yang sudi bertandang....

masa itu emas

Jumaat, 31 Januari 2014

CARROT CAKE

reseoi dr juicy cafe& cake
Bahan2 kek..
5 biji telur A
1 1/2 cawan gula castor
1 1/2 cawan minyak jagung
3/4 cawan walnut - bakar sebentar dan cincang halus
2 1/4 cawan tepung superfine*
2 sdk baking powder*
1 1/2 sdk baking soda* - *satukan dan ayak
400 gm lobak merah - sagat kasar




Cara2nya..
1. Pukul telur dan gula sehingga gebu dan kembang.
2. Tuang minyak jagung, walnut dan bahan2 yang di ayak, gaul adunan sehingga rata.
3. Akhir sekali masukkan lobak merah sagat dan gaul sebati.
4. Sapu loyang saiz 8 inci dengan sedikit butter, lapik dengan kertas minyak, sapu sedikit butter lagi.
5. Tuang adunan dalam loyang, bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 180c selama 1 jam.
6. Sejukkan kek atas redai dan hias mengikut kreativiti masing2 menggunakan cream cheese frosting.

Bahan2 frosting - satukan dan pukul sehingga gebu
250 gm cream cheese
120 gm butter
120 gm gula aising - ayakkan

















KEK COKLAT KUKUS

bahan a
2 cawan  tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sdt baking powder
1sdt soda bicabonat

satukan n ayak

bahan b
 2 bji telor ayam A
1cawan gula (nk kurang manis kurang kan gula)
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu pekat manis
1 cawan ae panas


satukan  bahan b , gune wish/senduk kayu jer kacau sebati ,kemudan masukkan bahan A yg telah di ayak tadi gau sebati ..kemudian masukkan dalam loyan n kukus sejam









Pandan Layer Cake

Pandan Layer Cake
Saiz kek: 8 x 8 x 3 inci

Bahan bahan Kek:
5 biji telur Gred A
160 gm gula
125 gm tepung gandum*
1 sk baking powder* (*disatukan dan diayak)
75 gm minyak jagung
15 gm ovallate
1 sk paste pandan
2 sb susu segar/cair

Bahan bahan Kastard:-
1050 gm santan ( 200ml santan kotak + air)
225 gm gula
10 gm serbuk agar agar
1 sk paste pandan
100 gm tepung Hoen Kwee (warna hijau)
75 ml jus pandan (kisar 4 daun pandan dgn 75ml air dan tapis)
Secubit garam




Untuk Kek:-
Satukan telur, ovalatte, gula dan paste pandan. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu. Gaul rata.






Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yg telah di sapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas. Sapukan juga permukaan kertas dgn mentega.

Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit. Bila masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan. 

Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bahagian tepi kek sehingga menjadi (7 x 7) inci. Kemudian potong secara horizontal menjadi 3 keping dengan pisau bergerigi. 


Untuk Kastard:-
Satukan semua bahan2 untuk kastard dalam bekas tahan panas. Masak diatas air mendidih (secara double boiler), gunakan wisk, kacau hingga pekat dan berkilat. Matikan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis dgn kek.

Untuk Membuat Lapisan Kek Pandan:-
Gunakan tin berukuran 8 x 8 x 3 inci. Tuang 1/3 adunan kastard ke dalam loyang dan ratakan. Kemudian letakkan 1 lapis kek di atas kastard tadi dan ditekan tekan sedikit. 

Tuang lagi 1/3 kastad di atas kek. Kemudian lapiskan dengan sekeping lagi kek. Ratakan biar memenuhi bahagian yang kosong di sekeliling loyang. Lapiskan lagi dengan kek dan kemudian kastard dan di akhiri dengan kek. Isi ruang ruang tepi kek dengan lebihan kastard.


Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam. Keluarkan kek dari acuan dan salut dgn kelapa kering, jika suka. Dengan cara itu, kita bolehlah tutup kekurangan kek yang ada.

Bahagian yg berkastard tu di atas dan kek di bawah. Ini bermakna kek ni dimulai dgn bhg kastard dan akhir dgn kek..

Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam dan potong serta hidangkan semasa sejuk sejuk.





Ahad, 26 Januari 2014

CANGO BAR


CONGO BAR
315 gm tepung gandum 
2 1/2 sudu kecil baking powder 
1/2 sudu kecil garam 
150 gm butter 
320 gm gula perang - boleh kurangkan
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250gm chocolate chips
1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang – optional
Kepingan badam untuk taburan - optional
Cara :
- Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
- Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata
sehingga gula melarut.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sebati.
- Masukkan esen vanila.
- Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata.
- Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
- Bakar dlm loyang 12x12 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
- Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika
suka sebagai hiasan.
- Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan
atasnyer kuning keemasan.Jangan terlebih bakar. —









HOMEMADE AISKRIM MUDAH


HOMEMADE AISKRIM MUDAH
1 CN SUSU CAIR
1 CAWAN SUSU PEKAT 
1SDK OVALLETE
1BJI TELOR
(SUSU PEKAT BOLEH KURANG KAN ADESS MANIS JUGAK)

CARANYER SATUKAN SEMUANYE
PUKUL HINGGA KEMBNG 2 KALI GANDA
PASTU BOLEH LER BG PERISA N WARNA IKUT SESUKA HATI N DAH SIAP SIMPAN DALAM TEMPAT BEKU....SUE WAT PETANG TD TP MALAM NIE DAH LEH NGAPPP