:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Showing posts with label Kenangan Terindah. Show all posts
Showing posts with label Kenangan Terindah. Show all posts

Friday, 8 January 2010

Buat Seseorang...

Bulan sabit yang jatuh di pelantaran
Bintang redup tanpa cahaya gemintang
Langkah tanpa arah
Sesat di jalan yang terang
Aku yang terlena dibuai pelukan dosa

Ingin pulang membalut luka hatimu
Ku pun tahu betapa pedih batinmu
Beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
Andai maaf pun tak kau berikan

Air mata tulus jatuh di sudut bibir mu
Tak terlintas dendam di bening mata indah mu
Aku yang merasa sangat berdosa pada mu
Masih pantaskah mendampingi mu

Biar lah bulan bicara sendiri
Biarlah bintang kan menjadi saksi
Tak kan ku ulangi walau sampai akhir nanti
Cukup derita sampai di sini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kamu di sana,

Saya tahu dan kamu juga pasti sedar bahawa sesungguhnya, memang kamu pernah berada di sini, mendiam di sini, selama lebih 3 tahun. Semuanya telah saya dan kamu lalui bersama-sama, pahit dan manis, suka dan duka.

Namun, waktu membataskan hubungan, jarak memisahkan perasaan. Saya redha andai memang sudah takdirnya, kamu bukan untuk saya, dan saya bukan untuk kamu. Walaupun, di sini pernah dibuka pintunya untuk menerima kamu seperti adanya dulu. Namun, pedih dan luka semalam, masih lagi bersisa di sini. Masih tertinggal lagi parutnya. Dan saya tahu, bukan kamu yang punya ubat itu.

Saya bersyukur, walau keadaan dulu sangat menyakitkan, saya masih mampu tersenyum andai kamu hadir sebagai seorang sahabat. Walau bukan seperti dahulu, kerana saya juga sudah punya kehidupan lain, seperti kamu juga. Walau kadang-kadang tangisan semalam masih lagi terkesan, walau sudah tidak punya airmata lagi, sedayanya saya cuba untuk memikirkan yang baik-baik sahaja. Saya tahu kita sama-sama muda, dan itulah pengalaman paling berharga. Kamu pernah menjadi sebahagian hidup saya, mana mungkin semudahnya untuk dilupakan.

Ucapan TAHNIAH saya buat kamu, agar menjadi suami terbaik, buat seorang isteri yang menyerahkan hidupnya buat kamu. Doa saya, kamu menjadi ayah yang soleh buat anak-anak kamu itu juga ya! SELAMAT PENGANTIN BARU...

Nota Hati : Buat bakal suami saya, 'Sayang cintakan Abang!'...


Thursday, 10 December 2009

Teringat Pula Kepada Seseorang

Saya terbaca soal jawab di bawah...

WANITA MENYESAL SUMPAH ENGGAN KAHWIN

SAYA ada masalah mengenai sumpah yang pernah saya buat lima tahun lalu. Saya pernah bertunang dan terlalu kecewa apabila hubungan kami putus di tengah jalan. Namun hati saya masih sayang padanya dan tidak sanggup kehilangannya hinggakan saya bernekad di dalam hati untuk tidak menerima orang lain dalam hidup saya.

Saya sanggup tidak berkahwin seumur hidup kerana terlalu sayangkannya. Selalu saya berdoa dan merayu pada Allah SWT agar diberi ketenangan dan hidayah. Saya bangun malam dan berdoa kepada Allah SWT supaya ditutup pintu hati saya kepada lelaki lain.

Pernah saya bersumpah atas nama Allah supaya tidak ditemukan saya jodoh lain selain dia. Namun kini saya menyesal kerana mengikut hati dan kesedihan yang lalu.

Soalan saya ialah, adakah saya berdosa kerana bersumpah atas nama Allah? Adakah sumpah saya diterima dan dimakbulkan Allah SWT?

Macam mana saya nak tarik balik sumpah saya itu? Adakah dengan bertaubat iaitu sembahyang taubat itu memadai? Kalau tidak, adakah cara lain yang boleh saya lakukan?

Saya amat takut sekiranya sumpah saya itu benar-benar dimakbulkan Allah SWT. Saya risau kerana sehingga sekarang saya belum bertemu jodoh.

Jawapan:

Satu dari sifat manusia yang dijelaskan dalam al-Quran surah al-Israk ayat 11 ialah manusia itu terburu-buru mahukan perkara jadi segera. Ketika dia ditimpa kesusahan dia mudah gelisah serta tidak dapat mengendalikan diri sehingga menyumpah, mengeluh dan merasakan dugaan itu terlalu berat hinggakan dia akan berdoa sesuatu yang tidak baik untuk dirinya sendiri seperti mana dia berdoa kebaikan untuk dirinya juga.

Ini sifat yang sudah diketahui dan disebut al-Quran. Hanya iman dapat mengendalikan sikap ini. Latihlah diri mengurangi sifat ini.

Pada waktu susah dan ditimpa cubaan, jangan mudah tergesa-gesa atau terburu nafsu dan di waktu senang jangan mudah lupa diri terlalu gembira.

Jika sudah terlanjur menyumpah diri, banyakkanlah bertaubat memohon ampun daripada Allah.

Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang. Kadangkala sengaja doa kita dilambatkan atau tidak ditunaikan Allah kerana mahukan sesuatu yang lebih baik untuk diri kita. Mulai sekarang berdoalah untuk kebaikan diri.

Saya pernah punya teman yang berperasaan seperti ini, sehingga sanggup bersumpah untuk tidak berkahwin. Semoga DIA menurunkan hidayah buat beliau...


Saturday, 7 November 2009

:: Sandarkan Pada Kenangan ::



Tadi tiba-tiba terdengar lagu ini di Sinar FM (saya kan retro). Jadi, teringat pula secara tiba-tiba pada kenangan lalu. Bukan kenangan cinta ya kawan-kawan. Tapi kenangan di zaman muda remaja. Sekarang pun masih muda okeh!

Alkisahnya terjadi pada pertengahan tahun 2003. Masa itu saya baru menjejakkan kaki ke menara gading. Kira-kira menjadi junior la masa itu. Setiap junior baru kan akan menjalani sesi orientasi. Dan sesi orientasi akan diakhiri dengan 'Malam Kebudayaan'. Setiap kumpulan akan melakukan persembahan. Jadi, saya bersama seorang junior juga, kalau tak salah saya, namanya Saiful Amri. Kami bersepakat untuk mempersembahkan lagu ini secara duet. Nasib baik dia ni junior diploma. Saya junior bachelor. Jadi, dari segi umur, memang dia junior saya la.

Sejak itu, saya dipanggil Siti Sarah. Wah, terasa sangat famous la saat itu. Dan Saiful saya panggil sebagai kekasih lama saya. Masa tu, belum ada istilah 'Teman Tapi Mesra' & 'Kekasih Gelap'. Kalau tak, pasti saya sudah gunakan istilah ini padanya. Boleh? Tapi dia kan macam adik saya je. Sebab itu saya selamba je.

Yang saya nak cerita di sebalik lagu ini, bukan kisah saya melakukan persembahan. Tapi kisah saya dingorat oleh seorang senior. Wah, perasan lagi aku. Hehe. Ok, ok.. dia ni, mengorat saya secara rakus, yang menggeli-gelemankan telinga mendengarnya. Konon-konon, tak boleh tidur kalau tak dengar suara saya la. Geli tak? Haha! Ayat memang tak boleh blah.

Nasib baik la, saya ni ketinggalan zaman masa tu. Saya tiada hanfon ye. Jadi saya selamat la daripada diganggu oleh kasanova itu. Saiful siap pesan pada saya, 'Kak, hati-hati dengan _____ tu. Dia tu cam gatal je. Tapi kalau Akak dengan Abang Ed, itu takpe'. See... Sangat bahaya ye.

Itu cerita mengenai kasanova tidak bernama tu. Saya yang tak nak taip nama dia. Eh, bukan. Saya lupa la sapa nama dia. Tamat kisah si kasanova ok. Sambung cerita pasal Abang Ed pulak. Nampak tak, Saiful cakap, kalau saya nak together dengan Abang Ed, dia ok aje. Haha! Siapakah pula Abang Ed itu?

Abang Ed ni, atau nama sebenar beliau, Edwan Ezzane. Beliau ni, senior saya juga. Dialah yang jaga kumpulan saya & Saiful, yang mana sepatutnya dialah yang jaga persembahan kami. Tapi telah disibukkan oleh si kasanova tulah. Saya tak ada apa-apa hubungan istimewa dengan Abang Ed ye. Kawan sahaja. Lagipun, memang saya anggap beliau macam abang saya pun.

Beliau banyak membantu saya sepanjang saya berkawan dengan beliau di sini. Pernah saya kena bawa kawan saya ke hospital, saya hubungi beliau minta tolong, laju je beliau datang. Serasa saya, beliau sudah pun punya anak sekarang.

Kiranya, lagu ini memanglah banyak kenangannya pada saya. Tapi, tak tahulah boleh disandarkan atau tidak. Hehe...

Friday, 2 October 2009

Pengalaman Gempa Bumi & Tsunami

Semalam semua orang kecoh-kecoh pasal gempa bumi di Padang, yang sama-sama sedikit kita di sini rasai. Hari ini pun, berita mengenai perkara itu masih lagi menjadi tajuk muka depan akhbar-akhbar utama. Kalau ikutkan, sewaktu kejadian, saya tak terlibat untuk merasainya pun. Seingat saya, sewaktu itu saya masih lagi di dalam perjalanan pulang ke rumah dari ois. Menghadap jammed, sudah tentu tidak merasai apa-apa pun. Haha!

Kalau nak saya cerita pasal gempa 2 hari lepas itu, memang saya tiada pengalaman langsung ok. Tapi saya pernah melalui saat-saat cemas sewaktu kejadian beberapa tahun yang lepas. Kalau tidak salah, sekitar tahun 2004. Masu itu saya sedang menuntut lagi, dan saya menetap di Shah Alam. Saya melalui sebanyak 2 kali.

Kejadian pertama pada bulan Mac 2004. Masa itu saya berada di rumah rakan saya. Kami tinggal di satu kawasan. Cuma saya di Blok 3 & kawan saya ini di Blok 4. Tujuan saya ke rumah kawan saya ini adalah untuk meraikan harijadi kawan kami berdua. Masa kejadian, kami baru je nak makan. Dam pukul 12 lebih la. Saya baru nak makan ayam KFC tu. Tapi tiba-tiba saya rasa
pening kepala sangat-sangat. Tapi saya diam je. Sebab saya ingatkan saya letih kot. Sebab sehari suntuk saya keluar berjalan-jalan. Kemudian kawan saya bangun menjenguk ke luar beranda. Oh, lupa saya nak beritahu. Kami berada di Tingkat 4. Semasa dia menjenguk ke luar tu, dia nampak yang keadaan di luar bergoyang-goyang. Terus dia menjerit mengatakan yang bangunan tempat kami berada itu turut bergoyang. Dalam waktu yang sama ada orang mengetuk-ngetuk pintu rumah sambil menjerit minta kami semua segera keluar dari rumah. Teruslah kami keluar dan berlari turun ke bawah. Masa itu, ramai orang sudah berkumpul. Lama jugak la kami berada di situ. Masing-masing tak berani untuk naik ke rumah. Kami kemudian bergerak beramai-ramai ke kedai mamak berdekatan. Hahaha! Macamlah kat kedai mamak tu, tak bergegar jugak kan? Hahaha!

Esoknya tengok berita, rupanya da gmepa bumi dekat Pulau Nias. Kalau tak salah saya la. Dah lama kan kejadian itu. Jadi macam ingat-ingat lupa la. Kalau salah, tolong betulkan saya ye. Memang penduduk sekitar Shah Alam merasai gegaran kesan daripada gempa bumi tu.

Kejadian kedua pula berlaku sekitar Disember 2004. Yang ini kejadian yang besar & menakutkan jugaklah. Kalau masih ingat pada kejadian Tsunami yang melanda negara beberapa tahun lepas. Kejadi berlaku pada pukul 12 lebih hampir pukul 1 kan? Tapi sebenarnya, kami di sekitar Shah Alam pada masa itu merasai gegaran pada pukul 8 lebih. Saya masih ingat lagi, masa tu, saya sedang mandi dan raka-rakan serumah yang lain, masih lagi tidur. Selesai mandi, saya menerima SMS daripada adik angkat saya yang tinggal di Blok 1. Rumah beliau di tingkat 9. Gegaran sangat dirasai. Berbanding saya yang berada di tingkat 3. Beliau minta saya keluar daripada bangunan. Tapi sebab rakan-rakan yang lain masih lagi tidur, saya malasla pulak. Lagipun saya masa tu, fikir nak studi je sebab nak exam kan.

Tengahari dengar berita berlaku tsunami kat utara. Terkejut jugak la. Memang teruk sangat kan masa tu?

Sebab itu sekarang, saya sangat alert pada gegaran terutamanya bila berada di bangunan tinggi. Lagi pula saya bekerja di bangunan berketinggian 31 tingkat dan saya berada di tingkat 28. Tapi saya selalu fikirr, kalau jadi kejadian yang sama waktu saya berada di tingkat 28 ni, larat ke saya nak turun guna tangga. Lagi pula ramai yang akan turun berpusu-pusu kan. Tapi harap-harap, tidaklah berlaku kejadian seperti itu sewaktu saya di sini.

Semalam saya ada baca tips kalau berlaku kejadian seperti itu, apa yang perlu kita lakukan ialah:
1- Jangan lari
2- Cari hanfon, sebotol air & selimut
3- Kemudian duduk di bawah meja.

Ini kerana, jika berlaku gempa bumi, pasti ianya akan memusnahkan bangunan. Kalau kita sempat lari, Alhamdulillah. Banyak kes yang berlaku, mangsa mati di tangga sewaktu mahu turun keluar dari bangunan. Tujuan melakukan seperti di atas itu, kalau bangunan itu musnah, bila kita berada di bawah meja, insyaAllah, risiko tu mungkin kurang sikit kot. Kemudian, kalau kita tertimbus dan terperangkap selama beberapa hari, kita ada air untuk diminum dan meneruskan hayat. Hanfon tu, manalah tau boleh digunakan untuk mencari bantuan.

Tapi sebenarnya, kalau memang dah ajal kan, memanglah saat itu juga, nyawa diambil. Tapi kalau belum ajal, macam mana teruk cedera pun, kalau belum sampai, panjang la lagi itu umur itu kan. Tapi, kita ikutlah kalau memang betul untuk kebaikan. Setuju tak?

Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik untuk mangsa-mangsa kejadia di Padang, Indonesia. Dengar-dengarnya kerajaan Malaysia sedang berusaha membawa pulang kesemua rakyat Malaysia yang berada di sana. Semoga semuanya baik-baik belaka la kan. Ameen...

Friday, 11 September 2009

Blog & Saya

Kalau anda tengok, macam saya baru je berkecimpung dalam dunia blog ini, tahun lepas. Sebenarnya, bukan yer. Saya mula berblog ketika saya masih lagi belajar di MSU (masa tu KUTPM). Masa saya di Sem 6, Bac. in Accounting, bln 12 2005. Saya dah cuba beberapa kali untuk mengimport blog itu ke sini. Tapi, lmbt sesangat!

Blog tu, sebab byk masa saya study + praktikal, so banyak la kenangan terindah. Masa tu plak menyewa bujang, so faham-faham la kan...

Ini link blog lama saya : http://puteri-nur.blog.friendster.com/ Saya guna Friendster je masa tu.

Saya memang suka menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Saya pernah bercita-cita untuk menjadi penulis tau! Tapi tulah, bukan rezeki saya untuk itu. Jadi saya meneruskan minat saya dengan menulis blog la. Saya tau untuk menjadi seorang penulis, kita mesti berinfo terkini. Jadi, kenalah rajin-rajin membaca kan?

Tapi blog saya ini, lebih kepada hal-hal peribadi yang berlaku di sekitar saya...





glitter-graphics.com

Tuesday, 5 May 2009

Setahun Sudah Berlalu... (05052008)

Alhamdulillah. Saya pun tak sangka hingga saat ini, saya masih di sini, berperang dengan kepenatan. Namun saya gembira. Kerana di sini telah saya peroleh banyak pengalaman. Pengalaman yang bukan semua orang akan dapat.

Ya! Saya bersyukur dengan rezeki yang diberikan-NYA buat saya. Walau terkadang, tekanan datang melanda. Namun, bagi saya itu semua lumrah. Adakah dalam kehidupan ini, kita akan sentiasa dia atas saja? Yelah, saya orang kecil, ibarat ikan bilis.

Masih saya ingat saya pernah ditegur oleh 'bos besar' saya, saya tidak perform seperti seorang degree holder. Dan hari ini, kesan dari tegurannya itu, saya majukan diri saya. Saya buktikan pada beliau bahawa saya adalah pemegang ijazah sarjana muda.

Bukan mudah untuk memenuhi kehendak semua orang. Kadang-kadang kita akan melakukan kesilapan. Dan dari kesilapan itulah, kita belajar sesuatu. Namun, perlu kita bersedia. Kadang-kadang kesilapan yang kecil itu, akan diingati sampai bila-bila. Susah kan? Namun saya anggap itu semua itu adalah cabaran untuk saya timba lebih banyak pengalaman lagi.

Saya bersyukur! Sangat-sangat bersyukur kerana diberikan rezeki ini. Diberikan pekerjaan yang sesuai dengan saya. Ditemukan saya dengan rakan-rakan sekerja yang baik hati. Alhamdulillah...



Thursday, 30 April 2009

Cerita Cita-cita

Pagi tadi sewaktu dalam perjalanan ke pejabat, seperti biasa Radio Hotfm menjadi pilihan. Saya suka dengan topik hotchat pagi ini mengenai cita-cita. Cuba juga untuk menghubungi mereka. Tapi macam biasa la, susah nak dapat. Kalau dapt masuk pun, x bersahut pula. Sabar jelah. Ini bukan cerita pasal saya nak komplen susah nak dapat cakap dengan mereka ni. Saya xkisah pun. Yelah, bukan saya seorang yang mencuba kan. Beribu-ribu agaknya yang mencuba (melampau la plak! hehehe).

Ok, berbalik pada topik asal. Mengenai cita-cita. Seingat saya, ketika saya di sekolah rendah, saya ada banyak cita-cita. Yelah, masa itu belasah ikut suka je, bukan tau apa pun. Cuma sebelum saya melangkah kaki ke sekolah menengah, saya berhasrat untuk menjadi seorang Jurutera. Atau bahasa inggeris je disebut 'Engineer'. Macam la gah sangat kan. Sebab apa saya teringin sangat untuk menjadi seorang Jurutera, kerana saya sangat berminat merekacipta benda. Masa saya di tahun 6 itu, saya menyertai banyak pertandingan rekacipta, dan salah satunya saya menjadi juara bersama-sama dengan sahabat baik saya NURHAYATI ABDUL RAHIM.

*muka saya sangat skema masa itu ye...

Cita-cita saya untuk menjadi 'Engineer' saya teruskan sehingga ke sekolah menengah. Namun, semasa di Tingkatan 4, iaitu selepas PMR, saya tidak dapt meneruskan cita-cita itu, kerana keputusan PMR saya tidak melayakkan saya masuk ke kelas kejuruteraan. Sebenarnya, boleh je. Tapi ayah saya tidak membenarkan anak perempuan kesayangannya ini untuk menjadi seorang Jurutera. Kerana apa? Ayah saya juga Jurutera, dan beliau tahu bagaimana sukarnya untuk seorang wanita menjadi Jurutera, apatah lagi anak beliau ini, memanglah lembik. Hahaha!

Selepas itu saya meneruskan pengajian ke kelas perakaunan. Walaupun hakikatnya, saya sangat-sangat tidak sukakan akaun. Tapi, agaknya memang jodoh saya kot, daripada benci menjadi sayang dan akhirnya cinta yang berbunga. Betullah kata orang tua-tua, 'Kalau nak benci, jangan benci sangat. Nanti lama-lama jadi suka pula'. Memang pun! Jadi bila dah berada di dalam kelas akaun, cita-cita ditukar menjadi 'Akauntan'.


*muka saya sangat skema ye... hehehe...


Tamat sekolah menengah, saya meneruskan pengajian ke Tingkatan 6 juga dalam bidang perakaunan. STPM, sangat-sangat susah! Sehinggakan saya hampir putus asa dengan bidang yang saya cintai ini. Keputusan saya hanya cukup-cukup makan sahaja, tidak secemerlang SPM. Saya kecewa, dan hampir menukar option untuk meneruskan pengajian di 'U'.

*nampak x? saya seorang saja perempuan melayu. ala-ala perempuan melayu terakhir la pulak. hehehe...

Masuk ke KUTPM(sekarang MSU), pada awalnya saya hampir memilih untuk ke bidang IT. Tapi, itulah... Memang jodoh saya agaknya, walaupun saya kecewa dengan keputusan STPM saya, perakaunan tetap diteruskan. Dan akhirnya saya menamat pengajian pada Mac 2007, serta graduasi pada Mac 2008.


*muka saya sangat serius...



Alhamdulillah, walaupun saya belum lagi menjadi Akauntan, saya bekerja di bidang yang sangat saya bencikan dulu. Bidang perakaunan. Penat, memanglah... Tapi bila kita buat sesuatu yang kita suka, penat pun rasa seronok je. Betul x?

*maaf. gambar ini sangat kabur...

*gambar ini pula sangat jauh la...

Sekarang ini saya berhasrat untuk meneruskan pengajian ke Peringkat Sarjana, dan insyaAllah saya mahu menjadi PENDIDIK. Saya mahu kongsikan seluruh pengalaman saya untuk anak bangsa.


Monday, 27 April 2009

Aku Merindui Kamu


Aku merindui kalian berdua...
Tak mampu diungkapkan dengan kata-kata...
Aku tak mengerti mengapa harus terjadi begini...
Telah ku cuba sedayanya...
Namun, mengapa ku rasa kalian semakin jauh?
Ingin ku kongsi kesemua rasa gembira ini...
Bukan mahu merahsiakan sedikitpun dari kalian berdua...
Tapi kekangan waktu & keadaan tak mampu ku eratkan kembali...
Ku mohon, kemesraan itu datang kembali...
Sebelum aku menjadi yang lain selepas ini...
Ku pohon pada-MU Ya Ilahi...



Wednesday, 27 August 2008

Kenangan masa kecik2 dulu...

KARTUN


~popeye the sailorman~ ~tom & jerry~ ~les schtroumpfs~



~thundercat~ ~he-man~



~doraemon~ ~teenage mutant ninja turtle~


~transformers~ ~dragon ball~


PERMAINAN TRADISIONAL



















JAJAN






Rasa cam nk putar je blk waktu kecik2 dlu...
Aku nk cari la blk benda2 ni...
Yg ada kat aku cuma kad Happy Family tu jek...
Hmmmm....