Kepala pening. Ujian yg benar2 menguji pada waktu yg benar2 terdesak. Lemahnya manusia, hanya dgn sedikit ujian, mampu melumpuhkan semua saraf kehidupan. Tiada siapa yang mampu menghidupkan kembali semangat yg mula luntur, melainkan hanya Dia.
"Dan janganlah kamu berasa lemah dan berasa sedih, sesungguhnya kamu itu tinggi darjatnya jika kamu beriman.."
credit to my fren for this thought...
Kehidupan..La Tahzan... wassalam..
Kehidupan didunia yang sementara ini membawa banyak pengertian...
Ianya bukan sekadar menghabiskan masa atau pun menunggu masa habis...
Ianya bukan juga bermaksud untuk menghabiskan waktu dlm hal percintaan dgn wanita, harta mahupun takhta...
Ianya mempunyai sesuatu yang lebih berharga dan lebih bermakna daripada itu semua..
Tidak dinafikan keperluan harian kita perlu disempurnakan namun ianya bukanlah maksud dan tujuan yang sebenar...
Jauh daripada itu, kehidupan dunia kita yang sementara ini adalah untuk membuat persiapan demi persiapan untuk perjalanan yang begitu panjang sedangkan bekalan yang kita ada sangat sedikit... Alangkah malangnya mereka yang telah memulakan perjalanan tanpa bekalan yang cukup...
Alangkah bertuahnya, bahkan dicemburui oleh setiap orang kepada mereka yg telah menyempurnakan bekalan mereka,malah lebih dicemburui pd mereka yg mendapat redha Tuhan sekelian alam...
Buatlah persiapan dr sekarang kerana kita tidak tahu bila seruNya sampai...
Dikala itu tiada lagi tangguh ataupun excuse, kerana janjiNya benar, tidak terlambat sesaat tidak juga tercepat sesaat...
Moga DIA mencucuri RahmatNya keatas kita semua...