Assalam semua...
Tetiba hari mengupdate blog sedunia.... tapi kan cam terkial2 jer nak menyusun ayat nih haha. Mungkinkah???Bilakah?????Dimanakah????????
Cerita alkisahnya dah lama.....cuti sekolah bulan 9 katanya tapi cam 2 bulan lepas tu ko rajin pun aci jer. Blog sendiri cerita sendiri syok sendiri (wakaka) apa ade kesah kan. Pengalaman pertama bagi anak dara sorang nih berkunjung ke Pantai Batu Feringgi,Penang. Macam asyik pulak dak qica ni tengok laut. Ammar biasalah aktiviti tersendiri. Tak peduli sapa dah dia.....
Ini pulak abang ayie dan qica...... apa yang qica tunjuk tu sayangggg....
Sempat jugaklah mandi kolam satu round walaupun mulanya agak takut2 qica. Bila abang Ammar g jauh jer dia nangis. Hishhhh la.....Ammar pun bukannya reti nak main dengan adik....tak salah dia jugak. Manalah best main kat kolam budak kecik....dahlah sempit...hihi
Keesokan harinya berkesempatan melawat bukit Bendera. Yang lawaknya tu pulak g waze ke bukit bendera jadi penunjuk arah ke bukit benderalah kan. haha. Terkejut gaklah jaga tu tengok kereta kami ni nak naik bukit bendera..Berlari keluar dia.....lurus bendul mengikut kata waze katanya haha. Rupanya carilah stesyen keretapi bukit bendera. Baru batul. Adooooiiiiii..... Apapun...tempat ni dah makin maju....dan cantik diberi nafas baru. Dulu tak macam nih...
Gitulah panjang lebar kan. Misi utama nak menghantar pengantin kaklong ni ha ke kg Penaga, Penang. Menyempatlah jugak berjalan2. Alhamdulillah....Edisi pengantin tapi gambar perantinnya takdelah pulak. Wink.....wink....
Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts
Sunday, November 1, 2015
Thursday, June 6, 2013
i-city Shah Alam
Assalam semua....
Cerita lama aci tak???? xixixi...Alkisah ummi yg duk berkicau kat telinga babah mengecek x habis ajak jalan kan. Terus babah ajak g sinun. Tujuan untuk bwk anak mandi kolam dan tengok snow ler kaedahnya kan . Pepun enjoy walaupun rabak poket. Masuk mandi jer seratus lebih kut pastu masuk snow walk pun lebih kurang camtu gak.
Bagi aku oklah rasa sejuk sempat kabus kat mulut gitu. Ko ado??? Kadang-kadang rasa cam duk dalam peti ais pun adooo haha
Qisya dress lah sgt masa abang2 duk mandi kolam.Over ummi okeh!!!! haha |
Qisya yg masih kecik duk senyap jer pejam mata. Cepat2 ummi keluar takut pengsan ke hape kan rupanya tidur. huhu |
Ini kat ruang legar kalau rasa dah beku duk situ ok! |
Ayie sebagai cameraman so xde gambar dia |
Sekuntum bunga dikelilingi kumbang hihi |
Labels:
vacation
Wednesday, May 29, 2013
Long the way....Terengganu
Alangkah cantiknya pantai di Erengganu nih kan |
Assalam.....
Mr Suami mengajak balik Kelantan ikut Kuantan la pulak kali ni. Aku ok jer, duk kuantan satu malam duk kuala Terengganu pulak pastu. Lagipun dah senja nak teruskan badan pun dah letih. So apalagi bermalam jelah dan malam tu sempat berekspo la dan balik bilik fengsannnnnnn!!!!!!! Letih sangat masa jalan2 tu takde la rasa letih. Hurm.... biasa ler tu. hehe.
Masa nih duk makan nasi dagang ok
Senja di kuala Terengganu.....Subhanallah |
Labels:
vacation
Wednesday, December 28, 2011
Dari Cherating, Kemaman terus ke Kerteh, Terengganu
Assalamualaikum.......
Edisi ganulah pulak, masa ni tak merancang pun nak meronda kat rumah kawan yang bernama kak yah ni sampai kat kerteh. Tapi disebabkan perjalanan dari cherating ke Kemamang( sila baca kut slang ganu kiter ye) ekeke..... adalah hujan sokmo gitu so hajat nak ke zoo kemaman tak kesampaian. Teruskan perjalanan ke Kerteh rumah sahabat nih.
Inilah pemandu pelancong ke sana tapi sayang pemandu pelancong pun tersesat gak, haha. Maklumlah baru sekali pernah datang. Biasa la tu kan Pn Razifah..... hikhik
Sampai jer kat rumah sahabat rupanya duk tengah bersilat kat dapor, ala menyusahkan jer, tapi masakan k.yah memang superpppp terutama kari ikan merah yang tak letak santan tuh!FUHHHH...... Nampakkan dalam periuk tuh, aku tuh adalah lakonan semata-mata okeh...benarnya hanya k.yah yang masak.haha.
Ok, kak yah nanti kita datang lagik yer........ngeeeeeeeeeee
Labels:
vacation
Friday, December 23, 2011
Edisi kuantan dan ganu kita
Assalamulaikum...
setelah otak berhempas pulas arituh peksa bagai nak rak, mana lagi proposal kena reject buat semula, dan tu pulak laptop rosak, rasa cam nak nangis jer. Dahlah blur je pasal prpppsal tu.... Ya Allah, tuhan je yang tahu.Request dengan en babah nak pergi jalan juga. So dapat la dak Ammar mandi kolam. Sukalah tu
Sessi berenang dengan babah. Tak sangka lak anak-anak pandai berenang rupanya..
Suka bila tengok anak happy...
Ok... nanti sambung edisi jejak kasih ganu kita... kalau rajin ler
Labels:
vacation
Wednesday, December 21, 2011
Thursday, September 15, 2011
Rindukan pantai...
Assaamualaikum......
Serius aku rindu saat dan waktu di sini....
Saat dan waktu di sana...
Dan jugak di sinun........
Lama rasanya tak mendengar deruan ombak.....
Memijak pasir putih yang halus...
Bermain air laut di pantai.....
Melihat kegirangan anak-anak mengejar ombak....
Membina istana pasir.....
HURM....
Serius aku rindu saat dan waktu di sini....
Saat dan waktu di sana...
Dan jugak di sinun........
Lama rasanya tak mendengar deruan ombak.....
Memijak pasir putih yang halus...
Bermain air laut di pantai.....
Melihat kegirangan anak-anak mengejar ombak....
Membina istana pasir.....
HURM....
Labels:
vacation
Sunday, September 11, 2011
Bandaraya Ipoh
Assalamualaikum semua.....
Sekitar bandaraya Ipoh yang telah menjadi pilihan lensa nokia c3 mektie blogspot.C3 jer?????? Haha....Itu jelah pun lensa aku tiap kali bern3. huhu.Tidak ler ada dslr bagai ko, jadilah kut....
The Birch MemorialSekitar bandaraya Ipoh yang telah menjadi pilihan lensa nokia c3 mektie blogspot.C3 jer?????? Haha....Itu jelah pun lensa aku tiap kali bern3. huhu.Tidak ler ada dslr bagai ko, jadilah kut....
Ini pulak masa nak pergi solat kat masjid Sultan Idris Shah II di bandar Ipoh, cantik sangat masjid lama nih,Yelah dari tahun 1967 lagik lamala kan. Aku pun takde lagik masa tu.Siap ada air cond dan bersih semualah. Dari tempat solat hinggalah tandas dia. Memang aku puji.Aku rasa aku masuk ikut gate belakang kut sebab tu tak nampak jelas kubah masjid. Maklumlah jalan pun pakai hentam jer.....huhu
Perpustakaan Tun Razak.Oklah tu jer n3 cuci mata di Ipoh sebab apa hanya begitu, sebab aku dan family hanya duk dalam kereta sajes.Hehe. Liputan kemain lagik kan, biasa diaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!Lepas tu balik ikut KL lak sampailah sesat barat sebab nak cari apa yer????????jeng....jeng...Motif pergi Ipoh next n3 k.........Cewah2!
Labels:
vacation
Wednesday, December 29, 2010
Bunga Lavender, Hidragea,Roses @ Cameron Highland
Assalamualaikum semua....
Sesuatu yang berbunga dan berseri ada di sini. Apakah yang berseri itu????? Sah-sahlah bukan aku ok, bunga-bunga yang ada kat Cameron Highland inilah yang berseri dan telah berjaya membikin hatiku berbunga2, umpama dalam hati ada taman............GITU.Dalam banyak2 bunga yang inilah paling cantik sekali, aku tak ingat nama bunga nih, ala2 nama saintifik gitu. Tapi tak beli pun sebab mahal.Dalam belas ringgit rasanya satu pasu.CANTIK kan?????
Inilah antara bunga yang berjaya mencurik pandangan mata hitamku, Lavender, hidragea dan rose. Bunga Lavender tu dah aku angkut 2 pasu RM10, hidragea tu aku memang nak beli tapi mahal sikit dalam RM8 satu pasu. Kalaulah aku ada duit memang dah rembat juga, tapi kuat semangat lagi.Dah sampai Bentong teringat-ingat.............huhuhu
Masa ni kat Rose Valley, punyalah cantik..........Banyak bunga macam-macam jenis dan warna. Posing lagi aku kat sini, memang tak jemu mata memandang. Kalaulah rumah aku penuh bunga-bunga macam nih.............
N3 Cameron Highland berakhir di sini. Sampai bertemu di lain percutian kalau ada rezeki,masa dan kesempatan...........Insya Allah.
P/s~Asyik2 gambar aku jer kan, aku nih sebenarnya jarang sangat nak post gambar sendiri, kali ni apa boleh buat aku tak mahu melepas peluang bergambar dengan bunga-bungaan yang sangat indah.
Labels:
vacation
Tuesday, December 28, 2010
Stawberry and Cactus @ Cameron Highland
Assalamualaikum semua...
Lagik2 n3 CH, hahaha.... Buat kenangan aku jer, bukan apa pun. So harap jangan bohsan dengan cerita makcik nih yer.Baru nak tanya2 jer harga Strawberry tu, dalam pada tanya tu angkut 2 paket.Huhuhu............
Masih lagik kat tempat strawberry, tapi aku lupa apa nama tempat dia. Maklumlah cerita pun dah lama kan. Layan gambar pun oklah yer my friends.............. Agak tempat bajet cantik jer, bergambar.GITU........Hehehe
Ummi, babah dan Ammar kat cactus la pulak, kaktus ni besar pada kepala orang pun ada, macam bentuk, duri dan warna. Tapi aku tak beli pun. Cuci mata ajes.....Barulah save budget, huahua.
Layankan aje gambar anak-anak, asal diorang happy bercuti pun bukan selalu.OK!!!!!!! SENYUM semua... Tapi tulah entah napa ayie tu cam terlebih gula senyumnya je aku tengok.
Babah nak bergambar kat pokok tomato, nampak kan kat belakang tuh buah tomato yang sangat segar. Teringin jer nak petik, makan huhuhuhu.............
To be continue k..............ahaks!!!!!
Labels:
vacation
Monday, December 27, 2010
Percutian di Cameron Highland versi Teh Boh
Assalamualaikum semua.....
Sebenarnya dulu pun aku dah cerita pasal percutian ni kan, tapi tak sempat nak upload gambar sebab lepas tu terus balik kg. Bila dah namanya balik kg so surf internet tu adalah takde la..... Walaupun dah basi cerita lagi, aci tak??????Hikhik.
Bergambar kat Ladang Teh Boh Sg Pallas, tapi tulah masa aku pergi tu hari isnin tak bukalah pulak.So kalau nak jalan jangan pergi hari isnin tau. Frust jer....... Bergambar jelah kat sini.........Cuaca tak panas best, Sejuk jangan cakap la suhu paling rendah 17 darjah wei......SEJUK!!!! Tapi sukalah sejuk kan rasa macam kat luar negeri pulak, kalau ko nak rasa panas baik takyah pergi Cameron... Tak gitu????Bila bernafas kuat sikit ada cam kabus kat mulut...........Hahahahaha. Ala-ala jakun sekejab.HIKS.
Cameron Bharat Valley nih tak turun pun, bergambar kat tepi jalan jer, waktu ni baru sampai belum pun naik Brinchang pun lagik. Dari jauh dah nampak ladang Teh dan ramai pulak orang berhenti kat tepi jalan so aku pun cam nak tahulah kan, berhentilah jugak. Ambik angin dan tengok view yang sangat cantik.Tak rugi.....Bagi siapa yang belum pergi tu bolehlah bila-bila bawa family ke sini.Cari pengalaman kerana bagi aku sendiri pun adalah pengalaman yang baru.
Oklah, cukuplah n3 versi boh yer.....Nanti versi lain la pulak. Hak hak hak.
Labels:
vacation
Subscribe to:
Posts (Atom)