DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Memaparkan catatan dengan label kematian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kematian. Papar semua catatan

Rabu, 19 Mac 2014

Bapak siri hikmah.

41 hari tempoh bapak dimasukan ke wad akibat patah kakinya dengan hari Arwah menemui Penciptanya.
Bila bapak patah kaki,kami semua begitu sedih. Bapak telah uzur,berjalan pun dengan bantuan tongkat,tapi bapak masih mampu bermotosikal ke masjid atau ngeteh di warung Limi,menu yang bapak order ialah roti canai banjir dan limau ais. Tokeh warung telah akur dengan menu itu,bapak tidak perlu membuat pesanan,makanan akan tiba. Budak-budak pekerja kedai pun sudah biasa,mereka akan siap-siap memusingkan motorsikal ke arah jalan  adakalanya tolong hidup kan enjen sekali.

Bila bapak masuk wad,kami semua susah hati.Bapak tidak boleh bergerak,kakinya kena ikat pada papan. Bapak kena pakai pampers.Hari pertama di wad Teluk Intan kami bergotong royang menukarkan bapak pamper.

"Apa selamanya aku kena macam ni" kata bapak.
"Tak Pak,kalau dah baik nanti tak perl pakai" Setiap kali ditukar lampin bapak akan pejam mata. Kami tahu dia malu.

Kami semua sentiasa berdoa agar hujung usia bapak dalam keadaan khusnulkhotimah,tetapi kenapa bapak patah kaki dan tinggal di wad. Walaupun kita tidak boleh menolak qada' dan kadar hati kecil yang lemah iman ini ada juga sesekali mempersoalkan.

40 hari bapak meninggalkan rumah,tinggal di wad dan  dapat keluar kena tinggal di ruang tamu rumah Ramlah, Bapak terpaksa tinggal di rumah Ramlah sebab berdekatan dengan hospital,walaupun bapak minta dibawa balik kerumah sendiri namun kami tidak dapat memenuhi kehendaknya sebab rumah bapak jauh di pendalaman,tambahan emak tidak nampu menjaga seorang diri.Bapak perlu rawatan susulan setiap minggu,jadi agak sukar untuk bapak berulang alik dari kampung. Dalam tempoh itu juga beberapa kali bapak keluar masuk hospital.Sehingga masa bapak dipanggil pulang....ya 40 hari. Allah memberi kami ibrah,erti hikamah,walaupun tahu setiap kejadian ada hikmah sebaliknya,kami tahu tapi sekarang bertambah yakin.

Ya dalam 40 hari itu kalaulah bapak tidak masuk wad tentu kami akan menjalani hidup seperti biasa. Bapak masih berulang alik dari masjid,rumah dan warung. Emak pula dalam kata menjaga bapak akan berada  disisi bapak bila bapak perlukan sahaja,contohnya seperti bila bapak terkencing atau terberak di luar selain tandas,atau ketika bapak mahu makan ubat,sebab sejak akhir-akhir ini bapak tidak akan makan ubat kecuali emak yang sediakan.Atau ketika bapak meminta emak memandikannya,menyampu rambut dan menggosok belakang,sebab tangan bapak sudah tidak sampai menjangkau belakang,dan bapak kata bila emak mandikan badannya akan rasa lebih segar. Selain pada masa itu emak akan merayau-rayau di keliling rumah juga di kebun. Membuang seludang yang jatuh di halaman,mengairi flora yang tumbuh,kadang-kadang menghalau beruk dan lotong yang selalu mengintai-ngintai sesuatu yang boleh mengisi perutnya,yang utama berada bersama ayam-ayamnya . Emak juga perlu menghadirkan diri dalam masyarakat,kenduri,melawat jiran sakit dan sebagainya. Tentu adakalanya bapak perlukan emak tapi emak tiada disisi. Kami pula biasalah,sebok dengan kerjaya. Mesyuarat,outing,seminar,kelas tambahan,kenduri-kendara ,melayan kerenah anak-anak dan sebagainya yang menjadi penghalang untuk kami menjenguk bapak.

Apabila 40 hari bapak terlantar,emak sentiasa disisinya.Bapak pulak sudah tidak mahu menyuap makanan sendiri,semua emak yang buat. Anak-anak memaksakan diri untuk melawat,kalau hanya disebab kan anak selsema sanggup mengambil cuti,takkan untuk bapak tidak. Anak menyedari itu,maka seboleh-bolehnya diperuntukkan masa untuk bapak.Adakalanya anak-anak datang sendiri tanpa anak isteri,tidak mengira waktu. Antara Lembah Kelang Teluk Intan sudah tidak jauh lagi. Kalau dahulu hanya emak yang menyuapkan ubat bapak sekarang anak cucu berkesempatan menyuapkan makan minum bapak juga.Anak-anak belikan bapak kerusi roda, lampin dan semua keperluan bapak termasuk tinggal di wad kelas pertama. Emak pun selesa menjaga bapak di bilik yang begini. Bila anak-anak datang bapak akan diangkat untuk duduk di kerusi roda dan berjalan-jalan. Masa ini lah anak-anak berpeluang menatang bapak seperti bapak menatang mereka dahulu.Anak-anak berpeluang membasuh berak,membasuh rambut dan memandikan Bapak.

Bapak menghadapi saat Sakaratul maut pada Sabtu malam Ahad. Sesungguhnya memberi peluang untuk anak-anak untuk sampai sebelum siang. Alhamdulillah Jenazah Bapak dimandikan oleh anak-anak,menantu dan cucu. Tiada orang lain.

  Al Baqarah:269 ﴿
Allah menganugerahkan al hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran .


Subhanallah,Alhamdulillah Allahuakbar

sumber google imej


Rabu, 27 Mac 2013

PERHITUNGAN

Sebanarnya saya telah lama membuat entry ini tapi menyimpannya sebagai draf sahaja,hanya malam ini baru saya publish,rupa-rupanya adik saya telah menerbitkan ceritanya terlebih dahulu di sini. tidak mengapalah saya teruskan juga,dan ceritanya sememangnya sama dan saya lengkapkan lagi. Arwah Sufi Solehah ialah anak kepada kakak sepupu saya Kak Ani(kakitangan felda Pasak),anak kepada Pak Long kami. Kakak kepada Dr Zainur Rahid Zainuddin. Beliau mula dapat dikesan mengidap penyakit ini pada bulan November yang lalu. Sebelum ini simptom-simptom yang kelihatan ialah selalu lelah,mata agak kekuningan,apabila dibawa ke kelinik atau hospital hanya diberitahu beliau kurang darah,sehinggalah kakak iparnya juga seorang doktor juga Pak Ciknya bertindak untuk merujuk ke peringkat kepakaran,barulah diketahui penyakit sebenarnya.Mengikut jadual rawatan satu pemindahan sum-sum tulang salah seorang abangnya akan dijalankan di Hospital Ampang Puteri pada bulan April .Namun rancangan Allah melebihi rancangan makluknya

Dibawah adala apa yang dituliskan oleh    Dr Zainur Rashid Zainuddin  dalam facebook group KELUARGA HJ BAWOK DAN HJH HINDUN untuk memberikan makluman ke seluruh keluarga pada 26 November 2012
 
Assalamu'alaikum,

Ingin kongsikan satu berita buat saudara mara yang jauh.

Anakanda Sufi Soleha Supian, 21 tahun kini berada di Hospital Sultanah Aminah, JB.

Soleha yang penyayang ini diuji dengan penyakit "Acute Lymphoblastic Leukaemia".

ALL adalah sejenis kanser sel darah putih (lymphoblast = sel putih yang belum matang) yang dihasilkan dengan banyak oleh sum-sum tulang (bone marrow). Akibatnya akan menyebabkan berkurangannya sel darah merah, sel darah putih (yang matang) dan sel pembeku darah (platelet)

Ini mengakibatkan Soleha menghadapi beberapa permasalahan seperti :

1-Kurang darah merah (Anaemia) - cepat letih, pitam, pucat dan sebagainya
2-Kurang darah putih - mudah dijangkiti penyakit
3-Kurang sel pembeku darah - mudah berdarah
4-Sakit-sakit sendi, tulang dsb.

Rawatan yang perlu dijalaninya adalah kemoterapi selama beberapa bulan selain daripada pemindahan sum-sum tulang (Bone-Marrow Transplant, BMT).

BMT akan dibuat setelah menemui penderma yang paling sesuai di kalangan adik beradik pada satu ketika nanti.

Alhamdulillah, walau pun kemoterapi bukanlah rawatan yang mudah namun Soleha kelihatan bersemangat dan optimis untuk melalui ujian Allah ini.

Mohon doa daripada semua ahli keluarga agar Soleha berjaya menjalani ujian ini dengan tabah dan pulih seperti sedia kala nanti.

Salam sayang dan persaudaraan.....
 
 
 
Arwah diapit oleh Pakciknya suami isteri juga kedua-duanya seorang doktor
 
 
Gambar ini saya ambil selepas saya melawatnya di Hospital Tun Aminah,beliau sendiri mahu menghantar kami hingga ke pintu hspital,ini membuktikan bahawa awah adalah seorang yang tinggi semangatnya.
Kami tidak sempat melihat jenazahnya,beliau menghempuskan nafas terakhirnya pada lebih kurang jam 12 tengahari dan terus dikebumikan pada jam 6 petang. Hari itu Sabtu,kami ada program disekolah,suami saya pula ada mesyurat sebelah petang,jadi selepas Asar baru kaim bertolak. Apa yang saya ucapkan pada kakak sepupu saya ialah 
 
"Kak harap kakak redho ye,pemergian arwah,tamat penderitaannya,Allah pinjamkan dia kat kakak,kakak dah jalankan aman.Semoga dia bahagia di sana. Insyaallah nanti akan tiba giliran kita"
 
Apa yang saya lihat ialah semua keluarga nya begitu pandai bercakap tentang penyakit ini. Saya berbisik pada adik saya,
 
 "Inilah hikmahnya, Bila Allah tarik baik apa yang diberikan,akan diganti dengan kebaikan lain yang kadang-kadang kita tidak sedari.Tengoklah semua orang pandai bercakap tentang penyakitnya berbanding sebelum ni.
 
Lalu adik saya menjawab "Macam sayalah dulu tak peduli sihir-sihir ni,bila dah terkena barulah mencari maklumat."  
 
Dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.Sajdah [9]
 

إلَى حَضْرَةِ النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اَلْفَاتِحَةْ

 

Rabu, 9 November 2011

Isyarat untuk pulang


Masih tersisa sebaknya ketika berpelukan denga Pn Hjh Lubna dengan membisikan ucapan ta'aziah atas pemergian suaminya ke pangkuan Ilahi.Ustaz Bad,kira-kira dalam usia 54 yang telah beberapa lama menderitai penyakit kencing manis,dan telah beberapa kali menghuni wad Hospital.


Saat-saat pemergiannya telah punya isyarat dari Allah,tempoh menderitai penyakit itu telah diambil kesempatan olehnya membuat sebarapa banyak amal jariah sebagai bekalan menghadap Maha Penciptanya.Seorang Murabbi yang bukan hanya dalam lingkungan kawasan sekolah tempat beliau bertugas tapi juga seluruh masarakat amnya. Namanya tersenarai di seluruh masjid di daerah ini dalam program-program majlis ilmu yang di atur oleh jemaah masjid. Sehingga beliau perlu menyusun dengan rapi jemputan kuliah dari pelusuk lokasi agar tidak bertembung diantara satu sama lain.


Ya,bertambah tinggi keyakinan pada aturan Allah,bila semuanya perjalanannya telah dimudahkan.Beliau menghembuskan nafas pada Selasa malam Rabu 9 Zulhijjah,pada ketikamasih ada tempoh untuk ibadat Qurban. Mengikut jadual pada hari rabu lembu yang dikorbankannya akan disembelih di sekolahnya dan di kelolakan oleh warga sekolah,namun proses penyembelihan berlangsung setelah beliau mendahului bertemu Khaliknya.Semuanya dipermudahkan,keenam-enam anak-anaknya juga masih berkumpul. Anak yang sulung,seorang hufas yang sedang menuntut di Mesir juga masih dalam percutian.Beliaulah yang mengimami solat jenazah.


Suasana yang syahdu semasa peroses pengurusan jenazah.Pengunjung datang bertali arus untuk memberi penghormatan dan mengucap taaziah pada keluarga yang ditinggalkan. Dikalangan mereka saling menyatakan rasa kehilangan seorang yang selalu menjadi tempat rujukan ilmu,telah diambil oleh Penciptanya.


Dalam perjalan pulang dari berziarah kami suami isteri termangu. Diam dan bernafas dalam-dalam.Meletakan penuh cita-cita,idaman,harapan dalam dada,kami kira begitu jugaa insan-insan lain. Pulang ke pangkuan Ilahi,didahului dengan Isyarat,berkesampatan membuat persedian.Meninggalkan anak-anak yang punya ilmu, menguruskan jenazah kami dengan tangan-tangan mereka. Harapan kami pada kedua-dua anak lelaki atau bakal menantu-menantu kami akan mengimami solat jenazah kami nanti.Dan jika pun telah diatur dalam takdir bahawa mereka tidak berkesempatan turut sama,memadailah dengan kiriman doa dan amal kebajikan mereka.


Ustaz Bad,sebelum ini kita sama-sama berenang mengharungi arus lautan,kini kamu telah berhenti dengan tersenyum. Namun kami masih meneruskan perjalanan kami,tidak tahu bagaimana nanti,adakan kami dapat berhenti dengan gembira atau dalam kepayahan dan kepenatan.


Ya Gaffar Ya Fattah Ya Wahab Ya Zu al-Jalal wa al-Ikram, berilah kami kesempatan bertaubat sebelum mati,mendapat rahmat ketika mati dan mendapat kampunan setelah mati

Catatan Popular