Assalamualaikum
Tadi..acik baca blog zai..yang dah lega
sebab adik kertas akhir hari ni.
terharu acik baca kesungguhan adik
belajar..sampai ke masjid.
sebenarnya itulah yang acik rasa
acik sedih sangat bila tengok kesungguhan
hero bongsu acik..kalau asrama
dia akan tidur awal..tapi
akan bangun semula untuk solat
malam/hajat jam 3 atau 4 pagi
sebelum mula ulang kaji
kalau dirumah waktu cuti
dia akan tidur jam 2 pagi..untuk ulang kaji
dan solat dulu sebelum tidur.
hari Isnin dan Khamis dia akan puasa sunat
tu yang buat acik sedih sangat
melihat kesungguhanya untuk berjaya.
sebelum acik diserang gastrik yang teruk ni
memang acik yang akan berpuasa
tapi keadaaan tak mengizinkan sekarang ni
dia berpuasa sendiri.
acik dah tengok kesungguhan dia
acik tak pernah paksa dari dia upsr sampai ke pmr
semuanya atas usaha dia sendiri
terima kasih pada yang sama sama
mendoakan hero acik.
apa pun keputusan dia acik akan redha dan
berpuas hati..tambah lagi bila melihat
kesungguhan dia..
acik mohon pada Allah s.w.t semoga
memperkenankan doa2 hero bongsu.
ok lah..emosi pulak acik menulis ni
jumpa lagi,In syaa Allah