Assalamualaikum....
Salam eidiladha buat semua...
Hari raya dah pun berlalu...aku..walaupun tak sihat,batuk dan demam selsema..tetap teruskan juga aktiviti memasak..tapi malam raya tu aku pegi juga keklinik...wau..terkejut manusia aku dibuatnya..ubat demam,selsema,ubat gastrik dan sakit tekak RM50.00..BELUM pernah lagi kalau setakat demam aku dicaj sebanyak itu...malam raya kot..tak kesah la..dah malam tu rezeki doktor yang bertugas tu..
pagi raya tu..aku teruskan lagi memasak..aku buat nasi daging..mulanya nak buat nasi beriani..tapi aku teringatkan adik yang dimekah tu,dia suka makan nasi beriani,jadi dia dah balik nanti baru buat nasi beriani...
aku juga teringat tijah tanya ..goreng papadom tak..mase mula aku buat n3 pasal nasi daging tu...kerna itu..aku beritahu en abe..pi kedai..beli papadom...dia jawab..azri dah beli (azri hero sulong aku.)dia siap kate lagi..mungkin beli papadom tu dikedai mampan..o.klah kalau dah belikan...bila dah siap nasi..aku pun tanye heroku yang sulong...."abag ade beli papadom ke" aku tanya dia..."ada" jawabnya...mak nak tengok ke..."aku kata..nak buat apa pulak mak nak tengok..bagi la kat sini..mak nak goreng"
hero ku yang sulong terkejut..HAAAAAAAAAAA..mak nak goreng apa...Katanya...mak nak goreng papadom la..."Mak..abang beli cd papadom la..mana boleh goreng...katanya...Ya allah hai..geram nya aku...ni..ayahnya punya hal la ni...aku pun turut jadi sala sangka sebab ayahnya sebut kat kedai mampan..setau aku..kedai tu kedai runcit..lojik la..mana ada kedai barangan runcit jual cd..
kerana dah hampir tengahari orang lelaki nak pi solat jumaat..aku pun ajak anak sedara yang perempuan pi kedai untuk membeli papadom yang ssebenar...jadi dapat le makan nasi daging dengan papadom hari raya tu...