Subscribe

Wednesday, June 27, 2012

Gentle Birthing Process ...I hope

After azryl was born through C-sect,If u ask me whether i 'M  willing to undergo another C-sect..My answer is i tak kisah asal anak i and i selamat udah kalu itulah suratannya..tho i tak rasa contractions or surge what ever u might called it but still i pun melalui proses kelahiran yang sama seperti normal delivery yang lain cumanya time tu what i concern the most is the safety of both of us.Dengan lewat harinya lagi, dengan ade sedikit infection at my miss v, i couldnt take any risks to be induce and at the end my baby will be harm due to the stubbornness attitude of mine.Alhamdullilah kesakitan C-sect takla seteruk yang i imagine.. Tho azryl lahir dekat government hospital still the process was smooth and easy..i managed to walk late at night to see him and breastfeed him for the first time of my life as a mother. :).The pain was bearable takderla sampai tak boleh bangun...luka pun tak besau.Infact nak pass motion pun takla horror...

But this time by God willing i want to try to give birth normally..sebab?i nak jumpa baby i secepat yang mungkin untuk breastfeed dia.Kalau c-sect it will take a while until ur kebas kaki hilang and opcoz tak bleh pegang baby pun...

After baca and done some research in the internet...sebenarnya with a proper guidance and technique the brith process akan berjalan lancar without any medication pun..epidural ke, laughing gas ke...pitocin hormon drip to increase contractions..tak perlu semua itu..Sebab body kita dan baby sebenarnya dah ready untuk semua itu.Yang penting trust ourself..

To decrease the perineum tear selain daripada perineum massage sebelum bersalin  , kedudukan kita sewaktu hendak bersalin juga memainkan peranan.I read on article about it.Seeloknya kita berada dalam keadaan half squatting position so the gravity is low..kalu posisi berbaring alamatnya 3rd degree tear la jawabnya..tapi kat sepital setahu i  kita tak squatting pun..so koyak itu tak dapat dipisahkan..

Harapan me..semoga bersalin kali kedua ini  tiada sebarang komplikasi..kalu dapat bersalin normal seperti yang diharapkan alhamdullilah..kalu terpaksa undego another operation pun me redha.Yang penting si kecil ini selamat,yang penting me pun selamat....

Monday, June 25, 2012

PErang meletus !

Oh my last weekend memang nak tercabut pinggang mak.Kalu lagi sorang askar yang nak keluar ni join sama bersekongkol dengan abang sulong dia...memang mak jadok raksasa jadian..

Al-kisah..me ni kesian na dekat anak bujang tu sebab kekunun trimm rambut anak sebab dah faham sangat dengan fiil dia yang memang seriau dengan orang luar apatah lagi orang luar yang main usik kepala dia ni.Kompomla berbunyi rumpet dia yang nyaring tu..Tapi me rasa dia dah besar ..takkan nak bio dia berambut tempurung jer sampai umur dia 6 tahun..Hilang manis kamu nak..so me bawak dia pergi kedai gunting rambut..

"Ha..drama pun bermula la dengan meronta tak hengat dunia..me pasrah betul bila me riba dia asal dia tak hentak perut me udah..melalak dia mengalahkan budak kena dera wokey?Nasib la the chinese guy very calm..ikut aja kepala anak bertuah tu pusing kat mana..last last senyap.fuh!kena besekan jugak nak oii kamu pergi buat hair cut kat kedai..mummy bukan bawak kamu p kedai barber mamu.Kalu kedai mamu kompomla kamu menjerit sampai terkeluo anak tekak kamu nak oi...

Snangat mencabar kesabaran keibuan sungguh kamu uji nak.Tapi mummy tak putus harpan..asal rambut kamu panjang kompom mummy bawak p kedai.Hehehehehehe.....

Thursday, June 21, 2012

Finally, Baby "a" is....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Done the monthly check up this morning, and kebetulan baby position is the head at the bottom and the tiny lil feet dangling kat atas..We both (the gynae and me) can see clearly his lil penis...
So..opcoz rumah akan lebih havoc dengan kehadiran dua putera nanti.hehehe.I cant imagine that i will be definitely jadi mummyzila  afterwards.huhuhu.
Doa mummy pagi tadi makbul jugak supaya dapat tengok gender adik.And u behave so well today by letting me to see u clearly.Stay healthy ok lil' prince..i love u so much!Mummy tahu abang azryl suka dengan kehadiran kamu .hehehee.

Till then baby.!

Wednesday, June 20, 2012

Mak Fenin

Anak lelaki me yang satu ini buat mak dia ketawa sampai nak terberanak rasanya.Ade ke patut dia ajuk ferut mak dia yang bolat ni sambil tunjuk kat perut dia, "mimi(panggilan dia kepada maknya),ngok mi, baby..ni...baby..mak ketawa berdekah dekah nok!

Heh!pehtu dia buleh bangun sambil buat perut dia kedepan..mi, baby ni mi baby....again sambil tepuk perut dia.hehehehe.So cumel.Kamu dulu dok dalam perut mummy nila nak oii.....sampai terlalu comfy sangat lelomak mummy ..kamu tak mau keluor awai..keluar sekali bedebuk 4kg.heheheh.


LAgi satu senario yang buat mummy nak terberanak nih..buleh la pulak kamu jadik stuntman sampai panjat grill dan nak sampai puncak nun...Pandai pulak letak bantal kat bawah untuk landing kan?Mula la mak jadik mummyzilla menjerit suruh turun..kang nanti kamu raya kat hospital nok.Mummy jugak yang susah hati tau..HAish!anak ku ni...nak gelak pun hado, nak marah pun hado,sampai tak tahu la nak cakap ape.

tengok dia tunjuk perut yang bolat tuh
Last but not least mummy nak tepek gambo kamu ni..bukti kamu ini kocik-kocik memang penghibur sungguh.mummy tak sunyi ade kamu disisi tau.Muah !peluk cium untuk anak sulong mummy.

Mi nak mandi..



konon bawak penumpang kat belakang...tersepit dibo ..huhuhu.







Sebelum tido senyum dulu.hehehehe

Tuesday, June 19, 2012

23 weeks already, 17 weeks to go :)

Half way already..sedar tak sedar dah 24 weeks this coming weekend maknanya lebih kurang 6 bulan baby 'a' in mummy's tummy.Preparation setakat ni nan hado.Ini bermaksud bukan mummy tak excited sambut sayang ok?iT just family kita baru je berpindah rumah..Untuk keselesaan baby and abang azryl jugak ni..So mummy hope sesangat ada durian runtuh this coming july.Hehehe..So mummy boleh beli barang baby 'a'.Important stuff like breast pump dah ade,mungkin nappy mummy akan beli 2 dozen lagi.Botol and liners,a few clothes for u,a new mattress for u,and mummy might install water heater for you later on.Untuk mandikan baby la kan...hehehe.
The most important thing is u remain healthy in mummy's tummy tau.Mummy will take care everyting outside for u.Abang  azryl kan ade?He is mummy's big helper soon.So both of u must get along together.No gaduh-gaduh.Both of u are jewels in our eyes.Insyaallah,ada  rezeki untuk anak-anak mummy ni...kan?

Sungguh babab.hehehe
Last but not least , mummy tepek muka mummy yang sungguh tak semenggah ni for both of your record and mummy's too.Mummy sure miss this moment angel.To feel that there is life inside my body, to feel grateful to HIM  for making me a mom tho not a perfect one.Again , mummy want to say that mummy loves both of u.MUah...muah!

Monday, June 18, 2012

Alam ingin mengajar kita lagi

Negara dilanda jerebu lagi.Masalah pencemaran yang datangnya dari kesalahan kita sendiri.Walaupun kita diasah sedari bangku sekolah lagi tentang pentingnya menjaga alam sekitar, namun pernyataan itu seolah olah ayat wajib di dalam buku teks.Tak ada pemahaman walau sekelumitpun tentang isu ini.Akhirnya bahana ini ditimpa diatas anak-anak kita, cucu cicit kita.MAsalah kesihatan yang tidak berpenghujung.
Walaupun dicorong corong radio, di kaca televisyen  gigih menyiarkan kempen kempen penjagaan alam sekitar, namun kita semua buat buat pekak dan bisu.Mata ini pernah menyaksikan dengan sendiri orang dengan sewenangnya membuang sampah atas jalan raya.Udahla memandu laju, sesedap rasa buang kertasla buang tisu la, buang plastik makananla macam jalan itu ekau yang punya.Walhal kite sesama bayar cukai.tindakan ini bukan sahaja mencemarkan alam yang tak berdosa ni, tapi merbahayakan penunggang motosikal dan pemandu jalan raya yang lain.Sodar tak?

Kadang kadang diri ini terfikir apa faedahnya manusia di atas muka bumi ini jikalau hanya kemusnahan sahaja yang mampu dilakukan oelh kita manusia sejagat ni.Entahla...

Alam dah banyak memberi kita kesenangan, dibiarnya kita toreh paksi nya dibiarnya kita menebang nadi nya , dibiarnya kita korek perutnya..namun  disebabkan manusia ini sifatnya tamak..langsung tiada perasaan belas kasihan terhadap alam yang banyak memberi...

Apakah definisi sebagai negara maju itu tercapai apabila generasi kita yang dikemudian hari memikul tong tong oksigen tak kala keluar dari rumah...?Ataupun segala hidupan yang Allah ciptakan untuk kita hayati kebesaran-NYa hanya kita dapat lihat fosilnya shaja dan gambar dimuka-muka buku sahaja?Itu, hanya kita sahaja yang mampu menjawab...

Fikir-fikirkanla..mulakanlah dengan langkah yang paling kecil.BUANG SAMPAH DALAM TONG SAMPAH.perkara yang paling senang dan ringan namun itu yang paling susah untuk dilakukan...


Friday, June 15, 2012

SAtu Keperluan yang mestikah ?

Actually , i was thinking dah lama dah sebenarnya sama ada memerlukan freezer or not.Dekat rumah sekrang cuma ada satu pintu fridge and niat me untuk menyusukan anak sepenuhnya dengan susu badan me.Question is should me wait after the baby is born or tunggu production milk macam mana or terus jer beli.Its a big investment jugak benarnya kan when comes to the money matters..
I just hope that everything will become smooth and clear when the times come.

Thursday, June 14, 2012

22 weeks Pregnancy Baby Bump

Pluss lelomak yer kengkawan?hehehe.I tell u either i ternak lemak or memang kulit perut i tebai ...Mesti u olls quite shock.hehehe.
Anyway i tepek jela wat kenangan..surely miss this moment

The baby still in the oven ...hehehehe..when nearly to pop out mesti macam scary sikit kan.Anyway angle stay healthy ok?muah !


Wednesday, June 13, 2012

Jikalau saya berkesempatan berjumpa PM...

Akan saya usulkan tentang keperluan menyediakan kemudahan untuk ibu yang menyusukan anak anak mereka.Sekarang ini hanya segelintir pusat membeli belah yang menyediakan  tempat untuk menyusukan anak dan menukar lampin.

Tapi sebenarnya unuk menggalakkan ibu-ibu menyusukan anak-anak mereka dengan susu badan maka harusla kemudahan disediakan bagi ibu yang bekerjaya.

Antaranya:Tempat bekerja mestilah ada bilik khas untuk ibu mengepam dan tempat untuk menyimpan stok ebm mereka.

Majikan hendaklah memahami tanggungjawab pekerja wanita yang juga merupakan seorang ibu juga.Apabila majikan memahami bahawa ibu ibu memerlukan masa antara 15 minit hinnga 20 minit  waktu kerja bagi sesi mengepam,jadi ibu-ibu yang bekerja tidak akan serba salah meninggalkan kerja mereka kerna takut ditegur oleh majikan .

TAska dan nurseri yang berdaftar di bawah Badan kebajikan masyarakat hendaklah diberi tunjuk ajar tentang cara-cara 'menghandle' susu ebm ini.Maknanya pekerja taska dan nurseri diberi latihan khusus tentang bagaimana untuk menguruskan ebm anak-anak yang dijaga.

Memang ada sesetengah taska dan nurseri tahu cara-cara menguruskan ebm tapi tidak semua dan perkara ini haruslah dikuatkuasakan demi kesenangan ibu-ibu yang bekerjaya.

Susu ibu susu yang terbaik,PM selaku pemangku menteri pembangunan wanita diharapnya peka terhadap isu ini.Demi melahirkan generasi yang sihat  dan cergas. :)



Tuesday, June 12, 2012

My Current Obsession

Is cooking!!more or like cari resepi dulu and nak try buat during weekend or weekdays kalu badan ini tak menuntut untuk direhatkan awal.Its weird or maybe ini cuma pregnancy hormon punya angkara.But i am happy when azryl ate my food..huhuhu. For example dia makan dengan lahapnya my cekodok udang last weekend with his babah.Happy betui si phat mummy ni wokeyh!Memang i masak dengan penuh kasih sayang tau..heheheh sambil doa azryl jadi anak baik..Jangan main-main dengan air tangan mak ni, kuasa magisnya terhadap anak hmm..hanya tuhan yang tahu.tapi kesan terhadap suami i dunno la kan.hehehehe.

I still do some research for the best resepi yang i rasa memang sodap dan terangkatla..cadang nak wat asam pedas ikan and bergedil daging this weekend.hehehe.

Happy cooking mummy lin! :)



Alo tomeinya----sumber google

Monday, June 11, 2012

Mengidam

Hohoho, yup kengkawan, this phat mummy mengidam makan ini:

Sumber Google.

Isinya yang kuning itew dan rasa lemak manisnya..masih terasa rasa di lidah ini.Hehehehehe.
Bapak azryl seb baik last weekend dia datang jadik dekat depan rumah me hari tu ada orang jual durian..durian mantin peniaga tu cakap.So bapak azryl pun beli la tiga butir.Lepaskan rasa mengidam nih.Alhamdullilah..isi ketiga-tiga butir durian itu tidak mengecewakan.hehehehe.YUm!

Macam tak puas lagi so bila bapak azryl datang sekali lagi nak suruh dia invest sikit kat peniaga durian ni.hehehe.

Selamat hari isnin pembuka minggu ! :)


Friday, June 8, 2012

Oh No!

The sign of me lacking calcium intake is started to take action!Cramp leg  at nigt and when brushing teeth it comes with blood.I Dont want to jeopardize another teeth of mine again.LAst pregnancy, satu gigi dah kena cabut.Not this time please...

Bukan tak mahu ambil susu, cuma pregnancy kali ni, tekak agak kurang mahu menerima makanan yang berasaskan tenusu.Jadi makanya on my next prenatal check up, terpaksa request calcium pills.It works wonders in reducing cramping leg at night.Kekadang tu buleh keluar air mata la kalu kena cramp mengejut secara tetiba.Sob..sob..

So pregnant mummies kalu buleh rajin minum susu, yer untuk kurangkan kekejangan kaki di malam hari...Kalu tak buleh minum jumpa dengan gynae anda and beritahu masalah cram leg anda and kompom dia bagi calcium pill.

Ibu-ibu yang mengandung biasanya akan mengalami gigi sensitif ,kekejagan otot kaki sebabnya bayi yang dikandung memerlukan calcium dari tubuh ibu.JAdi opcoz ibu kena well prepared with the calcium intake daily...Jangan corner-corner dengan susu tau.Kalu tak leh susu lembu, susu soya pun ok, :)  .Pereingatan ini untuk diri sendiri juga yang liat nak telan susu.hehehehe

Thursday, June 7, 2012

Tips Tambah darah

Bagi wanita mengandung kandungan hemoglobin di dalam darah tidak boleh terllau kurang kerana ia akan memudaratkan kesihatan ibu dan anak yang dikandung.
Jadi ibu-ibu mengandung haruslah mengambil makanan yang berkhasiat dan kaya dengan agen penambah darah.Hati dan limpa memang kaya dengan agen tersenut tapi almaklumlah tekak sewaktu mengandung ni mana la boleh main makan jerkan?Hati dan limpa haiwan  ada bau so pepaham la..baunya agak kurang enak.Sekaligus membantutkan kita untuk memakannya.

Walaupun begitu jangan kuatir sebab buah delima juga kaya dengan agen penambah darah.Rasanya yang manis-manis masam tu memang sesuai la dengan tekak orang mengandung ni.Petua lama cakap jikalau kita makan buah delima bibir bayi yang dikandung juga akan merah bak buah delima.hehehe..

So pregnant woman sekalian...sila mkn buah delima bagi memastikan anda dan bayi tidak kekurangan darah yer?

Salam sayang dari me, si mak buyong. :)

Wednesday, June 6, 2012

Beware LAdies!!!!

Sekarang ni banyak sungguh kes bunuh, kes ragut, kes samun..dan yang sadisnya, sudahla kena ragut , dibunuh pastu dicampak entah di mana.Tahu-tahu orang jumpa mayat dalam longkang.
Cerita yang me nak sampaikan ni pun cerita rakan sepejabat opis me sendiri dimana dia telah disamun di depan opis me plak tu.Sekarang ni penyamun tak kira waktu siang time ramai orang pun depa berani buat jahat..

Alkisah my friend ni baru balik dari opis, sampai depan pintu kereta , tiba-tiba didatangi oleh teksi, ada penumpang la dibelakangnya.Dia nak bertanya arah jalan .So my fiend ni bitau la..dia buat-buat tak dengar pastu dia datng dekat and dekat ,by the time my friend nak bukak pintu kereta and masuk penyamun tu tahan, suruh my friend jangan menjerit sambil hunus pisau.Dia mintak beg tangan my friend and terus berambus.Nasib phone my friend ada dalam poket dia.My friend pun tak dapat cam no plat teksi tu sebab dia bengkokkan nombor plat kereta.Lucky  my friend tak melawan ke apa kan...
Takut sungguh kalu benda benda ni terjadi dekat me.Sebab me dah la memboyot,laki jauh pulak tu..adehla..

Kes kena samun kat the curve pun hangat jugak diperkatakan di dada -dada akhbar bebaru ni,Memang kalu nak berjalan tu kena berteman, macam me, balik kerja terus kunci rumah.Tak berani nak keluar memalam atau petang-petang.Penyamun ni target orang yang lemah dan opcoz la perempuan yang selalu terkena.

HAti-hati ye teman-teman wanita ku sekalian...

Tuesday, June 5, 2012

Singapore

Sebut jer pasal singapore opcoz semuanya akan ingat universal studio kan?
Hehehehe.

Actually Singapore bukan terkenal dengan universal studio jer, Rojak Singapore pun famous amos tau!Itu antara favorite food i jugak.Another makanan yang dikaitkan dengan singapore ni ialah bihun Singapore.Serius, walau dia plain dan berwarna putih rasanya me lebih suka berbanding bihun goreng biasa tu...


Ni cheq nak habaq la ni(tetiba bahasa utara keluaq),dah lama cheq tak berkesempatan memasak sendiri makanan en azryl daniel anak teruna cheq tu.Dulu rumah mana ada apa satu, asyik boli jer..bukannya cheq tak tau bukan elok sangat kalu dibeli hari-hari..cian anak cheq..

Anak cheq memang suka makan bihun,(mungkin sebab time pregnantkan dia dulu memang cheq suka makan bihun goreng telur dadar),Jadi cheq pun dah terpikir la nak masak untuk dia malam tadi, lepas balik  dari kerja semalam,semangat okeyh!

Balik dari kerja trus lari p tesco, sambar udang, sambar bihun, sayuq campur,cili padi, bawang segala, pecut ke rumah.

Sememang nya bihun singapore ni tersangatla simple cuma 30 minit aja masa penyediaannya.hehehehe.
Azryl ni plak tak menyempat, asyik dok kata "nak makan, nak makan"naik lemaih perut cheq.LAgila tangan ni bekerja macam lipas kudong.

Anyway Ni resepi ya..semsuai sangat untuk todller, tak banyak rencah tapi sodap,atleast untuk tekak me. :)hehehe..


Bahan_bahan nya ialah:

  • Bihun dicelur, ikut berapa orang yang nak makan , in my case seorang sahaja,
  • Sayur campur (ikut sayur ape nak letak)
  • Udang atau ayam atau daging.
  • Bawang merah seulas
  • Bawang Putih
  • Telur
  • garam
  • sedikit perasa..(cheq pakai maggie cukup rasa.hehehe)
  • Bawang merah and Bawang Putih pun ikut sesedap rasa.In my case cheq memang penggemar bawang putih,Jadi memang i letak lebih sedikit.Cara pemotongan pun ikut suka.Ada suka hiris, tapi  cheq suka chop bak kata omputih.Satu tips dari cheq, bawang putih memang kandungannya antioxidant yang tinggi jadi seeloknya di chop chop samapi halus dan dibiarkan seketika, jangan min terus campak dalam kuali sebab bila kita biarkan seketika,antioxidant yang terkandung dalam bawang tadi akan dirembes keluar.So sangat berkhasiat dan bagus untuk kesihatan.

  • Sedikit minyak untuk menumis
Selepas bahan-bahan diatas dicuci dan bihun dicelur dengan air panas yang kemudiannya ditoskan..
Bolehla tumis bawang merah dan bawnag putih ,samapi naik baunya, kemudian masukkan rencah udang atau ayam, goreng hingga empuk,Pecahkan telur dan kacau hingga jadi ala-ala scramble egg gitu,masukkan sayur campur dan akhir sekali masukkan bihun yang telah dicelur tadi, gaul sehingga bihun sebati dengan rencah-rencah tadi dan boleh la masukkan garam dan perasa secukup rasa..hehehe.garam tu cheq letak secubit kecil aja..coz todller yang nak makan jadi tak perlualah masin sangat sebab maggie secukup rasa dah ada..Gaul lagi sehingga bihun tadi dah kering sedikit kemudian tutp api dan hidangkan panas-panas.

Bagi orang dewasa buleh la ambik kicap dan potong cili padi untuk dibuat sosnya.Gerenti terangkat tau!
Wala! Inilah hasil bihun express ciptaan saya yang sungguh mudah disediakan dan sesuai untuk kanak-kanak makan, berkhasiat pulak tu.heheheh.


Masak sendiri  punya pasal, boleh letak berketui-ketui udang.hehehehe            

 Selamat Mencoba!!!


Monday, June 4, 2012

And The result is...

The Big FAt negative!! Syukur.. wink! wink!

Hello Peeps!Remember the MGGT Test that i've been blog about in the previous entry?

Last Friday , managed to do the test in private Maternity Center in Kl since me pun bekerja di Kl ni.Surprisingly the air gula that they used is totally tak sama with the government clinic.Huhuhu..
This air gula is specially made for the diabetic test and rasanya tak horror macam government clinic punya where memang u nampak the nurse masukkan sesenduk besar gula pasir itu kedalam minuman kita.yuks!taste so funny.But this one macam ala-ala minum 100 pluss yang agak manis sikit.so tak la horror pun.huhuhu.My gynae pun terperanjat yang i habiskan dalam beberapa saat jer.Maybe sebab haus.Heh!dia tak tahu yang i sibuk berpindah randah dengan bekejar hantar anak and amik husband lagi.Tak ke haus.Anyway,

My result is normal.Yippie.Sebelum minum air gula,its only 4.6 < 5.5.Bukan border line pun.Lepas minum air gula after 2 hours..5.6<7.7.Cuma result darah jer belum dapat.My next appointment baru dapat.Ok la kot kan.The only ayat yang i cakap kat gynae is" See doc i've told u..its my gene yang buatkan my anak sulong besar ..u dont know how i've been running up and down every morning and evening with my kid.(time tu rumah tingkat tiga tak ade lif and sekarang rumah tingkat satu tapi ade lif but me prefer tangga coz its good for for my health as well.)"The gynae smile only and give me mc on that day coz i complained i need rest. :).hehehe.

Last weekend pun memang sangat busy and super penat.Alhamdullilah dengan izin-NYA me dapat menyewa di rumah baru.(Sewa dulu nanti baru beli). Hari sabtu cat rumah segaladan  repair rumah apa yang patut .Lucky me kawan-kawan my husband banyak membantu sebab diaorg memang kerja as a maintenance guy kat usim so segala barang dia ada termasukla cat rumah kitaorang .Infact pasang langsir pun dia yang buatkan apatah lagi pasang astro.hehehe.

Oh!lupa, rumah baru i terletak dekat sungguh dengan asrama usim in fact memang staff usim pun ramai yang tinggal kat situ.huhu agak safe jugak environment depa berbanding tempat lama kitaorang.So lega.....sangat.


Tang almari tv ,barang dapur semua i borong kat nilai tiga.tak la mahai sangat.Asal pandai tawar je.Langsir plak beli kat nilai square beli dan jahit terus.Jahit express as i tak ade railling.Cuma dawai sajork but hasilnya memuaskan.hehehe.


-Itulah alkisahnya..weekend yang sungguh busy tapi puas.