semalam satu pakcik datang,
mahu buat urusan itu.
saya cakap urusan itu bukan di sini,
urusan itu di pejabat yang lain.
pakcik degil.
pakcik beritahu urusan itu adalah disini.
saya ulang kenyataan dan bagi tunjuk arah yang benar kepada pakcik.
pakcik tak mahu dengar cakap saya.
pakcik tinggi suara.
sabar saya mula jadi jengkel.
saya keluarkan kitab untuk tunjukkan dalil yang sah.
belum sempat saya buka mulut,
pakcik angkat kaki berambus.
"sudah la.."
ayat terakhir pakcik itu yang saya dengar.
.
.
.
.
serius,
orang yang merajuk kerana benang basahnya tidak dapat tegak
pada saya adalah amat buruk.
buruk sangat.
terima kasih ezan
atas penarafan "ohsem" dari kamu.
semoga kamu cepat kebah.