MESYUARAT PRA-MAJLIS PERUNDINGAN PELAJAR KEBANGSAAN ( PRA MPPK)
TARIKH: 27 - 28 FEBRUARI 2009 (JUMAAT-SABTU)
TEMPAT: iNSTITUT LATIHAN KESELAMATAN SOSIAL KWSP (ESSET)
BATU 181/2 , SUNGAI TANGKAS, JALAN BANGI
43000, KAJANG, SELANGOR
PESERTA: SETIAP IPTA WAJIB MENGHANTAR 4 ORANG WAKIL TERDIRI DARIPADA PRESIDEN/YDP, SETIAUSAHA, WAKIL WANITA DAN BUKAN BUMIPUTERA.
UDM: MOHAMAD IRFANUDIN BIN ROSLI (PRESIDEN MPP UDM) SITI NURHIDAYAH BT MAT JALALUDDIN ( TIMB. PRESIDEN) NURFAUZIYAH HANOM BT SAID ( EXCO PERTUBUHAN & KELAB)
PERKARA YG DIBINCANG;
MESYUARAT PRA - MPPK INI ADALAH UNTUK MEMBINCANGKAN TAJUK YANG SESUAI UNTUK DIKETENGAHKAN SEMASA MESYUARAT MPPK SEBENAR. SELAIN ITU, IA JUGA SEBAGAI MEDIUM UNTUK MPP BERSUARA LANTANG BAGI MENYELESAIKAN MASALAH YANG BELUM MEMPEROLEH JALAN PENYELESAIAAN SEBELUM INI. SEMUA 20 IPTA WAJIB HADIR KE MESYUARAT INI ( UUM, UNiMAP, USM, UPSi, UiTM, UKM,UM,UPM, UMK,UMT,UDM, UMP, UTM, UTHM, UMS, UNiMAS, UTeM, USIM, UPNM ) DAN TERDAPAT BEBERAPA IPTS LAIN SEPERTI MONASH UNVERSITI, NOTTINGHAM UNIVERSITI, UNIVERSITI PETRONAS, UNIVERSITI MULTIMEDIA DAN UNITEN.
27 FEBRUARI 2009 (JUMAAT)
3.00 PM - PENDAFTARAN
4.30 PM - TAKLIMAT KPT
6.00 PM - MAKAN MALAM
8.30 PM - SESI 1
- sesi ini menerangkan kepentingan Pra - MPPK. Penerangan dibuat oleh Prof Dr Fauzi yang mahu semua peserta bertindak secara langsung dalam mesyuarat ini. Prof Dr Fauzi membentangkan tentang resolusi yang telah dibuat selepas mesyuarat MPPK tahun lalu diadakan. Walaubagaimanapun terdapat banyak isu yang masih dalam proses penyelesaian dan ada antaranya tidak mendapat perhatian serius dari kerajaan. Oleh yang demikian, terdapat ahli mesyuarat yang tidak berpuas hati memandangkan MPP selaku suara mahasiswa perlu memperjuangkan hak-hak mahasiswa. Akhirnya, ahli mesyuarat bersetuju untuk menyambung isu-isu tersebut pada MPPK kali ini. Antara isu yang hangat diperdebatkan adalah ISU PTPTN, KAD DISKAUN PELAJAR, dan HARGA MAKANAN DI CAFE DALAM KAMPUS.
10.30 pm - MINUM MALAM
28 FEBRUARI 2009 (SABTU)
7.30 AM - SARAPAN
8.30 AM - PERBINCANGAN RESOLUSI
-Kami dipecahkan kepada 5 kumpulan. UDM bersama-sama UM, Unimap dan Uniten dalam satu kumpulan. Kami memilih tajuk Hal Pembangunan Wanita - Penubuhan Majlis Mahasiswi Nasional (MASIS). Pemilihan tajuk ini adalah daripada idea saudari Shah Rizul Ayuni binti Zulkiply, setiausaha agung MPMUM dan mendapat sokongan padu dari peserta lain.Rasional tajuk ini dipilih atas persoalan yang timbul berkenaan hak-hak wanita dalam masyarakat dan ingin bertindak bagai badan yang prihatin dengan segala apa yang berlaku terhadap wanita. Seperti kes Sister in Islam, MASIS mempunyai peranan dalam memberi pandangan mahasiswi tentang isu ini. Mahasiswi juga mempunyai pendirian ynag jitu dan istiqamah dalam menyelesaikan masalah masyarakat samada di dalam kampus mahupun di luar.
Tajuk-tajuk yang menjadi pilihan kumpulan lain adalah:
1) "PEMERKASAAN MUTU DAN KUALITI PENDIDIKAN SEKOLAH-SEKOLAH LUAR BANDAR DI NEGERI SABAH"
2)"TRANSFORMASI EKONOMI MALAYSIA KE ARAH PERSAINGAN KOMPETITIF"
3)"CADANGAN PENUBUHAN PUSAT KAJIAN 'NON-TRADITIONAL SECURITY ISSUES'"
4)"ISU PENGANGKUTAN AWAM MELIBATKAN GOLONGAN PELAJAR DAN MAHASISWA DI MALAYSIA"
5) "PEMBANGUNAN WANITA- PENUBUHAN MAJLIS MAHASISWI NASIONAL (MASIS)"
10.30 AM - MINUM PAGI
11.00 AM - PENYEDIAAN RESOLUSI
1.00 PM - MAKAN TENGAH HARI
2.30 PM - PEMBENTANGAN DAN PENUTUP
5.00 PM - MINUM PETANG DAN BERSURAI
No comments:
Post a Comment