Assalamualaikum :D
SPAGGETHI BOLOGNESE
Sumber : MutiaraZura
Dicuba Oleh : LinRosly
Bahan2:-
500 Gram Spaggethi
500 Gram Daging Lembu Cincang
2 Ml Susu
1 Labu Bawang Besar Cincang *Di Dadu Kecil
1 Labu Bawang Besar Cincang *Di Dadu Kecil
1 Ulas Bawang Putih *Di Dadu Kecil
1 Tin Sedang Sos Tomato Puri
5 Biji Buah Tomato *Di Dadu Kecil
2 Batang Salery *Di Dadu Kecil
½ Sudu Teh Herba Oregano
3 Sudu Besar Minyak Zaitun
2 Sudu Besar Butter *Kak Lin Guna 1 Sudu
Cara2:-
Didihkan Air Bersama Dua Sudu Teh Garam. Masukkan Spaggethi Dan Satu Sudu Teh Minyak Zaitun. Bila Pasta Dah Lembut Angkat Dan Toskan.
Panaskan Minyak Zaitun. Masukkan Butter Dan Kacau. Bila Butter Cair Berbuih Masukkan Bawang Besar Dan Bawang Putih. Jangan Sampai Garing Cukup Sekadar Layu.
Masukkan Daging Cincang. Masak Hingga Keperang-Perang. Kemudian Masukkan Semua Sayur.
Masukkan Susu. Bila Susu Telah Serap Masukkan Pula Tomato Puri Dan Buah Tomato. Tambahkan Sedikit Air.
Akhir Sekali Masukkan Herba Oregano, Garam, Gula Dan Perasa.