LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label durian. Show all posts
Showing posts with label durian. Show all posts

Sunday, June 26, 2022

Serimuka Durian


 Sekarang ini musim durian jadi kuih Serimuka Durian datang bermusim juga di dapur saya.Semalam saya beli durian kampung dan ambil isinya untuk dijadikan topping serimuka durian ini.Bila masak sendiri bolehlah letak extra durian baru puas makannya.

Ohya sudah bertahun saya tak buat posting di dapur makcikmanggis ini hingga terlupa password nak masuk dapur sendiri.ini dapur kesayangan saya yang banyak menyimpan kenangan indah memasak dengan kawan-kawan bloggers,ramai yang tidak aktif lagi tetapi blog masih ada untuk saya mendapatkan resipi2 yang menarik.


Serimuka Durian.

Bahan-bahannya:

Lapisan bawah:


2 cawan beras pulut -rendam selama lebih kurang 3-4 jam.

2 cawan santan kelapa.

2 sudu teh garam halus.

*loyang empat segi 9x9 inci sapu dengan sedikit minyak masak dan alas dengan plastik.

Lapisan Atas:

1 cawan isi durian

2 cawan santan

3/4 cawan gula pasir

1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung kastad

1 sudu makan tepung beras

2 biji telur grade B

sedikit pewarna kning.

1 sudu teh garam halus.


Cara-caranya:

1.Panaskan pengukus.

2.Cuci beras pulut hingga bersih dan toskan airnya.Masukkan kedalam loyang.Bancuhkan santan dengan garam dan tuangkan ke atas pulut.Gaul rata dan kukus sehngga masak.Jangan lupa balut penutup kukusan dengan tuala dapur agar wap tidak jatuh ke permukaan kuih.Apabila pulut sudah masak ratakan dan tekan-tekankan agar pulut lebih padat.

3.Satukan semua bahan-bahan lapisan atas sehingga rata dan kisar sehingga halus.Masukkan ke dalam periuk dan masak sekejap sehingga naik wap tapi jangan sampai mendidih.kacau jgn stop ya.

4.Tuangkan bancuhan durian kedalam loyang pulut tadi dan kukus sehingga masak.Apabila sudah masak buka penutup kukusan dan biarkan di atas api selama 5 ke 10 minit agar air wap di permukaan kuih kering dan dengan cara ini kuih tidak cepat basi.

5.Biarkan kuih betul-betul sejuk barulah di potong.Insyallah sedap sangat kuih serimuka Durian ini.Selamat mencuba semoga bermanafaat.


Friday, August 2, 2013

Wajik Durian Berbijan.

Wajik Durian Berbijan.
Ilham dari dapur Periuktanah.

Bahan-bahannya:

500 gm beras pulut-rendam 1-2 jam.
250 gm gula melaka.
50 gm gula merah.
3 ulas durian.
2 helai daun pandan.
Sedikit bijan-sangai sekejap.
Secubit garam.
2 cawan santan pekat.

Cara-caranya:


  • Kukus pulut sehingga masak.
  • Satukan gula melaka,gula merah,santan,garam,durian dan daun pandan ke dalam periuk yang sesuai.
  • Masak sehingga likat.
  • Kemudian masukkan pulut dan dikacau sehingga sebati.
  • Biarkan di atas dapur sekejap dengan api yang perlahan.kacau sehingga pulut agak likat dan kering.
  • Tuangkan ke dalam loyang dan tekan-tekankan agar padat.Taburkan dengan sedikit bijan.
  • Siap untuk dihidangkan.

Tuesday, December 11, 2012

Hokkaido Chiffon Cupcakes Dengan Kastad Durian.(II)

Untuk Resipinya sila ke Sini ya :)..percubaan kali kedua dengan sukatan menggunakan timbang digital yang lebih tepat kerana resipi ini hanya menghasilkan 9 biji cupcakes sahaja.

Hasilnya Alhamdulillah ..sungguh berpuas hati.Kali ini Cm guna kastad durian...memang teramat sedap :) tetapi kepada kawan-kawan yang tak gemar durian bolehlah guna kastad biasa ya...

Resipi ini Cm ambil dari dapur Sonia.Terima kasih Sonia :)


Durian Kastad (Filling)

Bahan-bahannya:

3 tbsp gula halus.
1 tbsp tepung gandum.
1 tbsp tepung jagung.
1 biji telur
1 cawan susu segar.
1 tbsp butter.
2 tbsp isi durian.

Cara-caranya:

Satukan semua bahan-bahan diatas kedalam mangkuk dan kacau hingga sebati (Kecuali butter).Kemudian tapiskan ke dalam periuk.Semasa menapis hendaklah dilenyek lenyekkan isi durian agar hancur melalui penapis.

 Masukkan butter dan masak dengan api yang sederhana .jangan lupa ya, hendaklah sentiasa mengacau agar kastad tidak berketul-ketul dan hangus.Kacau sehingga masak.

Sejukkan terlebih dahulu sebelum di paipkan ke atas kek.

Alhamdulillah sungguh berpuas hati.Resipi ini pastinya akan jadi kegemaran Cm....jangan terkejut jika ada lagi n3 resipi yang sama :)

Saturday, November 3, 2012

Kuih Dadar Durian.

Rujukan dari dapur Ita Masam Manis.



Bahan-bahannya:

250 gm tepung gandum.
3 biji telur,
500 ml santan.(1/2 kotak kecil santan kara+air)
Secubit garam.
Sedikit pewarna kuning.

Inti:

Isi durian.
Whipping cream.(Cm guna yang dalam balang besi segera)

Cara-caranya:

Buat dadar dengan menggunakan kuali nonstick.Apabila tepung dadar telah sejuk bolehlah sendukkan sedikit isi durian keatasnya dan paipkan sedikit cream.Balut seperti membalut kuih ketayap.Ada orang suka bubuh cream lebih terpulang pada selera masing-masing tetapi kami  suka jika di lebihkan isi durian agar terasa duriannya.



Tuesday, December 20, 2011

Kek Durian.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Sekarang ini musim durian.Semasa balik Pahang  minggu lepas Cm beli 2 longgok durian(10 biji) dengan harga  Rm 15 sahaja.Cm kopek  ambil isinya dan simpan dalam freezer....boleh buat macam macam  projek dengan isi durian tu:)



Lihatlah betapa enaknya kek durian ni:) aikkk ada yang tutup hidung?hehe maaf lah ya Cm memang minat sangat dengan Raja Buah ni.....tak kira lah makan begitu saja atau dijadikan bahan untuk kek dan kuih muih....Rupa kek durian yang Cm buat ni tak cantik tapi rasanya mantap:)Sedap!!!Tak percaya? boleh cuba...Jom lihat resepinya....



Untuk kek Span.

5 biji telur.
160 gm gula halus.
15 gm ovalette.
125 gm tepung gandum.
1 tsp baking powder.
40 ml air.
75 gm melted butter.



Cara-caranya:

Satukan semua bahan-bahan di atas kecuali butter ke dalam mangkuk pengadun dan pukul hingga gebu.Kemudian masukkan butter.Pukul lagi hingga kental.Tuang kedalam loyang  bulat  berukuran 9".Bakar hingga masak dan keluarkan serta merta dari loyang apabila kek telah masak.Sejukkan atas redai.


Puree Durian.

200 gm isi durian.
60 gm gula.
120 ml air.

3 tbsp gelatine.
6 tbsp air.

160 gm whipped cream.


Hiasan:

150 gm whipped cream.




Cara-caranya:
  • Masukkan durian,gula dan air kedalam periuk.Masak hingga hancur.
  • Panaskan gelatine dengan 6 tbsp air dengan cara double boiler hingga hancur.
  • Tuangkan ke dalam paste  durian.Kacau hingga rata.
  • Bahagikan kepada 2 bahagian.
  • Satu bahagian di kacau bersama dengan 160 gm Whipped Cream hingga sebati...untuk di sapu pada kek seperti gambar dibawah.
  • Sebahagian lagi di ketepikan untuk di curah ke atas kek yang telah siap nanti.
  •  Potong kek kepada 2 bahagian.Potong secara mendatar.
 Sapukan krim durian pada kek dan katup dengan kek yang sekeping lagi tadi.Simpan dalam peti sejuk sehingga krim keras.Keluarkan kek dan sapu dengan Whipped cream.Akhir sekali curahkan paste durian keatas kek.Simpan sekejap di dalam peti sejuk agar senang untuk di potong.


Lihatlah betapa sedapnya Topping durian tu:)...yum yum...


Komen:)..no komen hehe....terlampau sedap!
Rujukan..buku Penyediaan kek kreatif oleh  Alex Goh

Wednesday, December 14, 2011

Serimuka Durian


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.




Selamat pagi semua:).....Cm dah siap masak Kuih Serimuka Durian untuk minum petang nanti.Beberapa hari lepas Liza kasi 5 biji buah durian dari kampungnya.Isi durian yang sungguh cantik.Setelah di kopek isinya  Cm simpan dalam peti sejuk dan hari ini Cm guna untuk buat serimuka  durian yang enak sekali. Terima kasih pada Along Roz sebab Cm ambik resepi INI sebagai panduan dan "menderhaka"banyak ..ampun Along! !!hehe




Bahan-bahannya:).
Lapisan bawah.
1 cawan beras pulut-rendam2-3 jam.
1/2 cawan santan cair.
secubit garam.
2 tbsp sagu warna merah-rendam sekejap.
1 helai daun pandan.

Lapisan Atas :

2 biji telur.
 100 gm gula pasir.
40 gm tepung gandum.
175 ml santan pekat.
1/4 cawan isi durian.
Sedikit pewarna kuning.


 



Cara-caranya:
  • Satukan beras pulut,sagu ,santan,garam dan sehelai daun pandan kedalam loyang.
  • Kukus hingga pulut masak.Keluarkan daun pandan dan tekan-tekan pulut hingga padat.
  • Masukkan bahan-bahan lapisan atas kedalam blender dan kisar hingga sebati.
  • Tuangkan keatas pulut tadi dan kukus hingga masak.
  • Setelah masak buka penutup pengukus dan biarkan loyang dalam pengukus selama 10-15 minit  atau sehingga wap di permukaannya kering.
  • Apabila sejuk bolehlah di potong dan dihidangkan.


Komen:)...Apa saja  kuih yang berasaskan durian memang sedap "giler"...tetapi kepada kawan kawan yang anti durian maaf ya..tak dapat makcik nak menolongnya hehe:)

Wednesday, November 2, 2011

Pankek Durian.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Cm sudah siap  masak kuih untuk minum petang nanti:) .Isyallah bila suami balik dari ofis  hanya perlu  cuci tangan je semuanya dah siap :) .Kami suami isteri memang "hantu"durian.Cm hanya" cubit" sikit je kerana puan puan doktor dah larang katanya  kandungan gula yang tinggi dalam durian ni tak baik untuk kesihatan..Mama makan ambik berkat je takut kempunan .Bila sebut buah durian teringat kat daddy Maryam.Katanya bau durian ni seperti rotten fish haha....bila bau durian telinganya terus merah:)

Hmmmm siapa yang tak makan durian rugi sebab pankek yang Cm buat ni sungguh sedap.Si kecik makan hingga menjilat jari.Dia tak pergi  sekolah hari ni sebab tak sihat tapi bila lihat pankek ni terus berselera nak makan.katanya sungguh yummy.

Bahan-bahannya:(sumber: buku Kuih & Pastry-form kitchen)

A(Batter)

100 gm tepung gandum.
1/2 tsp double action baking powder.
200 ml santan pekat.
50 gm gula halus.
100 gm isi durian yang fresh.
secubit garam.
2 titis pewarna kuning.

B (Inti)

200 gm isi durian yang fresh.

Cara-caranya:

  1. Ayak tepung gandum dan baking powder.Ketepikan.
  2. Lenyek isi durian hingga hancur(100gm)
  3. Pukul telur dan gula hingga kental.Masukkan isi durian selang seli dengan santan.Pukul hingga sebati.
  4. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.Gaul hingga sebati.Masukkan pewarna.kacau lagi agar warna sekata.
  5. Kukus isi durian(200 gm) untuk intinya.Guna yang fresh pun sedap tapi tak tahan lama.Silap silap jadi tempoyak pulak:)
  6. Panaskan kuali non stick masukkan 2 tbsp  adunan tepung tadi kedalam kuali dan dadarkan.Lakukan hingga selesai.
  7. Letakkan 1 tbsp  inti ke atas pankek dan lipat agar jadi separa bulatan.Siap untuk dihidangkan.
Komen:Sedap hingga tak terkata-kata:)jika tak percaya boleh cuba tapi kepada yang tak suka durian maaf lah tak dapat makcik nak menolongnya hehe.

Tuesday, August 3, 2010

Bantal Durian

Salam dan selamat sejahtera.Apa khabar? semoga semuanya sihat-sihat belaka ya.Sekarang ni musim durian dan stok durian dalam peti sejuk masih ada.Jadi petang tadi cm buat pancake  durian@ bantal durian.Memang sedap tapi kena berhati-hati ...makan sebiji  sorang cukup la.Di usia emas ni kena hati-hati dalam soal pemakanan...jika tak makan kan..kempunan pulak...hehe kan jadi batu belah..batu bertangkup:)..makan agak-agak nak rasa   je ..cukup lah.
Bahan-bahan untuk kulit:
250 gm tepung gandum.
3 biji telur
500 ml santan.(100 ml santan pekat+400 ml air)
1/2 tsp garam.
sedikit pewarna kuning.
Cara-caranya:
Bancuh semua bahan-bahan diatas hingga sebati dan tapiskan.Perap sekejap-15 minit.Dan dadarkan nipis seperti membuat kuih dadar......
Guna Whipped cream yang dalam tin sebab nak cepat:) & tak larat nak pukul cream yang dalam kotak:(  ...pstt sila abaikan kaki orang dan kunci kereta tu ya)
Isi durian secukupnya
Paipkan sedikit whipped cream ke atas kulit dadar.
Letakkan sedikit isi durian keatas cream .
Lipat kemas-kemas seperti gambar diatas dan simpan dalam peti ais sekejap sebelum dihidangkan.

Terima kasih pada Camelia kerana cm ambik resepi dari blognya.minta maaf banyak-banyak sebab cm dah"oter" sikit resepi asalnya untuk sesuaikan dengan  bahan-bahan yang ada dalam peti sejuk cm :)..terima kasih banyak-banyak ya:)

Kepada kawan-kawan yang "peminat" durian,kuih ni memang sangattt lah sedap.Kepada mereka yang tak suka durian..hmmm..baik jangan cuba hehe sebab kuih ni"terlalu" duriannya:)

Wednesday, July 7, 2010

Roti jala & Kuah Durian


Bahan-bahan untuk roti Jala:
2 cawan tepung gandum.
2 cawan air
secubit garam
1 biji telur
sedikit pewarna kuning.
Cara-caranya:
Masukkan semuanya kedalam blender dan blend hingga sebati  kemudian tapis dengan penapis agar tiada terdapat ketulan yang akan tersekat pada lubang acuannya nanti. Perapkan selama 1/2 jam.Tuangkan kedalan acuan roti jala dan kirai keatas kuali non stick.Guna api yang perlahan.bila  masak boleh digulung atau lipat mengikut selera masing-masing.

Bahan-bahan untuk Kuah Durian:
1 cawan isi durian.
2 cawan air.
1/2 cawan santan pekat.
gula melaka secukup rasa-terpulang pada selera masing-masing.
1 helai daun pandan.
Cara-caranya:
Satukan semua bahan-bahan diatas  kedalam periuk dan masak hingga mendidih.Siap untuk dihidangkan.

 

                                                                                                                                                    
 
Boleh juga dimakan bersama rendang atau kari ayam & daging.

**Resepi asal untuk roti jala boleh didapati kat blog ika...terima kasih ika pastinya cm akan merindui ika:(