boikot
Segarkan ingatan anda...
Sunday, May 2, 2010
Betui... Aku Percaya..
Tuesday, April 27, 2010
Enjin Jet TUDM Hilang, Berita yang mana satu betui!
Thursday, February 4, 2010
Isu Kedua Selepas Enjin Jet F5E Hilang...
Zahid: Rahsia tentera bocor, disalur kepada kedutaan asing
KUALA LUMPUR, Feb 4 — Maklumat dalaman Angkatan Tentera Malaysia didapati bocor dan disalurkan kepada sebuah kedutaan asing di negara ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi hari ini.
Sehubungan itu Zahid (gambar) memberi amaran mereka yang didapati terlibat dalam perbuatan seumpama itu telah melanggar Akta Rahsia Rasmi.
Menteri itu berkata, beliau akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam waktu terdekat sebelum mengeluarkan butiran lanjut.
Pendedahan ini merupakan isu kedua melibatkan Angkatan Tentera Malaysia sejak kebelakangan ini. Akhir tahun lalu negara digemparkan laporan kehilangan dua enjin jet pemintas F-5E TUDM.
MENYUSUL LAGI
Sumber :themalaysianinsider.
Komen : nampaknya sikit hari 1Malaysia pun akan kena jual......, Tahniah PM 1Malaysia...
Wednesday, January 6, 2010
Kes Enjin Jet F5E - Siapa Kenal Muka Pencuri ini..
Monday, January 4, 2010
Dah Sah - Hanya LLP sahaja yang terlibat.
Friday, December 25, 2009
Enjin Jet Hilang - Berita ini memang benar..
Pemberhentian Brig. Jeneral, anggota sebab tidak cekap
KUALA LUMPUR 24 Dis. - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini memaklumkan pemberhentian seorang pegawai berpangkat Brigadier Jeneral dan beberapa anggotanya sebelum ini adalah berkaitan dengan ketidakcekapan dan pretasi kerja.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Perhubungan Awam TUDM di sini hari ini, tindakan itu diambil sebelum kejadian kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E diketahui berlaku.
"Semua tindakan yang yang diambil itu adalah langkah-langkah biasa untuk mencegah daripada berulangnya perkara tidak diingini," kata kenyataan itu.
Sehubungan itu, TUDM berharap agar semua pihak tidak mempunyai sebarang spekulasi dan apa-apa andaian yang bercanggah daripada fakta sebenar untuk mengelakkan kekeliruan.
TUDM buat masa ini, kata kenyataan itu, tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana ia dalam proses siasatan dan pendakwaan.
Dua enjin pesawat F-5E serta beberapa peralatan avionik berkaitan milik TUDM dipercayai hilang sejak 2007 dan dilaporkan dijual ke sebuah negara Amerika Latin melalui sebuah syarikat.
Komen....Betui memang betu berita ni tapi ayatnya tak habiss.... Brigadier Jeneral dan beberapa anggotanya sebelum ini adalah berkaitan dengan ketidakcekapan dan pretasi kerja ....sepatutnya ada tambahan...mencuri harta kerajaan......