j8KAizCB_w2ir1BbdieCEiakUFo MERAH MATO: Artis masuk PAS

Mari jadi rakan dan follow blog saya

Showing posts with label Artis masuk PAS. Show all posts
Showing posts with label Artis masuk PAS. Show all posts

Wednesday, 19 September 2012

HOT!!! ABBY JADI JANDA REBUTAN

Handal sungguh Mak jando sorang ni berceramah.. dah macam-macam kito dengar semenjak jando ni join PAS.. Bukannyo Merah tak suko kek mak jando ni.. tapi kut iyo bonar nak bercakap pasal hukum hakam ni, betulkan diri tu dulu.. poielah start ngaji Iqra dulu.. cari lah guru-guru agamo yang betul.. bukan poie ngaji kek mat sabu nanti sok tergadai body.. Wakakakakkaka...

Baru-baru ni, mak jando Abby Abadi dalam kunjungan ceramah ehh kek Surau Hitam Ampangan, berio-io bonar jando sorang ni membincangkan tentang ekonomi dan hukum agamo.. Merah nak tanyolah.. Apo taraf pendidikan jando sorang ni? Siap ngobarkan kut sorang lelaki yang lobih 3 kali pakai seluar pendek macam main bola atas lutut tak boleh @ tak layak jadi WALI.. Umang aaaiiiii.. handa jando ni kan.. mahzab mano dio ikut ni?

Apa pula hukum berpeluk-peluk dengan bukan muhrim?
Lopeh tu siap kobarkan lagi, yang negaro malaysia ni dalam keadaan bahayo dari segi ekonomi dan agamo... Iskhh..iskhhhh..iskhhh... bertuah kut ekau jadi bini Nik Ajis kut camni ha... tak tahu pulak den yang dalam diam-diam jando ni dah jadi pakar ekonomi..

Camnilah.. Ustazah Abby oiiii..(layak ko den panggil dio ustazah?) terlanjur den menulis ni.. den nak tanyo skit.. skit jo... Torangkan skit apo hukum dalam gambar kek bawah ni? Kut ado maso nanti bagilah tahu yo...





Friday, 10 August 2012

PANAS!!! WAJIB TONTON PENGAKUAN ABBY TERLIBAT UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN



KAMI memerhatikan akhir-akhir ini semakin banyak kata-kata 'kurang manis' keluar di bibir pelakon yang sudah pencen, Abby Abadi.

Terbaru kata Abby, hanya dengan 'menumbangkan' kerajaan sekarang, artis-artis bertudung mendapat lebih banyak rezeki.

Kelakar pun ada, hendak tergelak pun ada. Nampak sangat cetek pengetahuan dan ilmu bekas pelakon Gerak Khas ini rupanya. Datuk Yusof Haslam pun mungkin malu dengan kenyataan bekas anak buahnya ini, kami agak.

Bagi kami, eloklah Abby tanya kepada Wardina Saffiyyah, Sheila Rusly dan Ramlah Ram. Tanya mereka bagaimana cara untuk kekal laris. Malu nak tanya senior, tanyalah adik-adik bertudung seperti Diana Emir, Heliza Helmi dan Ana Raffali macam mana cara hendak berbaik-baik dengan orang.

Ini perlu supaya diri disukai. Bila orang suka kita, bermanis mulut kala bicara, banyaklah rezeki yang datang, dengan izin Allah.

Abby kurang diberi peluang bekerja bukan selepas dia memilih imej bertudung, kami ada buktinya.
Sebenarnya sudah sekian lama dia tidak mendapat banyak tawaran pekerjaan. Beberapa tahun sebelum bertudung lagi sebenarnya, tidak banyak penerbit yang 'berani' bekerjasama dengan Abby.

Buktinya, banyak luahan perasaan Abby itu telah ditulis dalam akhbar. Ketika itu, Abby mengadu, mengeluh dan kesal kerana dia tidak dapat banyak 'job'. Malah Abby turut mempertikaikan dan menyoal, kenapa Memey Suhaiza yang kini menjadi isteri kepada bekas suaminya, Norman Hakim lebih menjadi pilihan penerbit.

Kata Abby, Memey yang pernah ditangkap khalwat pun orang bagi banyak tawaran, kenapa ibu tunggal sepertinya dipandang sepi? Agaknya, Abby sendiri lupa, hal itu pernah ditulis dalam akhbar dan diberitahu kepada rakan wartawan.

Abby, anda patut melihat ke dalam diri sendiri, cari kelemahan dan carilah jalan penyelesaian. Mungkin sikap kita sendiri, membuatkan orang tak suka bekerja dengan kita, bukan kerana bertudung atau tidak.
Elakkan sikap selalu mencari salah orang atau suka bergaduh. Selalulah amalkan cara berfikir jauh terlebih dahulu sebelum bercakap, pasti kita disukai oleh pihak lain.

Kepada Abby, kalau tengok YouTube tu, selalu-selalu juga lihat kenyataan dan nasihat orang lain, pihak yang tidak menyebelahi mana-mana parti politik. Ini supaya Abby tidak jauh tersasar dan boleh realistik.
Antaranya, kami memetik kata-kata Ustaz Khazim Elias yang bagus untuk dijadikan pengajaran.

"Tak kira siapa, baru dua hari pakai tudung sudah jadi ustazah. Adakah semudah dan semurah itu agama kita?

"Kalau betul kita berhijrah, kalau betul bertaubat pergilah berguru. Pergilah belajar dan tambah ilmu dengan guru muktabar. Barulah nampak perjuangan yang betul-betul kerana agama."

Abby.. Abby.. Apa nak jadi dengan mak jan sorang ni...

Monday, 23 July 2012

PAS Mengaku Terpaksa Ambil Artis Untuk Tarik Golongan Muda


Apa dah jadi dgn golongan ulama, ustaz, ustazah PAS.. sehingga terpaksa pakai artis lak untuk mancing undi dan join PAS.. macam dah terdesak jer Nik Aziz dengan Hadi Awang..  Dulu bukan main kutuk lagi golongan artis.. skrg dah ludah jilat balik nampaknya..

Kesian sebenarnya den tengok.. yolah kan.. mereka semua lantang mengatakan parti mereka tu terbaik dari ladang.. tidak akan berkompromi dengan kafir.. skrg apa jadi Nik Aziz.. Sudah jadi kuda tunggangan DAP dan peliwat pulak... Golongan-golongan ulama, ustaz-ustaz dan ustazah mereka pun dah tak boleh tarik pengikut.. skrg pakai artis lak.. Apa yang artis tu boleh buat.. jinjing mereka kehulu hilir buat ceramah.. apa yang den tengok sekadar untuk menarik orang datang tengok artis jer.. bukan nak dengar penceramah lain bercakap.. so kesannya tak sampai.. mengabihkan boreh jolah...

Pesuruhjaya Pas Pahang kobar, penglibatan artis tu bukan mereka ajak atau paksa.. yo kooo.. sudah-sudahlah nak membohong Tuan Ibrahim Tuan Man oiiii... Ni bulan poso ni.. tak payalah nak bongak.. Orang dalam PAS sendiri yang mendedahkan yang wujudnya orang yang membawa artis ini.. Klik sini dan mereka dibayar.. bukannya ikhlas nak memperjuangkan ISLAM.. Mereka hanya pandang wang ringgit jer.. Mereka suma tu pun golongan artis yang tak laku.. banyak kontroversi.. dah takdo nak bagi diorang job..

Eden nengok ramai bonar yang meronung jando tu... Dulu mak paleh sekso berpakaian ehh.. Sekarang dah muslimah.. tak tahulah berapo lamo.. kut dalam bulan ramadhan jo.. Mat Sabu den raso goram jo tu... hihihi...tapi cubo lihat gambar kek ateh tu.. Lain macam jo Nik Aziz tonung tu.. Larat laie ko..






Saturday, 21 July 2012

PANAS!!! BLOGGER PEMBANGKANG DEDAHKAN ARTIS PAS DIBAYAR RM 2500 SEMALAM


Pendedahan oleh orang dalam PAS di http://orangni.blogspot.com/2012/07/artis-wanita-sekali-ceramah-rm2500apa.html membuktikan kehadiran artis di pentas ceramah PAS rupanya disebabkan wang ringgit semata-mata.. Apa citer ni? Merah sebelum ini pernah mendedahkan pengakuan seorang artis yang dibayar sehingga 50 ribu Klik sini . Ini bukan khabar angin.. ini realiti..


Kalau seperti yang dedahkan oleh blogger tersebut.. Sekali ke pentas dibayar RM 2500, kalau 10 kali sebulan tak ker 25 ribu jadinya.. Desas desus yang bertiup kencang didalam PAS sekarang ini mengundang perbalahan dari di kalangan ahli-ahli PAS..  mano tak ehhh.. jadi ahli PAS pun tak laie.. serah borang pun lom.. mano tak keluar suaro langau dalam PAS..


Tetapi rasanya artis tu dapat sikit jelah kut.. bukan dapat 2500 bulat-bulat.. sebab sebenarnya mereka ini bukanlah ikhlas join PAS pun.. Mereka ni sebenarnya diperdagangkan oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Mat from Terengganu yang merangkap sebagai manager mereka.. huhhh.. siap ado manager ehh.. dasyattt... 

Tidak sesiapa yang mempengaruhi dan memaksa saya masuk perjuangan ini tetapi atas kesedaran saya sendiri- Mamat ni mengaku dapat 50K
Yang jadi hal tu.. jiko sebelum artis-artis ini masuk.. upah penceramah-penceramah baru 200-500 ringgit.. waima yang bertaraf tok guru pun mereka bagi rates macam tu.. Ini dah ibarat 'kera dihutan disusukan, anak kt rumah mati kelaparan'. Kesian penceramah-penceramah lamo yang dah dipinggirkan.. apo nak buekk.. dah nasib badan... huhuhuhu.. 

Banyak juga duit pas yer.. itu baru untuk seorang artis.. bayangkan seluruh negeri mereka jelajah sekarang.. berapa ramai artis mereka bawa.. Korang kalikan lah sendiri.. Congak sendiri.. 


Korang tengok apo yang diucapkan maso ceramah.. Ikhlas ko camni.. hasut orang pergi merusuh kt himpunan bersih.. Konon masuk PAS tak dibayar.. dan yang paling hebat.. tak masuk nerako tu.. kut kau dah maki hamun orang, buek fitnah kek orang.. kau ingat Nik Aziz tu tuhan ko!! boleh tentukan mano org masuk syurga, masuk nerako... Bahalol diorang ni... Buek ilang pahala poso den jo... 

Saya masuk PAS adalah atas kerelaan saya sendiri.Hanya PAS sahaja dapat membimbing umat Islam kejalan yang benar.
“Saya menyeru agar rakyat Malaysia  hadir dalam Himpunan Bersih 3.0 - Dayangku Intan
“Saya serahkan rezeki saya bulat-bulat pada Allah, yang penting saya dapat selamatkan kehidupan anak saya di dunia dan saya tak masuk neraka- Kata Bob Lokman semasa menyerahkan borang masuk PAS.


Wednesday, 11 July 2012

PENDEDAHAN PANAS OLEH HAIRE OTHMAN DIBAYAR 50 RIBU UNTUK MENYERTAI PAS

Lihat pendedahan oleh artis yang perasan glamor ni.. mula-mula join PAS kata ingin merubah diri bersama perjuangan Islam, akhirnya pocah tembolang sendiri..

Kemasukan artis-artis ini dilihat mengembirakan ahli-ahli PAS sendiri.. Yelah artis join mereka.. Tapi Merah melihat kesemua artis-artis tersebut adalah mereka  yang dah tak laku di kaca tv hehehe.. sorry to say lah.. mereka tu pun bukan artis popular pun.. Popular berkhalwat dan berpeluk sakan dengan bukan muhrim adalah…

Merah melihat mereka ini diajak oleh pemimpin-pemimpin PAS untuk bersama mereka untuk menarik ‘crowd’ menghadiri ceramah mereka yang ketika sebelum kemasukan artis-artis ini ceramah-ceramah pembangkang tidak mendapat sambutan dari penduduk setempat.

Agak memalukan bagi pemimpin-pemimpin PAS sendiri tidak dapat meraih sokongan.

Mereka (artis) ini tidak sedar yang mereka itu telah dipergunakan untuk kempen politik demi menarik undi terhadap PAS dan PR menjelang PRU13 yang makin hampir.

Ada yang sudah mula lantang menghentam kerajaan dan mengagung-agungkan Nik Aziz. Biasalah, orang tengah ghairah dan keterujaan berceramah depan hadirin.

Sejauh mana mereka ini dapat bertahan.. Sampai bila? Sampai PRU13 jer ke…. Mereka ni sebenar-benarnya hangat-hangat taik ayam jer..  Hehehe..  Bila keghairahan itu dah hilang esok..  takde lah tu.. Tak Percaya? Cuba lihat apa jadi dengan Amy Search, Ogy Ahmad Daud, Mawi, Akil Hayy Ito blues gang, Nasir dan banyak lagi.. Akhirnya kemana tuju mereka.. Masih lagi bersama PAS..? Adakah PAS benar-benar dapat memperjuangkan nasib diorang ni.. Nasib dan masa depan PAS pun tak tentu hala.. Asyik diperkudakan oleh Anwar dan DAP jer..

Dengar khabar terbaru Bob Lokman pun dah mula mengeluh.. Ada cerita yang tidak menyenangkan dia dalam berceramah bersama PAS.. Mungkin apa yang dijanjikan pada Bob Lokman hanya tinggal janji.. Padanlah muka kau Bob..


Katakan Tak Nak kepada Pakatan Rakyat

Setiap sokongan membawa padahhh


Get our toolbar!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...