:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Wednesday, 25 April 2012

Bergelodak Perutku

Hari ini genap usia kandungan 27 minggu. Macam sekejapan je masa berlalu. Tahu-tahu je, banyak baju kurung yang dah tak boleh sarung dah. Dah nak kena tukar uniform ni...

Serius, mengandung kali ni lain macam sikit. Rasa keletihan melampau, dan sakit bawah perut yang kerap sangat! Rasa tegang semacam je. Mungkin juga sebab jarak kandungan pertama dengan yang kedua ni, tak jauh sangat kot. Atau mungkin juga faktor umur? Aduii, saya dah terfikir, kalau dah masuk 30-an nanti, macam manalah pulak agaknya kan. Harap-harap kuatlah nak melalui saat itu nanti. Tengok tu, yang ini pun belum selesai lagi, dah fikir pasal mengandung yang seterusnya. Teruk betul saya ni. Hehehe...

Saya juga perasan, mengandung kali ni, perut saya macam bergelodak semacam. Sekali baby kat dalam bergerak, bergegar saya rasa. Boleh tahan lasaknya. Berbanding dengan Sakinah dulu, saya rasa taklah selasak kali ni. Pastu, kadang-kadang kalau terbangun tengah malam pun saya boleh rasa perut bergelodak semacam. Terfikir saya, apa tak tidur ke budak kat dalam ni. Atau tidur secara lasak? Huish, tak dapat saya bayangkan...

Apa lagi perbezaan? Nantilah saya cerita. Sekarang ni saya ingat yang tu je, sebab sekarang pun perut tengah boleh tahan bergelodaknya. Hehehe...

Monday, 23 April 2012

Tiada Yang Berbeza

Alhamdulillah, usia perkahwinan bakal menjengah ke angka 2, kurang seminggu je lagi. Serasanya baru je lagi kami bernikah tempoh hari. Sedar tak sedar, dari 2, hampir menjadi 4 dalam 3 bulan lagi, InsyaAllah. Bagi saya, tempoh 2 tahun mungkin belum apa-apa lagi. Masih baru lagi. Masih banyak yang perlu dipelajari. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Masih berusaha, hari demi hari.

Dan Alhamdulillah, sepanjang tempoh ini juga, rasanya tak pernah kami bergaduh besar. Harap-harapnya tidaklah sampai bila-bila. Bertekak kecil-kecilan tu adalah. Biasalah, suami dan isteri datang dari dua buah keluarga yang berbeza. Dibesarkan dengan cara yang berbeza. Dan masing-masing punya ego sendiri. Sebab itu perlunya 'give and take'. Sama-sama ya! Bukan seorang sahaja.

Baru-baru ini, ada satu topik yang diutarakan di salah sebuah 'Facebook Group' yang mana ahlinya adalah kebanyakannya isteri-isteri merangkap ibu-ibu yang bekerjaya. Mereka mengatakan yang isteri lebih banyak berkorban berbanding suami. Maaf, saya paling tidak suka kalau siapa-siapa, sama ada suami atau isteri mengeluarkan statement seolah-olah dia yang berusaha paling banyak, dia yang paling banyak berkorban. Sememangnya, kita akan sentiasa merasakan kita telah melakukan yang terbaik. Namun, janganlah perasaan kita itu menimbulkan rasa ego, sehingga mengeluarkan statement seperti itu. Bagi saya, itu samalah juga dengan memburukkan pasangan kita secara tersirat. Walaupun tanpa kata-kata, 'Pasangan aku tu, bukannya bagus sangat pun...'

Bagi saya, dalam perkahwinan, sama-sama telah banyak berkorban. Mungkin isteri rasa dia banyak berkorban, sebab dia yang paling banyak buat kerja yang nampak, macam menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Kalau suami pula jenis pendiam, tak banyak cakap, mungkin jadi sebab isteri rasa suami tak banyak membantu. Tapi janganlah pula kita terus merasakan yang kita paling banyak berkorban. Banyak atau sedikit pengorbanan yang telah kita buat, bukan kita yang menilainya. DIA lebih tahu. Biar dia saja yang menilaikan.

Selagi kita berfikir-fikir perkara-perkara tersebut, selagi itu perasaan tenang tidak akan muncul. Bukankah syaitan suka andai masjid yang dibina itu runtuh. Ketahuilah, setiap pengorbanan yang telah kita lakukan itu, pahala balasannya dan insyaAllah syurga tempat kita. Lagipun, pengorbanan itu bukan untuk siapa-siapa. Untuk suami dan anak-anak, yang akan membawa kita ke syurga yang hakiki.

Saya pun bukanlah yang terbaik untuk manjadi penasihat hal rumahtangga, sementelah rumahtangga sendiri baru menjengah usia 2. Bukan saya tak pernah punya perasaan seperti itu di awal-awal perkahwinan. Namun, saya cuba sentiasa berfikiran positif. Insyaallah semuanya akan baik-baik saja. Ameen...


Sunday, 22 April 2012

Masak-masak : Puding Roti Karamel

Sebenarnya, dah lama dah rasa nak wujudkan cerita pasal masak-masak ni. Tapi, saya ni selalunya, bila dah selesai masak dan makan semua, baru teringat nak amik gambar. Kalau cerita pasal resepi, tak ada gambar, tak seronoklah kan? Mestilah kena ada gambar, barulah lebih menarik!

Ok, kebetulan resepi yang ni hari tu saya teringat nak amik gambar. Tu pun sejak dah ada instagram yang mencantikkan gambar tu. Tapi, gambar tak adalah cantik sangat pun. Saya tak ada skill tulah...

Saya buat ni, hari Selasa minggu lepas. Asalnya ingat nak buat masa hari Rabu, cuti Pertabalan YDPA tu. Tapi, sebab tak menyabar nak tengok hasilnya, balik keje terus singgah beli bahan-bahan, dan buat. Nasib baiklah Sakinah elok pulak, tak ada nak berkepit je. Dapatlah selesaikan dengan aman.

Sejak akhir-akhir ni, sangat suka berjalan-jalan ke blog-blog makanan ni. Antara blog yang saya suka, blog Kak Ita Masam Manis. Jadi dapat resepi ni, dari sanalah. Kalau tengok gambar setiap resepi yang dipaparkan, mesti rasa nak cuba, sebab gambarnya sangat menarik! Ini resepi pertama yang saya cuba dari blog Kak Ita.



Puding Roti Karamel

Bahan-bahannya :
  • 3 sudu gula pasir untuk buat gula hangus
  • 8 kpg roti dicarik-carik atau dipotong kecilkecil
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 tin susu UHT (pakai sukatan tin susu pekat manis tadi) atau susu cair
  • majerin - disapu pada roti sebelum dipotong
  • 5 biji telur
  • 2 sudu esen vanila
  • nenas dalam tin dipotong kiub
  • ceri hijau dan merah
  • sedikit kismis

Cara-caranya :
  1. Taburkan gula dalam loyang (ini adalah proses untuk membuat gula hangus), dan letak atas dapur. Apabila sudah cair, biarkan sebentar.
  2. Satukan susu pekat manis, susu UHT atau susu cair, telur dan esen vanila. Pukul dengan perlahan sahaja jangan sampai berbuih.
  3. Masukkan sedikit dalam loyang gula hangus tadi. Kemudian susunkan roti, taburkan nenas, ceri dan kismis. Masukkan lagi bahan tadi dan ulang hingga habis.
  4. Biarkan sekejap hingga roti dah serap dan bolehlah mula mengukus. Kukus selama 45 minit.
  5. Sesudah puding masak biarkan sejuk sebentar.
  6. Akhir sekali masukkan ke dalam peti ais.
  7. Boleh dimakan ketika sejuk ataupun panas. Cuma jika panas susah sikit nak keluarkan dari loyang.

Hasilnya? Memang sedap! Bolehlah cuba nanti. Tak rugi...


Friday, 20 April 2012

Usaha Ke Arah Yang Lebih Baik

Saya sangat suka membaca blog Budu dan Belacan. Baca perkongsian ilmu yang diperoleh. Berusaha ke arah yang lebih baik untuk sama-sama berkembara menuju ke syurga. InsyaAllah, Ameen.

Hari ini saya nak kongsikan antara kempen-kempen beliau yang mengajak kita semua menjadi lebih baik, menjadi muslimah yang terbaik terutamanya. Semoga kita sama-sama akan mendapat manfaatnya...






Tuesday, 17 April 2012

Oh, Kurang Dari 100 hari lagi...

Hari ni check ticker adik baby, tinggal kurang dari 100 hari je lagi. Perasaan? Berdebar-debar. Walaupun dah kali kedua, perasaan tetap sama. Sebab lain anak, lain caranya kan? Kina hari tu, lahir masa 38 minggu secara induce. Yang ini, harap dapat normal betul2. Macamlah hari tu, tak normal kan. Hehehe...

Alhamdulillah, dah selamat jumpa dengan pakar O & G, yang juga bakal sambut kelahiran adik baby nanti, insyaAllah. Di hospital yang sama, dan Dr yang sama juga. Dr. Fazlina Hanum di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi. Saya senang dan selesa di sana. Harganya juga berpatutan. Masih di dalam bajetlah.

Kiranya Sabtu minggu lepas, pertama kali check up dan scan dengan O & G. Kat klinik kerajaan, tak pernah scan pun :(, sebab mesin scan rosak. Patutnya kena scan masa 12 minggu kan? Kat sini memang tak ada. Dia suruh pegi buat sendiri je...

Alhamdulillah, dah tau pun jantina adik baby. Seperti yang dijangka, dan seperti yang kami inginkan. Mesti anda dapat teka kan. Hehehe... Yang penting adik baby sentiasa sihat dan aktif. InsyaAllah, minggu ke 34 ada check up lagi. Masa ni baru dapat tau keadaa baby yang sebenar. Kina dapat tau kurang membesar dalam perut masa usia ni la... Sebab tulah decide untuk induce sebab takut jadi apa-apa kat 'dalam' kita tak tahu kan. Kalau dah kat luar, kita dapatlah tengok dan nampak apa yang jadi kat dia.

InsyaAllah, ada masa saya akan ceritakan perbezaan masa mengandungkan Kina dengan adik baby. Memang ketara perbezaannya. Tunggu ya!

Wednesday, 11 April 2012

Tak Salah Rasanya...

Seperti yang diketahui, saya menyusukan anak saya dengan susu badan sepenuhnya sehingga berusia 6 bulan. Alhamdulillah, masih punya rezeki, sampai sekarang pun Sakinah masih menyusu badan, walaupun tidak lagi secara eksklusif. Selagi ada permintaan, selagi itu saya akan berikan yang terbaik untuknya.

Walaupun sekarang sudah genap usia kandungan 25 minggu, dia masih lagi mahu menyusu, dan sekarang sudah pandai minta pula. Tak sampai hati mahu menolak, lagi pula belum pun cukup usianya 2 tahun. Masa awal-awal mengandung dulu, dia macam sudah kurang mahu menyusu badan. Kadang-kadang satu hari tak minta langsung. Saya fikir dia sudah mahu 'wean-off'. Tapi sekarang, permintaan semakin tinggi pula.

Saya ingat lagi, masa mula-mula saya pergi buka 'buku merah' yang kedua ini, Sakinah baru berusia 11 bulan. Jururawat yang ambil details ibu tu, terkejut sebab saya masih menyusukan anak, setelah tahu mengandung. Siap suruh saya berhentikan cepat-cepat, sebab takut memudaratkan baby dalam kandungan katanya. Hampir terpengaruh dengan kata-katanya, walaupun saya dah banyak membaca di internet mengenai hal ini, waktu itu. Kemudian, bila jumpa jururawat di dalam yang membuat pemeriksaan menyeluruh, beritahu saya 'Jangan berhentikan penyusuan susu ibu kepada anak saya, sebab anak saya masih kecil'. Lega sangat dengar... Dia cuma berikan saya beberapa nasihat penting, bila saya PERLU memberhentikan penyusuan, dalam keadaan mendesak. Alhamdulillah, sehingga hari ini, tiada yang perlu dirisau, InsyaAllah...

Saya tahu, kalau ikutkan kata orang tua-tua, tak elok meneruskan penyusuan kononnya akan 'memudaratkan bayi di dalam kandungan'. Selagi, ia tidak memudaratkan saya, baby mahupun Sakinah, tak salah rasanya... Tiada fakta mengatakan yang si kakak akan mengambil khasiat yang sepatutnya untuk si adik di dalam kandungan. Saya rasa sekarang kalau waktu saya menyusukan Sakinah, adik kat dalam meloncat-loncat gembira je. Lagi-lagi bila saya dekatkan badan Sakinah ke perut saya. Makin rancak dia bermain. :)


Ini adalah saat yang sangat indah. Sakinah 8 bulan.

Apa yang perlu saya lakukan, hanyalah memastikan saya dan anak-anak (yang di dalam & luar kandungan) mendapat khasiat yang secukupnya untuk keperluan kami bertiga. Saya perlukan vitamin tambahan yang insyaAllah, membantu saya lebih cergas dan sihat. Nak tau apa yang saya amalkan? Boleh hubungi saya ya!