Memaparkan catatan dengan label peraduan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peraduan. Papar semua catatan

Selasa, Disember 29

Kuiz Nama Atas Kertas, sebuah novel thriller oleh Jemari Seni...

Kawan2, jom join kuiz di bawah ni.. Hanya memerlukan penelitian korang tentang kulit novel kat atas ni.. jom2..

Soalan:
Lihat kulit buku di atas, kemudian tuliskan dalam 30-50 patah perkataan apa yang boleh diungkap di sebalik makna-makna yang tersembunyi daripada ilustrasi itu.

Syarat2:
Pengadilan berdasarkan deskriptif paling menarik dan kreatif. Keputusan panel penilaian adalah muktamad.
Tarikh tutup penyertaan: 15 Januari 2010
Pemenang: 10 peserta terpilih akan mendapat hadiah novel bulan Januari – Rumput Masih Hijau karya Iman Xara, setiap satu.
E-mel kepada: jemariseni.kuiz@gmail.com
Tajuk e-mel: Kuiz Nama Atas Kertas

Sinopsis:
Sebuah karya thriller yang penuh dengan teka-teki daripada:
NASRON SIRA RAHIM...
Engkau tidak dapat melihat aku,
tapi aku sentiasa wujud;
Engkau boleh bersembunyi di mana saja,
tapi aku akan tetap menjumpaimu;
Engkau boleh menentang aku sehabis upaya,
tapi kau tidak akan dapat mengalahkan aku;
Siapakah aku?

Apa tip yang ada?
“Pada setiap jasad itu, dia meninggalkan satu puzzle
dan mencabar sesiapa saja termasuk ANDA, untuk menyelesaikannya…”

TAWARAN
Buah fikiran anda diperlukan!

Sekiranya anda memiliki IQ yang cukup, otak anda sangat diperlukan untuk menolong Faiz dan Hanim membongkar misteri teka-teki ini! Pembunuh yang sadis itu harus diberkas dengan kadar segera, sebelum ramai yang menjadi mangsanya. Bacalah Nama Atas Kertas sebagai petunjuk: dan selesaikannya.

***

ISBN: 978-967-5118-29-6
Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Harga pembelian melalui pos: RM18.00 (mulai 11 Jan. 2010)

Ahad, Disember 6

Kuiz Teka Kata Berita Harian Minggu Kedua - 9 Salah

Tahniah kepada Azlina.. Wah, betul semua tu, terrornya.. Tahniah2.. Aku pun sampai salah 9.. Ada relate dengan 9nyawa kot.. Haha..




Isnin

degupan jantung
GUP, aku pi letak GAP



Selasa

jalan tidak lurus
LENGKOK, aku pi letak LENGKUK

koyak atau carik

COMPANG, aku pi letak ROMPANG



Rabu

kalau kelambu begini, nyamuk boleh masuk
SINTING, aku pi letak SENTENG



Khamis

bungkus makanan
PEK, aku pi letak PAK

hampir tidak sampai sesaat
KELIP, aku pi letak KILAP

kepunyaan anak
MAK, aku pi letak CAK

bunyi tembakan atau letupan
DAS, aku pi letak TAS

Jumaat

kata menyatakan kehairanan
EE, aku pi letak EH

p/s: wah, ada kemajuan.. target nak dapat salah below 10 tercapai.. caiyok2.. untuk minggu yang ke3, hopefully boleh salah below 7.. rasa mcm dh dpt jwb semua, tp satu soalan ada byk kemungkinan. perlukah aku hantar 7 penyertaan sekaligus? hahah.. boleh la kalau aku bercuti seminggu dan ada fulus lebih.. nampaknya 1penyertaan gak la minggu yang ke3 ni.. caiyok akim, teruskan memburu jawapan walaupun ada yang memang xde harapan nak betul sebab banyak kemungkinan. hentam sajalah labu.. peribahasa untuk minggu ni, salah makan memuntahkan, salah tarik mengembalikan, salah langkah surut kembali.. maksudnya, jika salah dalam sesuatu pekerjaan tu, cepat2 la perbaiki.. jangan dibiarkan berlarutan.. woha.. mental mesti kuat!



Rekod:

1st week --> 12 salah

2nd week--> 9 salah



Tips & Trick:

kembaran = pasangan



Isnin, November 30

Kuiz Teka Kata Berita Harian Minggu Pertama - 12 Salah

Tahniah kepada Cikgu Meor kerana menang rm5k..

Salam.

Haha, kekadang seronok gak menjawab teka kata nih. Actually memang dah pernah jawab sebelum-sebelum ni, tapi takde rezeki nak menang. Pernah sekali je menang teka kata jawi Utusan Melayu. Haha. Minggu pertama je dah salah 12. Teruknya. Apa2 pun, better try than never kan. Semoga lebih meningkat maju untuk minggu2 berikutnya. Untuk minggu kedua, target salah below 10. Kalau nak tak salah langsung, memang xmungkin la sebab just hantar 1 penyertaan je kan.

Isnin
air menyembur dengan kencang
LANCUT, aku pi letak PANCUT

Selasa
tinggi
LONJONG, aku pi letak RENJONG
tercacak di tanah perkuburan
NESAN, aku pi letak NISAN
singkatan skim amanah saham khas
ASB, aku pi letak ASN

Rabu
selalu dilakukan pada daging
CENCANG, aku pi letak RENDANG
keadaan baju yang reput
CAMPING, aku pi letak ROMPANG
alat muzik
GAMBANG, aku pi letak GENDANG
ikan laut
PIAS, aku pi letak PAUS

Khamis
dilakukan menggunakan alat besi seperti parang
TEBUK, aku pi letak TAKIK
bawa ke depan
AJU, aku pi letak ACU
dicampakkan berserak-serak
TABUR, aku pi letak TEBAR

Jumaat
bingkai gambar
LIS, aku pi letak LES

p/s: yang this week pun xhantar lagi since not complete yet. busy ma. oyeh. macam dah xsempat je. caiyok akim, teruskan memburu jawapan walaupun ada yang memang xde harapan nak jumpa. hentam sajalah labu.. bak kata aku sendiri, better try than never.. haha.. mental mesti kuat!

Related Posts with Thumbnails