Tetamu Istimewa yang disiarkan di Berita Minggu. Bukan sahaja, Tetamu Istimewa dinamakan kepada blog saya ini bahkan Tetamu Istimewa turut menjuduli buku kumpulan cerpen remaja saya yang pertama terbitan ITBM. Segala-galanya memang istimewa bagi saya. Andalah tetamu yang membuatkan saya berasa blog ini memang istimewa. 

Saya tertarik dengan entri Top 10 Paling Popular 2013 yang Relaks Minda atau Bin Muhamad terbitkan. Entrinya sememangnya layak dikategorikan sebagai paling popular dan terbaik. 10 entri tersebut mendapat pageviews yang sangat membanggakan. Biarpun Top 10 Paling Popular 2013 di Tetamu Istimewa yang bakal saya kongsikan ini tidaklah mencatat pageviews sebegitu, saya tetap berbangga dengan entri saya ini. 

Ramai yang menganggap blog ini ada nichenya tersendiri, khasnya tentang bahasa dan sastera. Selain seorang penulis, saya juga seorang guru. Info terkini berkenaan pendidikan memang tidak terlepas daripada muatan entri di sini. Malah, Top 10 Paling Popular 2013 di Tetamu Istimewa ini mengatasi entri tentang bahasa dan sastera. 

Top 10 Paling Popular 2013 di Tetamu Istimewa

10. Kepentingan Pengurusan Bilik Darjah yang Baik (1154 view)

bilik darjah yang baik dan ceria
  • Entri ini diterbitkan pada 18 Januari 2013. Sebenarnya, gambar bilik darjah inilah yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan view entri ini. Jika diikutkan tarikh ini, saya mula bertukar atau masuk ke Sekolah Kebangsaan Batang Kali, pada 16 Janauri 2013. 
  • Dua hari selepas saya masuk ke sekolah ini, saya tertarik dengan pengurusan bilik darjah Tahun 1 Tekun ini. Gurunya sangat kreatif menghias bilik darjah. Tahun 2014, saya perhatikan semalam, ada sedikit penambahbaikkan dalam bilik darjah ini. Insya-Allah, saya akan buat entri susulan beserta gambar bilik darjah terkini Tahun 1Tekun yang sangat ceria. 

9. Terima Kasih! Terima Kasih! Terima Kasih! (1292 view)

terima kasih (comel tak!)
  • Saya kurang pasti, apa yang menjadi daya tarikan pada entri terima kasih ini. Jika membaca tajuknya sekadar ucapan terima kasih. Adakah gambarnya? Hanya pengunjungnya sahaja yang tahu. Namun begitu, di sebalik ucapan terima kasih itu, muatan entri yang sebenarnya berkaitan penulisan. 
  • Saya yakin, ramai yang belum menerjah entri ini. Barangkali teknik SEO yang tidak mengena dan tidak betul. Mana tidaknya, tajuk entri terima kasih, tapi entrinya berkaitan tips penulisan. Jadi, kepada yang membaca entri ini dan berminat untuk menjadi penulis, boleh baca "apa usaha yang telah saya lakukan" hinggakan saya boleh menulis 80 buah cerpen dan 200 buah puisi.  

  • Entri ini baru sahaja diterbitkan pada 18 Disember 2013. Saya cuba mencari tajuk yang sesuai untuk memudahkan pengunjung mencari maklumat berkenaan semakan keputusan PMR terutama menggunakan talian SMS. Oleh itu, saya letakkan sekali nombor taliannya sebagai tajuk entri. 

7. Fail dalam KSSR (2130 view)

transformasi pendidikan melalui KSSR
  • Entri ini diterbitkan pada 29 Januari 2013. Apakah yang membuatkan saya menerbitkan entri ini, sebenarnya untuk memberi maklumat kepada guru-guru Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dalam penyediaan fail. Berikutan, terdapat pelbagai percangahan pandangan dan pegangan berkenaan jumlah fail yang perlu disediakan. 
  • Hanya tiga fail sahaja yang perlu disediakan iaiatu Fail Potfolio Guru, Fail Showcase dan Fail Perkembangan Murid.

  • Entri yang ringkas dan padat ini diterbitkan pada 18 Julai 2012. Entri yang masih bertahan dan mampu bersaing dengan entri yang baru diterbitkan pada tahun 2013. Saya sendiri yang menghadiri kursus ini sewaktu bertugas di SJKC. 
  • Entri ini sekadar beberapa keluhan yang timbul. KSSR dikatakan banyak masalahnya dan rumit untuk dilaksanakan. Bagaimanapun, hingga kini murid Tahun 1 hingga Tahun 3 telah melalauinya. Tahun 2014, murid Tahun 4 bakal menghadapinya dengan sedikit perubahan. 

5. SAPS Peperiksaan Akhir Tahun 2013 (2356 view)

kemasukan markah murid secara online
  • Sewaktu entri ini diterbitkan iaitu pada 25 Oktober 2013, guru-guru sibuk mengisi markah murid dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Jadi, entri ini sekadar makluman sahaja. 
  • Kesibukan saya mengisi SAPS ini telah membataskan masa saya untuk blogwolking dan sebagainya. 

4. Ujian Kompetensi Guru Sabah, Sarawak dan Selangor (3404 view)

tahap kecekapan guru dalam ICT
  • Entri ini yang diterbitkan pada 29 Oktober 2013 ini sememangnya telah menimbulkan kegembiraan kepada saya sebenarnya. Mana tidaknya hanya dalam beberapa hari sahaja, entri ini mendapat view yang tinggi. Memandangkan pada ketika itu, guru-guru perlu mengisi ujian ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. 
  • Entri ini bersifat sementara. Sayangnya, saya tidak sempat "mengambil kesempatan" untuk menerbitkan entri ini lebih awal. Jika dilihat rekod view yang diterima blogger yang menerbitkan entri ini dari awal, telah mencecah 100k. 

3. Kursus KSSR Tahun 3-2013 Dunia Seni Visual (5693 view)

mobail ular
  • Saya fikir, entri yang baik dan berkualiti bukan sementara sifatnya. Inilah yang dapat saya rasakan apabila entri yang diterbitkan pada 8 September 2012 ini masih mampu bertahan. Saya sifatkan entri ini mendapat view yang tinggi disebabkan gambar hasil karya yang diletakkan. 
  • Saya menggantikan guru lain untuk mengikuti kursus ini. Mobail ular inilah hasil kerja kumpulan saya. 

2. SAPS Semak Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Secara Online (8897 view)

Sistem analisis peperiksaan sekolah
  • Inilah antara entri yang berjaya saya rasa. Entri ini diterbitkan pada 5 Disember 2013. Namun, momentumnya peningkatan viewnya sangat mengujakan. Sebenarnya, entri ini susulan daripada entri SAPS yang lain. 
  • Dalam entri ini saya ada menerangkan serba sedikit, bagaimana penganalisisan peratusan murid dibuat. Jadi, tidaklah ibu bapa tertanya-tanya, kenapa lima mata pelajaran sahaja diambil kira. 

  • Saya memperkenalkan inilah entri yang paling popular yang dicari di Tetamu Istimewa. Saya terbitkan entri ini pada 30 Oktober 2013. Saya cuba letakkan kata kunci yang selalu akan dicari oleh pengguna SAPS. 
  • Memandangkan pada ketika entri ini diterbitkan musim peperiksaan dan sudah pastilah ibu bapa ingin menyemak keputusan anak-anak mereka. Jadi, barangkali entri ini dapat dijadikan rujukan. Jika dicari digoogle dengan kata kunci semakan ibu bapa SAPS, pasti entri ini berada pada kedudukan yang membanggakan. 
10 paling popular di Tetamu Istimewa

Terima kasih saya ucapkan kepada blogger yang sudi singgah, baca dan komen entri saya yang tidak seberapa ini. Insya-Allah, saya akan perbaiki dan pertingkatkan dari masa ke masa. Sokongan kalian, amat saya harapkan. Kalianlah Tetamu Istimewa saya. 

Isnin, 30 Disember 2013

Bantuan Persekolahan RM100 Diagihkan Mulai 15 Januari 2014


Selain Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kementerian Pendidikan Malaysia melalui kerajaan Malaysia akan memberikan bantuan persekolahan 1Malaysia yang berjumlah RM100 kepada murid sekolah rendah dan menengah. 

Sewaktu mesyuarat di sekolah tadi ada disentuh akan hal ini yang mana agihan bantuan tersebut akan dibuat mulai 15 Januari 2014. Oleh itu, ibu bapa bersedialah untuk datang ke sekolah untuk mengambil bantuan ini. 

Kepada ibu bapa yang belum membuat persiapan persekolahan bagi sesi 2014 secara sepenuhnya, bolehlah menunggu dahulu setelah bantuan ini diedarkan bolehlah ibu bapa berbuat demikian. 

Diharapkan bantuan ini bukanlah untuk dibelanja sesuka hati. Gunakanlah secara berhemah demi kebaikan anak-anak. 


Terima Kasih Cik Akak

Assalamualaikum semua.

penanda buku dari cik akak

Hari ini seperti yang saya maklumkan pada entri lepas, satu mesyuarat kali pertama 2014 sesi persekolahan dijalankan. Apabila tiba di sekolah, oh terasa rindu pula. Berjumpa dengan pekerja di pejabat, katanya ada surat kepada saya. Mulanya tertanya-tanya juga, dari siapa. 

Setelah membuka sampulnya, ada tiga penanda buku, siap dengan kata-kata yang puitis sekali. Rupa-rupanya dari Cik Akak (Dunia cik akak). Penanda buku ini diberikan setelah cik akak membuat satu segmen mencari bloglist dulu. 

Terima kasih ya, cik akak. Pasti, penanda buku ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin. Rasanya, penanda buku ni pun dah lama sampai di sekolah. Maklumlah, saya pulang bercuti di kampung lebih kurang satu bulan. 

Al kisahnya pula di sekolah sewaktu mesyuarat tadi, saya tidak menjangka sama sekali, saya diberi kepercayaan untuk menjadi Ketua Panitia Bahasa Melayu. Tanggungjawab ini sudah pastilah besar, memandangkan kapasiti sekolah yang mempunyai 900 orang murid lebih dan 14 orang guru bahasa Melayu. Bagimanapun, saya sahut cabaran ini untuk melaksanakannya sebaik mungkin. Sesungguhnya, pengalaman tidak boleh dibeli, melainkan merasai dan melaluinya sendiri. 

"Ya Allah, Ya Tuhanku, andai ini jalan yang Kau telah rintiskan kepada hamba-Mu ini, berilah keberkatan dan permudahkanlah segala urusannya. Amin." 

Nota: Esok ada satu lagi mesyuarat di sekolah.

Ahad, 29 Disember 2013

Harry Potter Bakal ke Pentas Teater

J.K.Rowling

Menjadi seorang penulis, melihat karya yang dihasilkan dapat ditatap dalam pelbagai bentuk, sumber dan cabang adalah impian yang diidam-idamkan. 

Inilah yang dirasai sekarang oleh penulis bernama J.K. Rowling. Siapa tidak kenal penulis siri Harry Potter ini yang telah mencetus satu fenomena penerbitan buku yang sangat membanggakan.

Perkembangan terkini, setelah novel terkenalnya Harry Potter difilemkan, kini dikatakan naskhah ini bakal di bawa ke pentas teater pula.  Beliau akan menjadi penerbit bersama dengan Sonia Friedman dan Colin Callender. 

Bagaimanapun, beliau dikatakan tidak akan menulis skrip teater tersebut. Siapakah penulis skrip yang akan diberi tanggungjawab itu? Pasti akan dimaklumkan kelak.

Sebagai rekod, naskhah Harry Potter telah terjual sebanyak 450 juta salinan.

Skandal, Seks & Kontroversi 2013

"Skandal, Seks & Kontroversi 2013", jangan terkejut membaca tajuk entri ini. Sebenarnya, tadi apabila membelek Mingguan Malaysia, terpampang tajuk artikel ini. Oh, nampaknya setiap tahun kita masih "berbangga" dengan cerita berbaur skandal, seks dan kontroversi. 

Menurut penulis artikel ini, "Walaupun kisah mereka memalukan tetapi ini realiti yang berlaku sebelum mereka menutup tahun 2013 yang masih bersisa dua hari lagi".

Alhamdulillah, nampak perubahan juga dalam dunia hiburan apabila ramai artis terutamanya wanita yang sudah "berubah" dengan memilih untuk berhijab. Moga perubahan ini juga disertai dengan perubahan tingkah laku, amalan dan seumpamanya. 

Alang-alang dah tulis entri ini, pasti pengunjung akan tertanya-tanya, mana cerita skandal, seks dan kontroversinya? Tidak mahu menipu dengan tajuk entri, saya kongsikan cerita tersebut berdasarkan sumbernya dari Mingguan Malaysia. 

Sandal, seks & kontroversi 2013

Skandal Adi Putra
adi putra-kredit gambar dari www.ohbulan.com
Kisah Adi Putra yang dikatakan berskandal dengan isteri orang. 

Aeril-Wawa Nikah Dua Kali
sidang media -kredit foto dari www.ohbulan.com
Sebelum penjelasan dibuat pelbagai spekulasi yang dimainkan oleh media malah individu terbabit sehingga semuanya terbukti sah, mereka ini memang sudah berkahwin.

Tunang Isteri Orang
Fizz Fairuz-kredit foto dari www.myartis.com
Fizz Fairuz yang dikatakan bertunang dengan isteri orang iaitu Azlyn Massiela. Namun begitu, pertunangan mereka putus dan kini Fizz Fairuz dikatakan memulakan episod cinta baru bersama Almy Nadia.

Bebas Tuduhan Rogol
kes rogol -kredit foto dari buahmulut.com
Kes yang berlaku kepada Mohd Izwan, Mentol ini dikatakan telah merogol Zatul. Mohd sempat meringkuk 14 hari di dalam lokap. Namun kes ini dikatakan sudah selesai selepas kedua-duanya membuat "penyelesaian secara baik". 

Ashraf Kahwin Dua
poligami ashraf -kredit foto dari plbgaimacam.blogspot.com
Populariti Ashraf Muslim meledak setelah beliau memutuskan untuk berkahwin seorang lagi dengan Wan Sakinah. Kes poligami ini mengundang kontroversi. 

Shila, Sharnaaz Putus Cinta
putus cinta -kredit foto dari www.forblogger.net
Saya yakin ramai mengikuti kes Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad ini dan pasti tahu bagaimana kontroversi ini berlangsung.

Perang Erma, Rabecca
kontroversi -kredit foto dari www.ammboi.com
Betulkah Erma tidak membayar RM11,200 kepada pelakon Rabecca Nur Al-Islam setelah Rabecca telah menfailkan saman terhadap Erma, setelah Erma gagal membayar baki 40 peratus untuk drama Dejavu Di Kinabalu? 

Entri "Skandal, seks & kontroversi 2013" ini bukan untuk menyebarkan lagi aib sesiapapun, sebaliknya kita ambil sebagai teladan. Moga tahun 2014, lebih cerita manis yang kita dengar dan janganlah kita disogokkan dnegan cerita bauran begini lagi. 

Nota: Esok akan ke sekolah untuk mesyuarat pertama 2014. 

Puisi: Hujan Merah di Gaza di Dewan Siswa


Terima kasih saya ucapkan kepada rakan penulisan Wadiassofi Jaafar yang memaklumkan kepada saya bahawa puisi saya yang berjudul HUJAN MERAH DI GAZA disiarkan di majalah Dewan Siswa, Disember 2013 bersama Gurindam Pelajarnya. 

Oleh itu, saya sifatkan puisi ini menjadi puisi penutup karya saya yang disiarkan di media cetak pada tahun 2013. Terima kasih kepada editor yang memilih puisi ini. Rasanya dah lama puisi ini terperam di meja editor, sebelum tersiar. 

Tahniah juga diucapkan kepada Wan Hanif Wan Hamid (wanariahamiza) atas penyiaran rakaman pemgembara yang berjudul "Mencanting Batik di Korea Selatan".

Moga tahun 2014 lebih banyak karya yang berkualiti dapat dihasilkan.

Kedai yang Menjual Buku Teks Sekolah di Malaysia

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Saya rasa, pasti ramai ibu bapa memanfaatkan cuti hujung minggu begini untuk membuat persiapan anak-anak ke sekolah. Jadi, saya nasihatkan supaya hemah berbelanja. Masuk tahun baharu, bukan bermakna semuanya kena beli baru. 

Melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), kerajaan telah memberi pinjaman kepada pelajar untuk melancarkan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Yang dapat buku teks, gunakan sebaik mungkin untuk meningkatkan prestasi akademik. Selain itu, jagalah buku tersebut dengan baik. 

Kedai yang menjual buku teks sekolah di Malaysia

Ada sesetengah ibu bapa pula, yang berkemampuan mereka lebih suka membeli sendiri buku teks tersebut. Oleh itu, saya perturunkan dan kongsikan dengan kalian semua sebahagian kedai yang menjual buku teks sekolah untuk kegunaan 2014. 



Senarai kedai yang menjual buku teks sekolah ini sekurang-kurangnya dapat membantu kepada ibu bapa yang tercari-cari kedai yang menjualnya. Barangkali juga, berguna kepada ibu bapa yang perlu menggantikan semula buku teks anak mereka, sekiranya buku tersebut hilang ataupun rosak. 

Sumber foto/senarai: FB Dawama

Sabtu, 28 Disember 2013

Catatan 28 Disember 2013

Assalamualaikum semua.

Nampaknya, malam baru saya dapat terbitkan entri baru. Namun, entri ini sekadar catatan yang berlaku pada hari ini sahaja 28 Disember 2013.

menghitung masa
kredit foto dari faizsolehan.wordpress.com


Pukul 7.45 pagi
Bertolak ke Stesen Shabab Perdana, Alor Setar. 

Pukul 9.00 pagi
Bertolak dari Alor Setar ke Puduraya, Kuala Lumpur.

Pukul 3.30 petang
Sampai di Puduraya. 
Kemudian, menuju ke Kedai Buku 1Malaysia di bahagian bawah. 
Sempat membeli beberapa buah buku.

Pukul 4.00 petang
Menunggu tren komuter bertolak ke Rawang

Pukul 4.40 petang
Sampai di Rawang dan bertukar tren ke Batang Kali pula.

Pukul 5.30 petang
Selamat sampai di rumah.

Boleh dikatakan inilah rutin setiap kali saya pulang ke kampung dan balik semula ke Batang Kali. 
Letihnya!

Masa untuk memulihkan tenaga. 

Jumaat, 27 Disember 2013

Cinta Tak Perlu Tanda?

Assalamualaikum semua.
Salam Jumaat. 

gambar hiasan cincin kredit foto dari bakalpengantin.com

Cincin Hati
Usah kaupinta lagi
berulang kali
tanda di jari.

Cincin hati
cukup sebagai bukti
kasih telah terpateri.

Cinta tanpa tanda, 
itu cinta tak pernah tua.

2008
Kuala Lumpur
Ramzah Dambul

Saya begitu tertarik dengan kuntuman puisi ini. Sangat memikat dan penuh enigma cinta. Sememangnya, ALIEN MENCHARI CHINTA layak menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia bagi kategori kumpulan puisi. Banyak lagi, puisi yang indah, intelektual dan penuh rasa dalam buku ini. Membaca puisi di dalamnya seolah-olah mencerna fikiran untuk berfikir. 

Tingkatkan Trafik Pageviews Blog Dengan ping.busuk.org

Pada mulanya memang saya tidak berhajat untuk membuat backlink ataupun ping entri saya ke mana-mana web yang menyediakan perkhidmatan ini. Namun setelah melihatkan kejayaan beberapa buah blog yang mendapat trafik pageviews yang banyak melalui ping.busuk.org saya pun mendaftar dan memasang widget trafik ping.busuk.org. 

Ya, jika blogger meletakkan widget ping.busuk.org ini, lagi cerah peluang untuk trafik pageviews blog tersebut meningkat. Banyak pageviews yang saya peroleh melalui ping.busuk.org. Jadi, kepada yang belum mendaftar bolehlah berbuat demikian segera. 

Blogger boleh memilih sama ada hendak meletakkan Banner AutoPing sahaja ataupun Widget Trafik + AutoPing. Cadangan saya, kalian pilihlah Widget Trafik + AutoPing untuk mendapat pageviews yang lebih tinggi. 

Kepada yang mahukan Banner AutoPing sahaja boleh klik DI SINI.

Kepada yang mahukan lebih trafik boleh daftar Widget Trafik + AutoPing DI SINI

Selepas mendaftar boleh semak sama ada permohonan kalian lulus atau tidak. 

Khamis, 26 Disember 2013

7 Bintang Indonesia Bertaraf Antarabangsa

Assalamualaikum semua.

Sehari dua lagi saya akan pulang ke Batang Kali. Minggu depan mesyuarat untuk tahun 2014 akan bermula. Oh, rasa sedih pula nak tinggalkan keluarga dan kampung. Jadi, masa yang berbaki ni perlulah saya manfaatkan sebaik mungkin.

Pasti dalam kalangan rakyat Malaysia, ada yang meminati dan mengikuti perkembangan artis atau bintang dari Indonesia. Sebenarnya, saya tidaklah mengikuti perkembangan dunia hiburan ini sangat. Sekadar santai-santai, mari sama-sama kita lihat, bintang manakah yang bertaraf antarabangsa. Dalam 7 senarai ini, saya hanya kenal AGNES MONICA sahaja. 

7 Bintang Indonesia Bertaraf Antarabangsa

1. JOE TASLIM

Mula terkenal menerusi filem The Raid:Redemption dan boleh melakonkan babak aksi. Bekas atlet judo ini ditawarkan berlakon dalam filem Fast and Furious 6.

2. AGNES MONICA
kredit foto dari hawtcelebs.com 
Pernah berduet dengan penyanyi Amerika Syarikat, Keith Martin, pernah berlakon dalam drama The Hospital dan Romance in the White House di Taiwan. Mewakili Indonesia dalam Festival Muzik Asia-Jepun.

3. PAUL AMRON YUWONO
kredit foto dari zulkifli19.wordpress.com 
Menetap di Amerika Syarikat sebagai penata rias bagi keluarga Presiden Barrack Obama.

4. SANDHY SONDORO
kredit foto dari noise-harmony.blogspot.com
Menghasilkan album indie hasil ciptaanya sendiri menerusi Why Don't We. Selain, kebolehannya menghayati muzik soul dan blues dengan baik.

5. PAMELA HALOMOAN
kredit foto dari zulkifli19.wordpress.com
Terlibat dalam bidang animasi dan pernah menghasilkan karakter Wolly muka seekor babi dengan mata separuh terbuka dengan gabungan anggota haiwan yang lain.

6. ANGGUN C.SASMI
kredit foto dari tamashigeijutsu.wordpress.com
Pernah merakamkan album seawal kanak-kanak menerusi Dunia Aku Punya. Pernah diangkat sebagai penyanyi rock wanita popular di Indonesia.

7. IKO UWAIS
kredit foto dari heyuguys.co.uk 
Terbabit dalam bidang lakonan menerusi filem The Raid: Redemption.

Rujukan: Mingguan Malaysia

Malaysia juga mempunyai artis atau bintang bertaraf antarabangsa. 

Cara Hantar Karya Eceran ke Media Cetak

Ada pelbagai cara yang boleh digunakan untuk menyebar luas karya yang dihasilkan penulis. Antaranya, menerbitkan dalam blog, Facebook, ataupun disiarkan di media cetak mahupun diterbitkan menjadi buku. 



Saya tertarik dengan komen "memmetlenggeng". Terima kasih atas soalan ini. Saya cuba memberi penerangan secara ringkas dan jelas. 


Cara Hantar Karya Eceran ke Media Cetak


Setelah kalian menghasilkan karya, pasti kalian bercita-cita hendak menghantar ke media cetak. Jadi, saya perturunkan beberapa langkah atau tindakan yang harus diambil oleh seorang penulis. 

Buat sedikit analisis terhadap majalah dan surat khabar
Karya seperti puisi, cerpen dan artikel yang telah siap boleh dihantar ke media cetak yang sesuai muatan isi kandungannya. Media cetak di sini merujuk pada majalah dan surat khabar. 

Untuk menghantar karya ke media cetak, penulis harus buat sedikit analisis ataupun kajian terhadap majalah dan surat khabar itu untuk mengetahui "karya yang selalu disiarkan" di media itu bagaimana (tema, bahasa, jumlah perkataan, genre karya). Kerja ini perlu, agar karya yang kalian hantar tidak sia-sia atau rugi, biarpun kalian mendakwa karya itu baik. 

Selalunya juga, di halaman sastera (cerpen dan puisi) ada disertakan sekali alamat e-mel untuk menghantar karya.

Hantar guna e-mel ataupun pos
Kemudian, penulis boleh menghantar karya itu melalui e-mel ataupun pos. Bagaimanapun, kini kemudahan e-mel sangat membantu dan menyenangkan. Editor lebih suka menerima karya yang dikirim melalui e-mel berbanding pos. 

Setakan surat lampiran
Karya yang dihantar haruslah disertakan bersama surat lampiran. Surat lampiran ini haruslah ditulis secara rasmi. Ada juga penulis yang hanya membuat catatan ringkas dengan memasukkan nama, alamat dan hasratnya menghantar karya. Namun, bagi saya alangkah baiknya jika ditulis secara rasmi. Contoh, surat lampiran boleh rujuk entri "Mendekati Seni Penulisan Kreatif".


Balasan e-mel daripada editor
Tidak semua editor yang membalas e-mel yang dihantar oleh penulis. Selalunya hanya editor majalah Dewan Bahasa dan Pustaka berbuat demikian. E-mel itu memberitahu bahawa karya itu telah diterima. 

Karya yang tersiar tidak akan diberitahu oleh editor. Maka, penulis haruslah menyemaknya sendiri. 

Banyak buku di pasaran yang boleh dijadikan rujukan. Antaranya, "Mendekati Seni Penulisan Kreatif" karya Lim Swee Tin dan "Jom Menulis", karya Marsli N.O.

Karya yang telah disiarkan boleh dikumpulkan untuk dijadikan manuskrip kumpulan cerpen mahupun puisi seterusnya diterbitkan menjadi buku. Proses menerbitkan sesebuah buku boleh merujuk entri ini sebagai panduan asas dan ringkas.

1. Proses Menerbitkan Sesebuah Buku - Bahagian 1
2. Proses Menerbitkan Sesebuah Buku - Bahagian 2

Nota: Maaf, jika saya tak sempat nak balas komen kalian. Namun saya tetap membaca komen tersebut. Jika ada soalan yang diajukan dan soalan itu boleh dikongsikan bersama akan saya jawab dalam satu entri. Ada beberapa soalan yang ditanya oleh blogger lain yang sudah saya kenal pasti, namun akan saya jawab dalam entri akan datang. Nantikan.


Rabu, 25 Disember 2013

PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY R'BAIN

Assalamualaikum semua. 
Hari ni berasa nak sertai segmen pula. Saya jarang sertai segmen. Rasanya hanya satu dua sahaja. Jangan marah ya blogger yang lain. Kalau syaratnya kalian letakkan kena Like FB, memang tak layaklah saya. Tapi, untuk segmen Kak Kathy ni, mulanya saya nak tarik diri, tapi bila diajukan perkara ini, Kak Kathy kata, "Helmi, sertai saja". Kalau tak tersenarai pun, sekurang-kurangnya saya beri sokongan kepada segmen ini. 

http://coretanhatikathy.blogspot.com/2013/12/segmen-pencarian-bloglist-4-bulan-by.html
 
SEGMEN | PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY R'BAIN | Alhamdulillah.Disember tiba lagi.tibalah masanya kathy untuk melancarkan Segmen Pencarian Bloglist 4 Bulan. Kali ini seramai 25 orang blogger akan di pilih menghiasi Kathy Bloglist  dalam Kategori 4 bulan (Januari-April 2014).


Jika penyertaan melebihi 25 orang,maka kathy akan membuat pilihan,sebaliknya jika kurang atau cukup2 25 orang,kesemuanya akan di bloglist. Seperti biasa ada syarat2nya untuk melayakkan diri join segmen ini.ada juga hadiah misteri menanti 2 peserta yang bertuah. :)


SYARAT PENYERTAAN:

1. seorang blogger dan aktif berblog.


2. beri tajuk segmen "PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY R'BAIN".


3. follow blog  Coretan Hati  dan  Diari Resipi.


4. add G+  Kathy R'bain.


5. like pages facebook :-




6. sesiapa yang berjaya menjadi rakan bloglist kathy,di minta agar dapat masukkan link blog kathy dalam bloglist korang juga.


 7. segmen bermula 23.12.13-30.12.2013 jam 12 tengahmalam.

Kepada yang berminat, ayuh jangan tunggu lagi!

Selasa, 24 Disember 2013

10 Video Muzik Paling Popular di YouTube Malaysia 2013

Sesiapa yang membaca Mingguan Malaysia, Ahad lalu, pasti terbaca ruangan TEKNO, yang menyingkap Rewind YouTube Malaysia: Apa sepanjang 2013. Saya tertarik dengan rangkaian senarai apa yang popular di YouTube. 

Antaranya, saluran yang meraih langganan tertinggi di YouTube, video paling pantas meningkat 2013 dan beberapa senarai lagi. Di sini, saya nak kongsikan 10 Video Muzik Paling Popular (Paling Pantas Meningkat) di YouTube Malaysia 2013.



1. PSY 
Gentleman M/V

2. Tegar
Aku yang Dulu Bukan yang Sekarang

3. Pink 
Just Give Me A Reason feat Nate Ruess

4. Hafiz
Bahagiamu Deritaku

5. Brune Mars
When ! Was Your Man

6. Forteen
Kita Ost Sebenarnya Saya Isteri Dia

7. Miley Cyrus
Wrecking Ball

8. Altimet
Kalau Aku Kaya feat Awi Rafael

9. Hyper Act
Hanya Aku

10. W.A.R.I.S
Rembau Most Wanted

Nota: Hari ini sibuk sikit, uruskan beberapa urusan seperti ke bank, pejabat pos dan beli tiket bas untuk pulang nanti. Maaf, jika saya tak sempat nak BW.

7 Drama Bersiri Korea Paling Popular 2013

Assalamualaikum semua.

Saya pasti remaja sekarang ini lebih gemar menonton drama korea. Apabila ditanya sebab mengapakah, pantas mereka memberi jawapan, pelakon heronya kacak dan heroinnya pula cantik atau comel. Selain, jalan ceritanya yang berjaya menambat hati mereka. 

Namun begitu, saya bukanlah peminat drama korea. Entri ini sekadar perkongsian kepada mereka yang mengikuti drama bersiri korea yang disiarkan pada tahun ini di Malaysia. Malahan, mendapat "rating" tertinggi juga. 

7 Drama Bersiri Korea Paling Popular 2013

1 I HEAR YOUR VOICE
kredit foto dari www.asianjunkie.com 
Lakonan Lee Bo-young, Lee Jong-suk dan Yoon Sang-hyun


2 GU FAMILY BOOK
Lakonan, Lee Seung-gi dan Suzy


3 THAT WINTER, THE WIND BLOWS
kredit foto dari www.fanpop.com 
Lakonan, Jo In-sung dan Song Hye-kyo


4 YOU'RE THE BEST, LEE SOON-SHIN
Lakonan, IU, Go Doo-shim, Jo Jung-suk dan Yoo In-na


5 SECRET
kredit foto dari www.hancinema.net 
Lakonan, Ji Sung, Hwang Jung-eum, Bae Soon-bin dan Lee Da-hee


6 GOOD DOCTOR
Lakonan, Joo Won, Moon Chae-won, Joo Sang-wook, Chun Ho-jin, Kwak Do-won dan Ko Chang-seok


7 A HUNDRED YEAR INHERITANCE
kredit foto dari xandddie.wordpress.com 
Lakonan, Lee Jung-jin, Choi Won-young, Yoon Ah-jung, Shin Goo dan Jung Hye-sun

Setiap orang ada cita rasanya sendiri. Oleh itu, sekiranya kalian peminat drama bersiri Korea, pasti 7 drama bersiri ini pernah kalian tonton. Barangkali, setiap orang ada penilaiannya sendiri juga. Hanya kalian yang menonton sahaja tahu, drama ini benar-benar layak mendapat pengiktirafan ini ataupun tidak.

Nota: Entri sekadar untuk merehatkan minda sahaja.

Keputusan PMR 2013 Seluruh Negeri

Assalamualaikum semua.

Tahniah, diucapkan kepada 30, 988 calon yang memperoleh semua A
dalam PMR baru-baru ini. 
Di sini saya kongsikan keputusan keseluruhan PMR 2013 seluruh negeri. 

Negeri
Jumlah A
GPN 2012
GPN 2013
Prestasi Naik/Turun
Kuala Lumpur
1,683
2.60
2.57
Naik
Terengganu
1,733
2.57
2.55
Naik
Kedah
2,264
2.81
2.73
Naik
Sabah
916
3.01
2.95
Naik
Kelantan
1,839
2.62
2.58
Naik
Perak
3,200
2.73
2.69
Naik
Negeri Sembilan
1,653
2.65
2.59
Naik
Melaka
1,011
2.64
2.60
Naik
Johor
3,948
2.69
2.65
Naik
Sarawak
1,729
2.91
2.86
Naik
Pulau Pinang
2,268
2.66
2.62
Naik
Pahang
1,645
2.64
2.58
Naik
Selangor
6,480
2.59
2.57
Naik
Perlis
307
2.84
2.79
Naik

Sumber: Berita Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78