20 Mac 2010
to : malaysiandogsdeservebetter@gmail.com
KTM BERHAD’S RESPONSE ON MALAYSIAKINI’S ARTICLE ON THE CAPTURE AND TORTURE OF STRAY DOG AT KTM KOMUTER KEPONG SENTRAL STATION
The complaint letter by M.Nisha (Ghastly animal abuse at Kepong KTM Station) in Malaysiakini dated 17 March 2010 is referred. KTM Berhad undoubtedly agrees that animal cruelty is not an acceptable behavior by any sane individual. It is uncivilized and intolerable by any religion and race in the world.
As reported, KTM Berhad has confirmed that the incident took place at KTM Komuter Kepong Sentral Station.
For your information, KTM Berhad, represented by a group of its senior officers, had conducted an investigation and went to see the staff at the said station to get more information as well as to visit the location of the incident. Essentially, the unpleasant incident had nothing to do with Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) or any of its employees. The name of the organisation was quoted indirectly when our counter clerk, who was not really aware of the incident, was asked about the situation. The clerk answered on impulse when he said that the dog was ‘perhaps’ captured and strapped by the officers from DBKL.
Even though his remarks was said by mistake, we are sorry for that he should have had investigated the situation before providing any statement. KTM Berhad is deeply sorry for the situation and would like to apologise to DBKL. It was not our intention to smear the image of DBKL with the incident. We hope DBKL is willing to accept our sincere apology.
With regards to the incident on 15 March 2010, the stray dog was captured by the staff of KTM Berhad with the help from our janitors who work at the station. For your information, the dog has been roaming the station for almost two years, and during that period, KTM Berhad had lodged more than three reports to Majlis Perbandaran Selayang (MPS) via telephone, with the final report made one day before the dog was captured, which was on 14 March 2010.
The necessity to catch the dog was made due to its troubling behavior whereby it had attacked and bitten our passengers at the parking area as well as in front of the KTM Komuter Kepong Sentral Station ticketing counter. However, the attacks and bites did not inflict any serious injuries so far. The last attack was reported on the evening after it was released which involved one Vietnamese passenger. Aside from that, we also found its feces around the platform area and during rainy seasons, the dog posed an inconvenience for the Muslim passengers especially, as its wet fur might touch them.
The decision to capture the dog was made due to the operation requirement, not because of the minister visit as per quoted by our staff. The dog was caught at round 12.00 noon and released at 1.30 pm. According to the staff we investigated, the piece of wood which was claimed shoved into his throat was not true. They did tie the dog to the fence. However, they did not shove the wood into its throat with the intention to torture or inflict injury to the animal. The wood, which was seen in its mouth, was the bait used when they were trying to catch it and the dog kept biting on the end of it. The staff tried to remove it from its jaw but it clamped the wood shut, we only managed to remove it after the second try.
The dog was released because we did not receive any confirmation from MPS to collect the animal. As reported, the dog was still straying around the area after it had been released.
I hope the general public should also appreciate the effort taken by the KTMB staff to address this recurring nuisance towards our KTM Commuter passengers whose patronage and peace has been disturbed by this stray dog. Whilst, we do recognize the method, in this instance, was questionable, it was done purely for the sake and comfort of our passengers. There was no intent of being cruel or to torture the stray dog. Our priority is for the safety and well-being of our passengers.
We will make sure that there will be no similar incident to take place. We have identified more efficient alternatives in handling stray dogs/wild animals, which is by contacting the SPCA and the local authorities to solve the problem at other stations as well.
We do not condone animal cruelty, what more to be a part of the brutality. However, I think the public should also evaluate the original intention it was meant to and not to quickly jump to condemn the method use without understanding the sequence of events. I am sure, all of us, when bitten by a mosquito, will hit it instantly without much thought. Is that considered as cruelty to insects? I know for a fact that, some time ago, when the crows [gagak] cause serious unhealthy situation in Klang, a campaign was mounted to shoot down the crows in a big way when their presence became intolerable. Is there some other way of doing it?
We truly hope that the explanation given is clear and we hope that the incident does not reflect the organisation in general.
Thank you.
Dr Aminuddin Adnan
aminuddin@ktmb.com.my
President
KTMB
20 Mac 2010
to : malaysiandogsdeservebetter@gmail.com
RESPON KTM BERHAD TERHADAP SIARAN MALAYSIA KINI BERKENAAN PENANGKAPAN DAN PENYEKSAAN ANJING LIAR DI STESEN KTM KOMUTER KEPONG SENTRAL
Siaran Malaysiakini oleh M.Nisha (Ghastly animal abuse at Kepong KTM Station) bertarikh 17 Mac 2010 berkenaan perkara di atas adalah di rujuk. KTM Berhad bersetuju tanpa prasangka bahawa perbuatan menyiksa binatang adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh manusia yang mempunyai akal fikiran. Ianya adalah sesuatu yang tidak bertamadun dan tidak dapat diterima oleh mana-mana agama dan bangsa di dunia ini.
Sebagaimana yang dilaporkan, KTM Berhad mengesahkan bahawa ianya berlaku di Stesen KTM Komuter Kepong Sentral.
Untuk makluman, KTM Berhad yang diwakili beberapa pegawai kanan telah melakukan siasatan dalaman pada 18 Mac 2010 dengan memanggil kakitangan berkaitan bagi mendapatkan perincian peristiwa dan melawat ke lokasi kejadian pada 19 Mac 2010. Secara dasarnya, insiden ini tiada kaitan secara langsung dengan penguatkuasa dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau mana-mana kakitangan dari badan tersebut. Nama DBKL tercetus secara tidak langsung apabila soalan diajukan kepada kakitangan kerani kaunter kami pada hari kejadian yang sebenarnya tidak mendapatkan gambaran jelas berkenaan apa yang berlaku. Beliau secara spontan, ketika ditanya pengadu, menjawab bahawa anjing tersebut ‘berkemungkinan’ ditangkap dan ditambat oleh petugas dari DBKL.
Walaupun ianya dilakukan tanpa sengaja, namun kami kesal kerana beliau sepatutnya menyiasat terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang kenyataan. KTM Berhad berdukacita atas situasi ini dan memohon maaf kepada pihak DBKL. Kami tiada niat untuk memburukkan imej DBKL dengan apa yang berlaku dan berharap pihak DBKL dapat menerima permohonan maaf kami.
Berkenaan insiden pada 15 Mac 2010 tersebut, anjing tersebut telah ditangkap oleh kakitangan KTM Berhad dengan bantuan pekerja kontrak pembersihan di stesen tersebut. Untuk makluman, anjing tersebut telah berada di stesen tersebut hampir dua tahun dan di sepanjang tempoh tersebut, KTM Berhad telah membuat lebih dari tiga aduan kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui telefon dan aduan terakhir dibuat adalah sehari sebelum anjing tersebut ditangkap iaitu pada 14 Mac 2010.
Keperluan kepada menangkap anjing tersebut adalah berdasarkan kewujudannya mengganggu penumpang kerana anjing tersebut pernah menyerang dan menggigit penumpang yang berada di sekitar kawasan meletak kenderaan dan berhadapan kaunter tiket KTM Komuter Kepong Sentral. Walau bagaimanapun serangan dan gigitan oleh anjing tersebut tidaklah sehingga membawa kepada keadaan kecederaan yang serius. Kes terakhir serangan oleh anjing tersebut adalah pada petang selepas ia dibebaskan iaitu serangan ke atas seorang warga Vietnam. Selain itu, anjing tersebut telah banyak kali membuang najisnya di kawasan platform dan ketika waktu hujan, kehadirannya di stesen akan meresahkan penumpang kerana air dari kibasan bulunya akan mengenai penumpang dan ianya suatu kesulitan terutama kepada penumpang beragama Islam.
Keputusan untuk menangkap anjing tersebut bukanlah berdasarkan lawatan menteri seperti dinyatakan namun dibuat atas keperluan operasi. Anjing tersebut yang ditangkap pada jam 12.00 tengahari dan kemudiannya dilepaskan semula pada jam 1.30 petang. Menurut kakitangan yang disoal, kehadiran kayu yang didakwa ditusuk ke kerongkong anjing tersebut adalah tidak benar. Kakitangan terlibat hanya mengikat anjing tersebut di pagar stesen namun tidak memasukkan sebarang kayu pada kerongkong dengan berniat menyiksa atau mencederakannya. Kayu yang dilihat ada pada mulut anjing tersebut hanya umpan untuk menangkapnya dan kayu tersebut telah digigit oleh anjing tersebut di bahagian hujungnya sahaja. Pihak kami telah melakukan dua cubaan untuk mengeluarkan kayu tersebut dan hanya berjaya dikeluarkan pada cubaan kedua kerana gigitan kuat pada kayu oleh anjing tersebut.
Anjing tersebut dilepaskan kembali kerana pihak kami tidak dapat sebarang pengesahan akan kehadiran MPS untuk mengambil anjing ini. Sebagaimana yang dilaporkan, sejurus anjing ini dilepaskan, ianya kembali berkeliaran di kawasan stesen.
Saya berharap orang ramai dapat membuat penilaian yang sewajarnya atas usaha yang telah diambil oleh kakitangan KTMB untuk menangani masalah anjing liar ini yang telah mengganggu ketenteraman penumpang-penumpang KTM Komuter dan menjadi satu nuisance yang berlarutan. Walaupun kaedah yang digunakan oleh kakitangan KTMB mungkin dipertikaikan, ianya dilakukan semata-mata bertujuan untuk menjamin keselamatan dan keselesaan penumpang-penumpang kami dan bukan niat menyiksa haiwan tersebut. Saya rasa kepentingan penumpang adalah prioriti kami.
Pihak kami akan memastikan selepas ini tiada lagi kejadian serupa berlaku. Pihak kami telah mengenal pasti alternatif yang lebih efisien untuk menangani masalah anjing/haiwan liar ini iaitu dengan menghubungi SPCA selain pihak berkuasa tempatan bagi menangani masalah sama di stesen-stesen lain.
Kami sama sekali tidak menyokong perbuatan menzalimi haiwan apatah lagi untuk bersubahat melakukannya. Walaubagaimana pun, saya rasa orang ramai juga perlu menilai tujuan asal langkah yang diambil dan tidak terus menghukum cara ianya dijalankan. Saya rasa semua orang, apabila digigit nyamuk, akan menampar nyamuk tersebut. Adakah itu juga boleh dianggap sebagai satu kekejaman kepada serangga? Setahu saya, satu ketika di Kelang, apabila burung-burung gagak menimbulkan masalah sampah sarap, satu usaha menembak gagak-gagak tersebut telah dijalankan secara besar-besaran untuk mengatasi masalah itu. Adakah cara penyelesaian yang lain?
Kami berharap agar penjelasan diberi adalah jelas dan memohon agar apa yang berlaku tidak dijadikan kayu ukur kepada sifat organisasi ini secara keseluruhannya.
Terima kasih.
Dr Aminuddin Adnan
aminuddin@ktmb.com.my
President
KTMB
Showing posts with label Explanation. Show all posts
Showing posts with label Explanation. Show all posts
Saturday, March 20, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)