Tuesday, August 31, 2010

Merdekakah kita???????

Salam semua.......
Agak lama tak berbicara kat blog sendiri, aku kesibukan sikit sekarang nih.Bila tiba jer bulan puasa rasa aktivitinya adalah untuk keluarga jer kan, tambahan lagi final exam untuk sem ni pun dalam bulan puasa juga haruslah aku menyibukkan diri.

Inilah cabarannya buat seorang ibu, isteri dan guru bergelar pelajar kembali, bila exam jer terpaksa berjaga malam sampailah waktu nak exam kul 2 petang.........huhu. Kalau nak baca siang pulak asyik nak bergaduh dengan si pengacau no 1 tu AMMAR.Daripada asyik marah anak aje baiklah aku study waktu anak2 dah tidur.

Pergi peksa cam orang mabuk ketoyong.....hahaha.Mata rasa letih, senak,pedih tapi yang peliknya dalam kereta nak peksa tak boleh titon......Hati tak senang maaaaaaaa....huhu.Dalam hati tu cuma kata kuatkan semangat, orang lain tu boleh jer.....

Masa peksa lak macam biasalah aku, menjawab tak hengat punya, tak sedar dunia!!!!! macamlah aku sorang jer duk dalam dewan tu.Masuk dewan lak tu orang yang paling last, duk menghafal bagai lagi hingga ke minit terakhir,wakakaka.Sah2 la ko dapat tempat duduk kat depan.Sedar2 masa nak keluar tu tengok kawan aku semua dah keluar rupanya.Yang aku ni menjawab macam tak cukup masa.Menggoreng sampai rentong la kaedahnya, ikut kehendak soalan ke tidak janji kertas jawapan cantik dan PENUH.Baru aku puas hati........

Jadi sempena hari kemerdekaan ini aku adalah merdeka ok......Rasa terharu lak, kemerdekaan yang berganda gitu...... Walau pun aku tak wujud lagi masa negara kita mula2 merdeka dulu tapi aku sebenarnya rasa amat berbangga dengan usaha pemimpin2 dahulu yang hasilnya kitalah menyambung warisan yang dapat menikmati keamanan dan kemerdekaan hinggalah ke hari ini......Aku bangga menjadi rakyat Malaysia!!!!

MERDEKA!!!!!!!MERDEKA!!!!!!!MERDEKA!!!!!!!

P/s~Minggu depan dah kena ambik modul yer.....Bermulalah cabaran di sem 4.huhu.

Thursday, August 19, 2010

Tomyam seafood...

Salam semua.......
Wah!!!!!!!Cam bila tiba jer bulan pose hari2 duk tanya hari ni nak makan apa jer kan, dalam kepada otak tuh penuh variasi dan imaginasi.......wakakakakaka.Boleh gitu????

Menu hari nih adalah menu yang aku google aje kat tenet sebab tak pernah buat tomyam seafood nih, Alhamdulillah......ibarat kata ayie.....SEDAP umi( Motif besarkan perkataan sedap?????) hehe.................Anak-anak request nak makan dengan bihun, so aku layankan aje kanak2 yang sedang berpuasa nih.......Babah dah mestilah nasi, makanan ruji katanya hiks....
Menu kedua.......Telor itik goreng dadar, rasanya agak lain sikit dari telor ayam tapi bagi aku oklah, aku kalau masak tomyam mesti ada telor dadar baru ngam......Korang camner yer??????
Akhir sekali adalah pengat pisang ajer..... Pisang dah ada, pengasuh Ammar bagi dah dua hari baru nak masak...........huhu.

Oklah ....... itu aje Menu masakan yang pertama di bulan puasa ini dibawakan dari Mektie.blogspot..... Hehe.

Wednesday, August 18, 2010

Jom mencuba...

Salam semua.......
Sajer nak berkongsi resepi aku aku ambil dari sweet@Recipes Gallery.
Bahan semua dah siap beli tadi, tinggal nak masak jer.....
Harap2 menjadilah tomyam seafood aku.......hehe.
Kalau nak cuba klik kat SINI
Resepi Tomyam Seafood (Pok Tek) | Kategori
: Sup dan Tomyam |


Bahan-Bahan

Untuk 5 orang makan
Ketam 2 ekor
Udang 20 ekor - buang kulit dah belah tgh bahagian dlm
Sotong 5 ekor - belah 2 dah hiris pangkah sikit supaya bergulung cantik
Jagung muda
Kobis bunga
Lobak merah
Tomato

Bawang besar 3 biji - hiris
Bawang putih 3 biji - ketuk pecah
Halia 1/2 inci - ketuk pecah
Lengkuas 1/2 inci - ketuk pecah
Serai 3 batang - titik
Daun limau purut 4 helai
Asam keping 2 helai
Limau nipis
Cili padi 10 biji
Paste tomyam 4 sudu
Tomato puri 4 sudu
Daun ketumbar - untuk ditabur
Garam secukup rasa

Cara-cara
Didihkan air di atas periuk. Masukkan paste tomyam & tomato puri. Gaul sebati dan terus masukkan bawang, halia, asam keping, lengkuas, cili pagi & serai. Terus ejas rasa - Masam/masin & pedasnya. Agak-agak puashati baru masukkan ketam, udang & sotong. Kemudian daun limau purut, tomato, lobak merah, bunga kobis & jagung muda. Sambil2 tu rasa lagi kuah tak tambah lagi apa yg patut sampai sedapp!! Bila sayur pun dah masak matikan api. Sendukkan ke mangkuk hidang dan taburkan daun ketumbar yg telah dihiris tak lupa picit sikit limau nipis utk patinya! Siapp!!!! Aromanyerr.. fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!

P/s~JOM kita memasak......hiks.

Saturday, August 14, 2010

GA dari MRS Nor ....Jom ler ramai2....

Salam semua.....
GA lagik katanya hiksssssss............. Dari kak Nor yang jauh nun di Kelate. Asal ada GA adalah muka aku walaupun tak pernah bertuah pun, hua hua hua. Tapi disebabkan MRS NOR yang telah bermurah hati sempena bulan ramadhan lak tuh, eloklah sangat kalau kita semua beri sokongan moral pada GA nih........ Tak gitu???????Bernasib baik atau tidak terpulanglah pada rezeki masing-masing kan...........................

So sapa yang berminat nak join bolehlah klik DI SINI yer.

Tuesday, August 10, 2010