This blog is dedicated to my lovely daughter Alia and lil baby Darwisy. Thanks to those who has read my blog
RSS

!

Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Ikan Bakar Cara Protugis

Ready to eat...
dah di gaul dgn bahan yg sudah di blend..
setelah di letak kan minyak yg telah di goreng dgn bawang putih...

Alhamdulillah dpt menikmati ikan bakar yg ringkas dan sgt sedap.....tak caya boleh memcuba kerana mudah, cepat dan sedap makan dgn nasi panas...recipe copy drp ita masam manis drp johor

Ikan Bakar Cara Protugis

Resepi Oleh : Jennifer atau Gertrude
Rujukan : Jom Masak-Masak
Copy from  Azlita masam manis 
1 ekor ikan siakap
6 ulas bawang putih
1/2 cawan minyak masak
3 helai daun limau purut di hiris halus
garam dan gula secukup rasa
Kertas aluminium untuk membungkus ikan


Bahan Kisar
10 tangkai ciili kering ~ rendam dan kisar jadikan 3 sudu cili kisar
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inc lengkuas


Mula-mula kita sediakan dahulu minyak bawang putih.
Ambil 6 ulas bawang putih. Tak perlu buang kulitnya ya, dengan kulit-kulitnya ini kita cuci ia bersih. Kemudian kita ketuk biar dia pecah.
Sementara itu kita panaskan 1/2 cawan minyak dalam kuali.
Kemudian tumiskan bawang putih yang kita dah ketuk tadi
Tumis hingga harum dan bawang putih garing.
Tutup api dan biarkan sejuk

Ikan siakap, kita siang, cuci bersih dan kelar-kelah badannya. Ketepikan.
Kisarkan bawang putih, bawang merah, buah keras, serai, lengkuas dan cili kering.
Gaulkan bahan kisar bersama garam dan gula secukup rasa
Letakkan ikan di atas kertas aluminium
Salutkan dengan bahan kisar hingga rata
Tuangkan minyak bawang putih di atasnya
Taburkan hirisan daun lumau purut
Bungkus ikan kemas
Bakar dalam ketuhar hingga ikan masak dengan sempurna
Boleh juga di bakar dalam magic pan atau atas dapur arang
Bila dah masak bolehlah di hidangkan bersama nasi hangat
lina


Sent from Samsung tablet 0 comments

Finally my homemade kepok lekor



Alhamdulillah akhirnya setelah sekian lama teringin nk buat kepok lekor dgn rasa ikan yg byk mengikut selera kt ganu nun.....mudah saje dgn tiga bahan utama ikan, tepung sagu ye kawan2 tepung lain tu kurang sikit.....dan garam secukup rasa....nikmat yg tk dpt didustakan....

Anak2 minum petang kita kepok lekor ganu...sekarang tidur dulu ye....

Sent from Samsung tablet
0 comments

Salmon panggang




Lite dinner...

Sent from my Samsung Galaxy Tab 0 comments

Gulai ikan tongkol kelantan & sambal sotong


Alhamdulillah selesai sudah makan tenghari....

Sent from my Samsung Galaxy Tab 0 comments

Salmon grill with lemon


Homemade salmon grill with lemon...



Sent from my Samsung Galaxy Tab 0 comments

Ikan talafia merah tempoyak bakar




Alhamdulillah....lagi ikan bakar talafia merah tempoyak......sgt sedap....

Sent from my Samsung Galaxy Tab 1 comments

Asam pedas batang keladi



Asam pedas batang keladi...ikan talapia bakar menu tertangguh....



Sent from my Samsung Galaxy Tab
1 comments

Patin sungai asam tempoyak


Alhamdulillah...lama tk makan..akhir tertunai hajat...



Sent from my Samsung Galaxy Tab 0 comments

Salmon fish asam pedas....

 Assam Pedas Salmon fish head....
gambar tak cun...makan sedap...ikan ini the best aaarrr...

Salmon fish...our dinner...lazat rupa nya masak asam pedas ikan salmon ni...



Sent from my Samsung Galaxy Tab 0 comments

Siakap Stim bersama teh longan

Assalamulaikum semua,
Hari ni merupakan 17 ramadhan 1433 h...kejap je masa berlalu...ramadhan bakal meninggalkan kita...bertemu kah kita lg di ramadhan yg akan dtg....doa lina pd semua semoga ramadhan kali ini yg terbaik  drp tahun2 sebelumnya...
Salam ramadhan..... 0 comments

Asam Pedas Ikan Sembilang

Alhamdulilah....dah lama tak merasa ikan fresh drp laut.Ikan sembilang masak asam pedas mmg sgt sesuai. Tak tahu la selain masak ikan sembilang selain asam pedas mungkin goreng bercili. Ada idea boleh kongsikan.
1 comments

Ikan Kembung Bakar

Assalamualaikum semua...apa khabar semua..pasti ni hari ada menu2 menarik akan dihidangkan utk keluarga tersayang atau kepada tetamu yg bakal hadir.
Ikan ni tak sempat nak pose byk beteri kemera dah habis...
0 comments

Siakap Stim Asam boi

Part ni yg paling disukai...byk isi yg putih...yummmy..
sedia utk di makan.... Kia closed up sikit kepala nya...Cake Caremel... setelah selesai makan bersama dessert ini... Salam jumaat... dengan lafaz....yg mulia dan utk yg ESA.
Ya ALLAH! Cucurilah rahmat dan kesejahteraan serta keberkatan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas ahli keluargannya serta sahabatnya dengan salawat hamba yg sedikit helahgnya dan rasulullah s.a.w sebagai wasilahnya. Engkau adalah PENOLONG bagi semua itu wahai Tuhanku, dan bagi setaip bebanan di atas setaip perkara yg kami hadapi dengan rahsia " Bismillahirrahmanirrahim"
menu mlm tadi...ringkas, cepat tp enak...Syukur Alhamdulilah atas nikmatNYA. 4 comments

IKAN SIAKAP STIM TIGA RASA - Kak Ummi Kuantan

Assalamulaikum dan selamat pagi.... Sgt teruja dengan recipe ikan siakap kak ummi kuantan ni....mmg betul2 sedap masak cam ni...dua hari berturut hahaha masak lauk cara yg sama.....cuba lina tambahkan serai dan tomato...sbb alia suka makan tamoto....betul cakap kak ummi makan ngan ulam2 dan nasi panas dh cukup membuka selera...Terima kasih kak ummi share recipe dan rasa nya kalau ikan siakap di goreng buat kuah yg sama pun sedap...

Resepi Asal: Chef Norzailina Sumber: Noreen & Ummi @Home Sweet Home

Bahan:-

  • 1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
  • 100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
  • 2 camb minyak - untuk menumis
  • garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:-

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah
  • 2 btg serai (Ini Lina tambah)

Bahan Dihiris Halus:-

  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:-

  • 2 cam. besar cili kisar
  • 1 cam. besar sos tomato
  • 2 cam. besar sos plum( Sos ni tak letak )
  • 2 cam. besar gula pasir
  • 2 cam. besar sos cili
  • 1 cam. besar jus limau nipis ( lina letak lemon satu biji)
  • 1 cam. teh kicap manis

Cara Memasak:-

  1. Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
  2. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
  3. Kukus hingga ikan masak.
  4. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
  5. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
  6. Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
  7. Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman. 0 comments

Ikan Susu

ikan susu ni rupa sedapnya sgt sedap...dibakar dan dicicah dengan sambal kicap....makan bersama sup cendawan....dan nasi panas.... Ikan ni mmg byk tulang sikit tp tak berbau hanyir ikan....ikan ni lebih kurang ikan terubuk yg byk tulang tu..tp ikan terubuk mmg sgt2 la byk tulang nyer.... siapa pernah makan ikan ini..share la yerk...selain dibakar masak apa lagi yg best ekkkk.. 1 comments

Ikan Bilis Taucu

Ikan bilis taucu.....last food cook by my mom....simple tp sedap.....we all miss YOU... mom

3 comments

Kari ikan

Kari ikan ni dah lama tak masak.....rasa nyer semua orang teror masak kari ni.....malas nak letak recipe nyer....You all pulak masak apa yerrkkk...ni kalau cecah ngan roti canai ni mmg sedap...
0 comments

Ikan Talapia Bakar Tempoyak

Ikan yg sedia di ngaaapppp....dimasak oleh bonda tercinta....sgt sedap...ok Tengok la....mmg menyelerakan....cuba la kawan2 mmg tak rugi....sgt sedop...kalau balik kampung ini adalah menu wajib kami.... Ni adalah bahan2 yg diperlukan.... 1 ekor ikan talapia merah *2-3 biji bawang merah *1 btg serai
*½ inci kunyit 1 helai daun kunyit
Daun Pisang secukup nya
*Cili api (secukup nya kalau nak pedas letak lebih la ye) 2-3 sudu tempoyak (boleh letak lebih ni terpulang kpd citarasa masing2)
Cara2 1)Basuh ikan bersih dgn air asam jawa (supaya hilang bau ikan tersebut)
2) Blend bertanda *
3)Gaul kan semua bahan2 bertanda *
4)Campurkan bahan yg diblend dan tempoyak kemudian lumurkan pada ikan
5)Sedia untuk dibakar, balutkan dengan daun kunyit dan seterusnya bungkus dgn daun pisang. (Bakar sehingga ikan masak jgn bakar terlalu lama nnt ikan menjadi kering kurang enak ya)
6 comments

Ikan Sambal Percik

Our menu last night Ikan kembung percik...yummmm Masak lemak sotong kering bonda ku yg masak mmg sedapp...

1 ekor ikan siakap, dicuci bersih dibuang perut dan dikelar-kelar (Ikan kembung je) Bahan-bahan sambal percik 2 cm halia 10 ulas bawang merah (Letak 3 Biji jer sbb ikan dia tak ada besar sgt) 3 ulas bawang putih 2 cm kunyit hidup 2 batang serai dimesin sampai lumat 3 helai daun limau purut 5 biji buah keras (Letak i Biji) 4 biji cili padi (letak 2 biji ) 7 biji cili merah (Tak letak ) 3 cawan santan pekat (dari 3/4 biji kelapa yang diparut) jus dari sebiji limau nipis atau lebih garam dan gula secukup rasa minyak untuk menggoreng beberapa helai daun pisang 2 helai daun pandan (Ni x letak ) sekeping kertas timah (aluminium foil) Cara-caranya 1. Panaskan minyak dan tumis rempah-rempah yang dimesin sampai wangi. Masukkan santan dan masak perlahan-lahan sampai ianya pekat. Masukkan garam, gula dan jus limau nipis 2. Letakkan ikan yang beralaskan daun pisang dan daun pandan diatas kertas timah dan sapukan kuah percik di rata-rata ikan. Bungkus rapat-rapat (kalau tidak bungkus pun tak apa) dan dibakar pada suhu 180 darjah C selama 20 minit sampai masak

Nota: Overall..the taste quit good....i like... i'll try it again...

2 comments

Nuffnang