j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: GMPN

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Showing posts with label GMPN. Show all posts
Showing posts with label GMPN. Show all posts

Friday, 17 May 2013

PEKIDA & NGO2 MEMBANTAH HIMPUNAN HARAM 505 YG BAKAL DIADAKAN PADA MALAM INI

Bertempat di IPD S2, NGO2 di Negeri Sembilan hari ni membantah sekeras-kerasnya Perhimpunan Haram 505 yg dikatakan bakal dibuat mlm ini di Seremban.

Mereka mengelarkan Anwar sbg 'Penghasut Rakyat' untuk melakukan huru hara dan kacau bilau apabila keputusan PRU 13 tidak memihak kpd pembangkang.



Saturday, 3 November 2012

Sidang Akhbar Tergempar GMPN


Bukan mengangkat bendera putih.. Tetapi menghormati undang-undang.. Itulah kata-kata dari Presiden GMPN Mejar (B) Razali bin Zakaria pada sidang akhbar yang dibuat sebentar tadi.. GMPN menegaskan bahawa pihaknya tidak akan membuat provokasi di tapak himpunan pakatan rakyat yang sedang berlangsung ketika ini.

Himpunan Rakyat yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Seremban Jaya, Senawang, Negeri Sembilan tersebut tidak mendapat sebarang permit dari pihak berkuasa tempatan..

p.s: Kenapolah di bagi muko kek pakatan rakyat ni.. dah sah2 xdo permit.. kenapo dibiarkan berlangsung jugak.. apo yang ditakutkan kek mereko tu.. bukan ko kito yang memerintah kerajaan skrg.. kut dibiarkan lelamo sok naik lomak diorang nih... bukan apo.. sok rakyat termakan fitnah & pembohongan dari puak pr ni...


Thursday, 1 November 2012

WAJIB TONTON: Video Pertempuran NGO N9 Dgn Penganjur Himpunan Pakatan Rakyat



Himpunan pakatan rakyat yang bakal diadakan pada 3 Nov ini di N9 mendapat tentangan dari penduduk setempat.. Sebentar tadi 15 pertubuhan NGO telah membuat laporan polis di Balai Polis Senawang kerana pihak penganjur berdegil meneruskan himpunan tersebut walaupun tidak mempunyai permit kelulusan dari pihak berkuasa tempatan.


Monday, 11 June 2012

GEMPAR!!! LAPORAN TERHADAP DATO MURAD KHALID DAN ANWAR TELAH DIBUAT

Laporan Polis dari Al-Ehsan

Laporan Polis Dari UMNO NS

Berikutan pendedahan oleh Datuk Abd Murad Khallid pada 2hb Jun 2012 yang lalu, NGO-NGO di Negeri Sembilan telah bergabung membuat laporan polis dan berdemo secara aman pada petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 2.


NGO yang terdiri daripada PERKASA, Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN), PPP, Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Belia DUN Senawang, Belia DUN Temiang, Biro Pengaduan Rakyat Seremban mengesa Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kenyataan dari bekas Penolong Gabenor Bank Negara itu.

Datuk Abd Murad sebelum ini telah membuat kenyataan Klik Sini bahawa ketika  Dato Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan mempunyai akaun berkanun yang bernilai RM 3 billion.

Dari kenyataan tersebut menunjukkan Anwar semasa menjawat jawatan dalam kerajaan telah menyalahguna kuasa dan menggelapkan wang kerajaan demi kepentingan peribadi dan politik beliau. NGO-NGO terbabit juga mendesak SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membuka kertas siasatan bagi menyiasat peyelewengan tersebut.



Monday, 30 April 2012

UMNO, Perkasa dan GMPN mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Ambiga kerana menumbulkan kekecohan di Ibu Negara


GMPN buat laporan polis terhadap Ambiga dan konco-konconya


Kenyataan akhbar dari Mejar (B) Razali bin Zakaria

Semasa perhimpunan bersih 3.0 pada 28 April 2012, telah berlaku kecederaan kepada pihak polis serta harta benda awam. Himpunan itu juga tidak dapat dikawal oleh penganjur sehingga berlaku kekecohan dan huru-hara. 

Pihak GMPN mengesa agar tindakan sewajarnya diambil lepada ambiga yang menjadi punca kekecohan tersebut. 

"Ambiga perlu ditangkap dan didakwa dan didakwa di mahkamah" ujar Mej Razali ketika sidang media.

Pihak GMPN mendesak kerajaan terutama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak polis supaya mengambil tindakan yang tegas terhadap Ambiga yang telah mencetuskan kekacauan pada 28hb April 2012 di Ibu Kota demi menjaga keselamatan dan keamanan negara Malaysia tercinta.

Video Demontrasi Aman oleh GMPN menentang bersih



Thursday, 26 April 2012

GMPN vs Bersih 3.0

Demi menjaga keselamatan dan keamanan negara Malaysia tercinta
Satu laporan polis di buat petang tadi bagi menggesa pihak berkuasa memganbil tindakan terhadap penganjur demo bersih 3.0 serta orang yang hadir ke himpunan tersebut.

Gerakan Memartabat Pejuang Negara yang di ketuai oleh Presidennya Mejar (B) Razali bin Zakaria memberitahu jika tidak dibenteras awal ianya akan mewujudkan suasana yang tidak tenteram.

Presiden GMPN mewakilli rakyat Malaysia mendesak kerajaan terutama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak polis supaya tindakan tegas dikenakan kepada penganjur, individu dan partipolitik yang akan berhimpun pada 28 April 2012.

Himpunan Bersih 3.0 yang ditunjangi oleh Ambiga dan didalangi oleh parti pembangkang dijangka akan menimbulkan kekecohan di ibu negara. Rakyat umumnya risau jika ada perbalahan kemungkinan akan terjadi rusuhan kaum serta pertumpahan darah.


Monday, 16 April 2012

GMPN desak pihak berkuasa ambil tindakan terhadap pemimpin pembangkang yang hina Raja-raja Melayu

GMPN atau Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara mendesak pihak yang berwajib untuk mengambil tindakan terhadap beberapa pemimpin pembangkang yang jelas menghina Raja-raja Melayu dan pemimpin kerajaan ketika Istiadat Pertabalan Yang DiPertuan Agong ke-14.

Perbuatan pemimpin pembangkang mempersenda dan mengejek itu didedahkan oleh Dr. Rahman Kadir yang merupakan petugas perubatan yang bertugas ketika Istiadat itu berlangsung.

Sehubungan itu GMPN telah membuat laporan polis di IPD Seremban 2 sebentar tadi dan tidak ketinggalan juga dengan cawangan-cawangan GMPN di seluruh Malaysia.


lihat video dibawah..


Friday, 23 March 2012

GMPN bantah sokongan Anwar Ibrahim terhadap Israel



Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara ataupun lebih dikenali sebagai GMPN telah membuat demo secara aman di Lukut, Port Dickson semalam bagi membantah kunjungan Anwar Ibrahim dan sokongan
 Anwar Ibrahim terhadap Israel.

Laporan Polis dibuat oleh GMPN mebantah sokongan Anwar Ibrahim terhadap Yahudi

Barisan Gerakan Martabatkan Pejuang Negara.


Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...