Salam..
"Mahasiswa teras Pembangunan modal insan cemerlang" tema bagi KOnvensyen ke-3 yang berlangsung di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) Parit Raja,Batu Pahat bermula dari 15 - 19 mei 2009.
Konvensyen Kebangsaan MPP IPTA 2009 adalah satu platform yang disediakan khusus untuk wakil pelajar khususnya MPP untuk menyuarakan isu-isu nasional yang berlaku di kampus dan luar kampus. Wakil-wakil pelajar ini berpeluang untuk membentangkan kertas kerja berdasarkan 4 topik teras iaitu: akademik, kepimpinen, sahsiah, dan politik. Konvensyen ini dihadiri oleh wakil-wakil Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Naib-naib caenselor,Majlis Kepimpinan dan Latihan Universiti (MAKLUM), pensyarah-pensyarah dan mahasiswa-mahasiswi (kira-kira 500 orang).
Universiti Darul Iman Malaysia menghantar 11 orang wakil yg terdiri drp MPP UDM sesi 08/09 yang diketuai oleh Presiden , Mohamad Irfanudin Bin Rosli, Asrul Anwar Bin Anas Bakhtiar,Mislian Saini, Siti Nurhidayah MAt Jalaludin, Nurasil Jasbi, Zulfadli Hadi Rosli, Muhammad Nabil Nurhalim, Muhammad ZAim Rosli, Izenty Bariah bt Ibrahim, dan Wan Muhammad Saiful W M Sabri. Rombongan ini juga turut dihadiri oleh penyelia MPP, Ustaz Rusdi bin Muda selaku Jawatankuasa MAKLUM. Kesemua ahli konvensyen menetap di asrama UTHM.
Kami telah diundi untuk proses pembentangan. Untuk kali pertamanya, Universiti Darul Iman Malaysia mendapat mandat untuk membentangkan kertas kerja berunsurkan akademik. Tajuk yang dipilih adalah Kemahiran Reka Bentuk Kurikulum Bercirikan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) dikalangan Pelajar Universiti Darul Iman Malaysia (UDM). Kertas kerja ini mengambil masa selama seminggu untuk disiapkan dengan mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripaada pensyarah antaranya adalah Dr Norizan , Madame Azizah (dekan FBK), dan MPP. Kertas kerja ini telah ditapis ketulenannya oleh Presiden (Mohamad Irfanudin Bin Rosli), Setiausaha Agung 1 (Mislian bt Saini), dan Bendahari Kehormat ( Muhammad Faizali bin Johari). Kami memilih tajuk ini adalah untuk mengetengahkan kaedah pembelajaran yang paling sesuai untuk diaplikasikan di seluruh IPTA kerana berdasarkan kajian kami, kami dapati kaedah ini memberi kesan yang positif terhadap prestasi akademik mahasiswa. Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) atau Problem Based Learning adalah teknik pembelajaran yang memfokuskan kepada kreativiti mahasiswa berbanding kaedah lain yang meletakkan pensyarah sebagi medium penyampaian utama. PBM dapat memaksimumkan daya fikir dan praktikal mahasiswa dalam menyelesaikan masalah samada berkaitan dengan akademik ataupun sosial. Pembentukan kumpulan yang kecil dapat membantu mahasiswa mencari alternatif jalan penyelesaian tanpa terlalu mengharap kepada pensyarah semata-mata. Percambahan idea secara kolektif dapat dibentuk dengan setiap ahli kumpulan perlu bergerak aktif bagi menentukan pembelajaran adalah berkesan.
Pembentang UDM adalah Mohamad Irfanudin (Presiden) pada sesi pagi 17 Mei 2009 bersama-sama wakil dari USM Saudara Mohammad Syafiq bin Abdul Aziz dan wakil UMs, saudara Azrul bin Ibrahim. Ketiga-tiga IPTA ini membawa tajuk AkADEMIk. Pembentangan ini telah dipengerusikan oleh DAtuk Naib CAenselor UMK. Kemudian, terdapat sesi soal jawab mahasiswa terhadap tajuk yang dibentangkan. Setiap pembentang diberi masa selama 20 minit untuk 'mengawal pentas'. Antara pembentang lain adalah terdiri daripada IPTA lain seperti.; UUM,UM,UMK,UKM,UMP,UPNM, USIM, UTM,UTHM, UPM dan UITM.
Berikut adalah tajuk pembentangan;
1) Kesan kedatanagn pelajar asing terhadap penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan Pelajar tempatan: Satu tinjauan di Universiti Sains Malaysia (USM)
Pembentang: Mohammad Syafiq bin Abdul Aziz , YDP MPP USM
2) Kemahiran reka Bentuk Kurikulum Bercirikan Pembelajaran Berasakan Masalah (PBM) di kalangan pelajar Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
Pembentang; Mohamad Irfanudin bin Rosli, Presiden MPP UDM
3){Pemerkasaaan Mutru dan Kualiti Pendidikan Sekolah- Sekilah Luar Bandar, Negeri SAbah
Pembentang: Azrul bin Ibrahim, Presiden MPP UMS
4)Pelapis Kepimpinan Mahasiswa: Satu perspektif
Pembentang: Mohamad Hafizul Hailmi bin Masroom, MPP UTM
5)Memperkasa Kepimpinan Mahasiswa: Peranan dan Cabaran di Universit Malaysia Pahang
Pembentang: Mohamad Suffi bin Kamari, YDP MPP UMP
6) Masalah Pelajar Tahun pertama tidak aktif dalam aktiviti pengucapan awam: Tinjauan di Universiti Putra Malaysia (UPM)
Pembentang: Mohamad Syamsul bin Salleh, YDP MPP UPM
7)Program 'Finishing School" membantu meningkatkan kemahiran insaniah: Kajian di UTHM
Pembentang: Amir Hamsah bin Arifin, MPP UTHM
8)Menjana Keunggulan Sahsiah Mahasiswa di IPTA: Melalui Pendidikan Agama sScara Berterusan
Pembentang: Mohd NAjib Taha, MPP USIM
9)Pembangunan Usahawan Siswa Menerusi Kes Perundinagn Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap enterprise kecil
Pembentang: Mohd Radzuan Rahid, MPP UKM
10)Peranan Universiti Dalam Pengajian Keusahawanan Dalam Konteks Universiti Utara Malaysia
Pembentang: Mohd Fathudin bin Aladin, MPP UUM
11)Baktisiswa Kajian Sosioekonomi Masyarakat Tempatan
Pembentang: Mohd Kamarul Aripin bin Kasmori, YDP MPP UMK

No comments:
Post a Comment