Saturday, December 6, 2008

Penang...aku datang.


Alhamdulillah...aku selamat sampai.Aku tengok Penang dah semakin maju, begitu banyak bangunan mencecah langit.Sebenarnya ini adalah kali ketiga aku berkunjung ke Pulau Mutiara ni.Dulu2 la ...aku pegi masa darjah 6 kut..lama dah kan, kali kedua pulak masa aku tingkatan 6 dan sekarang kedatangan ku mungkin berbeza kerana aku datang bersama keluarga pada usia 36 tahun yang kebetulannya juga masih berkaitan dengan no 6 Ok. So..memang misteri dan Jangan biarkan dirimu diselubungi misteri ya.ha ha. Tetiba aku ni...





Penang nih dah tentulah dikaitkan dengan pantainya yang indah.Aku sempat juga merakamkan saat2 manis di Pantai Batu Feringgi dengan keluarga. Tapi sayang tak dapat merasai keseronokkan mandi laut di sini kerana masa tidak mengizinkan.Cerita gambar di atas tu pula ialah tentang Ammar yang takut dan pelik melihat air laut. Lihat reaksi muka dia tu kan.Macam sedang berfikir la pulak aku tengok.





Lagi gambar aku and my hero di tepi pantai.Tak reti nak cerita lagi dah.Layan jelah...





Inilah gambar yang dapat aku ambil dari bilik kami...cantik kan.Rasa tenang sangat bila sesekali dapat menyaksikan saat matahari terbenam indah.Bila bangun tidur aje dah boleh melihat laut yang terbentang luas.Indahnya alam ciptaan Allah.Subhanallah dan Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk menyaksikan semua tu.

Thursday, December 4, 2008

Cuti-cuti Malaysia

Semasa korang baca entry ini, aku mungkin dah pun menuju ke satu destinasi percutian. Doakan semoga aku selamat sampai dan perjalanan ini dipermudahkan Allah. Mungkin aku masih boleh surfing...blogging..aku pun tak pasti. Yang pasti aku kini jaaaauh wo wo wo jaauuh...macam lagu Zainal tuu.... he he.Salam....

Wednesday, December 3, 2008

Sedapnya ice cream





Wokeh kawan-kawan...cara nak makan ice cream yang betul.
Mula-mula korang jilat dulu sesedap rasa nyam nyam........




Pastu colek 2 pulak dengan tangan lagi bertambah perisanya dan supaya cepat sikit comot muka dan baju.Jangan risau, kalau comot ummi leh tolong cucikan.Tulah dia....Nak ummi suapkan dia menangis...so aku biarkan ajer...

Inilah muka budak Ammar ni makan ais krim.

Tuesday, December 2, 2008

hujan yang mengundang lapaaar

Hujan turun dengan lebatnya,petir sabung menyabung...(itu aku tambah untuk menyedapkan cerita..heh heh)Deruan angin berirama merdu sekali.

Tiba-tiba krung...kreng ku dengar bunyi...rupanya ada perut yang kelaparan di dalam rumah aku nih...Adeh la...aku yang kemalasan sejuk2 diwaktu malam ni terpaksa bangun la plak.Ummi lapar la...memang dah agak pun.Padahal baru je makan nasi tu..Agaknya hujan2 ni memang cepat lapar ye...

Ok...menu yang pertama mestilah air pearl coco untuk ummi dulu...nantikan takde mood lak nak buat keje2 mengenyangkan perut lain tuh...See..betapa sedapnya air ummi tu kan.ha.ha.ha



Menu yang kedua...alah aku cuma gorengkan ketam je...nampak cam sedap dan memang habis licin tul.Hai....



Last sekali...aku goreng keropok kegemaran budak ni ..ala keropok sayur tu..nyam nyam.Ok korang dah makan tolong kemas yer...ummi nak berehat pulak.



Itulah end of the story hujan tadi...Adakah betul hujan mengundang lapar ni ha? Betul ke...aku yang confuse...Pelik...tapi benar.Pelik ke...he he

p/s~Pada kawan2 yang terkena tempias banjir dimusim hujan ni...harap jaga diri dan keluarga supaya tidak mengundang bahaya...nantikan sapa yang susah...mereka dan keluarga mereka juga yang susah.

Rajinnya dia...



Ammar yang rajin ok...ada gaya tak? Kalau ummi sibuk kat dapur inilah keje dia, rajin sangat membantu ummi menyepahkan lagi rumah.Mulanya menyapu lah tu konon....



Last2....tu dia, dah jadi macam tuuuuu la pulak....adik nih.

Anak-anak kita

Salam seme...sori la aku macam emosional sikit last n3.

Entahlah kadang-kadang manusia ni memang camtu kan...sebab kita ada hati dan perasaan.cewwaaah.

Lainlah kalau kanak-kanak..telatah bicaranya ,gelak tawa,tangis hiba dan lirikan senyuman mereka yang tersangatlah comel itu dah boleh membuat kita gembira.

Walaupun menangis... mereka mudah dipujuk.Berbeza sangat dengan orang dewasa kalau merajuk susah nak dipujuk.ha ha...betul ke? Keadaan pastilah berbeza bagi setiap orang kan.Korang pulak kalau merajuk macamana eeek? heh heh

Kalau kadang-kadang rasa tension melayan karenah anak-anak cubalah renung mereka semasa mereka tidur.Pasti boleh membuat kita tenang semula. Maklumlah kanak-kanak ni masih suci dan belum ada dosa lagi.

Tapi kalau dah tak boleh sabar tu..sentap juga kan.Ofcoz la sebab kita nak yang terbaik untuk anak-anak.

Mungkin ini adalah sedikit pengalaman untuk dikongsi bersama.Apapun setiap orang pastilah berbeza caranya kan.Yang pasti anak kita hanya kita yang lebih memahaminya.Cubalah memahami kehendak mereka....

Monday, December 1, 2008

Sepanjang jalan kenangan

Dulu-dulu kalau cuti dah tentulah aku balik kg aku ...tapi sekarang...

Aku pun tak tahu nak cerita macamana ye...yang pasti hubby selalu ajak tapi keadaan tu kadang-kadang tidak mengizinkan.

Yelah sekarang ni aku pun dah tak boleh mengulangi detik-detik indah cam dulu..

walaupun aku rindu sangat2...

Inilah yang dikatakan takdir mengatasi kehendak manusia.Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan semuanya...

dan aku kena terima dan redha....

Keluargaku kini hanya suami , anak-anak serta adik-beradik .

Aku harus kuat dan berdikari..walau kadang kala aku amat memerlukan tunjuk ajar dari mereka sungguh2 aku masih memerlukan mereka.

Aku sebenarnya rindu yang amat sangat...

Yang boleh aku lakukan kini...

Mengingati kenangan lalu dan hanya gambar menjadi pengubat rindu.

Mungkin aku dah biasa dengan keadaan ini tapi ... aku betul-betul rindu saat itu.

Aku sebenarnya sedang merindui insan yang telah tiada di dunia ini lagi.

Kehilangan yang amat menyakitkan bila ibu bapa telah pergi menyahut panggilan ILAHI.

Justeru itu...hargailah ibu bapa semasa mereka masih ada...hadapilah setiap detik dan waktu bersama mereka...kerna jika mereka tiada... tidak akan ada galang gantinya lagi.