yang sudi bertandang....

masa itu emas

Memaparkan catatan dengan label AISKRIM. Papar semua catatan

Khamis, 15 November 2012

AISKRIM

dah lama sebenarnyer aku x wat ais krim nie heheh malas ......tp bile anak terpandang bekas untuk aiskrim mula la dok merenggek suh wat huhuhuh akhirnyer ku buat juga.... nie  hasil nyer...resepi aku amik dr blog hunny

   

Resepi Ais Krim yang Lembut dan Gebu

                                              

Bahan-bahan ( 2 bekas )
  • 1 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu besar penuh ovalett / kek stabiliser. (Kat pasaraya banyak, aku guna brand Nur)
  • 1 sudu kecil perisa vanilla
  • 5 sudu besar gula (penuh)**kalau buat perisa coklat tambah gula 1 sudu lagi..agak2 le ye
  • Apa2 perisa kegemaran (serbuk koko, jagung atau strawberry atau apa saja..)
  • Boleh juga tambah biskut oreo @ cips more yang dipecah2kan.

  • Cara-cara
    1. Masuk semua bahan dalam mangkuk kecuali perisa kegemaran. Pukul adunan hingga berkrim (mcm buat baulu)...(Diwajibkan guna mixer)
    2. Bila dah betul2 kembang dan likat..bahagikan kalau nak buat 2 perisa. Masukkan perisa kegemaran. Pukul sekejap..

    3. Tuang berselang-seli dalam bekas. Hias dengan coklat cip. Simpan dalam peti sejukbeku semalaman dengan suhu maksimum sejuk. Jgn tutup bekas...dah betul2 beku baru tutup..
    4. *Kalau petisejuk jenis 1 pintu kena pastikan jgn selalu buka tutup peti..Nanti ice cream lambat beku. selamat mencuba...

    * Aku kurangkan sikit gula sebab kalau ikut resepi nie ice cream manis sikit. Kalau nak sedap, letak kekacang.