Memaparkan catatan dengan label siri bercakap dengan persekitaran.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label siri bercakap dengan persekitaran.. Papar semua catatan

Jumaat, 23 September 2011

kediaman yang terbuka.

saya duduk sebelah satay,

satay mengeluh,

"zaman gemilang saya sudah berakhir.dulu apa pun majlis,saya yang akan jadi tumpuan tapi sekarang lampu limpah tidak lagi mahu menerangi saya.saya sekarang hanya layak duduk di bucu."

di satu sudut,

satu gerai ramai orang berbaris.

ramai sangat.

perasaan saya mula berkecamuk.

antara satay dengan kambing panggang.

mana yang harus saya pilih.
.
.
.
.
akhirnya sebuah ketetapan termetrai.

saya tidak pilih kambing golek.

bukan kerana kasihan satay.

tapi sebab saya malas beratur punya orang.

satay senyum girang.

kemudian saya meratahnya dengan rakus.

keh keh~



saat kamu makan-makan di rumah terbuka,

ingatlah tuan rumah bukan mahu saji kamu seorang,

orang belakang kamu juga mahu merasa sama


Isnin, 22 Ogos 2011

kasih sayang.

"za suka abang.."

saya cuma senyum sikit,

kemudian saya pulang semula soalan :

"kenapa za suka abang?"

"abang jaga za dengan baik"

kemudian kami sampai ke satu tempat,

"kita buat apa kat sini abang?"

"abang nak belikan za skirt"

punyalah za suka,

senyum habis dia.

lepas setengah jam menunggu,

za memperagakan skirt baru depan saya.

"seksi! aum!"

saya usik za,

za senyum malu.

dalam perjalanan pulang za buat permintaan ,

"nanti abang mandikan za boleh? da lama abang tak mandikan za.."
.
.
.
.
.
.
"boleh za..boleh..he....."



saya tukang pandu sahaja,

empunya nama atas geran adalah mamaainul.

keh keh~

Rabu, 29 Jun 2011

PMS.(perasaan malas sangat)

*mengeliat.

pandang kiri kanan.

pagi dingin yang mengasyikkan.

"takyah gi kerja la~~"

bantal dan tilam memujuk sambil membelai saya.

saya senyum,

kemudian masuk bilik air.

ambil paip getah,

buka pili,

siram lantai.

(buat efek hujan lebat)

telefon bos :

"bos,im stuck in heavy rain,gonna be late today"

bos cakap :

"oh..okay.becareful"

*senyum.

"kreatif betul aku ini"

saya memuji diri sendiri.

masuk bilik,

peluk bantal.

nikmat.





*tapi sekarang saya adalah seorang pekerja yang berdedikasi tinggi.betul!

Isnin, 27 Jun 2011

hari.

hujung minggu mula-mula :

sepupu mamaainul kahwin.


hujung minggu kemudian :

hantar sepupu mamaainul yang berkahwin minggu lepas bertandang ke rumah pengantin lelaki.


hujung minggu semalam :

tolong sulaiman pindah rumah baru.

kenduri cukur jambul sepupu mamaainul.


minggu hadapan :

ke kuantan hantar sulaiman kahwin.


minggu kemudian :

kawan kahwin.


minggu seterusnya :

kenduri kahwin sulaiman rumah sini..
.
.
.
.
.
saya rindu hujung minggu.

"sabarlah awak,nanti bila semua da selesai kita luangkan masa bersama-sama okay?"

hujung minggu cuba memberi ketenangan dengan menepuk-nepuk bahu saya.

kemudian hujung minggu pergi.

berjumpa pula saya dengan isnin.

benci!!

isnin cuma tersenyum sambil menghembus asap cigar dengan muka yang amat menjengkelkan.

Jumaat, 17 Jun 2011

pemakanan yang "awesome".

hidup saya banyak dihabiskan depan televisyen.

kerana bermain di luar sampai penat adalah satu perbuatan gila bagi saya.

dan mungkin kerana itu,

saya sekarang adalah seorang obes yang comel dan mengghairahkan.

dan sekarang mari kita lupakan tentang keobesan tersebut.
.
.
.
(sambung cerita)

tiap kali berkhalwat dengan televisyen.

yang menjadi kegemaran saya adalah rancangan memasak.

ada satu kali itu resepinya adalah shushi.

saya  berpesan kepada diri sendiri,

nanti bila sudah ada wang yang cukup,

maka saya harus keluar mencari,membeli dan mencuba sajian negara ultraman itu.

sampai seru,

akhirnya saya berjaya beli sekotak shushi.

seketul masuk mulut.

kemudian saya muntahkan.

lalu saya dan lidah mencapai kata sepakat.

shushi adalah makanan yang tidak cocok dengan kami yang tinggi taraf ini.

yucks!

rupanya shushi tidak sedap macam yang saya sangka.

(sekurang-kurangnya untuk saya dan lidah)

kerugian pada masa itu dianggarkan RM15.

haih~



baiklah,

macarons cikmin adalah sedap seperti yang dihebahkan.

cuma untuk menikmatinya,

kehadiran air minuman disisi adalah mandatori.

rasanya amat manis tahu!

dan kepada CIK "K",

terima kasih banyak-banyak-banyak-banyak diatas pemberian kamu.

akhirnya cita-cita saya untuk menikmati manisan dari perancis itu tercapai.

sekarang saya rasa sungguh internasional.

Rabu, 15 Jun 2011

berusaha.

kabel USB penyimpan data terjuntai dalam genggaman saya.

kemudian saya acu kepala kabel USB itu ke lubang khusus di komputer.

kali pertama,

gagal.

saya pusing kepala USB itu untuk percubaan kali kedua,

juga gagal.

saya cuma berjaya kali ketiga.

"ceh,sepatutnya kali pertama tadi sudah boleh."

saya memarahi diri sendiri dalam hati.

"kamu sambil lewa.sepatutnya kamu berusaha sepenuh hati pada kali pertama biarpun kamu tahu kamu akan diberikan peluang ke-dua"

monitor komputer beri ceramah pagi percuma kepada saya.
.
.
.
.
.
.
saya cuma mampu terkedu mengiyakan kenyataan monitor komputer saya.

kemudian monitor komputer ajak saya turun ke kantin.

kami bersarapan bersama-sama.
.
.
.


ekspresi pagi ini adalah serius!

sudah 3 kali ulang masuk jamban.

(dan mungkin akan pergi untuk kali ke-empat)

~~~NGHHH~~~
.
.

Selasa, 14 Jun 2011

rutin pagi.

ketik kad perakam waktu,

kemudian saya tuju ke tandas.

saya lucut seluar,

saya duduk.

(jangan risau ini bukan cerita tentang saya berhadas besar)

saya belek akhbar,

dua tiga muka kemudian saya berhenti.

saya letak akhbar ketepi.

saya ambil gajet dan terus saya main burung berang.

akhbar merintih :

"abang da bosan dengan saya ke?"

"betul,isi kamu makin hampas,kamu sudah hilang kredibiliti"

saya jawab sambil mengerling.

akhbar kecewa dengan jawapan saya.

lalu akhbar membakar dirinya.

saya terkejut dan amat sedih.
.
.
.
.
.
saya rugi RM1 hari itu.

.
.
.
.

saya tidak sanggup lihat ainul tidur dalam keadaan panas.

sebab itu kelmarin kami tidur di hotel.
.
.
.
okay,

saya pun sebenarnya sama macam ainul.

~hihi~

Selasa, 7 Jun 2011

perhubungan gastronomi.

saya hadap mangkuk plastik mi segera dihadapan saya,

dalamnya cuma ada segumpal mi dan kuah cair warna jernih.

"maggi sup lagi malam ni"

redha dalam keterpaksaan,

saya hirup dengan penuh perasaan.

belum sempat kira sampai sepuluh,

habis licin hidangan.

lepas sendawa kecil.

saya tenung mangkuk plastik yang sudah kosong itu.

mangkuk plastik kosong tersipu malu,

disebalik suram waktu itu,

mangkuk plastik kosong ada bercakap :

"kalau boleh saya nak jumpa awak hari-hari"

"tak hingin haku!"

saya jawab sombong.

kemudian bersaksikan dinding 4 penjuru,

saya angkat ikrar untuk tidak boros dalam belanja gaji.

supaya saya tidak perlu berjumpa lagi dengan mangkuk murahan itu.

mangkuk plastik kosong cuma senyum sinis.

cukup 30 hari selepas kejadian.

saya dipertemukan semula dengan mangkuk plastik kosong.

heh~

sesungguhnya saya gagal laksana ikrar saya sendiri.

rasa malu,

saya minta maaf kepada mangkuk plastik kosong atas kesombongan saya.

mangkuk plastik kosong beri senyuman manis.

kemudian kami berkawan baik.

asal hujung bulan mesti meluangkan masa bersama.
.
.
.
selepas saya tukar kerja kami jarang berjumpa.

tapi kadang-kadang bila rindu,

saya cari mangkuk plastik kosong itu.



kadang-kadang saya pandai melukis.

Isnin, 6 Jun 2011

hobi suci.

televisyen sedang bersiaran.

cerita entah apa,

amat bosan tahu!

kemudian hati saya mencadangkan supaya saluran siaran diubah.

saya angguk tanda setuju.

cuma masalahnya,

alat kawalan jauh ghaib misterius.

saya huru harakan satu bilik.

selongkar sana sini.

langsung tiada berjumpa.

setelah saya berdoa.

akhirnya saya dan alat kawalan jauh dipertemukan.

saya amat suka.

televisyen yang tadi cuma memerhati bercakap :

"aku rasa jarak kamu dengan aku tak sampai 3 kaki jauh,susah sangat ke nak tekan punat kat badan aku?"

saya senyum dan saya balas :

"inilah definasi pemalas yang rajin.lagipun terasa keji lah nak tekan punat-punat kamu."

kemudian saya dan televisyen ketawa terbahak-bahak.

kami amat seronok meluangkan masa bersama.
.
.
.
.
mamaainul amat mencemburui kami.

tapi saya rasa lebih baik begitu.

dari saya berpeleseran tanpa arah tuju di luar sana.

kan?
.
.

jadi apa salahnya kalau saya meminati drama itu?

tanya saya kepada Mohd Farid.
.
.

Khamis, 2 Jun 2011

ingat matang di Larut Matang, Perak Darul Ridzuan.

masa saya umur 18.

saya ada satu perasaan.

terasa diri amat matang.

sudah ada kerja.

sudah ada kenderaan sendiri.

jadi setiap keputusan yang saya ambil.

terasa amat betul dan tepat.
.
.
.
masa berjalan.

bila umur saya sudah cecah 20 lebih.

pandangan saya mengalami perubahan.

saya selalu diterjah satu persoalan.

saya sudah matang atau belum?

dan jawapannya selalu berubah - ubah.

antara matang dengan separa matang.

sampailah sekarang saya sudah ada anak bini.

kadang-kadang soalan itu datang lagi bertandang bertanya khabar.
.
.
.
kamu tahu macamana hendak ukur kematangan?

beritahu saya.

boleh?


~heh~

persetankan soalan abah saya.

dia cuma mahu perasan muda.

padahal rambut putih sudah berkeliaran atas kepala.
.
.
~ainul athirah-10 bulan 16 hari~


Selasa, 3 Mei 2011

pak matlob.

wanita sa...u...di tutut tuntut hak un..tuk.. mang..mengundi

wanita.. saudi ..tuntut.. hak.. untuk.. mengundi.

WANITA SAUDI TUNTUT HAK UNTUK MENGUNDI!

hoih!

lama amat tidak baca jawi.

sampai gagap jadinya.
.
.
.
"biar gagap bhai..jangan langsung tak boleh baca terus"

"tahukah kamu peratusan celik jawi makin susut wahai bhai?"

"dan tahukah kamu tulisan jawi itu adalah asas untuk membaca kitab suci?"

"bhai punya anak mesti bagi dia tahu tulisan jawi tahu!"

punyalah panjang akhbar jawi itu berkata-kata kepada saya.
.
.
.
kemudian saya pandang ainul.

ainul diam muka merah.

ceh~

berak rupanya.
dalam tulisan jawi apa ganti huruf "X"?




*hari ini amat sedih.kakak yang setia selama 2 tahun lebih duduk disebelah menemankan saya jaga kaunter sudah tiada.kontrak beliau dengan kerajaan sudah tamat.sedih tahu!
~kak nor jaga diri baik-baik.
~~haih~~


Selasa, 12 April 2011

besar.

saya renung wajah gembira testimoni itu.

saya renung angka kilogram yang mereka hilang.

saya renung rambut doktor  itu.

saya mesti.

saya mesti.

tekad sudah bulat.

"bro,kita kawan da lama bro..sanggup bro sisihkan kami? jangan bagi kami sedih bro.."

lemak di pinggang dan pinggul merintih.

saya sayu.

kemudian saya dakap lemak itu.

kami semua menangis teresak-esak.

tidak sanggup berpisah.


makan budak!





esok sampai hujung minggu tiada tampalan.

pejabat berkehendakan saya berkurusus jauh di sempadan.

di sana talian internet adalah kekecewaan.

rindu saya banyak-banyak.

Isnin, 11 April 2011

dedaunan yang malang.

"betul bro..aku bukan yang mak kamu cari..percayalah"

"ah~~tipu kamu~~"

kemudian saya patah-patahkan badan dia.

*mod bangga.

"cukup ke pucuk ubi ni mak???"

emak diam sahaja.

lepas tu emak cakap :

"itu bagi makan kambing boleh lah"

"pucuk dengan daun tu lain bentuknya wahai  anakku."

oh~

saya rasa bodoh dan menyesal.
.
.
.
.
.
.
"tak guna lu duduk kampung kalau pucuk dengan daun ubi pun tak tau beza bro~~"

atan si kera liar selamba kutuk saya.


atan sekarang dikatakan sedang sakit akibat ilmu halus.

siapa yang tuju?

mana saya tahu?

*muka selamba tidak bersalah.

Jumaat, 8 April 2011

jumu'ah

tikar sembahyang itu termenung.

pandangannya redup dan kasihan.

"saya rindu kamu sipolan.."

sayup-sayup suara tikar sembahyang itu dalam syahdu.

.
.
.
.
dari satu sudut sipolan sedang berbaring asyik di tilam noda.

disuapkan anggur-anggur duniawi oleh makhluk api.

.
.
.
air mata tikar sembahyang terus merembes laju.




asal hari jumaat mesti saya terasa macam maher zain.

apa pasal?



*fakta : maher zain pakai beret kerana beliau rambut kurang dibahagian atas kepala.

tidak kacak saya nanti katanya.

.

Khamis, 7 April 2011

pembalasan dendam kesumat.

kami berada dalam keadaan bertentangan masa itu.

kambing panggang berada dalam keadaan yang lemah sekali.

"lu akan nyesal~~lu akan merana~~"

saya persetankan amaran kambing panggang.

kemudian saya tusuk dia bertubi-tubi dengan garfu dan pisau pemotong stik.

kambing panggang tewas.

lumat dikacip si geraham ganas.

besoknya pagi saya terasa satu macam.

atas sikit dipangkal tengkuk rasa sakit.

"gua da cakap ~~lu akan nyesal~~hahaha~~"

suara seram menyelubungi suasana.

rupanya roh kambing panggang tidak tenteram.

dia datang menuntut bela.
.
.
.
.
.
.
celaka punya kambing.


gua da cakap da~~