boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Engine F-5E RMAF. Show all posts
Showing posts with label Engine F-5E RMAF. Show all posts

Sunday, May 2, 2010

Betui... Aku Percaya..

Salam Sejahtera....

Biar betui, Tetapi begitulah, sesekali kalau dah kenyataan, kita kena teima, walaupun sukar ak mempercayainya.. Sebab-sebabnya aku tulis di bawah.. kenapa aku percaya..


Mengikut sumber-sumber yang kita sendiri sedia maklum, kerajaan Amerika bimbang dengan peningkatan teknoloji nuklear Kerajaan Republik Islam Iran, jadi kerajaan Amerika mahu Malaysia sebagai penghubung kepada Iran mengenai masaalah ini, nak tahu kenapa, Kerajaan Amerika semakin bertambang gusar dengan kejayaan Iran baru-baru ini dapat mencipta pesawat helikopter udara penggempor tanpa pemandu, itu yang menambah kegusaran Iran.

Tetapi yang lebih menghantui Amerika ialah dengan kehebatan negara Kita Malaysia, sebab baru-baru ini Malaysia telah mencipta sejarah dengan pesawat perang F5E ciptaan Amerika telah diubahsuai digunakan tanpa menggunakan enjin. Itulah sebabnya Obama ingin bertemu Najib, hairannya beliau dengan kecanggihan Malaysia.


Tuesday, April 27, 2010

Enjin Jet TUDM Hilang, Berita yang mana satu betui!

Salam Sejahtera....

Sebelum hangpa baca apa-apa, silalah lik Klik di SINI dan SINI.

Dah baca dah, faham apa isi cerita ?!!!!

OK hangpa baca pula berita terkini yang aku cpy paste dari utusan..... mana satu yang betui ni...

Hebat 1Malaysia....



OK..., Bridger Jen, Kolonel, Lt Kolonel, Mejar..., itu semua bukan pegawai kanan ka!!!!, janganlah nak siar wajah Sarjan dengan towkeh keling botoi aja yang terlibat,,, yang 5 orang ni kenapa sebelum ni tak disiar pun oleh mana-mana berita....Mana yang dikatakan telus tu...

Hoi.., ini bukan fitnah oii, Sejak dua tiga ini aku dilebelkan sebagai tukang buat cerita fitnah oleh seorang sahabat baik aku sendiri, habis dihebohnya kepada staf-stafnya yang Manjungmari ni tukang buat fitnah.. he he sebelum ni dia tak kenal sapa itu Manjungmari...

Sekejap tadi aku bersua muka dengannya..., dengan cukup manis senyuman dimukanya mengucapkan tahniah kepada aku, entap tahniah apa aku pun tak tahu,, mungkin sebab PR kalah di Hulu Selangor agaknya, kemudian dia secara berselorong, dan menyebut Manjungmari, garang bukan main,,,,

Biasalah, aku garang nak lawan dengan UMNO yang menjadi musuh hidup aku didunia dan akhirat..Dalam blog ni saja aku garang, kat luar akulah manusia yang cukup penyayang, betuiii, aku tak bohong, tak percaya?!!!. Tanya kat bini aku..




Sunday, April 11, 2010

Berita Bergambar : OK!! GOOD, Enjinnya Tak Hilang...




MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan isyarat bagus sebelum dibawa menaiki pesawat tempur Sukhoi 30MKM ketika mengadakan lawatan kerja di Pangkalan Udara Gong Kedak, Besut, Terengganu, 10 April. - Utusan/HAFIZ JOHARI



Thursday, February 4, 2010

Isu Kedua Selepas Enjin Jet F5E Hilang...

Zahid: Rahsia tentera bocor, disalur kepada kedutaan asing

KUALA LUMPUR, Feb 4 — Maklumat dalaman Angkatan Tentera Malaysia didapati bocor dan disalurkan kepada sebuah kedutaan asing di negara ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi hari ini.

Sehubungan itu Zahid (gambar) memberi amaran mereka yang didapati terlibat dalam perbuatan seumpama itu telah melanggar Akta Rahsia Rasmi.

Menteri itu berkata, beliau akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam waktu terdekat sebelum mengeluarkan butiran lanjut.

Pendedahan ini merupakan isu kedua melibatkan Angkatan Tentera Malaysia sejak kebelakangan ini. Akhir tahun lalu negara digemparkan laporan kehilangan dua enjin jet pemintas F-5E TUDM.

MENYUSUL LAGI

Sumber :themalaysianinsider.


Komen : nampaknya sikit hari 1Malaysia pun akan kena jual......, Tahniah PM 1Malaysia...

Wednesday, January 6, 2010

Kes Enjin Jet F5E - Siapa Kenal Muka Pencuri ini..

Salam Sejahtera...

Gambar mereka berdua inilah yang dituduh terlibat dalam kes kecurian enjin jet F5E TUDM yang lalu,...

Semasa berita tv3 1.30 tgh tadi ada dipaparkan sewaktu dimahkamah, tetapi sayang masing-masing muka ditutup dengan baju.....

Apakah mereka ini sahaja yang terlibat?
Wallah hu aklam...


Cuma bagi aku, kalau ada sesiapa ingat kes Al Maunah di Jenalik Sauk Lenggung Perak beberapa tahun yang lalu....

Kes ini lagi hebat..., sehingga beberapa nyawa
jadi taruhan...., jadi untuk kes kehilangan enjin jet F5E biasalah..., orang kampung aku kata... ahh kacang aja....

UPdate.. Gambar terbaharu dari Mstar..

Monday, January 4, 2010

Dah Sah - Hanya LLP sahaja yang terlibat.

Salam Sejahtera..

Sah lagi soheh... Hanya anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) TUDM yang terlibat dalam kes kecurian enjin pesawat jet F5E yang hilang sebanyak 2 biji sebelum ini.

Ini dimaklumkan sendiri oleh Peguam Negara sebentar tadi dalam berita TV. Sebentar tadi, apakah Peguam Negera mengikut apa yang disampaikan sama seperti Menteri Pertahanan Zahid Hamidi beberapa hari yang lalu.?...

Bagi aku kira hebatlah anggota TUDM Era tahun 2000, ish, ish..., kalau anggota LLP boleh buat hebat macam tu.., dikalangan pegawai tentulah lagi hebat, anggota LLP jual Enjin pesawat, Pegawai kanan jual apa pulak ya!!!, Di kalangan menteri pula apa yang kena jual ya...

Pulau Batu Putih dah pun terjual tanpa dapat apa-apa bayaran pun... Hebat Kerajaan Malaysia... Hebat Tentera Udar Malaysia... Hebat LLP TUDM..

Oii Betul ka LLP sahaja yang terlibat... Aku Tobat lahum.. mati, hidup balik, mati hidup balik, 18 kali mati idup balik pun tetap tak percaya.. apa yang diceritakan...

Friday, December 25, 2009

Enjin Jet Hilang - Berita ini memang benar..

Salam Sejahtera...

Hangpa baca berita ni, dari Utusan Meloya...memang benar dan tepat... tapi .......

Pemberhentian Brig. Jeneral, anggota sebab tidak cekap

KUALA LUMPUR 24 Dis. - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini memaklumkan pemberhentian seorang pegawai berpangkat Brigadier Jeneral dan beberapa anggotanya sebelum ini adalah berkaitan dengan ketidakcekapan dan pretasi kerja.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Perhubungan Awam TUDM di sini hari ini, tindakan itu diambil sebelum kejadian kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E diketahui berlaku.

"Semua tindakan yang yang diambil itu adalah langkah-langkah biasa untuk mencegah daripada berulangnya perkara tidak diingini," kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, TUDM berharap agar semua pihak tidak mempunyai sebarang spekulasi dan apa-apa andaian yang bercanggah daripada fakta sebenar untuk mengelakkan kekeliruan.

TUDM buat masa ini, kata kenyataan itu, tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana ia dalam proses siasatan dan pendakwaan.

Dua enjin pesawat F-5E serta beberapa peralatan avionik berkaitan milik TUDM dipercayai hilang sejak 2007 dan dilaporkan dijual ke sebuah negara Amerika Latin melalui sebuah syarikat.

Komen....Betui memang betu berita ni tapi ayatnya tak habiss.... Brigadier Jeneral dan beberapa anggotanya sebelum ini adalah berkaitan dengan ketidakcekapan dan pretasi kerja ....sepatutnya ada tambahan...mencuri harta kerajaan......

Tuesday, December 22, 2009

Penghinaan Zahid Hamidi terhadap Anggota LLP.

Salam Sejahtera..

Kes kehilangan enjin jet pesawat F5E TUDM yang sebelum ini dilaporkan sebiji, kemudian jadi dua biji, kemudian sebentar tadi Si Menteri Pertahanan dalam beritaTV 9 memaklumkan ada lagi barang-barang lain seperti alat ganti turut serta hilang.

Apa yang aku sedih ialah si Menteri lahabau menafikan yang pegawai-pegawai kanan yang terlibat, tetapi anggota LLP (Lain-Lain Pangkat) iaitu dari Sarjan ke Prebet katanya...Apakah angota-anggota Sarjan ke bawah tu kebulur nak buat kerja yang sebegitu hebat...

Kalau begitu yang dimaksudkan oleh Menteri tu, jadi apakah gunanya Senior Rank seperti Staff Sarjan dan Warrant Officer, itu LLP, dan bagaimana Pegawai-pegawai bermula dari Sub Leftenan, Leftenan, Major, Lt Kolonel, Kolonel dan Brig Jen... Apa kerja mereka tak memantau anak-anak buah dari Sarjan ke bawah buat kerja...

Sayang seribu kali sayang, dalam angkatan tentera segala penghinaan atau tohmahan sebegitu rupa terhadap anggota bawahan, tiada tindakan yang boleh diambil seperti nak mogok, tunjuk perasaan tak puas hati, perkara tersebut tidak ada, sebab dalam tentera tak ada kesatuan sekerja...., mungkin sesiapa yang berani dan ada wang berlebihan boleh menyaman kenyataan menteri tersebut, baru ada akai.. sedap mulut bercakap yang tak ada insurance.

Siapa ingat seorang dari PTU Lt Jen Tan Sri Mohamad bin Ngah Said, seorang yang suka bermotor besar waktu, setahu aku beliau pun ada kes yang agak tak baik, tak perlulah nak cerita perkara lama, Begitu juga dengan seorang Panglima Tentera Laut, Tan Sri Wahab bin Nawi, juga ada kes penyalah gunaan kuasa sewaktu melakukan majlis perkahwinan anaknya....

Apakah mereka itu semua baik-baik belaka.... phooorah... Kenapa bila sesuatu perkara yang tidak enak didengar kaum anggota bawahan yang dijadikan kambing hitam...ingat.. anggota bawahan pun ada marwah dan harga diri... mereka juga manusia.. cuma mereka dikurniakan Allah pangkat bawahan, tak ada anggota bawahan.. tak berfungsi apa itu Panlima-panglima....

Ku Sangka Satu, Rupanya Dua..

Salam Sejahtera..

Jamil,... Jamil... Ku sangka dua rupanya tigaaaa.... ish..ish..., itu malam tadi punya cerita kat TV2, Madu 3..., tetapi ni ha... bab enjin pesawat ni... mula-mula itu hari kata satu aja... ni dah 2 pulak hilang..

Kut mana cerita ni..., sebelum tu dok cerita dalam akhbar seorang daripada pegawai tertinggi TUDM berpangkat Brigadier Jenderal telah dinasihatkan bersara, tetapi hari ni ada menteri menafikan pulak.. apa cerita semua....

Semasa selesai LIMA Langkawi, menteri pertahanan dok merapu kata pesawat MIG buatan Soviet Russia kalau dapat dijual kepada negara luar Malaysia dapat menjimatkan wang negara beratus juta ringgit, aku tak ingat figure sebenar berapa...

Tup-tup enjin F 5-E yang kena jual, hebat Tentera Malaysia, cuma hairan sikit, kenapa enjin pesawat hilang polis boleh siasat, tetapi bagaimana penggunaan bahan peletup C4 milik angkatan tentera dalam kes pembunuhan model wanita Monggolia tidak pula disiasat....sedangkan ini melibatkan nyawa manusia, melibatkan negara luar, cukupkah setakat menahan 2 orang anggota polis disabitkan kesalahan yang hanya mereka melaksanakan tugas yang diarahkan!!!!.

Berita berkaitan: mstar.


Saturday, December 19, 2009

Zahid Hamidi Dah Tembak Najib..

Salam Sejahtera..

Timbul pula isu baru, yang tengah panas, Enjin F-5E TUDM telah dijual dan kini berada di Amerika Syarikat. Hairan bin ajaib sungguh..

Kenapa.. sebab enjin pesawat tersebut bukan enjin kereta potong yang boleh dibeli di kedai-kedai potong. Ini barang kawalan hak kerajaan Malaysia, jikalau dalam Malasyia hanya TUDM sahaja yangmenggunakan nya.

Macam mana boleh bolos enjin tersebut kalau bukan orang dalam, orang dalam pula kalau hal macam ni bukan setakat koperal atau sarjan, paling bangsat kolonel ke atas, sebab arahan sesuatu benda projek begini arahan dari di atas, Pegawai Memerintah di Pangkalan berkenaan yang bertanggungjawab.

Kes ini telah pun jadi polis kes, tetapi sepatutnya kes sebegini ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja. Ini bukan setakat hilang rifel M16, ini maruah negara, sikap anggota tentera yang selama ini dihormati oleh pihak awam diluar sana dah tak boleh diharapkan lagi...Rakyat dah tak boleh menaruh harapan dan hilang kepercayaan kepada pihak anggota tentera.

Boss kepada pegawai memerintah tu pulak Panglima Tentera Udara, ia pun kena jawab juga, pasal apa enjin tersebut telah dijual, PTU nak jawab ia kena rujuk pada Panglima Angkatan Tentera, yang kini dijawat oleh PTU sebelum ini, ha ha .. nampak tak!!! Bijaknya Zahid Hamidi atur strategi... Kes ni dah tak boleh lari kemana dah... orang lain tak payah jawab, kaum puak TUDM saja yang kena jawab, tentu kita ingin tahu... siapakah Menteri Pertahanan waktu tu....

Inilah bala yang rakyat terima disebabkan Menteri Pertahanan yang dahulu tu bersikap lebih teruk dari apa yang anggota TUDM tula lakukan, cuma setakat jual enjin pesawat, tetapi Menteri Pertahanan waktu tu terlibat dengan banyak kes, sehingga Pak Lah terpaksa mengambil alih semula jawatan Menteri Pertahanan sebelum Pak lah pencen dahulu, mungkin juga ini kerja Pak Lah yang belum selesai sewaktu Pak Lah jadi Menteri Pertahanan yang kemudiannya disambung oleh Zahid, tahniah Zahid... anda telah melakukan tugas yang cukup baik....

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari