Pages

Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Tuesday, June 5, 2012

KELIRU.

Assalamualaikum

Acik teringat semalam masa diKL Sentral
masa tu acik bagi tau anak anak.
mak dah tanya Pak Ngah,..sampai sini Pak Ngah kata kena naik Rapidkl untuk ke KLCC
sekali anak acik kata..'buat apa nak naik bas mak..jem..
baik naik lrt"

acik keliru..Rapidkl tu..bas ke lrt.
bila dah beli tiket baru la tau
yang anak acik bayangkan.Rapidkl tu..'bas'..yang acik dibagi tau lrt.
he he..gelak jugak sudahnya kami..tu la..tak pernah keluar naik pengangkutan awam..
kan dah tak tau apa2.

masa balik pulak..dah sampai Seremban ..turun 
kena naik satu lagi komuter
dah naik pun risau..pi tanya orang..betul ke komuter ni 
nak pi Sungai gadut?
budak tu jawab betul..sambil gelak..
ayo la hai..he he..tapi 'malu bertanya sesat jalan kan'
nak balik ke pangkal jalan..mak ai..jauh tu..
sudahnya tak sampai2 pulak nanti.

ok lah..cukup la acik merapu ni
Musabaqah pun dah habis..boleh la tidur

Jumpa lagi,Insyaallah.

Saturday, March 17, 2012

SEEDDAAAPPPNYA..BILA LA NAK MERASA LAGI

Assalamualaikum

sebelum cerita pasal kuih
acik ucapkan terima kasih pada semua yang ucap
selamat dan mendoakan yang baik2 buat 
hero bongsu acik
Terima kasih sekali lagi.

 Kuih kuih yang dijual dipasar pagi Machang
kuih gomok ni mulanya acik beli RM2.00
seminit je licin.
acik beli lagi RM10.00
Kuih ulat bulu ni pun sama..sedap sangat

bila la acik dapat makan lagi ni.

ada sesapa yang nak balik kelantan nanti bagi tau ye
acik nak kirim..betul2 sedap kuih2 ni.

Ok la..nak gosok baju hero bongsu pulak
jumpa lagi Insyaallah

Thursday, March 15, 2012

cuti cuti malaysia 2

Assalamualaikum


Alhamdulillah..walaupun sebelum ni suami 
 belum pernah memandu sendiri  sampai keKelantan.
(Biasanya menaiki kereta jabatan kerana berkursus
atau ada tugas lain)
kami selamat pergi dan balik.Alhamdulillah
walaupun  menempuh sebelas jam perjalanan pergi
dan berhenti sebanyak lima kali
kami semua sampai jugak ke Kampung Pangkal Meleret
Machang Kelantan.
Percutian kali ni tak dapat nak lama
hero kedua ada temuduga pada hari Rabu 14hb.
12hb.kami bertolak ke kuala Terengganu,
tidur satu malam
dan 13hb.baru bertolak balik.

walaupun cuma dua malam diKelantan
tapi sempat jugak
(tengok la budak ika tu..tak padan tangan patah dua dua belah boleh mengadap lagi api lemang tu)
 Buat lemang.Besan abang sekeluarga
 suka sangat makan lemang
yang biasa dijual tak sedap katanya.
 Sempat jugak acik buatkan rendang itik,
3 ekor itik tuan rumah sembelih.
mulanya dia nak sembelih kambing sekor
tapi acik cepat2 menolak.
acik tak makan..macam mana acik nak masakan.
Sambil kacau rendang boleh lagi mengelek cucu
Tapi rendang dan lemang  tetap masak on time

Sampai disini dulu..nak masak kejap
abang datang pulak
jumpa lagi,Insyaallah.


Wednesday, March 14, 2012

cuti cuti malaysia

Assalamualaikum.


Terima kasih pada semua yang meninggalkan komen di WW-Mendobi
Acik bukan beli mesin dobi tu yang baru
tapi acik tengah mendobi baju baju yang banyak selepas balik dari bercuti

Hari sabtu 10 mac acik bertolak ke kelantan lebih tepat lagi kampung Pangkal meleret di Machang.
rumah besan abang acik,atuk pada budak icha ni..bapa  pada ayah icha..
konvoi 4 kereta, adik,abang acik dan mak dan ayah icha.
dah selalu tok ba dan tok ma icha tanya
bila nak datang kesana
Alhamdulillah akhirnya kami semua sampai jugak.

Kerja2 mendobi belum siap lagi ni.
kalau dok kampung boleh acik pasang tali keliling rumah
sidai kain,ni dok taman
sabo je la..esok sambung lagi mendobi.
esok je la acik kongsikan percutian acik ye

jumpa lagi.Insyaallah.