Friday, 9 September 2011

Kebaikan yogurt ..

Assalamualaikum ..

Selamat tengah hari semua .. kali ni saya nak bercakap pasal kesihatan pulak .. yelaa musim perayaan ni kan sangat la sinonim jugak dengan musim banyak penyakit .. semuanya disebabkan makanan .. xcontrol makan senanglah dapat penyakit .. kencing manis lah, darah tinggi lah dan yang paling para wanita gojess risau berat badan naik berkilo2 bila tiba musim perayaan ni .. bila dah naik tu nak turun balik .. mak oiii susahnye kak temah .. boleh jadi stress tau bila bab2 cengginih neh ..




ramai yang dah tau pasal kebaikan yogurt neh .. dan ramai jugak yang x .. selalunya budak2 dan remaja jee yang suka makan yogurt neh .. diorang bukan tau pasal kebaikan pun .. tapi suka sebab rasa dia je kan .. so hari ni saya nak bagitau kebaikan2 yogurt neh ..

1) Bagi yang sedang berdiet elok pilih yogurt rendah lemak .. gantikan sarapan pagi atau supper dengan sebotol yogurt rendah lemak .. setengah orang kan xleh tidur kalau perut lapar .. jadi bagi yang xminum susu boleh jugak ganti dengan yogurt neh .. yogurt pun banyak khasiat macam susu jugak .. tapi diet jugak memerlukan sokongan gizi dari makanan lain jugak .. xboleh bergantung kepada yogurt semata ..


2) Yogurt bagus untuk sistem imun kita .. sebab yogurt neh ada bakteria baik atau kultur hidup yang dapat menghalang jangkitan funggus dan juga bertindak sebagai antibiotik dalam tubuh kita .. ia juga dapat menghalang pertumbuhan bakteria yang menyebabkan penyakit di saluran pencernaan kita ..


3) Bagus jugak untuk ibu hamil dan jugak ibu yang dalam pantang .. yogurt mengandungi kandungan serat yang tinggi dan boleh menjana penghasilan susu ibu .. Bakteria baik dalam yogurt neh berfungsi menghadamkan laktosa iaitu gula semulajadi dalam susu .. is bertindak merangsang sistem pelalian dalam saluran usus dan menjadikannya lebih sihat dan berfungsi dengan lebih baik ..


4) Bagus untuk sistem penghadaman .. bagus bagi yang mempunyai masalah sembelit dan juga bagi yang ingin mendapatkan perut yang cantik dan kempis .. yogurt kaya dengan vitamin A, tiamin, niasin, ribofflavin susu, zat besi, fosforus dan kalium .. jadi yogurt ni boleh diambil secara kerap .. zat2 yang terkandung didalamnya amat bagus untuk perkembangan kanak2 .. kandungan kalsiumnya yang tinggi dapat membantu proses tumbesaran dan juga membina tulang serta gigi yang kuat ..


5) Dapat mengelak daripada jangkitan dan mengurangkan risiko tumor pada saluran kencing atau organ lain .. ia juga dapat menurunkan paras kolesterol dalam darah dan mengelakkan serangan jantung ..


6) Boleh ganti susu bagi yang tidak gemarkan susu .. susu atau produk tenusu lain sebenarnya tidak elok diambil secara berlebihan .. ini kerana susu mengandungi laktosa .. jadi untuk mendapatkan kalsium tanpa ancaman laktosa yogurt adalam pilihan yang terbaik .. laktosa ialah kandungan gula semulajadi dalam susu .. sesetengah tubuh tidak dapat menghapuskan laktosa dengan enzimya sendiri sebab itulah terjadinya masalah cirit birit, senak perut dan loya ..


7) Bagi yang xgemarkan yogurt bolehlah cuba minum minuman yogurt .. khasiatnya sama jugak dengan yogurt .. rasanya juga sedap dengan perasa buah buahan .. saya paling suka yogurt atau minuman yogurt perisa campuran berry ..


2 comments:

Anonymous said...

Tq dear...post yg berguna...sbb xske minum susu...so memg mncari mklumat ni tok dptkn kalsium slain minum susu...:-)

Nana Hussin said...

welcome dear .. anyway thanks sudi baca .. >3