:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Showing posts with label Luahan Rasa. Show all posts
Showing posts with label Luahan Rasa. Show all posts

Friday, 30 March 2012

Bersyukur : Mencari Rezeki Yang Halal

Tersentak saya sebenarnya, dengan kejadian yang berlaku dalam tempoh beberapa hari ini. Perkara yang berlaku di hadapan mata sendiri. Kadang-kadang macam tak percaya. Yelah, tak akanlah dia sanggup lakukan sampai begitu sekali. Apatah lagi bukannya hanya untuk diri sendiri. Untuk ANAK juga.

Apalah yang saya repekkan ni kan? Kejadian-kejadian yang berlaku di sekeliling kita, menyebabkan saya menyentuh sedikit tentang hal ini. Mungkin saya bukanlah orang yang pakar dalam hal ini. Saya menulis daripada persepsi saya sendiri. Seandainya punya kesilapan, mohon teguran daripada anda pembaca-pembaca sekelian.

Menyentuh hal mencari rezeki ini, adalah sangat penting untuk kita mencari rezeki yang HALAL. Apatah lagi kalau rezeki itu nanti kita kongsikan bersama ahli keluarga yang lain. Seseorang yang saya kenali ini, walau tidak rapat, namun selalu berada di depan mata saya. Seorang ibu tunggal kepada seorang cahayamata. Bekas suami masih ada untuk menanggung nafkah anak. Memang bekerja di bahagian yang mempertemukan dengan ramai orang luar, mungkin membuatkan dia alpa dengan etika kerja yang sepatutnya.

Saya tahu, kos sara hidup semakin tinggi. Sedangkan saya sendiri pun merasainya. Tapi, takkanlah hal makan minum, sanggup TAK BAYAR, hanya kerana dia punya kepentingan dengan orang tersebut. Bukan sekali-sekala, tetapi hampir setiap hari. Dan bukan pula, dengan seorang sahaja, tetapi ramai rupanya. Memang tidak melibatkan wang, tapi ia tetap dianggap pemberian yang berkepentingan kan?

Serius saya tak faham. Bukannya kerja tak bergaji pun kan? Kenapa setiap kerja yang dibuat, perlukan habuan? Tak cukupkah dengan pendapatan yang diperoleh tiap-tiap bulan? Inilah dia bila nikmat bersyukur semakin menjauh dari hati. Memang kita akan rasa apa yang kita ada tu tak cukup. Semakin banyak, semakin tidak cukup. Tapi, cuba kalau kita datangkan rasa bersyukur dengan rezeki yang diperoleh. InsyaAllah, apa yang sedikit akan rasa banyak, malahan makin terlebih pula.

Kalau diambil dengan cara yang salah, memang banyak mana pun yang diberi, tak akan pernah cukup. Sebab itu, bila sudah dimulakan sekali, akan dibuat berkali-kali. Kerana manusia memang tidak akan pernah puas, selagi dia tidak bersyukur. Apatah lagi, rezeki itu mahu diberi makan kepada anak-anak. Mungkin kesannya bukan sekarang, sebab itu dia tidak nampak apa yang dibuat itu salah.

Sebenarnya inilah yang sering berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini. Apa yang saya ceritakan itu, hanya sebahagian kecil daripada kehidupan. Dalam sebuah organisasi yang kecil pun, sudah berlaku begini. Apatah lagi dalam organisasi yang besar. Perkara ini macam satu perkara biasa, yang menjadi lumrah dalam kehidupan. Seperti tiada salahnya.

Inilah bila Islam hanya dibawa pada nama, tidak di dalam hati. Yang baik dan buruknya, sepertinya sama sahaja. Tiada bezanya...

Ini saya peti dari sini : www.rahasiasunnah.com

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda : "Akan datang sesuatu masa pada umat manusia, mereka tidak peduli dengan cara mendapatkan harta, apakah dengan cara yang halal atau dengan cara yang haram." (HR Bukhari)

Rasulullah s.a.w juga telah menyampaikan ancaman terhadap orang-orang yang memakan harta yang haram. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya tidak akan masuk syurga daging yang tumbuh dari harta yang haram. Neraka lebih sesuai untuknya." (HR Ahmad dan Ad-Darimi)

Boleh baca selanjutnya di sini ya!

Sunday, 17 July 2011

Dugaan Sepanjang Minggu Ini

Saya paling tak suka kalau ada orang mengadu domba hal diri saya, demi mencapai matlamatnya sendiri. Saya sendiri tidak tahu, apa yang menyebabkan 'dia' sangat tak suka pada saya. Adakah berkepentingan peribadi? Kalau atas dasar kerja, sila beritahu secara berdepan. Bukan dengan cara menjaja cerita mengenai saya dari satu orang kepada orang yang lain. Tapi kalau pasal peribadi, saya rasa tak patut dicampur adukkan dengan hal kerja. Apatah lagi dengan tujuan untuk menjatuhkan saya di hadapan orang atasan saya.

Kadang-kadang saya pelik, dengan orang seperti ini. Di depan saya, tidak kelihatan sepertinya dia tidak menyukai saya. Baik-baik sahaja. Jadi, bagaimana saya sangka, dia akan memperlakukan saya seperti itu? Kalau tidak ada yang menegur saya, pasti saya tidak tahu perangai buruknya itu di belakang saya.

Perasaan irihati dengan kejayaan orang lain, dilawan dengan perasaan hasad dan dengki yang akhirnya membawa kepada menjaja kisah yang tidak sepatutnya kepada orang lain. Menggunakan 'kuasa' yang dia ada 'kononnya' dengan menghasut orang atasan. Oh, sungguh tak patut. Kalau perasaan irihati itu, digunakan dengan cara yang positif kan bagus... Melawan kejayaannya dengan cara berusaha untuk mencapai kejayaan yang sama.

Apa yang harus saya lakukan? Setelah difikir-fikirkan, lebih baik saya berdiam diri sahaja. Kerana tiada gunanya saya melawan orang-orang begini. Nanti tiada bezanya saya dengan dia. Kalau pun, sikapnya itu akan mengesankan 'pendapatan' saya, bukannya dia atau orang atasan saya yang memberikan rezeki itu pada saya. DIA yang memberikan rezeki saya. Saya tidak gentar kerana saya tahu DIA ada bersama saya. Alhamdulillah...

P/S : Alhamdulillah, saya telah amalkan memakan B-Complex yang mengurangkan rasa stress saya, dan dapat saya lalui dugaan ini dengan tenang...

Friday, 20 May 2011

Kenapa Ada Orang Macam Ni?

Dah lama rasanya tak buat entri luahan hati kat sini. Sebab rasanya, sejak dah berumahtangga ni, emosi dah banyak boleh dikawal kot. Hehe... Lagipun, malas nak ambil port sangat perkara-perkara yang boleh menyebabkan emosi terganggu. Yelah, lagi pula kan sejurus berumahtangga, saya terus mengandung. Tak naklah keadaan emosi yang tak stabil mengganggu kandungan.

Sejak akhir-akhir ni, rasanya macam tak boleh nak bersabar dengan 'seseorang' yang terlalu bossy. Yang kadang-kadang kelakuan tu melebihi melebihi bos besar. Rasanya, saya boleh tak kisah lagi sebelum ni, sehinggalah dia mula mencari pasal dengan saya minggu lepas.

Bila saya buat salah je, dia mula mengungkit perkara bukan-bukan, yang tak ada kaitan pun. Masalahnya, tak puas hati dengan saya, pegi bising-bising dekat orang, tak pulak cakap dekat saya. Kalau saya salah, panggil saya, dan tegurlah saya. Bukan dengan terjerit-jerit tak tentu pasal.

Mula-mula saya pelik juga kenapalah dia cari pasal dengan saya. Sekarang saya dah tahu dah kenapa. Puncanya hanyalah perasaan tak puas hati. Tak puas hati pasal apa? Mmm, biarlah saya yang simpan. Saya cuma berharap, saya terus diberikan kesabaran menghadapi manusia seperti dia. Saya tak nak ikut cara dia, sebab nanti, sama je saya dengan dia. Tiada bezanya. Biarlah dia yang meroyan seorang-seorang.

Entri ni cuma nak legakan hati sendiri je. Bagi saya, kami semua sama je di ofis ni. Sama-sama makan gaji. Kalau nak orang hormat kita, hormatilah orang dulu. Semua orang pun ada perasaan. Walaupun dia orang bawah, janganlah kau pijak-pijak dia macam tak ada maruah pulak kan. Kita semua manusia biasa, tiada yang sempurna...

Thursday, 10 March 2011

Kita Tak Tahu Masa Depan...

Kadang-kadang pelik dengan sesetengah orang. Kalau mengata orang, memang sedap je. Sampaikan lupa nak cermin diri sendiri. Buruk orang, semua nampak. Siap dikorek-korek lagi. Diri sendiri? Belum kena kat batang hidung sendiri, sedaplah mengata. Esok dah kena, baru tau langit tu tinggi ke rendah.

Sifat suka membanding-bandingkan orang, satu hal lagi. Terutamanya hal kerja la, hal gaji la... Dan kadang-kadang tu, hal pasangan hidup pun termasuk sekali. Depan kita syok je cerita orang tu gaji besar lagi dari kita. Padahal orang tu belajar sama-sama dengan kita. Nak beritahu, orang tu lagi bagus dari kita la. Itu kan rezeki masing-masing. Kalau pun gaji kita tu kecil, yang penting kita bahagia. Yang penting, KEBERKATAN kan...

Yang lagi best, nak kata pasangan hidup kita tu tak sesuai dengan kita. Sebab dipandang dari segi fizikal. Dan sekali lagi dibandingkan dengan orang lain, yang pasangan hidupnya itu, lebih kacak, putih, dan tentulah gajinya lagi besar dari kita. Kalau yang mengata tu, memang orang yang makan garam dulu dari kita, diam jelah jawabnya. Tapi yang dok mengata tu, adik-adik yang tak habis sekolah lagi. Apa nak jawab?

Pandainya nak cakap-cakap orang. Awak tu esok, tak tahu lagi nasibnya macam mana. Bila kena kat diri sendiri, pandai pula nak berahsia. Malu la kot. Jawapan saya untuk orang-orang macam ni, kita tunggu dan lihat je nanti. Kita tak tahu masa depan...

Tuesday, 29 June 2010

Saya Menanti Ogos...

Kalau boleh dicepatkan waktu, ingin saya menuju ke Ogos secepat-cepatnya. Kalau boleh... Tapi, saya tahu saya kena sabar. Sabar itu ubat. Ada hikmahnya...

Namun, kesyukuran saya panjatkan pada-Nya, atas segala kurnia-Nya buat saya. Dikurniakan dengan rezeki yang melimpah-ruah. Keluarga yang bahagia, dikurniakan pula dengan Suami yang soleh, dan diberi nikmat menyemai benih di dalam rahim ini. Syukur...

Walau dulu, kadang saya alpa dengan suruhan-Nya. Dia datangkan saya musibah untuk saya bermuhasabah kembali, dan akhirnya digantikan dengan nikmat yang tidak terhitung. Moga segala kurniaan-Nya ini, tidak menjadikan saya alpa dengan segala suruhan-Nya. Ameen...

Doakan segalanya dipermudahkan. Rezeki itu pasti ada. Semoga impian saya menjadi kenyataan. Tak lama pun lagi...

Tuesday, 15 June 2010

Diam Saya, Berisi Juga Rupanya...

Saya ingatkan, bila saya berdiam diri, tidak akan ada yang berkata-kata. Bagi saya, diam lebih baik, daripada menambahkan lagi dosa, dengan berkata yang bukan-bukan. Lebih baik saya diam, daripada saya beremosi tidak tentu hala. Banyak yang perlu dijaga. Kandungan saya, dan tentu sekali nama baik suami saya.

Kita wajar menegur kawan kita, kalau dia melakukan silap. Ada banyak caranya kan. Saya tahu, dia sukar ditegur secara terang-terangan, kerana emosinya yang kadang tidak tenteram. Kadang pula, terlalu mudah melenting. Daripada menambahkan sakit hati saya, dan daripada saya mengeluarkan kata yang bukan-bukan, diamlah yang terbaik.

Namun, saya masih manusia biasa. Kadang-kadang, marah juga rasa di hati dengan gerak lakunya yang emosi selalu. Kata-kata saya di FB, rupa-rupanya menyebabkan dia terasa. Walaupun, asalnya saya tidak tujukan pada dia. Sebab saya tidak tahu, siapa yang mengata saya di belakang. Tapi, bila dia mula beremosi begitu, saya tahu, dialah orangnya.

Dan tanpa disangka, kerana itu, saya dibuang dari senarai kawannya. Emosi kan? Ke saya yang emosi? Tak apalah, tak kisah pun. Tapi, terserlah sungguh perangai kebudak-budakan itu. Kelakar kan?

Kalau dia terbaca entri ini, janganlah terasa sangat. Sebab saya tak tulis pun nama kamu di sini. Dan selama ini pun, saya tak pernah nak tulis nama kamu pun. Saya rasa tidak akan ada yang tahu itu kamu. Kamu sendiri yang terasa.

Sekian.

p/s : emosi juga saya kan? hehehe...

Thursday, 20 May 2010

Biar Saya Berterus-Terang...

Ini entri luahan rasa. Yang dah lama dah saya simpan. Malas la nak fikir-fikir sangat. Sebab banyak lagi benda-benda lain yang kena saya fikir. Tapi saya rasa, hari ini titiknya. Tak sanggup dah simpan dalam hati, sambil tengok je apa yang dia buat...

Semalam, saya ada buat status kat FB, "Ada orang, suka bercakap sampai buat orang sentap. Pastu gelakkan orang tu. Tapi bila orang bercakap sampai buat dia sentap, tahu pulak sakit hati. Terus nak bergaduh dengan orang tu. Kelakar kan? Ingatkan bila selalu buat orang sentap, jiwa tu dah kental sangat dah. Rupanya dia lagi sensitif...". Sebelum tu, saya ada buat status yang ni, " Semua nak kena ikut dia. Kalau susah, cari kita. Bila senang? Buat tak endah. Ingat kalau tak ada dia, kita tak boleh hidup ke? Lagi aman lagi ada la...". Saya nak cerita pasal dia ni la...

Saya kenal dia dah lama dah. 2 tahun lebih dah. Mula-mula boleh tahan lagi dengan perangai dia yang perasan bagus, pastu suka marah-marah orang. Dia ingat, dia sorang banyak keje kat sini. Keje dia je yang susah, jadi semua orang pun nak kena ikut cakap dia. Memanglah ada kalanya, apa yang dia cakap dan buat tu, ada benarnya. Tapi, tak boleh ke cakap dengan penuh berhemah. Semua orang pun ada perasaan, dan yang penting, semua orang pun ada maruah diri. Kalau pun, orang tu buat salah, tak payahlah maki-maki orang tu, sampai semua orang dengar. Nanti orang akan pendang serong kat dia, bukan kat orang yang buat salah tu.

Dulu memang saya baik dengan dia. Tapi mula berubah, sejak saya perasan yang dia mempergunakan saya. Nak kena ikut cakap dia. Ingat dia tu siapa? Bos saya pun, kalau nak arahkan saya, cakap elok-elok. Dia cakap macam S***! Mentang-mentang tak ada orang pernah lawan dia, jadi dia besar kepala, konon-konon dialah paling berkuasa. Orang semua diam, sebab malas nak kecoh! Kang jadi gaduh besar pulak...

Dia ingat orang diam, orang suka dengan apa yang dia buat. Dia tak sedar, ramai yang tak suka. Cuma yang betul-betul tunjukkan rasa protes pada dia, cuma saya! Saya kalau tak suka, saya buat betul-betul tak suka. Tak adalah saya nak cover-cover line. Kalau ada benda penting, baru saya cakap dengan dia. Kalau tak memang malas!

Saya tak nak beranggapan macam apa yang saya beranggapan pada dia sekarang ni. Kadang-kadang saya kesian kat dia. Pada usia macam dia sekarang ni, orang lain dah ada pasangan, dah ada anak-anak. Dia masih macam tu. Kadang-kadang bercerita benda-benda yang saya rasa orang yang berumur macam dia, tak patut bercerita. Yang paling saya tak tahan, kalau hal dalam kelambu suami isteri, sibuk pula nak tahu. Pastu bercakap macam pernah melaluinya pula. Padahal dia belum kahwin! Macam saya baru lepas kahwin, tanya kat saya benda pelik. Orang yang dah kahwin pun, tak tanya macam tu. Saya jawab senang je, "Nak tau, kahwin!".

Dahlah, kang lagi banyak lak saya kutuk dia. Kalau ikut rasa sakit hati ni, memang banyak nak cerita. Tapi malas! Bila saya cerita kat suami, selalu suami tanya, "Kenapa ek dia tak kahwin lagi? Mesti ada sesuatu yang lelaki tak boleh terima tentang dia...". Manalah saya tahu kan? Kalau betul BF dia serius nak kahwin dengan dia, mesti dah lama dah dia buat. Tapi, bagi saya, kalau lelaki banyak bagi alasan, terutamanya tentang duit, tak payahlah tunggu lama-lama. Ramai lagi yang lebih baik. Semoga dia tak kena tipu...

Saturday, 3 April 2010

Kenapa Harus Ada Perbandingan?

Saya nak tanya, bakal pengantin, ataupun orang yang pernah menjadi pengantin. Pernah tak mengalami situasi, majlis kamu dibanding-bandingkan dengan orang lain. Bukan keadaan majlis tau, tetapi isi dalam majlis, yang mana semuanya bagi saya adalah private & confidential.

Baru-baru ini, seorang sepupu saya telahpun selamat menjadi isteri orang. Alhamdulillah... Saya memang tak dapat pergi, sebab jauh ke seberang laut. Adalah makcik saya sekeluarga yang pergi juga, mewakili kami di sini. Dan biasalah, pasti ada cerita di dalamnya. Yang sebenarnya, saya tak kisah pun. tapi lam-lama saya tahu, dia cuba membuat perbandingan antara saya dengan sepupu saya. Perbandingan tentang apa? Tentang apa yang kami peroleh.

Yang pertama, tentulah tentang wang hantaran. Ye saya akui, memang wang hantaran saya tak banyak, sebab memang saya tidak berniat untuk menyusahkan bakal suami saya. Itupun bukan saya yang minta. Semasa perbincangan awal antara ibubapa saya dan ibubapa En. Tunang, tiada amaun yang diminta. Kalau mereka mahu beri, kami terima. Syukur Alhamdulillah. Sebenarnya tentang wang hantaran ni pun, ada kisah yang terjadi. Nanti saya cerita ya! Memang sepupu saya itu, dapat LEBIH banyak dari saya. Dan saya tak kisah pun. Cuma bila cerita, macam nak beritahu yang saya dapat itu sangat sedikit. Terasa juga serba sedikit.

Saya juga diberitahu yang kebanyakan barang perkahwinan sepupu saya itu, ditaja suaminya itu. Tak apalah. Memang itu rezeki dia kan... Saya pula, terima apa seadanya. Sebab bagi saya, cerita selepas perkahwinan lebih besar lagi. Kalau segala-galanya telah dihabiskan untuk majlis perkahwinan, apa nanti yang tinggal? Sekurang-kurangnya saya tahu, apa yang saya dapat itu, memang hasil titik peluh bakal suami saya. Bukannya sumbangan daripada ibubapanya.

Setiap orang punya pendapat masing-masing. Saya punya sebab untuk tidak menyusahkan bakal suami saya, tetapi saya nak beliau menghargai apa yang beliau buat untuk saya menjadi suri hidupnya. Tidak menyusahkan, bukan bermaksud tidak kisah langsung. Bukan itu ya maksudnya. Saya mahu apa yang beliau buat kini, akan beliau kenang sampai bila-bila. Dan saya juga akan ingat apa yang beliau korbankan untuk saya. InsyaAllah...

Thursday, 25 March 2010

Ini Blog Saya!

Saya tau entri-entri saya minggu ini banayk menjurus kepada ketidakpuashatian saya terhadap seseorang itu. Mungkin ada yang cakap saya melampau, buat entri macam itu. Dan saya tahu tuan punya badan pun, pasti baca.

Tidak kisahlah apa anggapan kamu pun. Ini kan blog saya! Saya punya hak untuk menulis apa-apa pun, sebab bagi saya, inilah tempat saya menghilangkan stress. Alhamdulillah, saya lega sangat-sangat! Mungkin tuan punya badan rasa saya memburuk-burukkan dia. Tapi, saya tidak tulis nama kamu di sini ya! Dan blog ini, yang membacanya kebanyakannya saya hanya kenal di sini. Dan mereka pun tidak tahu sangat tentang diri saya.

Saya tahu, setiap yang jadi, ada hikmahnya. Saya redha, dan bersyukur kerana DIA menunjukkan pada saya, perasaan sebenar kamu pada saya, walaupun kamu tidak pernah mengakuinya. Mungkin silap saya, kerana menerima kamu sebagai kawan. Tapi, yang dah berlaku, tak mungkin untuk diputarkan semula. Saya tahu, bukan semua orang boleh dipercayai. Itulah kesilapan saya...

Kalau benar kamu sedang membaca ini, saya minta maaf. Saya cuba buangkan yang keruh itu. Saya sentiasa mendoakan kebahagiaan kamu. Semoga apa yang saya tulis itu, kamu ambil iktibar. Tak perlu berlakon, apatah lagi berpura-pura. Kalau kamu kata, sudah banyak berubah, kamu masih kamu yang dulu. Tidak ada sedikitpun berubah...

Wednesday, 24 March 2010

Kenapa Saya Cakap Dia Pendengki?

Ingat saya saja-saja ke cakap dia tu pendengki? Saya ada sebab yang perlakuan dia tu menjurus kepada arah kedengkian. Ceritanya panjang, dan mungkin akan membuka sejarah silam. Bukan saya saja-saja nak ingat ye... Dah namanya pun sejarah, boleh lupa ke? Tidak semudahnya, tambahan lagi dengan apa yang dia buat kini.

******************************

Saya tahu kamu baca blog saya. Dan saya tak kisah pun, kalau kamu rasa cerita ini memang cerita kamu. Bacalah, biar kamu sedar apa yang kamu dah buat tu. Tak payah nak berlagak baik & seolah-olah kamu yang paling baik. Tak payah nak cover line, sebab sudah terang lagi bersuluh apa yang kamu buat.

******************************

Sebenarnya kisah ini bermula dari sejak saya putus cinta pada hujung tahun 2008. Dia dapat tahu saya sedang kecewa, mencuba nasib untuk bersama saya semula. Siapa dia ni? Dia adalah bekas kekasih saya sewaktu di universiti dulu. Dah lama dah putus, tahun 2006 kot. Entah, saya pun tak ingat sangat.

Ketika dia mencuba itu, saya tahu dia benar-benar mahukan. Tapi, saya lebih tahu dia, dan saya tak mahu kisah lama berulang kembali. Walaupun dia cakap dia dah banyak berubah, tapi hati saya tetap tidak mahu menerima, walaupun saya tahu ibu bapa saya pasti dapat menerima dia. Banyak perkara yang dia lakukan yang saya tahu dia memang mahukan saya. Tapi saya tak tahu kalau dia sebenarnya hanya mahu test market. Kadang-kadang dia sengaja mencari alasan untuk bertemu dengan saya. Tapi, cukup-cukuplah kisah lalu. Saya cuma mahu berkawan biasa-biasa sahaja. Dengan harapan, semoga saya tidak ada lagi perasaan negatif padanya. Saya tak suka!

Apabila saya bertemu dengan En. Tunang (waktu itu BF saya), memang saya tak pernah ceritakan sedikit pun pada dia. Untuk apa saya cerita padanya kan? Dalam waktu itu, dia masih meneruskan usaha untuk menawan hati saya. Dan pada awal bulan Jun tahun lepas, saya dan beberapa orang rakan, termasuk dia, pergi ke kenduri rakan kami di Melaka. Pada masa itu, saya ajak En. Tunang datang, sebab ada benda yang saya mahu bagi pada En. Tunang, kerana kami bakal bertunang dalam tempoh 2 minggu je lagi.

Saya memang tidak mahu bawa En. Tunang bertemu dengan dia, tapi memang ditakdirkan pertemuan itu. Saya memperkenalkan kepada dia dan semua rakan-rakan saya, bakal tunang saya pada waktu itu. Dan selepas itu, saya nampak perubahan pada riak wajahnya. Rakan-rakan yang lain juga perasan pada perubahan itu. Terkejut dengan keputusan saya mahu bertunang?

Kejadian yang paling saya tidak boleh lupa. Selepas majlis pada siang itu, sedang kami berehat-rehat sebelum memulakan perjalanan pulang, dia mula bertanya macam-macam mengenai bakal tunang saya. Di depan rakan-rakan saya juga ya! Dia katakan pada saya, bakal tunang saya kelihatan lebih tua dari usia. Dan ada lagi beberapa soalan, yang tak boleh saya taipkan di sini, demi menjaga hati En. Tunang. Apa tujuan dia memperkatakan sesuatu yang seolah-olah memburuk-burukkan bakal tunang saya? Mungkin kerana dia rasa dia lebih baik dari bakal tunang saya, dan tak dapat menerima kenyataan saya memilih En. Tunang sebagai teman hidup saya. Mungkin...

Selesai majlis pertunangan saya, hubungan saya dengan dia, kurang sedikit dari sebelumnya. Tapi pada saya, dia tetap kawan saya. Beberapa kali saya bertanya, bila dia mahu menamatkan zaman bujang, kerana usia pun makin meningkat. Dan jawapan biasa dia, tak mahu fikir kerana mahu menumpukan pada kerjaya.

Tup-tup, selepas Aidilfitri saya dapt tahu dia sudah bertunang. Bukan dari mulut dia, tapi dari orang lain. Biasalah, takkan mahu beritahu saya kan? Tunang dia adalah ibu tunggal, yang lebih tua dari dia hampir sepuluh tahun kot (yang ini saya tak pasti). Bagi saya, ini sudah bagus sebab saya tak perlu risau tentang gangguan dari dia lagi. Saya bertanya tentang majlis dia yang bakal dilangsungkan...

Ini fakta pertama ya... Pada waktu itu, dia memberitahu saya akan melangsungkan pernikahan pada hujung Disember 2009. Dan majlis resepsi akan dilangsungkan pada Mac 2010. Saya tanya, kenapa tak jalan sekali je, pada Mac 2010 kan. Alasannya, mahu menjalankan yang wajib dulu. Ok, boleh terima. Saya dengan nada bergurau katakan padanya, agaknya dia sudah tidak sabar kot. Saya ulangi, saya bergurau saja ya! Dan dia menjawab dengan jawapan yang bagi saya merendahkan bakal isterinya ketika itu. Walaupun dia cakap dalam nada perlahan, tapi saya dengar. Bila saya minta ulangi semula, dia cakap tiada apa-apa. Apa yang dia katakan pada waktu itu, lebih kurang maksudnya begini, tak sabar untuk apa? Sah-sah bakal isteri dia ibu tunggal kan... Faham tak?

Sedih dan kecewa sangat dengan apa yang dia cakap. Sedangkan bakal isterinya itu dia sendiri yang pilih. Sehingga sanggup melukakan hati bapanya sendiri. Tiba-tiba dia boleh cakap macam tu... Kenapa nak diungkit benda-benda itu semua, sedangkan dia bukan terpaksa pilih bakal isterinya itu pun.

Hujung bulan Disember 2009, saya tunggu khabar gembira dari dia. Namun tiada. Rupa-rupanya tarikh nikah telah ditukar pada awal Januari 2010. Saya tanya bila pula majlis resepsi bakal dilangsungkan? Sebelah perempuan, pada Februari dan sebelah dia pada Jun.

Dan semalam saya dapat tahu, dia mahu melangsungkan majlis resepsi di sebelah dia, sama dengan tarikh saya. Bila saya SMS, minta penjelasan, boleh tak dia cakap, dah plan awal-awal. Kalau saya cakap dia penipu, macam mana? Dah baca cerita saya dari awal kan? Kalau dia cakap dah plan awal-awal, saya lagi awal. Saya dah tahu majlis saya akan diadakan pada 1 Mei sejak dari sebelum bertunang lagi. Dan selepas bertunang, terus saya publish di blog, tarikh majlis saya itu. Saya tahu, dia tahu, sebab dia memang baca blog saya. Lagipun, masa saya tanya mula-mula, dia cakap majlis bulan Mac, lepas tu, selepas bernikah, dia cakap majlis bulan Jun. tak pernah keluar pun cakap bulan Mei.

Saya tahu, ini decision keluarga, tapi bagi saya dia boleh bincang kan. Kalau mahu bulan Mei, kenapa tarikh yang sama juga. Saya tak kisah kalau beza satu hari pun tak apa. Cuti ada Sabtu dan Ahad, tapi kenapa mesti sama dengan saya. Dan boleh dia cakap, masa saya bagitau majlis saya 1 Mei, dia terkejut. Eh, ini memang tipu sangat. Dah dia baca blog saya. Takkan terkejut pula bila saya cakap majlis saya 1 Mei? Saya dah bagitau awal-awal ya...

Saya sangat geram bila dia bagi alasan yang nak cover line diri sendiri. Lepas tu, kantoi pula menipu. Cakap dah plan awal-awal, memang tipu! Cakap lagi terkejut bila dapat tau majlis saya sama tarikh dengan dia, tipu lagi?

Saya tanya, apa perasaan dia dekat saya. Kenapa dia buat saya macam ni? Tak puas hati sangat ke dengan saya? Sebab saya tolak dia, dan saya sound dia, jangan bawa famili dia datang masuk meminang saya... Bengang dengan saya ke?

Kenapa saya sangat sedih. Saya tak mahu hidup saya ada kaitan lagi dengan dia. Saya tak suka ada persamaan antara saya dan dia. Dan saya tak suka, bila masa majlis saya nanti, ada orang datang dekat saya, cakap lepas ni nak pegi ke majlis dia. Atau orang tu cakap, baru balik dari majlis dia. Faham tak? Saya tak mahu ada orang sebut nama dia, pada hari bahagia saya nanti. Saya tak suka!

Sebenarnya, ada banyak lagi. Tapi cukuplah saya bagitau itu je, untuk menjelaskan perkara sebenar. Memang bagi orang lain, ini perkara biasa je. Nak kahwin, kahwin jelah. Apa ada hal? Tapi, saya punya alasan kenapa saya tidak suka... Sedih la...

Tuesday, 23 March 2010

Hikayat Si Pendengki

Tersebutlah kisah di dalam sebuah negeri, sepasang kekasih yang begitu hangat berkasihan. Sangat indah dirasakan dunia saat itu. Namun sayangnya jodoh mereka tidak kesampaian, kerana cinta terputus di tengah jalan, kerana si jejaka menemui gadis yang lebih baik lagi. Lagi pula katanya, dia pasti tidak akan bahagia seandainya bersama dengan si gadis.

Masa berlalu, mereka berdua melalui perjalanan hidup yang berbeza, dan menemui cinta yang lain, namun hubungan itu juga tiada pengakhiran. Mungkin sudah tersurat, mereka dipertemukan semula dalam keadaan yang berbeza. Dalam keadaan masing-masing saling memerlukan cinta.

Lantas si jejaka mengambil kesempatan, untuk melamar si gadis, sedang dia tahu si gadis tersangatlah kecewa tika itu. Dia seolah-olah lupa, bahawa dia pernah melukai hati si gadis itu, dengan kata-kata yang begitu memedihkan. Dia tetap berusaha untuk mendapatkan si gadis, dengan keyakinan itulah jodohnya.

Namun sudah takdirnya, si gadis dipertemukan dengan jejaka yang tersangat mulia hatinya. Keputusan diambil untuk mengikat tali pertunangan, dan takdir Tuhan mereka bertiga dipertemukan dalam keadaan yang tidak terduga. Si jejaka yang begitu mengharapkan kepulangan si gadis ke pangkuan hatinya, begitu kecewa dengan tindakan si gadis memilih jejaka, yang baginya dia lebih baik dari jejaka pilihan si gadis. Dia tidak dapat menerima kenyataan, bahawa dia kalah pada seorang yang pada anggapannya lebih lemah darinya.

Bagi si gadis pula, tiada gunanya punya rupa paras yang menawan andai tidak punya hati budi. Kerana itu, dia rasa tiada gunanya dia menerima lamaran jejaka itu buat kali kedua, walaupun si jejaka beria-ia meyakinkannya yang dia sudah benar-benar berubah.

Si gadis sudahpun mahu mendirikan rumahtangga, dan tarikh sudahpun ditetapkan. Berita itu sudahpun dikhabarkan kepada seluruh rakan taulan, dengan mengalu-alukan kedatangan mereka semua ke majlisnya nanti.

Ada khabar sampai ke telinganya, mengatakan si jejaka yang beria-ia mahukannya dulu, juga mahu menamatkan zaman bujang. Si gadis sangat lega dengan khabar itu. Sekurang-kurangnya, tiada lagi gangguan dari si jejaka. Namun, khabar yang tidak sedap didengar, si jejaka memilih tarikh yang sama dengan si gadis.......

***



***



***



***



***



***



***



***



***



***


WTH? Banyak lagi tarikh lain, tarikh yang sama dia pilih? Saja nak sabotaj majlis aku? Memang tak boleh blah. Pastu menipu lagi tu... Nyesal aku kawan dengan kau!


Thursday, 4 March 2010

Memang Kami Tak Sependapat

Kenapa sejak akhir-akhir ini, kami sering berbeza pendapat?
Kenapa kami sering bertelagah tentang perkara kecil?
Kenapa kami saling menyakiti antara satu sama lain?
Kenapa sukar kami saling memahami, sedangkan perhubungan ini telah terjalin begitu lama...

Saya tak nak melukai hatinya, tapi dia sering membuat saya kecil hati.
Dia selalu marah bila saya bercakap kasar, padahal saya cakap biasa je, sama seperti dia selalu buat.
Saya taknak melawan cakap dia, jadi saya diam.
Tapi dia marah-marah bila saya diam.
Dia selalu mengungkit kisah-kisah lepas yang mahu saya lupakan.
Saya sedih sebab saya tak tahu pada siapa saya mahu luahkan.
Saya cuma mahu minta pendapat, tapi dia cakap saya salahkan dia.
Tak terlintas dan tak terniat pun untuk salahkan dia.

Saya tahu saya banyak susahkan dia.
Dari dulu-dulu lagi.
Tapi saya dah tak lama dah lagi bersama dia.
Saya tahu saya akan pergi juga lepas ini.
Saya harap dia bersabar, sebab saya tidak akan susahkan dia lagi.

Saya cuma nak ucapkan terima kasih dan saya mohon maaf sangat-sangat!
Saya tetap menyayangi dia hingga ke akhir hayat saya.

Nota Hati : Sekadar luahan rasa...

Thursday, 4 February 2010

Kenapa Buat Macam Ni?

Cerita mengenai seseorang yang sepatutnya mengambil berat mengenai saya. Siapakah dia? Agen takaful saya. Ya! sepatutnya mengambil tahu mengenai diri saya. Tapi sebaliknya yang berlaku. Saya sangat sakit hati dengan kamu. Sangat-sangat marah! Sangat tak suka perkara begini berlaku.

Selama ini, saya tak pernah pun, culas bayar. Setiap bulan pun saya bayar secara auto debit. Cuma menjelang perkahwinan saya ini, saya minta untuk tangguh bayaran, dan bayaran itu semua akan saya bayar semula selepas selesai majlis. Tolonglah faham... Kenapa sekarang kamu melayan saya seperti mahu marah-marah? Sebab saya telah mengurangkan pendapatan bulanan kamukah? Oh, jadi selama ini kamu berbaik-baik dengan saya cuma kerana saya menyumbang kepada pendapatan bulanan kamulah?

Tak bolehkah hubungi saya, cakap secara baik-baik. Tak bolehkah terangkan secara elok-elok apa yang patut saya lakukan. Ini tidak, kamu hanya tahu marah-marah. Kamu ingat dengan marah-marah, saya akan bayarlah semula. Lagi buat saya mahu surrender lagi adalah. Saya menyampah! Kalau begini layanan kamu, baik saya berhenti. Tak adalah sakit hati begini.

Kamu bekerja di bahagia customer service, tolonglah berhemah sedikit. Susah ker? Jangan ingat saya tiada duit yer. Mungkin apa yang berlaku ini, DIA mahu tunjukkan pada saya perangai kamu yang sebenarnya. Ya! Sekarang saya sudah tahu...

Wednesday, 20 January 2010

P.E.R.A.S.A.A.N

Kadang-kadang sangat tak sabar
Kadang-kadang sangat takut
Kadang-kadang sangat gembira
Kadang-kadang sangat sedih
Kadang-kadang berdebar-debar
Kadang-kadang kecut perut
Kadang-kadang pening kepala
Kadang-kadang menggelabah
Kadang-kadang rasa boleh buat semua
Kadang-kadang rasa tak cukup tangan
Kadang-kadang saya rasa macam-macam

Walaupun banyak kadang-kadang, saya sangat bahagia, walaupun kadang-kadang sangat penat. Hanya sekali untuk seumur hidup, dan saya pasti sangat merindui saat-saat kadang-kadang ini...


Nota Hati : Kupu-kupu dah beranak-pinak dalam perut nih...


Tuesday, 12 January 2010

~ How Do I Live Without You ~

How do I get through one night without you
If I had to live without you
What kind of life would that be
Oh I, I need you in my arms
Need you to hold
You're my world, my heart, my soul

If you ever leave
Baby you would take away everything good in my life
And tell me now

How do I live without you
I want to know
How do I breathe without you
If you ever go
How do I ever, ever survive
How do I
How do I
Oh, how do I live

Without you, there'd be no sun in my sky
There would be no love in my life
There'd be no world left for me
And I, oh Baby, I don't know what I would do
I'd be lost if I lost you
If you ever leave
Baby you would take away everything real in my life
And tell me now

How do I live without you
I want to know
How do I breathe without you
If you ever go
How do I ever, ever survive
How do I
How do I
Oh, how do I live

Please tell me baby
How do I go on

If you ever leave
Baby you would take away everything
Need you with me
Baby don't you know that you're everything good in my life
And tell me now

How do I live without you
I want to know
How do I breathe without you
If you ever go
How do I ever, ever survive
How do I
How do I
Oh, how do I live

How do I live without you
How do I live without you baby
How do I live...

Nota Hati : Serius, makin dekat tarikh nikah, makin pelik rasa ni. Rindu sepanjang masa... Pelik ke, memang biasa macam tu?

Tuesday, 5 January 2010

Kawan, Teman, Sahabat...

Sahabat…
Mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup
Sahabat…
Ingatlah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi
Sahabat…
Aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir
Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang tanpa diri mu
Ku tak bisa dan kembalilah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sama ada kawan, teman atau sahabat, ketiga-tiganya pun sama jer. Terpulanglah pada tafsiran masing-masing. Bagi saya, antara ketiga-tiga perkataan ini, saya lebih gemar menggunakan 'sahabat', kerana bagi saya, sahabat akan sentiasa dekat di hati, walau mungkin jauh di mata. Jauh bukan melupakan yer...

Selalu kita dengar, 'kawan gelak senang dicari, kawan menangis, sukar sekali'. Tapi pengalaman saya pula berbeza. Bagi saya, kawan bersuka ke, kawan berduka ke, sentiasa ada di sisi saya. Saya memang agak sukar mempercayai orang lain, kesan daripada kisah-kisah silam saya. Saya pernah beberapa kali, ditikam dari belakang oleh kawan baik saya sendiri. Sekarang saya sangat berhati-hati untuk berkawan rapat dengan seseorang, sehingga boleh saya iktirafkannya sebagai rakan baik.

Sepanjang perjalanan hidup kita ini, kita akan menemui berbagai-bagai jenis manusia, dengan pelbagai ragam. Dari kita kecil, hinggalah dewasa, ramai yang akan kita iktirafkan menjadi rakan baik kita. Dan yang pasti, orang yang akan menjadi rakan baik kita sehingga ke akhir hayat adalah pasangan hidup kita.

Apabila kita terlalu rapat dengan seseorang, kadang-kadang perkara yang kecil dan remeh pun boleh menjadi isu yang sangat besar. Saya memang malas hendak melayan perkara-perkara begini sehingga akhirnya saya membuat keputusan untuk merenggangkan sedikit hubungan itu agar, masing-masing dapat melihat kehidupan dari sisi yang lain pula. Bagi saya, kadang-kadang kita perlu punya ruang untuk diri sendiri bermuhasabah.

Bukan semua perkara yang dilalui perlu diceritakan, sebab bukan semua orang faham kenapa sesuatu itu dijadikan buat kita. Bukan saya tidak mahu berkongsi, tapi kalau dikongsi hanya untuk menambahkan cemburu, bukankah diam itu lebih baik. Apabila hasil yang baik telah diperoleh, mahu dikongsi berita gembira itu, sukarkah untuk diterima dan sama-sama meraikannya?

Perkara ini sangat sensitif untuk diceritakan. Lagi pula ia telah lama berlalu. Nanti bila saya punya kesempatan & kekuatan, akan saya ceritakan semuanya ya!

Nota Hati : Saya doakan terbaik buat semua sahabat-sahabat saya...



Wednesday, 25 November 2009

Saya Sangat Stress!!!

Hujung tahun adalah waktu yang paling tidak disukai. Sebab? Banyak sangat kerja, dan banyak sangat dateline yang perlu dikejar. Bukan-bukan, dateline yang kejar saya. Banyak sangat sampai tak tahu nak buat yang mana dahulu. Sebab semuanya penting-penting belaka.

Tetapi kerja yang banyak pun, tidak membuatkan saya stress lagi. Tapi kalau dapat bos yang hanya tahu bercakap, tapi tak tahu buat, ini yang memang stress sangat2! Saya tak nak tunjuk yang saya sangat menyampah dengan perangai hipokritnya itu. Tapi, saya tak boleh la. Cuba kamu bayangkan, kerja itu adalah kerja dia, dah la tak buat, tak keluarkan arahan pun. Sebab dia tak faham pun apa yang perlu dia buat. Dan kemudian, anak-anak semut ni la yang kena maki dengan bos besar ok. Dia tu bos kecik je, tapi berangan banyak bos besar sangat. Kalau boleh semua kerja yang perlukan dia yang buat, cuba dia nak elak. Patu dia buat-buat bangang macam tak tahu langsung. Tapi, dia tu kan bos, umur pun dah banyak, takkanlah simple thing about akaun tak tahu langsung?! Tolonglah...

Saya, bukan saya je, tapi kami. Kami memang dah tak tahan dengan perangai dia ni. Kalau setakat tak nak buat, tapi tahu & faham apa bendanya, takpe lagi. Dah lah tak nak buat, tak tahu, pastu tak faham pula. Helo, this is basic je ok! Nampak tak? Bos besar, yang dah tentu-tentu lebih besar la daripada dia, pun boleh buat, apa yang kami buat. Takkanlah dia tak nak buat langsung. Kalau tak buat, macam mana nak tahu, macam mana nak faham?

Pernah tak kamu jumpa, dengan seorang bos yang bertanya kepada orang bawahan dia, apa yang dia perlu dia buat. Saya ulangi, tanya kepada orang bawah ok. Bukankah sepatutnya dia yang fikir apa yang perlu dibuat, dan dia yang bagi arahan tu kat kami. Pelik kan? Inilah seorang yang bersandar pada jawatan bos, tapi tak tahu nak gunakan jawatan tu macam mana.

Kalau kamu jadi saya, kamu marah tak? Saya sangat marah ok. Sampai bila kena jadi macam ni. Dia tu harap mulut je manis, tapi hampeh! Kerja semua kami yang buat. Yang kena marah dengan bos besar pun kami juga. Dia tu cuma boneka bos je. Tolonglah blah dari sini!

Tuesday, 17 November 2009

Harimau Mati Meninggalkan Belang...

Ini bukan cerita pasal harimau ye. Tapi cerita kepada sambungan peribahasa di atas. Kalau harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama kan.. Dan nama itu pula akan ditinggalkan dalam bentuk baik atau sebaliknya. Betul kan?

Kalau bekerja dengan ikhlas, insyaAllah, rezeki berkat. Lagi pula, setiap titis keringat itu akan digunakan untuk memberi makan kepada darah daging kan. Kalau kita terlalu berkira untuk bekerja lebih sedikit, sedangkan rezeki itu akan datang juga dengan lebih sedikit, tentu akan jadi agak ketat. Faham tak apa maksud saya?

Baiklah.. Saya bagi contoh, Encik A (bukan nama sebenar), seorang yang berjawatan tinggi di dalam jabatannya. Jadi dengan jawatan yang tinggi itu, kita berpendapat yang dia tentulah lebih tahu daripada kita, orang-orang bawah ni. Tapi sebaliknya pula yang berlaku. Dahlah tak tahu, tak nak ambil tahu, lepas tu, bila dah kena dengan orang yang lebih atas, tahu pula dia menggelabah. Kelakar kan. Dia tahu, bahawa sesungguhnya kerja itu sangat banyak. Dan dia serahkan semuanya kepada orang bawahannya, tanpa dibantu sedikitpun. Dah tentulah kita pelik, apa yang dia buat, kalau kerja dia pun, orang lain yang buatkan.

Nak tahu apa yang dia cakap, bila tahu kerja dah banyak macam tu? Kalau kita, tentu dah termimpi-mimpi selagi tak siap. Dia cakap, 'I kalau dah balik rumah, malas dah nak fikir pasal kerja'. Ok, yang itu tak kisah lagi. Tapi bila dibalas oleh staf dia, 'Kalau tak fikir, jangan pula esok pagi datang, buat-buat lupa kerja yang berlambak tu'. Dan dia menjawab balik 'U orang bujang, bukan ada tanggungjawab, bukan nak kena banyak fikir, mana U tahu'. Wah, apa Encik A ingat, orang bujang ni hidup sorang-sorang ke dalam dunia? Apa dia takde makbapak? Tak adik2? Apa orang bujang takyah susah2 fikir pasal nak kawen?

Kelakar kan? Dia cuma cakap, kalau kita ni, kerja susah-susah pun, kalau kita mati, ada ke syarikat kisah kan kita? Ada ke orang-orang syarikat nak duduk di kubur kita?

Boleh tak tolong jawabkan bagi pihak saya? Orang yang bercakap tu, yang bergaji RM 8K ok. Nak bekerja pun, berkira. Sedangkan rezeki tu, untuk keluarga dia juga kan. Memang kalau bekerja tu berpada-pada. Tapi, Islam pun ada cakap, 'Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari'. See? Dunia & akhirat perlu berjalan seiring. Bekerja mencari rezeki untuk keluarga itu pun, ibadat juga kan...

Kadang-kadang saya rasa kasihan. Rezeki yang ada, tidak disyukuri. Malah lagi dihasadnya orang yang lebih rendah dari dia. Pelik kan? Penyakit PHD tak habis-habis...

Monday, 16 November 2009

Bukan Saya Sengaja

Jika kamu fikir, saya sengaja berbuat seperti ini, kamu silap. Sebenarnya bukan saya mahu ianya jadi seperti ini. Tapi, mungkin ini yang terbaik buat kita. Memang kamu yang terbaik, tiada yang lain. Namun, kadang-kadang ego kamu melampaui batas.

Takkan saya mahu mengikut telunjuk kamu sahaja. Takkan semuanya yang saya lakukan perlu bertanya kepada kamu terlebih dahulu. Takkanlah hanya disebabkan keluarga saya mengenali kamu, kamu bisa melakukan apa sahaja terhadap saya.

Bukan saya mahu jadi begini. Bukan saya sengaja menjauhkan diri. Saya cuma mahu kamu membiasakan diri. Kerana kelak, saya tidak boleh lagi seperti selalu.

Bukan saya sengaja mendiamkan diri. Tapi kadang-kadang diam itu lebih baik. Mungkin ini yang terbaik untuk kita sama-sama bermuhasabah diri. Saya tahu, nasib kita hampir sama. Tapi saya tidak suka kamu menyalahkan takdir kamu. Ketahuilah, semua yang berlaku, ada hikmahnya. Takkan DIA sengaja melakukan sesuatu untuk yang sia-sia.

Saya mahu kamu sedar, setiap orang telah ditetapkan jodohnya. Cuma jambatan jodoh itu, ada yang panjang, ada singkat. Tapi, janganlah sampai kamu mahu melawan fitrahnya menjadikan anak Adam, hidup berpasang-pasangan.

Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat kamu. Kerana kamu masih punya sisi baik untuk saya kenangi. Selamanya akan saya ingat jasa baik kamu kepada saya. Namun, saya redha andai ini yang terbaik buat kita. Saya berharap, kamu akan bersama saya pada hari bahagia saya nanti. Semoga ianya mampu menjadi batu loncatan buat kamu.

Buat kamu, sahabat.. Saya tak pernah melupakan detik indah itu. Kamu tetap sahabat saya, sampai bila-bila. Maaf saya pohon...