Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru 2009

Pejam...celik...pejam...celik.
Jejak langkah di tahun 2008 telah pun ditinggalkan.
Alhamdulillah, syukur... aku masih di sini.
Masih diberi kesempatan berteduh ...walau...
Macam2 telah aku tempuhi dan macam2 juga telah aku pelajari.

Pejam...celik...pejam...celik... ( jangan pejam terus ye ekeke ).
Melangkah masuk ke Tahun 2009.
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...
Moga aje aku dan keluarga dapat melangkah lagi.
Penuh hikmah, bahagia dan penuh bermakna.

Aku dan Keluarga ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada
semua teman2 blogger,rakan2 seperjuangan dan silent reader
( heh heh ada ke????? ) yang sudi berkongsi kisah
dengan insan yang bernama aku....

"HAPPY,HAPPY,HAPPY NEW YEAR "

P/s~Sambutlah tahun baru dengan penuh rasa kesyukuran, harap kita tak terikut2 dengan cara orang barat menyambutnya. Ikhlas pesanan dari penaja....ops.heh heh

Tuesday, December 30, 2008

Bila aku terpaksa..

Aku ni memanglah tak pandai menilai dan aku juga tak boleh senang-senang nak menelah hati orang lain. Aku bukan sengaja nak menyusahkan hidup sesiapa. Cuma kadang-kadang atas sebab tertentu aku terpaksa meninggalkan kewajaran aku terhadap tugas la pulak.

Bila dah terlalu banyak alasan ... aku lebih suka mendiamkan diri dan berlalu sambil berkata... Takpelah. Ah! kadang2 rasa cuak juga... tambahan lagi bila melibatkan soal anak. Yelah aku cuma memikirkan anak, bila anak aku dijaga dengan baik. Aku pun dah cukup berpuas hati.

Kalau saja aku tidak berkerja... tentu aku boleh laksanakan semua tugas, tanpa menyerahkan anak ke tangan orang lain. Itupun kalau lah kan. Tapi realitinya tidak macam tu..

Tak aku nafikan pengasuh.... opps... aku dah tersebut la pulak...Agak2 la kan , mana tahu kalau dia terbaca lak blog aku ni haha.

Dia memang baik dengan Ammar... aku puji sikapnya, tapi tulah... kadang-kadang aku tak faham tentang tingkah dan maksud kata-katanya. Mungkin apa yang dikata tu pulak tak sama dengan apa yang ada di dalam hati kut, aku pun agak je, Entahlah... Atau aku yang emosi.. dan aku hanyalah insan biasa.

Yelah... sebagai guru ada masanya aku terpaksa hantar anak diluar waktu sekolah, maklumlah cikgu ni tugasnya tak tentu juga masanya. Bila nak bagitahu yang aku kena pergi mana-mana diluar waktu sekolah memang lah berat sangat mulut aku ni... tak tahulah kenapa. Aku pun kalau boleh tak nak lah ganggu masa rehat orang lain kan.

Tapi tulah.... aku terpaksa, demi tugas......

Psssttt

..................salam.......................
.....bla.......bla.........bla......bla...........
................................................
......esok ada meeting lagi laa......
.....psssttt....dengan GB baru tu......
Korang jangan nakal tau nanti kena bambu hihihi
Ucapkan welcome kepada GB
Sama2 kita memajukan sekolah kita
E.. Eh aku pulak jadi Guru Besar nih
Ops......sori , over ok.
Jangan prasangka sebelum mengenalinya.

Monday, December 29, 2008

Tag by Jivebumz

tagged by : Jivebumz

Three Things That Scare Me :
1. Mati... bayangkan duk sorang2 dalam liang lahad.
2. Menghadapi kematian orang yang tersayang... masih lagi soal mati.
3. Kodok... @ katak... heeee aku geli la

Three Peoples Who Make Me Laugh
1. Telatah 5 hero la .... kenapa 5 lak ye,rasanya cam 4 je, yelah my hubby la ofcoz..dan terutamanya sikecil Ammar.
2. Adik beradik...bila kumpul ramai2 mesti ada lawak2 manja gitu.
3. Pk koku sekolah aku... lawak tau, tiap kali meeting mesti gelak sakan dan rakan sekerja.

Three Things I Hate
1. Orang yang pentingkan diri sendiri.
2. Ibu bapa atau penjaga murid yang sombong.
3. Orang yang tak setia.... heee mencik tau.

Three Things I Don’t Understand
1. Bila kita buat sesuatu tapi orang lain yang dapat nama.
2. Cerita hantu... tak faham la sebab aku takut nak tengok.
3. Perangai manusia yang tak sedar diri, buat salah tapi masih buat deeeek je. Tak faham...tak faham.

Three Things I Want To Do Before I Die
1. Beramal banyak2.
2. Pergi menunaikan haji di mekah.
3. Melihat anak membesar dan berjaya.AMIIIN.

Three Things I Can Do
1. Mengait dan menjahit... sikit2 la
2. Menguruskan diri dan keluarga. kadang2 haru biru juga but still survive...
3. Teach student ofcoz.

Three ways To Desrcibe My Personality
1. Pemalu hahaha ... tapi ramah dan mesra ( boleh ke camtu ar)
2. Sensitif dan suka memendam...walau kadang meletup gek hihi
3. Mudah marah dan mudah melupakannya.

Three Things I Can’t Do
1. Kita sama la..... tak boleh tahan menangis bila tengok cerita sedih. Sekarang ni anak aku lak macam tu, walaupun boy
2. Sabar bila anak buat salah.
3. Straight forward... aku ni banyak memikir laaaa

Persons I Want To Tag
1.Siapa2 jelah nak buat ye... aku tak boleh memikir lagi sebab aku dah pening lalat jawab tag nih.

Ha... Jivebumz akak dah berjaya jawab tag ni ye.... macamana??? Ok....

Selamat menyambut Maal Hijrah 1430

Salam Maal Hijrah 1430
Salam Maal Hijrah 1430
Salam Maal Hijrah 1430
Berhijrahlaaah,
......... kepada lebih baik...........
......... kepada lebih sempurna...........
Ingatlah....... walau dimana pun kita, masih berpijak di Bumi ALLAH, masih Berlindung di Langit NYA juga...
Bersyukurlah kerna kita masih diberi peluang itu
Untuk tahun2 yang mendatang...
Perbanyakkanlah Amalan menuju ke Alam yang kekal abadi DISANA.
Semoga kita semua akan mandapat keberkatan dan perlindungan daripada YANG MAHA ESA.

Sunday, December 28, 2008

Tag by adik meen dan ofcozlah untuk aku...

Suka-suka duk jalan kat blog adik meen kan tetiba ahaks... Kena tag la pulak. Apa pun akak akan buat ok, sila kagum dengan akak ye... hehe

Find a safe quiet place free of significant other, nosey meme makers, priests, nuns, all things religious and men in general.

Agak2nya kat bilik kut... sebab tak pastilah, haha ada juga jawapan camni, bolehlah... cuma kadang-kadang masih ada pengganggu 4 hero nih, terutama sikecil ammar tu... mana boleh hilang ummi dia. ADEEEH la...

Take a photo of your handbag and the contents plus photos of your working cabinet and work station



Macam pernah tengok gambar ni, tapiiii... dimana ya???? hahaha. Ini kira yang terbarula kan ... adik meen kan. hiks. Memang besar lah.. sama lak citarasa kita meen, bag besar ni senang nak letak banyak barang tau. Jadi ok lah.

Kerja yee... em tempat kerja ok. Eh!!! cutilah, Pegi sekolah takde lak snap gambar. So kalau work station kat rumah ok tak? Layan blog pun bolehlah kan akak rasa kerja juga tu...kan. Berfaedah apa, Setuju tak? mesti korang pun setuju kan. So di situ lah akak selalu layan blog kawan2...

Be brave and explain to your fellow bloggers what lurks inside the handbag

Barang yang selalu ada dalam bag tu.... tulah dia. Ada wallet, beg aksesori( banyak ke? bolehlah tahan haha) jam, HP, lipstik...walau tak pakai pun sebab aku suka beli je dan kadang-kadang kena sumbat ngan pampers serta botol susu Ammar juga ... kesian beg tu kan. Itu je kut...

What is the most important thing in you handbag?

Semua yang aku tulis tu penting, walau kadang tu terlupa nak bawak Hp hihi dan tertinggal wallet pun pernah jugak...hai haru betul aku ni.

What is the most embarrasing thing in your handbag?

Sama dengan jawapan meen... tiru jelah sebab memang betul pun..... tut wanita hihi

What is the smallest thing in your handbag?

Betul tu...syiling.

Is there anything illegal in your handbag?

Takde kut...

Tag other who might want to embarrass themselves.

Ahah!!!! Aku nak tag..... em takpelah, sempena maal hijrah ni aku baik sikit eek. Tak yah lah kut. Tapi kalau siapa2 yang tak pernah buat nak buat , boleh... buat jelah.

TQ kepada meen sebab ingat kak tie ye yang.... kak Tie harap meen puas hati dengan jawapan ini. Ok.

Sekadar renungan bersama...

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

  1. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  2. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  3. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selep
  4. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  5. as Maghrib 3 kali

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  13. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Saturday, December 27, 2008

Hai senangnya dalam hati

Suami kata... Joooom jalan.... sukalah aku terus suruh anak-anak siap2 cepat sebelum dia tukar fikiran heh heh.
Masa ni, cik abang sedang isi minyak kereta ... ummi n ammar sempat ambik gambar lagi tu... hehehe. Kan kata kebosanan, so suami ajak ikut dia pergi ambil Modul study dia lah.



Pastu boleh lah menyinggah kat rumah my sister yang baru je berpindah ke rumah yang dia beli.
Ha...gambar tu kat dalam rumah dia lah... baru je sampai ni, Ammar pun tak letak beg lagi terus makan dulu.




Layan gambar Ammar naik skuter, motor n basikal... suka betul dia sampai tak tahu nak naik yang mana satu, pening pulak aku tengok....



Bila dah ramai2 ni macam tu lah, bersama sepupu2 duk main kat depan rumah. See banyak kotak2 yang belum dikemaskan lagi... dan aku datang pastilah bukan untuk tolong mengemas he he... datang makan pulak tu.... Haih. Gambar tu ammar sedang main cak..cak dengan ikhwan. So sweet... Ok itu aje kisah aku di hari sabtu ni....

Aku sediiiihh sangat...

YUUUHUUUUU!!!!!!!!!!!!!!!

Salam semua....

Ada ke yang ketuk pintu ni...

Apa???????? Adaaaaaaaa..... silakan.... silakan

Sila layan aku yang kebosanan.... aku .... tengah..... takde idea nak hapdet laaaaaaaaa.

Toooolooooooon.... tapi kan....... masih nak surf dengan you all.

P/s~ Sori kalau ada yang terlayan sengal aku hari nih. Aku amat menghargainya.... idea oh idea datang lah. Ha ha ha.

Friday, December 26, 2008

Kreatifnya diaaaaaa...



Apa tu????



OOOoooohh... box serba guna rupanya ( aku buat bekas simpan mainan Ammar ).





AIKKKK!!!!!!!!!..kwang ..kwang..kwang

BOX BUAT SIMPAN AMMAR JUGA KEEEEE.... HA HA. Adik... Adik.

Mainan tah kemana, dia pulak duk dalam tuh... tak menjadi jugak misi aku nih.

Ammar tetap Ammar... identiti tersendiri he he

Thursday, December 25, 2008

Inspiration Friendship

Aku duk surf kat blog watie dan terbaca lah n3 nih..... kena hangkut ini awards ke blog sape2 yang membacanya. So untuk tidak menghampakan my friend, kak tie ambil ler award ni ye watie....



Friendship Award



Inspiration Award

okey watie TQ… seperti biasa awards nie aku kasik kat......

1.Azie

2.Erinsza

3.Ijah

4.Kak lela

5. Juga pada siapa yang baca blog aku nih

Sebab aku suka berkawan dengan korang dan TQ kepada yang sudi menjadi kawan aku di alam siber ini..... Aku amat menghargainya.


Wednesday, December 24, 2008

Berdikarikah itu??????

Lately, ammar nih dah mula berdikari.... sebab apa aku kata macam tu:

1. Tak mahu disuap lagi ... walau aku cuba buat macam helah pun tak jalan juga. Penyudahnya dia sepahkan semua makanan dan badan makin kecil. Kalau aku suap juga dia akan pejamkan mata.

2.Mahu mandi sendirian... sibuk berebut getah paip dengan ummi dan last2 mengamuk dan menangis...adeh.

3.Mandi mesti lama sehingga dia puas hati... kalau tidak menangis dan terbaringlah dalam bilik air tu. Adik nih....

4.Pakai baju sendiri walaupun tak berapa nak reti. Haih....

5.Kadang2 berjalan di mall tak mahu dipegang. Dia mahu berjalan sendiri kalau kita pegang tangan dia akan duduk la plak.

6. Kalau nak susu... dia akan cari botol susu dan bagi kat aku, tarik tangan bawa ke dapur.

7.Dah pandai buka dan tutup TV sendiri.

8.Boleh bawa beg sekolah bekalan susu dan pampersnya ketika berjalan. Ahaks.

9.Kalau tak dapat apa yang dia nak dah pandai merajuk dan mengamuk. Susah...susah. Ikut perangai sapa la tu eeekk. he he.

10.Suka berebut mainan ketika ada kawan sebaya datang dan nak main mainan dia... walaupun mulanya dia tak teringin pun nak main.

11.Pandai sebut Babah,ummi,abang , cat, ball, bye bye, give 5( versi ammar fai...je) haha, nak.... dsb.

Kesannya.... badan dah mula kecil balik sebab makan tak masuk dalam mulut pun. Hari2 haru biru kerana Ammar sekarang mahu berdikari ok....ADEEEH.

P/s~ Ammar tengah menangis sebab nak tidor tapi ummi dia masih sibuk surf lagi. Nak kena ummi nih...ha ha.

Fikirkan boleh!!!

Entah kenapa sejak balik dari sekolah rasa cam jamd kepala hotak aku ni. Dah mula memikirkan macam2 hal yang perlu dilakukan. Kat meeting tadi pun tah apa2 aku.....cam bluuuur je. Susah nak masuk line la plak . Asyik tak clear je aku nih. apahal....

Tulah, cuti lama jadi sengal semacam je. Adeh.... memula tu aku jadi guru kelas 1 s... pastu tetiba ubah pulak 2 s. Apa2 jelah, aku ni bukan kaki komplen, kepoh kat blog ada lah. haha. Malas nak banyak songel... lagipun kadang2 x dilayan pun, tu yang serik sangat. Lagipun siapalah aku ni. MULA DAH.....

Ah tak kisah lah. Janji aku buat kerja aku ok. Lama dah aku rasa santai di rumah, baru meeting pertama dah rasa sendat kepala aku nih. Hai.... syukur.... syukur alhamdulillah ( pujuk hati sendiri ok) Harap korang tak bosan layan cerita aku yang baru nak masuk sekolah nih.... heh heh.

Misi sudah bermula, perjuangan mesti diteruskan .... Aku BOLEH! Boleh! cewah, tetiba je...

Tuesday, December 23, 2008

Di pagi yang hening

Tttuuuutt...tut...tttuuuut...tut.

Reminder dari hp aku berteriak.
Ada panggilan tugas rupanya.
Esok aku secara rasminya udah mula kerja.
Meeting yang pertama gitu...
Wajib bagi semua guru hadir dan semestinyalah termasuk aku.
Adeh... apa pulak tugas yang menanti aku tahun depan eekk.
Back to school yeah.
Aku kena ubah rutin dan mesti bersemangat tegar untuk menyahut cabaran dan tanggungjawab demi untuk nusa dan bangsa.
Cewah. Sila bagi semangat untuk diri sendiri yer. ha ha.

Aku yang TERUJAA


Memang aku teruja, aku mahu kongsi berita gembira ini dengan korang semua.Yeszaa!!! akhirnya aku berjaya juga mendapatkan Hand Bag seperti yang aku idamkan selama ini. Ala yang mengikut trend sekarang ni iaitu simple dan besar.( mengikut trendkah aku, haha ) Cantik tak???? Sila kata cantik ok. Hiks.

Jenama??? aku ni jenis yang tak kisah sangat jenama2 ni... janji aku suka. Tapi tulah dalam pilih2 yang potongan 70-50% last2 aku TERBELI yang 20% aje less daaa. Nak buat macamana kan. Bila hati dah sokaa.

Apa salahnya sesekali berbelanja untuk diri sendiri kan.Walau agak memikir panjang juga... Apa tidaknya, untuk memilih satu Hand bag aku mengambil masa 2 jam. Ammar sempat juga mengamuk 2X. Tapi ah!!..aku tetap beli juga. Duit boleh dicari mar...takut tak tidor malam kang aku duk teringatkan bag kat sogo ni pulak. Ha...siapa yang susah...heh heh.

Pssstt... Sogo tengah offer sampai 4 jan nih... apakata korang pergi serang cepat. He he tolong promote la plak.

P/s~TQ kepada my Hubby kerana sanggup menuruti kehendak ku walau pada mulanya perjalanan dari Putra jaya sesat barat sampai ke Puchong...namun sogo tetap ku temui. Ahaks.

Monday, December 22, 2008

Urusan yang tertunda

Aku ni sebenarnya ada urusan yang belum selesai kat putra jaya .Masa sibuk kerja dulu.... tak dapat nak pergi menguruskan urusan di pejabat kerajaan ni sebab aku kerja la kan. So ingat masa cuti ni la nak uruskan semua tu... tapi tulah, cuti dah nak habis pun masih tak pergi jugak. Aduhai... Minggu ni suami bertugas pulak kat sekolah... kalau sempat nanti hari ni aku nak pergi . Itu jelah yang aku nak cerita. Harap korang tak bosan lah layan celoteh aku kali ini. Entri ni aku namakan celoteh di pagi isnin.... aci tak?????? arrggghhhhh.

Sunday, December 21, 2008

Shopping


Ha!!!! ni la dia barang 2 yang aku beli untuk persediaan sekolah tahun depan. Banyak kan... Agak2 berapa la duit aku yang habis ye... he he he.

Bukan suka-suka nak menghabiskan duit, anak aku yang kembar tu kena pakai baju putih tangan panjang pulak tahun depan so dah mestilah kena beli. Beg sekolah pulak memang dah rosak.. hai anak lelaki memang camtu belum lagi bab kasut ni. Nak beli tu pun mestilah tengok dan banding harga dan kualiti dulu, banyak berjalan juga lah nak dapatkan yang baik. Tambahan dengan Ammar lagi. Mujur juga dia tak banyak ragam.

Jalan-jalan kan , tiba-tiba ...... suspen ok, em ... ada ... ada expo pulak dah????? A ha, apalagi aku pun round lagi , sempat lak tu rembat tikar buluh he he. Ala ... takkan tak perasan kut , dalam gambar di atas tu kan ada.ha ha. Sempat lagi tu nak tunjuk. Aku beli yang kecik je untuk di letakkan kat meja kopi aku ni ha.

Ok, Tips agar tak terbeli barang yang tak perlu.... Aku lah ye
a.Noted barang yang kita nak beli...atau pun wajib beli.
b.Check dulu baju sekolah yang kita beli tu ada disediakan butang yang lebih dan jahitan butangnya kemas. sebab kalau tercabut butang tu boleh jahit balik.
c.Pastikan Penyangkut seluar tu padan dan tahan ok... supaya dia tidak mudah tercabut... maklumlah kalau guna mesin basuh... cepat rosak.
d.Pergi hanya kedai yang ada keperluan yang hendak dibeli sahaja ok, jangan jadi macam aku yang meronda ikut kaki dan terbeli barangan not in the list. ha ha.
e.Pastikan perut kenyang supaya takde yang meragam dan boleh mengganggu kelancaran Shopping. Tapi tak semestinya makan pizza ha ha .
f.Kepada yang ada anak kecil sila sediakan keperluan baby secukupnya supaya anak suka dan ibu boleh senang hati shopping.
g.Last.... peduli hape dengan tips... ikut aku la nak shopping apa .. duit aku ye tak. Sibuk pulak dengan tips2 nih.. ha ha. Duit aku punya mar.....

Saje2 untuk di kongsi bersama pengalaman shopping baju anak setiap hujung tahun. Pada yang belum ada anak sekolah tu sila dengor cakap kakak ko ni yeeeeee...... heh heh. Jangan mare.

Saturday, December 20, 2008

Pizza Hut...yey yey


Jom pegi Pizza... aku yang ajak yo, bukan anak2 aku... haha. Terjumpa kedai tu masuk jelah kan. Tak baik tau kalau tak masuk.... nanti sapa lak nak makan pizza dia heh heh. Tuuudia, sedapkan sup dan pizza tu. Aku ambik set pizza, italian pasta dan arabic rice. Pizza tu biasa lah kan, nasi sedap... tapi pasta tu kureeeng sikit, bagi aku la kan. Maklumlah selera aku ni selera kg. Takde maknanya...


Ok suami aku tengah duk potong 2 pizza untuk diletakkan dalam pinggan termasuklah si kecil tu. Nyam... nyam. Suami aku tak berapa gemar pizza ni , dia lebih berminat dengan nasi arab tu. So aku dan anak2 jelah... selamat pizza tu kan.



Ammar sekarang ni tak main la suap2 ni... tension aku. Semua dia nak suap sendiri, kalau kita suap dia merajuk dan mengamuk. Tu yang aku tak tahan tu. Ha!!! suaap sendiri sambil senyum kambing . Suka hati lah tu... Tapi siap lah, berdentung lah bunyi sudu dan piring dia. puas aku duk pegang sudu dia... Ammar ni, buat malu ummi je tau. Ok dah kenyang kita sambung shopping lagi... dan kali ni mesti lah giliran ummi yang tersenyum lebar... he he.

Bonus GOMEN

Hari ni hari sabtu, 20 hb Dis 2008 bersamaan 22 zulhijjah 1429 h.....e eh dah macam nak umum hari raya la pulak...dan bukan juga aku ni pengacara tv...cuma sedar tak sedar masa cepat berlalu dan cuti makin sampai ke penghujungnya...

Kalau macam minggu lepas aku macam tertunggu2 hari cepat berlalu supaya hari gaji tu sampai, ha ha. Bila hari itu dah sampai aku kenalah pulak menghabiskannya cam biasa.... untuk bayar itu bayar ini... pegi ke sana ke sinun ah macam-macam lah. Tapi ALHAMDULILLAH rezeki yang ALLAH bagi tu ada lebih sikit lah bulan ni.

Sebenarnya aku dan suami sedang berkira-kira nak pergi beli barang sekolah anak-anak ni... tak tahu lagi nak pergi beli di mana. Yang pasti memang agak besar juga belanja untuk 3 orang hero aku ni. Semuanya kena serba 3 lah. Anak aku ni walaupun yang kembar tu cuma 2 aje... tapi disebabkan adiknya tu lebih besar badannya jadi ... dah macam kembar 3 la pulak.

Beli barang tu pun kena agak-agak lah kan... kalau beli murah sangat cepat rosak, maklumlah hero... tambahan yang sorang tu Atlit ... kasut dia memang cepat koyak. Aduhai...... Tengok lah macamana, yang pasti berbelanja mesti mengikut kemampuan sendiri OK.

Hai... asyik-asyik sebut barang anak je ni...Ummi dia macamana???? mestilah dah ada kiraannya ha ha ha. Bonus kan setahun cuma sekali....itupun tahun lepas dah la tak dapat... tahun ni ada lah belanja lebih sikit untuk semua ye tak. Harap-harap lepas ni makin murah lah rezeki kita yee. Amin.

Friday, December 19, 2008

Peralihan kuasa

Macam bagus je aku punya title kali ni kan he he. Aku bukan nak bercerita pasal politik negara OK...tooolooong sikit. Bukan juga nak citer pasal pemimpin negara la cuma aku ada dapat 2,3,4 sms juga la tentang peralihan kuasa di tempat kerja aku.

Aku pun dapat beberapa citer2 yang agak sensasi. Tentang ketua yang baru ni la kan . Katanya AGAK...hem hem sikit. Apa pun tahun depan ni pasti akan ada perubahan angin yang menimpa warga kami2 nilah. Harap-harap kearah yang lebih positif dan kalau tidak pun hadap ajelah ye... dah tak boleh buat apa lagi dah.

Tentang aku sendiri pun memang ada perubahan tugas juga...tapi aku tak kisah sangat sebagai guru memang dah tanggungjawab aku untuk menerima tugas yang berlainan setiap tahun. Harap2 boleh la kan lagipun aku kan cuma guru kecil...he he.

Aku ni sebenarnya lebih suka kalau tugas mengajar tu lebih diutamakan berbanding dengan kerja2 pengkeranian,typist,juru analisis,memasukkan data dan macam-macam lagi. Banyak tau...dah la guru ni juga ibarat ibu, bapa dan guru buat anakanda semua tu yang berbagai ragam dan kebolehan.

Memang kadang keliru juga mana satu bidang co bisnes guru nih...mengajar lagi penting ke atau membuat benda alah tu semua lagi penting. Fikir-fikirkan lah ye....( khusus nya buat diri sendiri )...Hahaha

Birthday twin n Aidil Adha di kg

Aku nak ucapkan Happy belated Birthday buat my twins Afiq dan Adib pada12.12 baru ni. Tapi takde lah majlis2 yang istimewa sangat cuma belanja makan di KFC atas permintaan Birthday boy lah pastinya. Moga semakin berusia semakin matang dan jadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.Amin.



Ini pulak gambar anak2 lelaki aku di hari raya Aidil Adha baru ni di rumah mertua aku di??????? he he. Gambar aku takde ler sebab aku duk kat dapur menyiapkan hidangan untuk sedara mara yang berkunjung ( tapi bukan aku yang masak eek...kakak2 aku ler. aku ni tolong je ). Kami buat majlis aqiqah secara kecilan je untuk Ammar pada usia setahun 10 bulan. Gambar ayie yang di atas tu agak 2 ler yer...geram betul aku tengok. Mencacatkan gambar betul ko ni ayie yeeee. Yang pasti bukan aku ajar tu. agaknya......genetik abah dia kut. Ha ha ha.

Wednesday, December 10, 2008

Langkawi Part 3 ( Siri Akhir )


Amboi garangnya budak kecik nih...duk marahkan abang yang suka memanjat. Ha! padan muka adik yang kecil tu pun lagi pandai...hehehe. Comel kan......

Cewah...cewah, dah macam slot akarsia la plak ye....siap ada siri2 lagi..ha ha. Saje aku nak letak gambar banyak2 ...sila boring sekarang nah....lagi-lagi gambar kan. Kalau boleh semua kenangan tu nak masukkan dalam citer ni...sori la kalau ada sapa2 yang rasa menyampah.ekeke.


Pic ni omputeh handsome yang tolong ambikkan, yang pasti aku tak mintak pun, dia yang rela hati nak tolong...betuuul...aku tak tipu. Aku pun dalam terbelit lidah tu pun speaking jugak la dengan dia. Heh heh...Korang jangan salah faham ok, dia datang ngan mak we dia tau...haha. Biasa la kenangan dengan helang di Langkawi ye tak?Tapi tulah...gambar tak terang.




Aku dengan hero-hero aku ni dekat Under water World, walau pun tiketnya AGAK mahal tapi puas hati jugak lah sebab budak-budak ni nampak suka je aku tengok. Lagipun ada macam-macam ikan dan binatang yang belum pernah aku tengok. Jadi tak rugi....jauh2 datang mesti jalan puas2. Ikan kat bawah tu sangat la besar...juga ikan pari tu dan sentiasa mencuri pandangan pengunjung termasuk lah aku. Suka aku tengok pergerakan ikan pari yang besar tu bebas dalam tu siap boleh tengok dia lalu kat atas lagi. Memang best la. Tempat dia besar jugak lah. Sakit kaki aku nih.







P/s~ Aku tak dapat nak naik kabel tu, walau benarnya teringin juga sebab suami tak izinkan...dia kata kalau nak naik, naik sorang2. So takpe lah..tak yah seme...suami aku ni memang risau...atau pun mungkin dia takut hahaha. Jahat aku.

Langkawi Part 2

Dah lama benor aku duk peram citer nih... maklumlah lepas je tour d langkawi tu aku bergegas pula balik kampung my MIL. Ofcozlah diperam2kan aje.... takkan nak blog dirumah mertua ye tak... he he he. Cam peram tapai la pulak... tapikan tapai pun sedaaaaaap... makin lama diperam makin manis tak gitu. Hahaha. Motip citer???? aku pun tak pasti.


Ok lah.... Rasanya inilah pic yang aku paling suka sekali... lihat dua beradik ni... so cute. Banyak jugalah gambar yang aku upload kali ni... sila tengok ok.



Seronok betul hero aku ni mandi pantai. Macam2 aksi yang dapat aku rakamkan . Beginilah anak2 bila sesekali dibawa bercuti. Lepas berlari2 dan melompat mengejar ombak, sempat lagi bermain pasir di pantai chenang nih. Pantai yang bersih dan memutih tambahan lagi keadaan cuaca yang baik sekali ... aktiviti semuanya berjalan dengan happy dan lancar.







Ammar yang pertama kali dibawa ke laut pun bukan main lagi... mula-mula tu nampak macam takut2 je....... ha last nya dia pulak yang lebih.... Anw aku sebenarnya suka sangat tengok Ammar di pantai nih. Sangat natural dan dia betul-betul gembira.

Saturday, December 6, 2008

Langkawi part 1




Hanya semalaman di Batu Feringgi, kami bertolak pula ke Kuala Perlis untuk destinasi seterusnya.Haruslah aku dah mula berdebar-debar nak naik feri ni ..maklum saje lah ini kali pertama.Semua aje harus ada yang pertama kan dan ini kali pertama aku naik feri ke Langkawi OK dan aku ni nampak aje tenang tapi sebenarnya gemuruh amat2.Hero2 aku ni pulak sibuk tanya macam-macam sebab teruja sangat bila tengok feri tu. Kami menaiki feri Alaf Baru 1.Sepanjang perjalanan tu aku berdoa supaya kami selamat sampai.Ammar seperti biasa duk bergalak di atas feri tu.Aduyai......










Jalan-jalan cari makan la pulak.Aku tak snap la pulak apa yang aku makan yang pasti biasa-biasa ajelah.Pastu posing la sikit...macam biasa lah gambar Ammar ni memang la lebih pada orang lain.Maklumlah ....Baby ku tetap comel ok.



Ini pulak gambar hotel tempat aku menginap di sana.Biasa-biasa aje kan. Maklumlah aku ni pun bukan lah orang luar biasa ...takde yang istimewa pun.Janji happy dan keluarga aku happy...itulah yang penting.Cewah.




Aku sebenarnya tertarik dengan reka bentuk kedai yang sangat menarik .Kedai ni terletak dalam kawasan hotel ni juga.Cantik sangat tau.Walaupun aku tak pernah pegi melawat Taj Mahal ...dapat tengok Restoran Taj Mahal pun oklah.Ha ha.Pernah juga kan.Tapi aku tak masuk pun kedai tu sebab aku tengok pelancong je yang ramai.. lagipun aku kan orang biasa-biasa aje....lagiiii.heh heh.Ok dah mengantuklah...jam dah pun kul 2.40 pagi.Gigih aku nak siapkan entry ni juga.Lagipun esok masih ada jalan2 part 2..... tunggu...cam la de orang yang nak baca citer aku nih.

p/s~Aku benarnya sangat happy sebab still boleh surfing n blogging di hotel nih...daaa.