Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

1.11.11

hari satu (1.11.11)


assalamualaikum..

sedar tak sedar harini dah pun masuk bulan November, 2011. sebenarnya harini tarikhnya cantik, tapi dah malam baru perasan bila tertengok entry sorang kawan kat blog nya...harini dalam sejarah,bertarikh 1.11.2011, ataupun bila diringkaskan ,ia menjadi 1.11.11. cantik dan unik kan date nya? bukan selalu nk dapat date cantik macam ni...walaupun hal ni tak penting, saja nk bagitau juga...ehhe...

alang2 dah lama tak tulis entry pasal diri sendiri kat blog sendiri, (apa guna ada blog ntahla), kali ini saya just nk share dan tulis sikit2 aktiviti2 sepanjang beberapa bulan lepas, sbb ada gambar hasil ihsan kemre kawan2, (sebab kemre sendiri dah lama rosak dan tuannya tak ingin nk repair) , maka dengan itu..tanpa banyak bicara, kita layannn..


bulan posa...MIPHC haritu, majlis Iftar Perdana Hidayah Centre (MIPHC)

barisan2 AJK MIPHC selepas program


most of my usrah members @ MIPHC... i was very happy to see them there


lepas posa, raya, so macam biasa, banyak open2 house yg menanti....baik rumah sedara mahupun kekawan....antaranya ialah,

raya pertama, malamnya...pakai baju raya tapi santai2 je..x de baju kurung dah..
muka senyum tapi hati Tuhan saja yg tau...hehe


raya kedua kot ni..dari kiri, my mom, makcik , me , sepupu n anaknya, sepupu...semua sedara sebelah pa..

raya ke berapa ntah, open house rumah member ITP..first time p rumah Niza..yg hujung tu..

ni open house merangkap bufday party Amzar


ngan bespren aka mak Amzar..besday yg ke 4..anty wani bagi stationary, nk suruh ngaji pandai2..


ni pulak open house IKRAM...


khusyuk bersembang dan x berenti2 makan...heheh


lepas raya aktiviti2 lain diteruskan seperti biasa....program2 pun dah mula...
bawah ni program HC baru2 ni, Public Talk "Non Muslim Misconception of Islam" di DK A, USM..gelabah takda air cond...apapun alhamdulillah syukur masalah stgh jam saja...berkat kerjasama semua, problem setel....aku paling gelabah...

lepas program, AJK bergamba dgn penceramah..Bro Lim Jooi Soon

first time bawa Umma jd AJK...x sangka lak dia bleh mai...

mgu lepas (23 Oktober 2011) p walimah seorang Mualaf pula, di bertam perdana... ni antara wakil Hidayah Centre yg hadir...lepas lawatan hospital kami p kenduri ni..Selamat Pengantin Baru bro Tan Teik Lai dan kak Wajidah..:) ...

terimalah, oven sebijik dari kami..hehee...simple n steady je pengantin..

jemput makan kenduri...kami sememangnya dah lapa...:)

baby bro Khaw n kak Dinie..kredit to Zaki for the picture..pic after touch up..
me, Amzar n Ayu

oklah..setakat 1.11.11 ni inilah update2 terbaru ku...lepas ni kena tunggu entry terbaru pula utk update..itupn kalu ada gambar, hehe..sampai berjumpa lagi dan selamat berhari raya Qurban ahad 6 Nov ini...jgn lupa menginfaqkan harta2 kita walaupun sedikit kepada yg memerlukan..kepada yg buat qurban tu, ada baik dan afdalnya buat di tempat2 yg lebih memerlukan qurban kita, mcm kt palestin, somalia, kemboja mahupun thailand...ingatla saudara kita di sana yg tersayang...

akhir kalam..sampai bertemu lagi...harap terubat rindu bagi yg merindukan entry dari Limaumaniss....:)

wassalam...





4.1.11

coming up....

assalamualaikum dear readers....

sekian lama x mencoretkan sesuatu di sini..sudah jadi kebiasaan blog ini ditinggalkan sepi sekuntum rindu,sebaliknya penulis lebih suka mengupdate di laman FB...dah trend agaknya..kt sana ramai jugak kawan..setiap update lebih cepat smpai kepada 'audience' kalu nk dibandingkan dengan blog ini...


Kali ni LM nk update/war warkan tentang satu lg program yg best, iaitu Interfaith Dialog yang bertajuk " The Purposes Of Life According to the Scriptures"....menarik kan? LM sebenarnya tengah berdebar2 sbb LM akan menjadi sebahagian penggerak program pada hari tersebut...(berdebar2 jugak sbb pertama kali diberi tugasan itu, harap2 nya ALLAH mudahkan urusan kami semua untuk program high impact ini.....target utama audience adalah non muslim, walau bagaimana pun semua digalakkan hadir untuk menabah ilmu di samping menyemarakkan persefahaman agama di kalangan kita yang berbilang bangsa dan agama...



tanpa buang masa LM sharekan banner program ini...jgn lupa ya, save the date :) moga bermanfaat untuk kita semua...:)




dengan tajuk " The Purposes of Life According to the Scriptures"

11.8.10

3R 2010..




assalamualaikum dear readers...


bulan Ramadhan yg mulia tiba lagi...pasti semua sibuk memperbaiki diri, memperbanyak ibadah dan jariah utk menggarap pintu rahmat dan keberkatan yang terbuka luas utk kita di bulan ini kan?

untuk para remaja pulak....khususnya di pulau pinang....ada buah tangan utk adik.... :) apa lagi kalau bukan 3R, ReMaJa RaI RaMaDhaN.... maklumat lanjut dalam banner dan poster ni...;) , nak daftar? boleh hubungi nombor tertera...atau hubungi saya, melalui blog nie, facebook, YM, atau gmail..mana2 pun boleh.....mudah saja kan??

yg ni 3R versi Pulau Pinang..., jom remaja yg duk di bahagian pulau, dari timur mahupun barat...ayuh meriahkan 3R yg best nie....

yang ni versi sebelah Seberang sana.....mari2, yg dari utara ssemua boleh mai....


3R ....Remaja Rai Ramadhan...
"Remaja Taqwa, Masyarakat Cemerlang"

3.6.10

KEM STAR TREK....jeng jeng,,,






assalamualaikum dear readers...

limaumaniss kembali menghangatkan blognya sendiri...tak sempat nak tulis panjang2...

cuma nak war warkan program gilang gemilang yang bakal diadakan sempena cuti sekolah bulan jun nanti....here comes.....


banner star trek

dijemput adik2 remaja kita menyertai kem ini...jom jom jom... bersama sama kami bereksplorasi alam sambil menikmatai keindahan ciptaan ALLAH dalam program ini...

pasti menarik.....pasti membuatkan adik2 teruja.....ajaklah kawan2 adik2 untuk memeriahkan lagi hari -hari adik bersama kami dalam KEM STAR TREK ini.....


hubungi...

kak wanie - 019-4169231
kak latifah - 013-4383131


untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut.....boleh juga hubungi kami untuk mendapatkan borang penyertaan dan kebenaran ibu bapa......


jumpa di sanaaaaaaaaa....
KEM STAR TREK.....
TAMAN RIMBA, TELUK BAHANG, PULAU PINANG
12-13 JUN 2010

wassalam..