Bahan-bahannya:
3 biji telur.
1 cawan marjerin ( Cm guna Planta)
1 cawan gula halus.
2 tbsp susu pekat manis.
2 cawan tepung kek.
1 tsp baking powder.
1 tsp esen vanila.
2 tbsp serbuk koko +2 tbsp air panas.
Cara-caranya:
- Pukul marjerin dan gula sehingga kembang.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil di pukul sehingga sebati.
- Kemudian masukkan susu pekat manis dan esen vanila dan pukul sehingga sekata.
- Bahagikan aduan kepada dua bahagian.Satu bahagian dibiarkan warna asal dan satu lagi dicampur dengan bancuhan serbuk koko.
- Sendukkan adunan yang warna asal ke dalam loyang yang telah di sapukan dengan sedikit planta serta di alaskan dengan baking paper.Kemudian sendukkan adunan warna coklat ke atasnya.lakukan selang seli sehingga selesai.
- Bakar sehingga masak.
Resipi asal kek ini sepatutnya mempunyai warna warni yang sungguh meriah.Ada warna merah,hijau serta kuning tetapi Cm cuba kurangkan penggunaan warna tiruan dalam makanan dengan menggantikan dengan serbuk koko..Jika ada pilihan Cm lebih suka menggunakan warna semula jadi.
Dulu-dulu inilah kek yang di hidangkan setiap kali hari raya......nostalgia sungguh !! walaupun bahan-bahannya ringkas tetapi Cm amat menggemarinya...bila makan kek ini terkenang masa kecik-kecik...terkenang zaman dulu-dulu :)......
Ok sebelum Cm mengundur diri Cm nak memperkenalkan pembantu kesayangan ..buah hati..jantung hati Cm ini.Dialah teman setia yang menyebabkan nenek tak sempat nak update blog masak-masak hehe.Masa nak ambik gambar terpaksa berebut piring kuih dengannya kerana dia ingin "membantu"...semoga membesar menjadi anak yang soleh..amin....amin..amin...