LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label puff. Show all posts
Showing posts with label puff. Show all posts

Thursday, June 28, 2012

Apple Almond Puff Pie

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Selamat petang semua..dan selamat berbuka puasa pada mereka yang berpuasa sunat Khamis di bulan Syaaban yang penuh keberkatan ini.Semoga ibadah puasa kita di terima olehNya.Insyallah.

Lama betul Cm tak buat Puff sendiri.Selalunya beli kulit puff Kawan tetapi kali ini terajin sikit...sikit je rajinnya hehe. Dulu pertama kali belajar membuat kulit puff ni ,boleh dikatakan setiap hari Cm buat sampai semua orang kat rumah ni dah jemu....Semalam bila lihat Inahar masak Puff terus Cm ambil resepi intinya.Terima kasih Inahar.
Kulitnya.

Bahan-bahannya:

400 gm tepung gandum.
2 biji telur.
125 gm air.
1/2 tsp serbuk cream of tartar.
1/2 tsp baking powder.
1 tsp garam.
80 gm butter.
225 gm marjerin pastry.

Cara-caranya:

Satukan semua bahan-bahan diatas kecuali marjerin pastry ke dalam mangkuk.Uli hingga sebati.Kemudian gelek doh agar terbentuk empat segi bujur.Aturkan marjerin pastry yang di potong dalam bentuk  kiub kecil di bahagian tengah  doh.Lipatkan bahagian hujung ke dalam seperti gambar rajah dibawah.lakukan proses yang sama di hujung yang satu lagi.



Kemudian gelekkan agar terbentuk empat segi bujur sekali lagi.Lakukan proses yang sama 4 kali.Kemudian potongkan mengikut saiz yang dikehendaki.Gelekkan nipis baru di letakkan inti.Tekan tepi doh dengan hujung garfu.Sapukan dengan kuning telur .bakar hingga masak  atau hingga warna perang keemasan.


Inti.

Bahan-bahannya:

2 biji epal hijau-potong kiub kecil.
1/2 cawan kismis.
2 tbsp butter.
4 tbsp serbuk badam.
Sedikit garam.
3 tbsp gula perang.
1 tsp serbuk kayu manis.
1/2 tsp serbuk kayu manis.

Cara-caranya:

Panaskan butter dalam kuali.Masukkan potongan buah  epal.Gaul rata.Kemudian masukkan semua bahan-bahan selebihnya.Masak sehingga inti agak pekat.Siap untuk di gunakan.

Friday, May 6, 2011

Cream Puff

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.


Dua hari lepas Angah bawa balik satu peket cream puff.sedap betul dan tak puas makan.Jadi hari ni Cm buat cream puff resepi yang datin El beri.Masalah nya bila sejuk puff ni akan jatuh selebek hampir ranap.semasa keluar dari oven rupanya sangat cantik..ada tak siapa-siapa yang dapat beri petua bagaimana nak mengekalkan bentuk asalnya?walaupun dah sejuk....
Baru talipon datin El dan beliau ada memberi petuanya..hehe nanti kita cuba ya datin..ada beberapa biji lagi yang tak diisi dgn kastad......minta izin nak C &P ya....

bahan-bahannya:

600ml air
225g mentega
340gtpg gandum
450g telur(10 biji telur gred B)
secubit garam
1-didihkan air
2-masukkan mentega
3-masukkan tepung kacau hgga tak melekat -biarkan sejuk
4-bila dah sejuk camkan telur than mix guna mixer.
5-pipe on tray dan bakar selama 20 min pada suhu 150c.

filling custard;
500ml fresh milk
500ml air
gula secukup rasa
vanila esen
1 cwn tpg castard
1-panaskan susu dan air
2-masukan gula ,vanila
4-bila dah mendidih masukkan tepung castard(el bancuhkan tpg bersama sedikit air diatas tadi
supaya mudah sikit kerja) kacau hgga pekat. selamat mencuba.


Buatkan lubang pada puff dan paipkan kastad kedalamnya.Tabur dengan gula halus.Siap untuk dihidangkan.