Wah, ni mesti salam below 10 nih.. Terror.. Saya bercuti dari silangkata pada minggu ke5 kerana kesibukan melanda..
pergh, banyak gila salah.. walaupun den rasa, minggu ni la soalan yang paling senang.. dan masa yang paling banyak diperuntukkan.. takpalah, mental mesti kuat. yang penting, boleh tebus tiket genting tu je. haha, target nak salah below 7 tu, tinggal mimpi jelah dan dibawa ke minggu depan pulak.. wohaa..
ISNIN
membantu ke sesuatu destinasi
TANDU, tapi aku pi letak PANDU
ikan laut
TALANG, tapi aku pi letak PELUNG
SELASA
tidak tegak
GENDENG, tapi aku pi letak SENDENG
boleh bawa penumpang
VAN, tapi aku pi letak BAS
sangat cepat
BINGKAS, tapi aku pi letak TANGKAS
organisasi bola sepak
FAS, tapi aku pi letak FAM
bermaksud saya
DEN, tapi aku pi letak CEK
RABU
sejenis burung liar
GOA, tapi aku pi letak GUA
boleh buat pewarna kain
NOJA, tapi aku pi letak NILa
macam mulut cerek atau kendi
MONYONG, tapi aku pi letak MUNCUNG
berkaitan rancangan pertanian dan pengairan di Kedah
MUDA, tapi aku pi letak MADA
KHAMIS
kuih berinti
PAI, tapi aku pi letak PAU
singkatan pengiraan pendapatan negara
KNK, tapi aku pi letak PNK
kependekan berkaitan kurikulum kementerian pelajaran
PPK, tapi aku pi letak PPP
tanah yang digumpal dengan tangan
KETUL, tapi aku pi letak KEPAL
keluli yang bergerigi
KUKUR, tapi aku pi letak KIKIR
p/s: nampak tak apa yang aku nampak. semua jawapan tu memang dah ada dalam list antara jawapan yang akan diletak, tapi pilihan tu yang silap. means, semua orang ada chance betul semua, tapi silap buat pilihan & bukan rezeki lagi. macam tu jugak la dalam real life kita ni, banyak buat kesilapan yang kita tak sedari, yang kita rasa itulah yang terbaik. namun, perlu sedar, pilihan yang terbaik itu, ALLAH jualah yang MAHA MENGETAHUI. moral of the story, berusahalah.. banyakkan istikharah supaya apa keputusan yang kita pilih, ya, antara keputusan yang betul, tapi itulah keputusan yang paling tepat. bak tagline novel 9 NYAWA, mata hati tidak pernah berdusta...
p/s/s: tahniah untuk orang skudai tu (encik abdullah omar @ ude), wah, terror la hang salah 13.. mana nak tau kot2 hang salah paling kurang kan, then, jadi pemenang minggu ke3 ni ;p
Rekod:
1st week --> 12 salah
2nd week--> 9 salah
3rd week--> 16 salah? wohaa...
Tips & Trick:
kembaran = pasangan